Rate

BAHAGIAN DUA

Family Series 3851

Pit! Pit! Pit! 

     Bunyi yang bising itu menyebabkan aku terbangun dari lenaku . Tak guna ! . Mataku dibuka perlahan-lahan . Sedikit kabur . Tangan menggaru-garu kedua-dua belah mataku untuk membaiki penglihatanku . Oh , jalan sesak rupanya . Bunyi bising itu berpunca dari hon kenderaan yang pemandunya tiada perasaan sabar . Kesesakkan ini menyebabkan perjalanan kami menjadi lambat . Perlahan-lahan kereta kami bergerak ke depan . Sekejap bergerak , sekejap berhenti dan begitulah seterusnya . 

     Hampir 30 minit kami terperangkap dalam kesesakkan itu . Ia berpunca disebabkan ada kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal  . Polis cuba mengawal keadaan itu . Heh , aku mengabaikan perkara itu . Zip beg yang berada disebelahku dibuka . Tanganku mencapai keluar sebuah novel bertajuk Delirium . Buku dibuka . Dibaca dengan tenang agar setiap perkataan yang ditulis tidak terlepas . Aku menganggap setiap perkataan itu penting . Mata berkelip semakin perlahan . Mulutku menguap . Tanganku segera mengelap air mata yang terkeluar . Mata tertutup . Buku terlepas dari tangan lalu jatuh di atas kakiku . Gelap . Buat kali yang ketiga , aku terlena dibuai mimpi . 

****** 

     Seorang perempuan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik . Dia diduduk di atas kerusi oleh dua orang lelaki . Tangannya diikat . Kakinya diikat . Mulutnya ditutup mengguna kain bewarna putih . Matanya mengalirkan air mata membasahi mukanya . Peluh menitik-nitik di dahinya . Mahu menjerit tetapi tidak berdaya . Tidak mampu . Tenaganya sudah habis . Salah seorang lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol . Pistol itu dihalakan ke arah muka wanita itu . Picu pistol ditarik . Dan dilepaskan . 

Peng !! 

     Aku terbangun disebabkan mimpi yang ngeri itu . Dahiku berpeluh . Mulutku beristighfar . Tanganku terketar-ketar . Peluh di dahi dikesat . Nafas ditarik dan dilepaskan . Hanya mimpi . Hanya mimpi . Hanya mimpi . Itu sahaja yang difikirkan oleh ku . Mata tertumpu pada papan tanda di tepi bahu jalan . Perjalanan masih berbaki 35 kilometer sahaja . Hampir sampai . Punggungku sudah lenguh kerana sudah lama duduk di dalam kereta . Perutku tiba-tiba sahaja memulas . Sakit . Apa hal pula ni ? . Aku menyuruh ayahku berhenti di mana-mana stesen minyak untuk melepaskan hajat kecemasan ini . Ibuku menyuruh agar aku tahan hajatku sementara menuju ke stesen minyak . Kereta dipandu masuk ke perkarangan stesen minyak Petrol . Ayahku betul-betul parkir di hadapan tandas . Aku meluru keluar dari kereta dan segera pergi ke tandas . 

     Memang tandas di setiap stesen minyak selalu ..... 

Bersambung .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience