-2-

Romance Completed 78095

" Tolonglah Ayah. Aisyah sakit sangat. " Kata Aisyah.

" Aku peduli apa kau sakit ke? Dah tau sakit kenapa juga kau harus lawan kehendak aku. Nasib aku jumpa kau, Kalau aku jumpa Aisy, mati budak tu aku kerjakan. " Kata Jawas.

" Ayah buatlah apa je kat Aisyah. Jangan pernah sentuh. Ayah sentuh Aisy, Aisyah akan pastikan Ayah mati dekat tangan Aisyah. " Katanya dalam nada benci.

" Kau nak bunuh aku? Sekarang pun kalau aku bunuh kau dulu, Kau takkan dapat selamatkan Aisy. " Kata Jawas.

" Kalau pun Aisyah mati malam ni, Aisyah tak kisah. Aisyah tahu Pak Long akan balaskan dendam Mama dan Aisyah pada Ayah. " Kata Aisyah.

Minuman keras yang ada dekat poket belakang seluarnya dikeluarkan. Lalu dibuka dan diminum dengan rakus oleh Jawas.

" Mulut kau ni kalau tak buat aku marah sehari tak sah bukan. " Kata Jawas menekan kedua pipi Aisyah lalu mendongakkan kepala anaknya menghadap langit lalu menuangkan Minuman itu kedalam mulut Aisyah.

" Telan!!! " Kata Jawas apabila melihat Aisyah meronta. Dengan sekuat hati hati Aisyah menendang kemaluan Jawas hingga ayahnya terasa senak.

Aisyah yang hampir menelan setin minuman keras itu bangun dan berjalan terhuyung hayang. Pening di kepalanya.

" Ya Allah andai ini saat terakhirku melihat dunia, Aku nak bertemu dengan Aisy. " Kata Aisyah dan rebah menyembah bumi.

4 orang lelaki didalam kereta tadi bergegas turun membantu Aisyah. Aafi mendekati gadis itu yang tak sedsrkan diri lalu mengangkat tibuh gadis itu masuk kedalam kereta miliknya.

" Korang nak bawak kemana dia tu? " Tanya Jawas.

" Hey orang tua, bukan dia lawan kau. Tapi ni lawan kau. " Kata Iffat bersama Izzat, Zikri dan Fattah sudah mengepung Jawas.

" Lepaskan perempuan tu. Dia anak aku. " Kata Jawas.

" Anak kau. Ayah jenis apa kau ni hah? " Kata Izzat.

" Kau pukul dia macam patung boneka, Kau ingat dia tak hati dan perasaan ke? " Kata Fattah.

Aafi didalam kereta menepuk perlahan pipi gadis di depannya. Terlihat jelas pipinya merona merah seperti buah tomato masak. Jelas mabuk. Aafi membuka jaket ditubuhnya lalu diselimutkan pada gadis itu. Dia kembali keluar dari kereta miliknya.

Dia mendekati teman-teman nya sedang mengepung Jawas.

" Dia ok tak? " Tanya Zikri.

" Dia mabuk. " Kata Aafi.

" Hey orang tua. Aku taknak cari pasal dengan kau. Cuma aku nak tanya kenapa kau seksa dia sampai macam tu sekali. Hah? " Tanya Aafi.

" Sebab dia dan adiknya nak lari dari aku. Aku dah janji nak kahwinkan dia hujung bulan ni bersama Megat Jalal. " Kata Jawas.

" Apa? Kesemua kawan Aafi terkejut mendengar nama yang disebut lelaki itu adalah Papa Aafi.

Aafi melihat wajah Jawas. Dan tersenyum. Dia mendekati Jawas perlahan.

" Berapa Megat Jalal beli anak kau tu? " Kata Aafi bertanya.

" Hutang piutang aku langsai dan duit 20k. " Kata Jawas.

" Tu je? " Tanya Aafi.

" Habis? " Tanya Jawas.

" Aku akan settlekan hutang piutang kau pada Megat Jalal dan aku bagi kau cash 30k. setuju? " Kata Aafi.

" Kau dah gila Kim? " Kata Iffat.

" Macamana? Deal? " Tanya Aafi taknak pedulikan tataoan ketiga temannya.

Hatinya mula membenci pada Papanya yang masih berhati menyakitkan hati Ibunya, sedangkan ibunya terlalu setia pada Papanya.

" Ok Deal. " Kata Jawas.

" Ok good. Esok Datang dekat hospital Swasta area bandar baru. " Kata Aafi.

" Boleh. I trust you boy. Wajah kau pun nampak tak pernah berbohong. " Kata Jawas.

" Jom. Bla dari sini. " Kata Aafi meninggalkan Jawas dan kawan-kawannya di belakang.

Masuk sahaja semua temannya didalam kereta.

" Biar aku kat belakang. " Kata Izzat.

" Aku pun sama. " Kata Iffat.

" Fattah. Dah jom gerak. Cepat. Kita balik. " Kata Aafi.

" Ok. " Balas Fatah. Dmax meluncur laju membelah hujan renyai yang turun. Aafi memangku kepala gadis itu di pangkuannya. Berharap sangat agar gadis itu tidak kenapa-napa.

Sampai saja di Villa pemberian Ibunya, Pengawal keselamatam itu terus membantu membuka pintu pagar automatik.

" Laa kenapa korang berdua duduk kat belakang hujan-hujan ni? " Tanya Pak Salleh.

" Takde. Saja duduk belakang main hujan. " Kata Iffat.

" Dah. Pak Salleh mintakkan towel bersih Dekat Mak Lia. " Pinta Aafi yang membuka sedikit cermin dekat pintu kereta.

" Kejap. " Kata Pak Salleh.

Salleh dan Lia adalah suami isteri dan Ayah kepada Fattah dan Fatihah adik Fattah yang masih bersekolah rendah dan tinggal bersama didalam rumah agam itu.

" Aku bawak masuk garaj ye. " Kata Fattah.

" Hmm. " Balas Aafi sepatah.

Aafi seorang Anak sulung daripada dua beradik. Adiknya Aaliyah Maisara yang masih bersekolah menengah tinggal bersama Ibu dan Papa nya di rumah Agam tak jauh dari rumahnya.

Aaliyah sering ke rumah nya untuk datang melepaskan rindu padanya dan sering bermain bersama Fatihah disini. Aaliyah suka terhadap budak-budak.

" Abang. " Panggil Fatihah mengetuk pintu dekat pemandu. Fattah keluar dari kereta lalu tersenyum melihat wajah monyok adiknya yang masih bersekolah darjah tiga.

Jauh perbezaan umur mereka berdua. Mereka tak sangka akan kehadiran Fatihah didalam rahim Mak Lia. Namun mereka menerima dengan hati terbuka. walaupun 20 tahun beza diantara Fattah dan Fatihah.

" Laa. Kenapa pula Fatihah yang hantar towel ni sayang? " Tanya Fattah.

" Mak tengah masak sup untuk Abang Fattah Dan yang lain. " Kata Fatihah.

" Herm dah. Bagi Abang towel tu. " Kata Fattah lalu menyerahkan kepada Yang lain towel itu.

" Fatihah, tolong Abang Aafi boleh tak? " Tanya Aafi.

" Boleh. Apa dia bang? " Tanya Fatihah.

" Tolong Abang Aafi bagi tahu Mak Lia untuk bersihkan kamar dekat sebelah bilik Abang Aafi. " Kata Aafi.

" Ok Abang. " Balas Fatihah lalu pergi meninggalkan mereka yang masih berada di garaj.

" Aafi. Kau nak buat apa? " Tanya Izzat.

" Betul tu. " Tanya Iffat kembar Izzat.

" Kau bayar semua hutang-piutang lelaki tu. Dan gadis ni. Kenapa kau sanggup bayar mahal. " Kata Zikri.

" Aku taknak melihat Ibu aku terluka. Dan aku tahu gadis ni pun taknak. Kau tahu kan siapa Papa aku. Selagi dia tak dapat dia akan cari sampai lubang cacing. Tak salah aku bantu dia ni. " Kata Aafi.

" Salah tu tidak. Tapi 30k tambah langsaikan hutang, tak berbaloi bagi aku. " Kata Fattah.

" Tak berbaloi bagi korang. Tapi demi Ibu, Aku rela habiskan duit aku. " Kata Aafi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience