Rate

Bab 42 Mesyuarat Sekolah

Romance Completed 278243

Adib mengemudi keretanya menuju ke Sekolah Menengah Uthman untuk menghadiri mesyuarat yang pertama kali buat dirinya. Dia sampai di sekolah tepat jam 8 pagi, mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 8.15 pagi mengikut surat rasmi yang di kirim ke dalam group Whatsapp untuk semua guru-guru di Sekolah Menengah Uthman.

"Assalamualaikum dan selamat pagi!" Ucap Adib setelah sampai di ruangan mesyuarat.

"Waalaikumussalam!"

"Selamat pagi!"

Sahut para guru yang sudah sampai.

"Baiklah, kita tunggu lagi beberapa guru yang belum sampai." Sahut Cikgu Burhan selaku pengetua sekolah, Sekolah Menengah Uthman.

Hari itu mereka ingin mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang ujian setiap murid. Ujian ini merupakan satu cara untuk menguji pencapaian,prestasi dan keupayaan murid.

"Assalamualaikum dan selamat pagi, maaf terlambat." Ucap Cikgu Azie dan Cikgu Farah yang baru sahaja masuk ke ruangan mesyuarat tersebut.

"Waalaikumussalam!"

"Selamat pagi!"

Sahut para guru hampir bersamaan.

"Baiklah, saya lihat semua guru sudah hadirkan?" Ucap Cikgu Burhan.

"Saya ingin mengatakan bahawa sekolah kita akan mengadakan Ujian Pencapaian bagi setiap pelajar agar dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai sesuatu kursus yang telah diajar meliputi pengetahuan,kefahaman dan aplikasi. Terdapat dua jenis Ujian pencapaian iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria." Jelas Cikgu Burhan dengan terperinci.

Adib mengangguk faham setiap penerangan Cikgu Burhan tentang Ujian Penilaian yang akan dilakukan nanti.

"Ujian Rujukan Norma macam mana ye Cikgu?" Tanya Adib sambil mengangkat tangan kanannya ingin tahu.

"Ujian rujukan Norma pada pendapat saya lebih bersifat sumatif dan relatif. Ujian ini lebih luas dan biasanya digubal di peringkat kebangsaan oleh badan tertentu seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). Dalam erti kata lain Ujian Rujukan Norma ini adalah selaras untuk seluruh pelajar di Malaysia dan secara tidak langsung melalui Ujian Rujukan Norma, kerajaan dapat membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain dalam Malaysia. Melalui ujian ini pelajar selalunya menentukan nasib mereka untuk masuk ke sekolah berasrama penuh,university, dan sebagainya. Contoh ujian rujukan Norma ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)." Terang Cikgu Burhan lagi.

"Terima kasih Cikgu dengan penjelasannya."

"Sama-sama cikgu Adib." Sahut Cikgu Burhan seadanya.

"Ohya Cikgu, macam mana pula dengan Ujian Rujukan Kriteria?" Tanya Cikgu Azie pula setelah mengangkat tangan kanannya.

"Ujian Rujukan Kriteria pula ialah untuk menguji pencapaian pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, seperti kemahiran dalam sesuatu tajuk dalam bidang matapelajaran yang dipelajari. Contohnya dalam subjek matematik kemahiran seorang pelajar menyelesaikan masalah pecahan. Ujian ini tidak sama seperti Ujian Rujukan Norma. Ujian ini diuji selepas beberapa tajuk diajarkan kepada pelajar. Contohnya Ujian Bulanan yang diadakan sendiri oleh guru. Ini kerana Ujian Rujukan Kriteria digubal sendiri oleh guru matapelajaran tanpa pengawasan dari guru panitia sebaliknya terpulang kepada guru untuk menguji criteria kemahiran pelajarnya. Ujian Rujukan Kriteria juga memberi kelebihan kepada guru untuk mengesan kelemahan pelajar dan memperbaiki kemahiran pengajaran semasa proses P&P dijalankan." Jelas Cikgu Burhan dengan detail.

Semua guru yang hadir mengangguk faham setiap penerangan yang di jelaskan.

"Macam mana pula Cikgu dengan sukan sekolah? Bila tarikh dan bagaimana cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia?" Tanya Cikgu Farah selaku guru Sukan.

"Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan dua kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Dan cara permohonannya nanti Cikgu Farah ambil di pejabat saya." Jelas Cikgu Burhan.

"Baik Cikgu!" Angguk Cikgu Farah yang khusyuk mendengar segala penerangan Cikgu Burhan.

Setelah 2 jam guru-guru sekolah menengah Uthman bermesyuarat, mereka pun dijamu dengan beberapa jenis kuih muih yang telah di tempah khas di sebuah bakeri.

Cikgu Farah melihat Adib yang duduk di sebuah kerusi sambil menghirup teh panas dan telah mengambil beberapa jenis kuih pilihannya. Dia datang mendekati Cikgu Adib dan ingin mengatakan sesuatu yang telah ia pendam beberapa hari itu.

"Assalamualaikum Cikgu Adib maaf mengganggu!" Sapa Cikgu Farah ragu.

"Waalaikumussalam, oh Cikgu Farah... silakan duduk Cikgu!" Sahut Adib dengan ramah.

"Terima kasih Cikgu!" Ucap Cikgu Farah gugup sambil duduk berhadapan dengan Adib.

"Ada apa ya Cikgu?" Tanya Adib ingin tahu sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Sebenarnya Cikgu Adib, saya nak minta maaf atas apa yang telah berlaku. Saya harap Cikgu boleh maafkan." Kata Cikgu Farah merasa serba salah.

"Oh...Cikgu Farah tak usah fikirkan sangat, saya langsung tak ambil hati. Lagi pun yang berlaku tak perlulah diungkit-ungkit. Saya dah lama maafkan Cikgu Farah." Sahut Adib dengan senyuman.

"Kita boleh bertemankan Cikgu?" Tanya Cikgu Farah ragu.

"Insya Allah Cikgu boleh, tapi pertemanan sesama guru!" Sahut Adib membataskan.

Cikgu Farah menggangguk merasa kekok.

"Terima kasih Cikgu Adib, kalau macam tu saya ke sana dulu ya!" Kata Cikgu Farah ingin berkumpul dengan guru-guru perempuan.

"Ya Cikgu!" Sahut Adib sepatah. Dia tak boleh terlalu ramah dengan guru-guru di Sekolah apa lagi kepada guru perempuan, takut di salah ertikan. Apa lagi statusnya sekarang adalah suami kepada Anis Umairah.

Anis Umairah turun ke bawah untuk bertemu melihat-melihat pekerjaan apa yang boleh dia bantu.

"Anis hati-hati turun tangga tu!" Tegur Puan Saleha apabila melihat Anis yang ingin mendekatinya.

"Ada Anis boleh bantu?"

"Anis rehat saja, ibu tahu Anis penat." Sahut Puan Saleha penuh makna.

"Takdelah ibu, lain Anis rasa... sarapan pagi pun di hantar ke bilik." Ucap Anis merasa segan pada ibu mertuanya Puan Saleha.

"Kalau macam tu, Anis kupas-kupas ni bawang merah ya, nanti lepas cuci hiris tipis-tipis."

Dengan pantas Anis menyambut huluran tangan Puan Saleha, dia merasa gembira dapat melakukan pekerjaan tersebut. Selama ini Puan Saleha mencegah Anis dari melakukan pekerjaan rumah, dengan alasan agar Anis dapat menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran.

Tapi Puan Saleha tahu, Anis Umairah pasti merasa segan sekiranya tidak melakukan apa-apa pekerjaan di rumah tersebut. Dia faham akan menantu kecilnya itu.

Sedang Anis dan Puan Saleha khusyuk memasak di dapur, Adib sudah balik dari sekolah.

"Assalamualaikum, Adib dah balik!" Ucap Adib sambil memasuki rumah.

"Waalaikumussalam!" Sahut Anis dan Puan Saleha hampir bersamaan.

"Anis, pergi sambut suami kamu ya!" Arah Puan Saleha dengan lembut sambil tersenyum.

"Baik ibu, Anis keluar dulu."

"Anis buat apa?" Tanya Adib sambil menghulurkan tangannya.

"Anis bantu ibu masak." Sahut Anis Umairah sambil menyambut huluran tangan Adib dan menciumnya hormat.

Adib membelai lembut kepala Anis sambil tersenyum, hatinya merasa bahagia melihat Anis menyambutnya pulang dari kerja.

Pujaan Hati

Indah wajahmu menghiasi hari

Senyum manismu meluluhkan hati

Hari demi hari terasa sepi

Bila tawamu tak mengiringi

Tetaplah menjadi penenang hati

Karena bagiku kau begitu bererti

Ku mohon…

Jangan pernah berniat tuk pergi

Ataupun rasa untuk membenci

Kerana ku ingin kau tetap di sini

Menemani…

Menjaga hati yang telah kau kunci

**********************************************

Semoga terhibur dengan puisi Adib Umair Al-Baihaqi.

Selamat malam, semoga mimpi indah :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience