BAB 11

Romance Completed 9878

“Danish, you nak ke mana? I belum habis bercakap lagi ni!” Perempuan itu terus memaut lengan Danish tanpa mempedulikan kehadiran Izyan Hasna di hadapan mereka berdua.

“Apa Izyan buat di sini? I thought that we….”

“Awak, saya… saya nak minta maaf,” ucap Izyan Hasna dengan suara yang cukup perlahan. Dia menunduk memandang lantai.

“Danish, siapa perempuan ni?” Tanya perempuan yang memaut lengan Danish.

Danish mengeluh. Seketika kemudian, dia memicit dahinya. Pening dengan kehadiran kedua-dua perempuan itu secara serentak. Dia tidak tahu yang mana harus diselesaikan terlebih dahulu.

“Danish, ini girlfriend baru you? Sebab tu you tak nak kita berbaik semula, kan?”

“Thalia, I dah cakap kan tadi? Ianya tak ada kaitan dengan sesiapa. I tak nak sebab I memang tak nak! Faham?” Danish menguatkan suaranya. Ternyata dia geram kerana perempuan itu seperti sengaja tidak mahu memahami apa yang dikatakan olehnya.

“Hei, pendek! You know something? Danish tak suka perempuan pendek macam you. Apa ni? Pakai baju polka dots? Euwww… konon cutelah tu! You’re so not his type!” Kutuk perempuan yang digelar Thalia itu.

“Hei, perempuan! Ikut suka hati akulah nak pakai baju apa corak apa pun. Polka dots ke, love ke, kau peduli apa? Ada aku ganggu hidup kau dengan pakaian aku? Lagi satu, jangan sesuka mak bapak kau saja nak panggil aku pendek. Sensitif tau! Apa kau ingat kau tu tinggi sangat? Pokok kelapa belakang rumah aku lebih tinggilah!” Izyan Hasna mula naik angin apabila dia diperlekehkan begitu.

Kepala Danish bertambah pening. Sudah! Mereka bergaduh di hotel tempat dia bekerja pula. Silap haribulan, dia yang akan dibuang kerja kerana menimbulkan masalah yang boleh menjatuhkan imej hotel.

“Hei, pendek!”

Thalia ingin membalas lagi tetapi Danish terlebih dahulu memintas. “Sudah! Kalau both of you nak bergaduh, sila keluar!” Dia menuding ke arah pintu hotel.

“But Danish, I….” Thalia berdegil.

“Awak, saya ada hal nak cakap dengan awak ni.” Izyan Hasna juga.

“Get lost! Both of you!”

SELEPAS kejadian tersebut, Danish sudah tidak mahu bertemu dengannya. Izyan Hasna makin tidak tenang. Dua hari berturut-turut dia pergi ke hotel untuk bertemu dengan Danish tetapi, belum pun sempat dia melangkah masuk, dia sudah diminta meninggalkan kawasan hotel tersebut oleh penyambut tetamu. Rupa-rupanya, awal-awal lagi para pekerja hotel tersebut sudah diarahkan agar tidak membenarkan dia masuk ke dalam hotel bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekecohan.

“Izyan, tolong mama.” Puan Ruzila bersuara sambil meletakkan sebuah bungkusan di atas meja.

“Tolong apa, mama?”

“Berikan bungkusan tu kepada Danish. Dia dah nak berangkat dah ni. Sempat lagi kalau Izyan keluar sekarang.”

“Berangkat? Ke mana?” Terkejut dia mendengar khabar tersebut.

“Dia nak balik ke Swiss. Nak berbaik semula dengan Thalia kut. Entahlah, mama malas nak bertanya lebih-lebih. Tapi, mama memang ada dengar Jijah bercakap fasal Thalia.”

Thalia? Izyan Hasna tersentak. Bukankah Thalia itu nama perempuan yang bergaduh dengannya di hotel tempat Danish bekerja? Adakah disebabkan dia menolak cinta Danish, lelaki itu mahu berbaik semula dengan perempuan gedik itu? Oh tidak! Dia tidak boleh biarkan perkara tersebut berlaku!

“Eh, cepatlah pergi hantar! Tak sempat pulak nanti. Entah bila dia nak balik ke sini semula.” Gesa Puan Ruzila. Dia mengalih bungkusan yang diletakkan di atas meja tadi lalu dicampak ke atas riba anak bongsunya.

“Okey, okey. Izyan pergi sekarang. Pinjam kereta, ya!” Izyan Hasna bingkas bangun. Dia berlari mencapai kunci kereta emaknya lalu memecut keluar.

Dia perlu segera menyelesaikan salah faham di antara mereka yang dia sendiri timbulkan. Dia tidak mahu Danish pergi tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Dia tidak mahu menyesal. Dia tidak mahu Danish menjadi milik Thalia. Nanti, kalau bukan Danish, siapa yang akan memberikan chocolat au lait kepadanya? Bukankah Danish sendiri sudah katakan bahawa hanya dia yang layak memberikan chocolat au lait?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience