"Fazura, 17 tahun, kampung nipoh Mersing"
Farid Husin mengeluh perlahan setelah membaca maklumat Fazura
Hamdan bertubuh gemuk kelihatan sedang duduk di depan meja Farid Husin mengoyang-goyang kerusinya sambil memerhati rakannya itu
"Hey hamdan, kau boleh tak tarik budak nie, jadi cleaner pejabat aku?,"
"Tarik tali kaa,"
Balas hamdan sambil terkebil-kebil matanya
"Aku serius nie gemuk"
"Yolahh.."
Hamdan bangun dari kerusi kemudian mengambil kertas dari Farid Husin
"Aku rasa boleh je, tapi aku kena mengadap kakak kaulah Farid,"
"Mengadap jelah apa masalahnya?,"
Hamdan mengeleng kepala
"Masalahnya.. kau dah ambik 12 orang perkerja baru Farid, itu kakak kau tak tahu lagi, nak tambah pulak lagi sorang"
"Kakak aku tak tahu lagi ke?,"
"Yelah.. diaorang semua tu kenalah masuk dulu barulah aku boleh submit kat kakak kau, tapi yang akan luluskan ayah kau"
"Habis tu apa masalahnya?,"
"Faridkunnn department lain takde pun cleaner, kenapa pulak department kau tiba-tiba boleh ada cleaner,"
"Dah ini bapak! aku punya syarikat, suka hatilah akulah"
"Perfect answer Farid, perfect answer"
Balas Hamdan sambil menunjuk-nunjuk isyarat bagus
Bukit Antarabangsa
Selepas puas membaca kembali email-email yang telah di terima, Farid Husin lantas mematikan laptopnya kemudian duduk menyandar di kerusi sambil menatap gambar arwah neneknya
"Farid turun makan!,"
kedengaran samar-samar suara ibunya di bawah memanggil namanya
Farid Husin segera bangun dari kerusi tangan kanannya menarik topiah masih tersarung di kepala di taruh di atas meja, dia menapak perlahan keluar dari bilik tidur
"Eh.. eh Alang"
Kata Farid Husin berpura-pura terkejut sambil memandang abangnya sedang duduk di meja makan setelah beberapa hari dia tidak melihat abang keduanya makan malam bersama
Farid Husin menarik kerusi, kedua anak matanya masih menatap abang ketiganya sedang mengambil lauk-pauk di atas meja
"Bila Alang keluar dari penjara"
"Farid..."
Datin Sri Sahara mengeleng kepala, mengalih pandangan memandang anak ketiganya hanya diam dengan usikkan adiknya
Dato sri Hassan kamarudin diam-diam menjeling pada Farid Husin, otaknya ligat mencari cara untuk memberitahu pada anak bongsunya tentang rancangan perkahwinan yang telah di atur
"Ting Tong.. Ting Tong"
Farid Husin lantas bangun dari kerusi memandang wajah ibunya Manakala Datin Sri Sahara pula terkebil-kebil matanya memandang anak bongsunya
"itu mungkin bakal cucu mak "
Ucap Farid Husin sambil menjeling ke arah abangnya
"Kau nie dah kenapa Farid, buat mak suspend jelah"
Balas Datin sri Sahara sambil menjeling pada Fadil Fitri
"Suspend dapat cucu ke"
"Duduklah Farid"
ucap Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
Namun sesaat kemudian kelihatan Fuad sobri tergesa-gesa menapak ke arah meja makan dengan wajah berang, Dato sri Hassan kamarudin dan Datin sri Sahara hanya mengeleng kepala melihat anak sulungnya
"Farid, duduk sebelah sana"
Arah Fuad sobri sambil berdiri di belakang Farid Husin
"Mana boleh pindah time makan"
balas Farid Husin sambil menoleh melihat abang sulungnya
"Nasi pun takde kat pinggan, cepatlah"
Arah Fuad Sobri lagi
Farid Husin lantas berdiri kemudian duduk di kerusi mengadap Fadil Fitri
Dato sri Hassan kamarudin menghela nafas perlahan
"Kau dah kenapa Long?,"
Fuad Sobri berkumis tebal memandang ayahnya sambil mengusap-ngusap dahi luasnya
"Apa lagi, kena halaulah yah"
Farid Husin dan Fadil Fitri sama-sama hampir tergelak bila mendengar kata-kata Fuad Sobri
"Kali nie apa pulak yang kau dah buat Long?,"
berkerut dahi Datin sri Sahara memandang wajah anak sulungnya
"Alah mak.. Long pergi main golf je pun, itu pun main dengan client, pasal tu pun dia nak cemburu"
"Habis tu apa masalahnya, sampai bini kau halau?,"
Tanya Datin sri Sahara lagi dengan wajah hairan
"Dah tentulah client tu pompuan mak"
Celah Farid Husin tersengih
Datin sri Sahara mengeleng kepala
"Long pun kenalah sedar, bini long tu siapa, anak kepada siapa"
Kata Farid Husin sambil menjeling Fuad Sobri
"Habis tu Farid ingat long takut ke, eh, long tak takut lah?,"
Balas Fuad sobri dengan lagak senyuman tipis memandang Fadil Fitri, kemudian memandang ibunya
"Long nie cuma hormat je, kalau takde perasaan hormat dah lama..."
"Eh kak Irene"
"Sayang.."
Fuad Sobri pantas bangun dari kerusi bila mendengar Farid Husin menyebut nama isterinya
Dato sri Hassan kamarudin, Datin sri Sahara dan Fadil Fitri lantas ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Fuad Sobri
"Kurang ajar betul lah kau Farid,"
Marah Fuad Sobri sambil mengusap dadanya
"Kata tak takut, dengar nama bini pun dah mengelabah"
"Sudahlah, marilah kita makan dulu"
Kata Datin sri Sahara cuba menahan tawa
"Tin Tong.. Ting.. Tong"
"Sibuk betul malam nie mak,"
Kata Farid Husin sambil memerhati lauk-pauk di atas meja
"Macam tak cukup je lauk"
"Hiss.. cukuplah Farid, kat dapur tu banyak lagi"
Sesaat kemudian kelihatan kelibat Fazilah
Menggendong anaknya menapak laju ke arah meja makan
"Alang.. cepat-cepat pindah sebelah"
Arah Fazilah selepas berdiri di belakang Fadil Fitri
"Alang kan tengah makan nie ngah"
"Ya Allah Alang, Angah bukan suruh Alang pindah kat meja makan jiran sebelah, kat kerusi sebelah tu je pun"
Fadil Fitri segera bangun sambil mengankat pingannya untuk duduk di kerusi sebelah
Fazilah lantas duduk dengan wajah berang memandang-mandang wajah Farid Husin dan Fuad sobri
"Kau dah kenapa Ngah, pandang orang macam nak makan je,"
Tanya Fuad sobri bertaut keningnya melihat Fazilah
Fazilah tidak menjawab hanya berdegus kuat sambil tangannya mengipas-ngipas wajahnya
"Ruang makan nie kan ada Aircon, tak akan panas Ngah?,"
Tanya Datin sri Sahara hairan dengan tingkah anak keduanya
"Ini bukan panas sebab suhu mak, ini panas dalam..."
Jawab Fazilah mengetap giginya
Dato sri Hassan kamarudin dari tadi hanya diam, mula merasa geram bila niatnya untuk memberitahu anak bongsunya tentang perkahwinan dengan anak perempuan rakannya di ganggu dengan masalah rumah tangga anak sulung dan anak keduanya
"Apa masalah kau Fazilah?,"
Soal Dato sri Hassan kamarudin dengan nada agak tinggi
Wajah Fazilah lantas berubah takut bila Dato sri Hassan kamarudin meninggikan suara padanya
"Abang nie pun perlahanlah sikit suara tu kalau nak tanya pun"
Kata Datin sri Sahara sambil mengusap bahu Fazilah
"Ayah Janganlah marah Angah"
"Bila masa pulak ayah marah sayang.. ayah tanya je, apa masalahnya?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sambil mengetap giginya
Fazilah menarik nafas panjang
"Ayah ngan mak kan tahu, angah nie kerja, bila balik dari kerja, angah kena jaga baby"
Fazilah terus diam, melihat wajah anaknya masih terlena
"Habis tu apa masalahnya, tak akan jaga baby pun nak gaduh?,"
Celah Fuad sobri sambil menjeling adik keduanya
"Kot. kot angah segaja nak datang sini, suruh mak jaga baby angah kan,"
"Hey long, Kau jangan sibuk lah, yang long datang sini dah kenapa?,"
"Suka hati aku lah, kalau aku nak datang rumah mak, bapak aku,"
"Suka hati aku juga lah kalau aku nak datang rumah mak, bapak aku,"
"Astafirullahalazim! korang berdua nie dah kenapa ha, jumpa je bergaduh, depan rezeki nie kan, sampai tak selera orang nak makan, tahu tak,"
"Tak selera apa ye yah, tengoklah lauk kat pinggan tu, dah nak licin kena bedal Fadil ngan Farid"
Balas Fazilah berkerut dahinya memandang Farid dan Fadil
"Kenalah makan cepat-cepat Yah, Long dengan Angah kan kuat makan,"
Kata Farid Husin sambil memegang senduk mengambil seketul dada ayam berlauk kari yang terakhir di dalam pinggan namun Fadil Fitri mengambilnya mengunakan tangan
"Kurang asam betul lah kau Alang"
Ucap Farid Husin dengan wajah bengang
"Mak lauk dah habis ke?, Angah belum makan lagi nie"
"Along pun belum mak"
"Ya Allah.. banyak lagi kat dapur tu Long, Angah, janganlah risau"
Jawab Datin sri Sahara tergeleng-geleng kepalanya
"Ting Tong.. Ting Tong"
Share this novel