Bab 19

Romance Series 12449

Suasana bas sungguh sunyi tanpa sebarang bunyi. Hampir 4 jam berada didalam bas pelajar 5 Rajin tidur dibuai mimpi dengan nyenyak sekali tanpa gangguan.

" Huarghh!" Ku Syaf Ariana mengeliatkan badannya yang terasa sengal apabila tidur di atas kerusi terlampau lama. Dia memanjangkan tangannya dan mengusap leher yang terasa sengal. Dia melihat ke luar tingkap bas.

Ahh dekat mana ni? Dah sampai ke?

Seorang cikgu perempuan mendatangi Ku Syaf Ariana yang masih tampak blur. "Syaf dh bangun? Boleh tolong cikgu tak?" tanya guru itu dengan penuh sopan.

Terhenti pergerakan. Matanya menghala kearah guru perempuan itu. "Dah cikgu. Cikgu nak mintak saya tolong apa?" soalnya pula.

"Kamu tolong cikgu bawa turun barang-barang bbq kedalam. Kawan-kawan kamu ni biar cikgu yang kejutkan. Nanti kamu tanya dapur kat mana. Abang fasi yang tengah duduk kat dewan tu akan bagitau kamu dekat mana dapur. Lepas letak barang terus pergi berkumpul dekat tempat abang fasi tadi duduk" terang cikgu itu. Terangguk Ku Syaf Ariana.

"Baik cikgu saya pergi dulu" pinta Ku Syaf Ariana. Dia bangun dari labuhan dan turun dari bas. Dia menghirup dalam udara disekitar challet itu. Tenang sahaja.

Matanya meliar-liar memandang flora dan fauna yang terdapat di  kawasan itu sambil tangannya penuh dengan plastik barang bbq. Sungguh indah ciptaan-Nya.

Matanya melilau mencari abang fasi yang dikatakan oleh cikgu tadi. Tiba-tiba matanya tertacap pada seorang lelaki sedang duduk terus sahaja dia pergi kearah situ.

"Assalamualaikum, bang boleh tanya? Dekat mana dapur challet ni?" tanya Ku Syaf Ariana datar.

"Waalaikumussalam, adik boleh jalan terus lepastu belok kanan nanti akan ada papan tanda bergantung tulis 'KITCHEN' " jawab abang fasilitator tenang.

"Okay thanks."

Dia terus meninggalkan tempat itu dan menuju tempat yang dikata oleh abang fasilitator tadi. Terlihat satu dapur seperti kantin baru dia perasan ada satu papan yang ditulis 'KITHCEN'. Laju sahaja kakinya berjalan kearah situ.

Usai letak barangan di dapur dia terus pergi ke dewan yang abang fasilitator tadi duduk. Kelihatan semua pelajar tingkatan 5 telah berura-ura mahu beratur.

Dari jauh dia telah nampak kelibat aspuri yang mengangkat tangan kearah dirinya. Dia membalas kembali dengan wajah datar. Dia berdiri disebelah Tengku Syafiqah yang sedang mengurut lehernya yang terasa sakit.

"Leher tu asal? " soalnya.

"Leher aku terkehel. Mungkin salah tidur kut tadi " jawab Tengku Syafiqah. Dia mengangguk kepala.

"SEMUA MURID TINGKATAN 5 SILA BERATUR SEKARANG! " lantang bersuara seorang kakak fasilitator yang sedang mengandung menggunakan mikrofon. Tak akan dia ingin menjerit tak pasal-pasal terberanak dekat situ.

"We jom! " ajak Iman Nadhirah. Mereka semua mengangguk. Tanpa sebarang bantahan mereka bergerak kearah tanah lapang yang dipenuhi oleh pelajar lain yang sudah beratur serta guru dan fasilitator yang sudah menunggu.

Aspuri beratur dibelakang Divaprinces tanpa disedari oleh mereka. Mereka semua duduk dan mendengar setiap ucapan yang diucap oleh guru dan fasilitator. Tiba masanya untuk fasilitator lain untuk perkenalan diri.

"Ok semua nama aku Nizam dan sebelah aku ni adalah bini aku."

"Hai semua nama akak Ayuni. Semua boleh panggil Kak Yuni. " kata perempuan mengandung tadi yakni isteri kepada Nizam.

"Nama aku Akmal. Aku nak sepanjang korang ada dekat sini jaga perlakuan dan hormat kitaorang dengan cikgu dekat sini! " kata lelaki itu dingin. Dia berdiri disebelah Nizam.

"Aku Alex" berdiri disebelah Akmal dia perkenalan diri. Ketiga-tiga lelaki itu hanya menunjukkan wajah ketat dan dingin.

"Asslammualaikum semua, nama akak Aqilah dan korang boleh panggil Akak Qilah" dia perkenalan dirinya dengan semangat sekali.

(Ramai lagi tapi aq malas nk buat ??)

Selesai perkenalan diri serta memberitahu beberapa peraturan tiba masanya untuk membuat kumpulan setiap pelajar.

"Aku nak korang semua dengar baik-baik dan aku takkan ulang balik! Semua kumpulan mempunyai 8 pasukan dan terdiri 3 pasukan mempunyai 8 orang dan 5 lagi mempunyai 6 orang! " lantang bersuara Abang Alex.

"Kumpulan pertama mempunyai lapan orang iaitu Tengku Amirul Fareez, Aiman Mukhris, Raja Arish, Afiq Ahmsyar, Ku Syaf Ariana, Tengku Syafiqah, Tengku Hellysya dan Kartina Ayu. "

"Kumpulan kedua sama juga lapan orang iaitu Haziz Danial, Syed Anas, Faizs, Syed Harith Aidil, Tengku Farah Adlina, Tengku Melysa, Iman Nadhirah serta Aqish Imanina. "

"Kumpulan ketiga sama juga iaitu Quzaimey Rasdan, Tengku Amir, Shahir Hakimi, Riz Aris, Nik Aira, Adriana Jazmin, Nisha Shauqina dan terakhir Damia Nadia. " kata abang Alex panjang lebar kemudian disambung oleh Kak Qilah.

{Aku skip nama kumpulan. Tak larat}

"Ok kitaorang semua dah bagitahu korang mana satu kumpulan korang dan sekarang korang nampak tak chalet dekat belakang korang" kata Kak Yuni. Semua pelajar memandang kebelakang dan memusing kembali menghala kehadapan.

"Satu chalet mempunyai 5 katil. Jadi sini korang boleh tidur dengan kawan korang tanpa kitaorang tetapkan. Dibebaskan" terang Kak Yuni lagi. Dia duduk dibangku disediakan disebelah suaminya dan menghirup udara kemudian dilepaskan.

"Chalet dibelakang adalah milik pelajar perempuan manakala challet pelajar lelaki di hadapan sebelah kiri chalet murid perempuan. Tandas masing masing ada didalam challet tersebut jadi murid perempuan mahupun lelaki tak perlu tergedik-gedik nak guna tandas luar."

Matanya mengalih kearah jam tangan miliknya dan memandang kembali kearah hadapan. "Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5 jadi korang boleh pergi ke chalet masing-masing. Malam nanti kita akan buat aktiviti night walk." terangnya lagi.

Dia bangun dari duduk dengan bantuan sang suami untuk menuju ke chalet milik mereka. Belum sempat kakinya melangkah tiba-tiba terdengar laungan seseorang. Dia bersama sang suami menoleh kebelakang.

"Hello guys! I nak curi masa U alls sekejap jer yang nak beredar boleh stop dulu" jerit Tengku Melysa lantang. Semua mata pelajar tingkatan 5 The British Highschool termasuk guru dan fasilitator yang lain memandang kearah mereka.

"I nak bagitau korang semua bahawa betina yang acah baik ni sebenarnya perempuan bohsia dan pisau cukur" jerit Tengku hellysya pula. Dia menunjukkam kearah aspuri yang jelas keliru.

Semua terkedu mendengarnya.

"Yeah gambar yang korang tengok dekat group sekolah tu aku yang hantar aku yang tangkap perempuan sundal ni dengan pewaris UR's holdings iaitu Ku Syazril" tukas Katrina Ayu. Jarinya ditunjukkan kearah Ku Syaf Ariana.

"Kau ada bukti ke yang mengatakan Syaf perempuan dalam gambar tu" tegas Tengku Syafiqah bersuara.

"Hehh kau nak bukti? Boleh je aku bagi" ujar Adriana Jazmin menyinis.

"Korang semua boleh tengok dengan jelas muka siapa yang menyudal. Gambar yang clear aku akan hantar sekarang" ujar adriana Jazmin lagi.

Ting!

Semua pelajar mengeluarkan telefon pintar masing-masing.

Wei muka pompuan tu Syaf dho.

Perghh tak sangka talam dua muka

Bohsia siot betina ni

Suara-suara sumbang kedengaran ditanah lapang itu.

"Wow hebatkan kau pompuan dengan boyfriend aku pon kau nak caraskan. Kau sedarlah sikit diri tu dasar miskin!  Aku jijiklah nak tengok muka kau dengan geng kau tu" perempuan itu bersuara sambil jalan ke arah aspuri dan divaprincess.

"Kau siapa nak panggil dia macam tu?!" berang Iman Nadhirah.

"Entah kau sebelum nak caci orang pastikan benda tu betul-betul sahih lah dulu" tutur Nik Aira celah gigi.

"Korang nak suruh sahih apa lagi huh? Bukti dah ada depan mata kot takkan dah buta" menyinis suara Faizs.

"Menyesal aku kenal kau ni dasar perempuan murahan" ujar Syed Anas sambil menjeling sinis ke arah aspuri.

"Kau jangan nak kurang ajar lah Anas!" Tengku Farah Adlina mula bersuara tidak tahan akan cacian terhadap kawannya.

"Hahaha korang pun tak yah nak acah baik. Geng aku pun nampak korang keluar dengan anak orang kaya. Nak nak lagi semua pewaris syarikat terkemuka. Amazingkan! Korang ni memang murah! Korang nak bukti wait aku hantar" sinis sahaja tutur Tengku Hellysya.

Ting!
Ting!
Ting!
Ting!

Masing-masing semua orang menatap telefon pintar. Sekali lagi mereka semua terkejut.

"Huh member pun 2×5 jugak. Dasar bohsia" semua memandang serong ke arah aspuri termasuk aspura.

"Kau dah lah penolong Headprefect tapi kau menyudal dengan anak jutawan dekat luar sana! Memalukan nama sekolah dan nama badan disiplin!" kata-kata sinis Tengku Amir dituju oleh Tengku Syafiqah yang jelas memaparkan wajah kosong. Namun dalam hati siapa tahu bukan?

"Kitaorang betul-betul menyesal rapat dengan korang dasar takde maruah! Ni mesti kes mak bapak suruh korang cari sugar daddy. Maklumlah miskinkan tak ada duitkan" kata Tengku Amirul Fareez terselit sekali hinaan.

"STOP! I say Stop! " jerit Tengku Syafiqah lantang sehingga suara suara yang mengutuk mereka berhenti. Tak tertahan mendengar apatah bila Tengku Amirul Fareez sudah mengaitkan ibu bapa.

"Kau nak main dengan aku kan?! Hey Hellysya maaf kau dah salah orang nak ajak mainlah and Kau Tengku Amirul Fareez Bin Tengku Muaz! Don't you dare to talk about parents!" kata Ku Syaf Ariana dengan nada yang ditahan amarahnya.

"And untuk warga sekolah The British High Schools welcome to the hell start from now The Black Roses are comeback and wait to the revenge" sinis sahaja suara Ku Syaf Ariana. Tengku Syafiqah disebelahnya juga memaparkan riak wajah yang sinis.

Aspuri yang lain terus berpaling apabila Ku Syaf Ariana menyebut nama group mereka yang setelah lama dibubarkan di atas faktor mereka berpisah dan mereka berjanji bahawa apabila mereka bertemu semua automaticnya The Black Roses kembali.

Mereka pelik macam mana Ku Syaf Ariana tahu nama group tersebut. Tengku Syafiqah melihat wajah keliru kawannya yang lain membisikkan sesuatu ke aspuri.

"Sebenarnya Syaf dah tahu yang korang ni Black roses time dia still ada kat Australia dulu. Tapi dia suruh aku rahsiakan dulu. Tunggu sampai dia balik ke malaysia" bisik Tengku Syafiqah perlahan. Hanya mereka yang dengar.

What!!

Yang lain sudah terkejut beruk apabila mendegar keterangan Tengku Syafiqah. Tetapi perlahan-lahan mereka semua berubah dan aura kegelapan  muncul. Mereka saling memandang satu sama lain sebelum terdengar suara Tengku Hellysya.

"Kau ingat aku percaya cakap kau? Come on! Group tu dah lama mampus sejak dulu dan korang yang miskin tiba-tiba mengaku? Tak malu ke? Ouh aku lupa orang miskin mana nak malu. Tak ada duit mesti kena malukan diri dan menyundal diri tu" angkuh selagi Tengku Hellysya berucap.

Pelajar yang lain ramai membisik setelah mendengar ucapan Tengku Hellysya. Rata-rata pelajar memandang aspuri dengan pandangan sinis dan jengkel.

Cukup gaya yang gedik Divaprinces berjalan menuju ke chalet mereka tanpa menghiraukan pandangan lain. Namun langkah mereka terhenti dipertengahan jalan.

"Kau tak percaya? Tak pe kami tak kisah. Cuma aku nak kau dengan kawan sotong kau bersiap sedia dari sekarang. Jangan sampai tiba masa tu orang tua kau melutut dekat kitaorang" lantang bersuara Nik Aira.

"Korang semua yang berada disini. Jangan nanti dah tahu perkara sebenar terhegeh hegeh nak cari kitaorang untuk minta maaf! Jangan menyesal kalau tahu perkara sebenar! Segala maaf yang korang cakap dari mulut takkan sesekali kitaorang akan layan tapi-" terhenti ayat Tengku Syafiqah.

Matanya yang sudah sedia kelam dari mata berwarna biru memandang satu persatu wajah pelajar kemudian dia tersengih sinis. "Kesudahan yang tak jangka korang akan terima" sambungnya. Terpaku semua orang mendengar.

Aspuri tersengih tajam. Mereka melangkah menuju ke chalet mereka tanpa sebarang kata atau menoleh kebelakang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience