Bab 9

Drama Series 6860

Sudah seminggu Rainah berkerja di situ.

"Rainah... dah siap dokumen yang saya bagi semalam...?"

"Dah Encik Arjuna.....", Rainah menghulurkan satu fail kepada Arjuna.

"Lunch dengan saya nanti..."

Rainah terkedu.

"Err.... saya dah janji dengan Damia dan kak Noni...."

"Nope....hari ni dengan saya....kak Noni, nanti you beritahu Damia, Rainah lunch dengan saya.....", Arjuna memberi arahan pada staffnya.

"Okey bos...", kak Noni membalas serba salah.

Arjuna merenung wajah polos Rainah. Rainah hanya menunduk.

"Thank you Rainah....", ujar Arjuna sebelum berlalu pergi.

Rainah mengangkat wajah melihat belakang Arjuna yang sedang melangkah.

"Rai, maafkan akak yer....", kak Noni berasa bersalah kerana terpaksa menuruti arahan Arjuna.

"Tak apa kak...."

Rainah kembali membuat kerja. Setiap dokumen di semak dengan teliti agar tiada sebarang kesalahan ayat atau abjab. Tanpa dia sedar, waktu berlalu dengan cepat.

Tok. Tok.Tok.

Mejanya di ketuk. Rainah mengangkat wajah. Figura di depannya sedang tersenyum. Kaget.

"Lunch dengan saya"

"Hakiem....", Rainah gugup.

"Dah lama kita tak makan bersama. "

"Rainah dah berjanji dengan I, Lok....", celah Arjuna.

Rainah terdiam.

"Kalau macam tu, kita lunch bertiga la...", saran Lokman walaupun berat.

"Lok..", Arjuna ingin membantah, namun melihat renungan tajam Lokman membuatkannya mati kata.

"Okey...", Arjuna mengalah.

Sekurang-kurangnya dapat juga bersama Rainah.

Rainah hanya diam. Nak tak nak terpaksa juga dia mengikut rancangan Lokman.

********

"Rainah nak makan apa?", Arjuna meneliti menu.

"Saya..."

"Saya dah pesan untuk Rai...",Lokman memotong bicara Rainah.

Arjuna cemberut. Rainah terkedu. Berada di tengah antara mereka berdua membuatkan Rainah kepanasan. Tidak tahu hendak bertingkah bagaimana.

"Hai sayang, you buat apa kat sini?", satu suara meyapa dari belakang.

"Hai Maria...", Lokman menyapa.

"You pun ada Lok...", tangannya melingkar di leher Arjuna.

Rainah hanya menunduk.

Maria merenung ke arah gadis muda yang berada di tepi Arjuna . Hatinya cemburu.

"Siapa ni?"

"Pekerja I, kawan lama I. You buat apa kat sini, Maria?", Lokman menjawab pantas.

"I baru lepas meeting dengan client dekat area ni. Baru nak lunch. Dah jumpa you all kat sini..boleh I join sekali...?"

"Boleh jer...", Lokman tersenyum menang.

Arjuna hanya mendiamkan diri. Dia berasa tidak selesa dengan kehadiran Maria aka tunangnya.

"Kenalkan... Maria, tunang Arjuna. Ni staff I, Rainah... penolong Arjuna....", jelas Lokman apabila melihat Maria yang merenung tajam ke arah Rainah.

"Ohh... you tak beritahu I pun yang you ada staff baru...", Maria bertanya kepada Arjuna.

"I tak perlu beritahu you...", Arjuna menjawab hambar.

Maria mendengus. Lokman hanya memerhati.

Rainah terasa sedikit kekok dengan pandangan Maria yang begitu tajam.

"Oii perempuan...jumpa lagi kita yer....", kedengaran nyaring suara di hadapan meja mereka.

Rainah tersentak lalu memandang ke arah tuan badan yang bersuara. Lebih-lebih lagi terdapat seorang wanita yang separuh umur di sebelah wanita tersebut.

"Mummy, ni la perempuan yang Kelly cerita tu. Sakit hati betul...."

Kamisah mencerlung ke arah Rainah.

"Puan salah orang kot ni...", Lokman berbicara apabila melihat Rainah membisu.

Rainah bangun sambil memegang beg duitnya.

"Maafkan saya, Encik..saya balik ofis dulu..."

Rainah ingin melangkah namun langkahnya terhenti apabila Kelly memegang lengannya.

"Kau nak ke mana? Aku tak habis lagi dengan kau..."

"Maaf puan... kalau nak tahu pasal saya, puan tanya jer mak mertua puan tu..", Rainah bersuara sambil merentap tangannya.

Kamisah hanya terdiam. Dia sendiri tidak menduga akan berjumpa dengan bekas menantunya.

"Kurang ajar... Entah-entah kau nak rampas laki aku.."

Rainah tersenyum.

"Maaf puan..kalau puan cakap saya nak rampas suami puan, saya rasa puan salah... sebab puan yang ambil dia dari saya..."

Wajah Kelly merah menahan marah. Kamisah memegang tangan Kelly supaya tidak menyerang Rainah. Malu juga dia di khalayak ramai begitu.

Arjuna dan Maria terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka. Hanya Lokman yang mengetahui apa yang terjadi.

"Puan... harap bertenang... Ini restoran..."

"Kau siapa nan back up dia...", marah Kelly.

"Kelly, sudah la tu.. Malu mummy..."

"Mak tak beritahu dia ker yang saya ni bekas isteri Zarief....",Rainah berkata sinis.

"Apa??", Kelly terkejut.

Arjuna dan Maria terkedu.

Kamisah terkedu. Dia memang tidak beritahu keluarga Kelly tentang hal itu. Wajahnya pucat mengenangkan apa yang akan terjadi apabila ayah Kelly, Dato Sulaiman mengetahuinya. Semuanya sudah musnah.

"Yer, kami ada anak... Puas hati.... sekarang ,jaga suami kau elok-elok kalau tak nak aku ambil balik...", Rainah terus berlalu kerana sudah tak mampu menahan sebak.

Kelly terduduk.

"Anak..."

Kamisah terduduk di situ. Semuanya sudah musnah.

Lokman cuba mengejar Rainah namun langkahnya terhenti tatkala Rainah menunjukkan tangannya supaya berhenti.

********

Rainah tidak pulang ke pejabat. Dia singgah ke taman Permai. Di satu sudut yang agak tersorok, dia menangis semaunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience