Rate

ENDING

Horror & Thriller Completed 1667

Mak bunuh diri ketika saya berumur 19 tahun, empat hari selepas harijadi saya. Ayah jadi pemabuk dan kaki judi. Sekarang saya berumur 20 tahun, tinggal di sebuah pangsapuri kecil sendirian. Suatu hari saya rasa sangat tertekan dan kesepian. Saya rindukan mak, bencikan ayah sebab tak berada di samping mak, dan sekarang sejak kebelakangan ni saya betul2 rindukan Carrie dan Jack.
Suatu mlm entah apa yg tak kena dgn saya, tapi saya putuskan nak kembali ke rumah lama kami di mana Jack kali terakhir dilihat. Saya mesti. Saya yakin Carrie dan Jack ada di sana.
Saya menunggang basikal ke rumah tu mlm tu saya membawa tukul dan lampu suluh. Akhirnya saya sampai di rumah lama tempat saya dulunya tinggal. Tiada sesiapa yg tinggal di sana dan rumah tu bukan utk dijual. Rumah tu dah jadi rumah terbiar.
Pintu depan terbuka dan saya masuk ke dlm. Sangat sejuk. Saya hidupkan lampu suluh dan nampak ada dua ekor tikus berlari di lantai. Saya taknak buang masa. Saya berlari ke tempat di mana kali terakhir saya nampak lubang tu. Dinding tu dah diperbaiki. Saya ambil tukul dan ketuk dinding tu kuat2. Kira2 ada 15 lubang yg saya buat, menyebabkan sebahagian besar dinding tu runtuh. Bila runtuh, ada surat khabar jatuh.
Surat khabar tu dah lama, betul2 lama dan saya baca. Ada satu artikel yg dibulatkan.
'1978. 15 kanak2 dilaporkan hilang. Jeritan kedengaran, mayat tak pernah dijumpai'.
Saya buang surat khabar tu ke lantai dan terus menukul-nukul dinding tu sampailah saya mula terhidu sesuatu. Baunya macam daging busuk reput. Saya hampir2 muntah. Pada masa ni, saya taknak teruskan, tapi saya mesti. Saya mesti tahu apa yg ada di sebalik dinding tu. Saya menukul dan menukul dan menukul sampailah saya dapati ada satu lagi lubang yg menghala ke ruang kosong di belakang simen. Saya intai ke dlm.
Saya tak nampak apa2 kecuali cahaya kecil terang di sebelah kiri. Saya tak nampak apa2 kecuali cahaya tu. Memang jelas ada bilik di sana. Saya pegang tukul, bersedia nak tukul dinding di depan saya bila saya dengar pintu dibuka.
Keeeeeeeeeriiiiiiiiik... Saya halakan lampu suluh ke arah bunyi tu yg datang dari arah bilik lama saya dulu. Saya kaku bila ada seseorg menunjukkan dirinya. Seorg budak perempuan kecil. Saya tersenyum bila mata lampu suluh menerangi mukanya.
"Carrie," bisik saya. Saya rasakan air mata mengalir di muka saya. Dia mula berjalan ke arah saya, tersenyum. Saya nak berlari ke arahnya, tapi semakin dekat dia berjalan ke arah saya, mukanya berubah. Saya tak perasan tadi, tapi matanya ditutup dgn kain putih berdarah dan urat birunya yg tebal membengkak di sebalik kulit kertas lilinnya. Saya hampir jatuhkan lampu suluh bila dia berdiri tepat di depan saya. Saya tak dapat bersuara. Carrie tercegat di sana. Tubuh lilinnya lebam dan menggeletar. Saya sangat takut. Saya tak tahu mana yg lebih teruk, dia berdiri di depan saya dlm keadaan begini ataupun hakikat yg dia sdg tersenyum. Mukanya yg biru cerah lebam.
"Carrie..." kata saya, hampir sesak nafas. "Carrie? A-apa y-yang... b-berlaku?" saya tergagap-gagap.
Masih tersenyum, Carrie menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
Saya cuba sedaya upaya utk tak rasa takut. Saya nak berjalan ke arahnya dan peluk dia, tapi tak boleh. Saya sangat takut.
"Carrie, di mana Jack?" saya beranikan diri utk bertanya.
Carrie mundur tiga langkah dan menuding. Saya nak tanya soalan yg sama sekali lagi, tapi mendadak sedar yg dia bukan menuding ke arah saya. Dia menuding ke atas bahu saya. Saya toleh ke belakang dan nampak... benda tu. Saya pun tak tahu apa benda tu.
Tingginya kira2 8 kaki. Kulitnya hampir tak melekat pada tulangnya yg berwarna coklat. Mulutnya cuma lubang besar. Dan matanya seolah-olah boleh sedut nyawa saya dari badan begitu saja. Saya dengar ada bunyi dahsyat terkumpul dlm kerongkongnya, macam bunyi kucing marah yg nak melengking. Bunyinya kedengaran macam tu, tapi pada masa yg sama bukan begitu. Makhluk tu ada lebih dari satu suara dan bunyinya mengerikan.
Sdg makhluk ni... atau apa saja hantu yg ada di depan saya ni bergerak, ia bergerak macam mainan patah, berhenti dan bergerak menggunakan salah satu bahagian tubuhnya.
Saya berlari melewatinya dan makhluk tu pukul lengan saya, menjatuhkan lampu suluh dari tangan saya. Saya terus berlari menuju ke pintu depan yg terbuka. Saya dah dekat sebelum pintu tu tertutup dgn sendirinya. Di belakang, saya dengar satu demi satu bunyi tapak kaki menuju ke arah saya. Saya tengok ke depan dan nampak seseorg yg tubuhnya lebih kecil dari saya. "Jack? Awak... awak ke tu?" tanya saya. Saya toleh ke belakang dan dapati makhluk tu dah hilang dan bila saya tengok ke depan, makhluk tu ada di sana.
Saya jadi kaku dan air mata mula bergenang di mata saya sdg makhluk ni meregang, mulutnya di atas kepala saya. Saya pejamkan mata, menerima nasib dahsyat yg bakal menimpa. Kemudian saya dengar seseorg bersuara.
"Jangan. Bukan dia." makhluk tu hampir mengepung dahi saya dan saya boleh hidu bau nafasnya yg menggerunkan. Saya tengok ke bawah dan Jack berdiri di depan saya.
Saya menangis bila Jack tanggalkan penutup mata berdarahnya dan tengok saya. Saya nak muntah, tapi pada masa yg sama menangis. Matanya dah hilang dan ada darah kering di sekitar rongga matanya. Urat matanya yg kering dan kerepot terjuntai-juntai, seolah-olah ditarik keluar. Makhluk tu menjauhi saya kemudian pergi kepada Jack. Dgn aneh ia bergerak mengelilingi Jack sambil bercakap. Jack mengangguk kira2 7 kali. Makhluk tu berhenti dan pandang saya.
"Brian," kata Jack sambil mendongak ke tempat saya berdiri.
"Y-y-ya?" saya tergagap sambil menangis.
"Awak mesti bawa ayah ke sini... kalau awak nak hidup," kata Jack.
"Ap-apa? Saya tak boleh... Jack..."
Makhluk tu memekik nyaring. Saya terhuyung-hayang ke belakang.
Jack tengok ke sana sini, tapi bukan ke arah saya. Dia tak nampak saya. Dia tak nampak apa2. "Tolonglah, lakukan saja. Lepas tu jangan balik ke sini lagi," kata Jack. Kemudian Carrie berdiri di sebelahnya.
"Dan jangan beritahu sesiapapun," kata Carrie sebelum menggerakkan jari telunjuknya ke bibirnya yg biru.
Makhluk tu mula berjalan menuju ke dinding, diikuti dgn adik-beradik saya. Jack dan Carrie masuk ke dlm dinding terlebih dulu, seolah-olah disedut masuk. Semuanya berlaku dgn pantas. Kemudian makhluk tu tenung saya, melengkungkan tubuhnya dlm posisi yg luar biasa dan bersuara.
"Ayah... atau... Brian... seterusnya," katanya sambil menyentak-nyentakkan leher dgn setiap perkataan yg diucapkannya. Seakan-akan kata2 tu tak muat dlm mulutnya. Saya hampir tak faham. Makhluk tu membuka mulutnya dan renung saya dgn tajam sebelum masuk ke dinding, renungan yg mengingatkan saya utk mematuhi peraturan dan kalau tidak, akan ada akibatnya. Akibat yg membawa maut...
* ~ * ~ * ~ * ~ *
Itulah yg berlaku. Saya tak pernah bawa ayah saya ke rumah tu. Sebaliknya saya berpindah, jauh dari tempat tu. Malahan saya berpindah ke negara lain. Umur saya sekarang 28 tahun dan saya di sini nak ceritakan kisah saya. Kenapa saya nak ceritakan semua ni sebab adik saya, Carrie, beritahu yg makhluk tu akan kembali utk ambil saya. Carrie beritahu saya dlm mimpi dan dlm setiap mimpi di rumah yg berlainan. Mlm tadi saya bermimpi... Carrie ada di rumah saya. Dan sekarang ni saya sdg duduk di ruang tamu, merenung tingkap, tertanya-tanya macam mana tingkap tu terbuka dan bertanya-tanya macam mana lubang tu ada di dinding dekat dgn sofa...
Kepada sesiapa saja yg membaca cerita ni, tolong hubungi ayah saya, James Marcus, nombor telefon: 804-488-0059. Beritahu ayah yg saya sayangkan dia dan tolonglah, jangan biarkan ayah baca cerita ni. Saya takut ayah akan kembali ke rumah tu.
Kalau kamu tak dengar sebarang khabar dari saya besok, ya, kamu boleh teka apa yg berlaku pada saya...
Brian Marcus.
# TheEnd .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience