Bab 8

Drama Series 3858

Sekolah. Waktu tengahari.

 

Seperti biasa, selepas habis sekolah, Musalmah akan naik semula ke padang. Dia tahu Maizurah ada di situ.

“Kak dah tanya Ustazah, syurga tu jauhnya macam mana?” tanya Maizurah sebaik saja figura kakaknya berhenti di sebelah. Musalmah geleng kepala. Petang itu, terasa sangat melankolik. Fikirannya melayang teringatkan nasibnya dan Maizurah kelak bila mereka beribu tiri.  Terasa mahu dia bercakap dengan ayahnya, janganlah kahwin lagi. Dia boleh jaga adiknya sampai bila-bila tapi mulutnya tak berani nak cakap macam tu.

“Jomlah balik, nanti lambat pula kita nak ke sekolah agama.”

Maizurah angguk kepala.

“Adik balik dulu mak. Bye!!” Jeritnya seraya melambai. Musalmah turut lambai ke arah yang sama. Tangan Maizurah dipegang dan mereka sama-sama keluar dari kawasan sekolah.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience