"HAURA! Kau buat apa ni?!"
Terdengar suara teriakan daripada makcik Sarah.
Haura berlari sekuat hati meninggalkan rumah makcik Sarah. Api yang marak itu menjilat langsir dibahagian dapur rumahnya,
"Haura tak buat pun.." Haura menangis teresak-esak kerana takut dipukul oleh makcik Sarah.
Penduduk kampung membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan langsir yang terbakar tadi, tidak lama kemudian api berjaya dipadam.
"Alhamdulillah, nasib baik takda apa-apa." kata seorang pakcik yang menolong memadamkan api.
Haura menunduk melihat jari kakinya sendiri. Perasaan takut dapat dilihat diwajahnya, dia hanya diam menunggu makcik Sarah datang.
"Kau ni kan, aku kata jangan masuk rumah aku tapi kau masuk jugak. Kau tengok apa dah jadi?!" Tengking makcik Sarah kepada Haura. Tangannya laju mencubit lengan Haura.
Haura diam membisu. Tangannya menggosok-gosok tempat yang dicubit makcik Sarah tadi. Dia takut untuk membalas renungan makcik Sarah yang seperti singa lapar.
"Haura tak buat apa pun. Haura cuma tiup api jer." Perlahan-lahan Haura memberitahu kepada makcik Sarah.
"Yang kau tiup tu kenapa? Kau tengok, nasib baik tak terbakar rumah aku. Kau ni kan, hidup menyusahkan keturunan aku jer lah! Kau pergi balik!"
Haura memandang makcik Sarah sekilas dan berlari sekuat hati. Dalam hatinya, dia ingin mengadu kepada ibu, biar ibunya marahkan makcik Sarah iaitu adik kepada ibunya sendiri.
"Ibu..ibu.." Panggil Haura kuat apabila sampai dihalaman rumah.
"Ya sayang. Kenapa jerit-jerit ni? Kenapa adik nangis sayang?" Puan Maimunah memegang pipi Haura.
"Ibu, ibu kena marah makcik Sarah tau, sebab makcik Sarah marahkan adik."
Haura menyeka air mata yang membasahi pipinya.
"Kenapa makcik Sarah marahkan adik? Mesti adik ada buat sesuatu kan?" Ibu merenung Haura dengan tajam. Renungan ibu tidak dibalas oleh Haura.
"Hurm adik..tak buat apa pun. Adik tiup api dapur pastu kena langsir, langsir terbakar.."
"Astaghfirullahalazim..habis tu rumah makcik Sarah macam mana?"
"Ok jer adik tengok. Api pun dah padam.."
"Alhamdulillah. Ya Allah, nasib baik tak jadi apa-apa. Hurm mengamuk lagi lah makcik Sarah kamu tu.."
"Kenapa ni ibu? Adik buat apa?"
Tenya Zarif hairan melihat adiknya yang menangis.
"Hurm rumah makcik Sarah kau terbakar.."
"Terbakar?!"
Tanya Zarif dengan mata yang terbeliak.
"Sikit jer lah ibu.." Haura membetulkan kata-kata ibunya.
"Yer lah. Sikit jer. Ni tangan kenapa merah?"
Haura menggelengkan kepalanya.
Puan Maimunah mengusap kepala Haura. Dia kesiankan anaknya. Kemana saja Haura pergi, semua orang akan bencikannya termasuk adiknya sendiri iaitu Sarah.
Haura merenung wajah ibunya, ada tanda kesal diwajah itu. Zarif menggelengkan kepala, dia sudah dapat agak apa yang adiknya itu lakukan. Ibu perlahan-lahan berlalu ke dapur.
'Aku tahu pasti ibu sangat kecewa dengan aku tapi aku tetap tak bersalah. Siapa suruh makcik Sarah letak langsir rompol-rompol kat situ, makcik Sarah ni memang kurang bijak lah. Isk isk isk. Nasib baik aku dah selesaikan, selamat rumah makcik Sarah.' Bisik Haura dalam hatinya.
Haura berjalan masuk ke dalam bilik sambil menggelengkan kepalanya, dia merebahkan badan diatas katil. Dia memikirkan sesuatu, dia bangun daripada pembaringannya dan menuju ke dapur. Dia melihat ibunya sedang memasak. Abangnya entah kemana menghilang.
Haura terjengket-jengket keluar daripada rumah.
* * *
Dalam perjalanan Haura ke rumah sahabatnya Farah, dia terlihat sebuah lori yang dipenuhi dengan barang.
"Eh, ada orang pindah rumah lah. Aku nak tengok lah.."
Haura bersembunyi dibalik pokok.
"Wahh, besarnya rumah dia. Aku kena bagitau Farah la.."
Haura berlari menuju ke rumah Farah.
"Farah oo Farah.."
"Yer, Farah kat dalam ni. Eh Haura. Kau buat apa kat sini?"
"Farah, tadi kan aku nampak ada orang baru pindah kat rumah kaya tu. Jom kita pegi tengok."
Farah memandang ke kiri dan ke kanan. Dia mencari susuk tubuh mamanya.
"Tak boleh lah, nanti mama aku marah.."
"Ala jom lah, mama kau mesti tak marah. Kau jangan la bagitau mama kau. Jom."
"Err boleh lah. Jom."
Haura dan Farah berjalan sambil berpegang tangan. Mereka menuju ke rumah agam yang tersergam indah dihujung kampung.
"Haura, takpe ke kita skodeng kat sini? Nanti tuan rumah marah tak?"
"Takpa lah. Serahkan jer pada Haura.."
Haura mendabik dada. Dia perlahan-lahan menuju ke rumah agam itu.
"Kau tunggu situ tau.."
Farah menggangguk. Dia perhatikan Haura yang mendekati tingkap rumah agam tersebut. Haura mengintai ke dalam rumah tetapi tidak dapat melihat keadaan dalam rumah kerana tingkapnya yang gelap.
"Ehem!"
"Ehem!"
Haura terteleng ke sebelah kanan.
"Who are you? What are you doing here?"
Tegur seorang budak lelaki yang berdiri betul-betul disebelah Haura.
"Err i err no. Thank you. Bye."
Haura berlari meninggalkan lelaki tersebut. Dia mendapatkan Farah yang bersembunyi dibelakang pokok.
"Farah.. Larii.. Ada monster orang putih.."
Farah dan Haura lari sekuat hati. Nafas mereka tercungap-cungap sebaik sahaja sampai dihadapan rumah Farah.
"Farah..Haura..kamu kenapa ni?" Tegur Puan Nita yang hairan melihat anaknya dan Haura.
"Mama..kami..takda..apa-apa.."
Kata Farah sambil mencari nafas.
"Yang kamu berdua terketar-ketar ni dah kenapa?
"Kami..nampak..hantu..orang..putih." Bagitau Haura pula sambil membuat gaya ingin menerkam.
"Eh hantu apa petang-petang ni. Haura, tadi ibu kamu cari. Dah pergi balik. Nanti abah kamu balik, siap lah. Kena rotan karang. Farah, masuk dalam mandi.."
"Okay makcik Nita. Bye Farah. Nanti kita main lagi tau.."
"Bye Haura."
Haura pulang ke rumahnya. Tangannya diletakkan ke dagu seperti orang besar sedang berfikir.
"Aku kena cari tahu siapa monster tu.."
Haura berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya, dia mengintai jika ada kelibat abahnya didapur.
"Ha, baru balik?"
Pertanyaan Zarif membuatkan bahu Haura terangkat kerana terkejut.
"Pergi mana tadi?"
"Err adik pergi rumah Farah. Main dengan Farah.."
"Yer ker pergi rumah Farah? Berpeluh semacam jer ni. Adik jangan nakal tau, nanti abang tak belikan adik coklat tau. Nak tak?"
"Nak nak. Adik mana nakal pun. Adik ikut jer cakap abang. Bila kita nak beli coklat tu?"
"Nantilah bila abang rasa adik dah baik, baru abang beli. Haha"
"Abang ni, takmo kawan. Dah la adik penat, adik nak masuk dalam."
"Main jer hari-hari, penat apanyer. Takmo kawan sudah, tak dapat la coklat.."
Zarif meninggalkan Haura yang terpinga-pinga, niatnya hendak merajuk terbantut, nampaknya Zarif lebih bijak daripada Haura. Wajah Haura masam mencuka.
Holla, ni novel Ayla yang kedua. Hopefully you'll enjoy. Rate dan comments yer. Thank you ^^
Share this novel
Keep it up author
Best.