BAB 2

Drama Completed 66585

Dua tahun kemudian...

"Baiklah.Selamat pagi semua.Saya nak minta perhatian kepada semua.Kita ada rakan kerja yang akan memulakan tugasnya pada hari ini.Cik Fariza,please introduce yourself."

Fariza membetulkan kotak suaranya.Bibirnya melengkung senyuman manis.

"Hi,semua!Saya Fariza.Umur...rahsia.Saya pekerja baru di syarikat ini.Sebelum ni,saya bekerja di salah sebuah syarikat pengiklanan di Kuala lumpur.Saya baru sahaja berpindah ke sini.Saya harap semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya.Salam perkenalan semua."

"Baiklah,Fariza.Nanti awak boleh berkenalan dengan rakan-rakan yang lain.Tempat duduk awak di meja kosong bersebelahan meja Iris.Iris!"

Iris Qarissa mula berdiri dan berjalan ke arah Encik Omar,pengurus di syarikat dia bekerja.

"Ya,Encik Omar."

"Fariza akan duduk di meja yang kosong di sebelah awak.Saya harap awak boleh tunjuk ajar dia apa yang patut.Nanti Iris bawa dia melawat pejabat,boleh?Saya ada mesyuarat sekejap lagi."

"Boleh,Encik Omar.Jangan risau.Serahkan hal ni kepada saya."

"Baiklah.Fariza,kalau ada sebarang masalah boleh berhubung dengan saya atau pembantu saya,Ain.Kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu."

Encik Omar melangkah keluar dari ruangan pejabat itu.Iris Qarissa menghulurkan tangan kepada Fariza tanda salam perkenalan.

"Hi,saya Iris.Iris Qarissa.Salah seorang kerani di sini.Saya pun tak adalah lama sangat kerja dekat sini.Baru dua tahun.Selamat datang Cik Fariza."

Huluran tangan Iris Qarissa disambut mesra.

"Hi,nak panggil Iris ke Qarissa?"

"Mana-mana pun boleh.Tapi orang selalu panggil Iris je."

"Ooh... Kalau macam tu I panggil you,Iris.You ni nampak muda sangatlah.Berapa umur you?"

"Er...Twenty."

"Wow,muda sangat.Kalau macam tu you kena panggil I kakak.Sebab I ni tua daripada you."

"Tapi akak taklah tua mana punkan.Muka akak macam muda remaja je."

"Biasalah.Orang kata kita ni kena selalu senyum.Baru awek muda.Eh,dahlah.Nanti kita borak lagi.Sekarang ni kita nak buat apa dulu?"

"Mm...Apa kata kita berkenalan dengan semua staff dalam pejabat ni dulu.Lepas tu Iris tunjukkan sekitar pejabat ni pula."

"Boleh juga.Marilah."

Iris terus membawa Fariza berkenalan dengan para pekerja di situ.Selesai sesi perkenalan,Fariza dibawa pula melihat sekitar pejabat.Setelah itu,mereka berdua kembali ke meja kerja mereka.

"Ok,kak Iza.Ni semua dokumen yang kak Iza perlu periksa dan susun semula.Semuanya kak Iza boleh semak dalam file ni.Kalau ada apa-apa yang kak Iza tak faham,boleh tanya Iris."

"Baiklah.Iris,akak nak tanya sikit ni?"

"Nak tanya apa,kak Iza?

"Selalu lunch macam mana?Dekat mana?Sebab akak datang tadi,tengok area sini banyak kedai makan Cina.Kedai makan Melayu tak perasan pula."

"Ooh,ada je.Dekat area belakang bangunan ni.Tapi kalau malas keluar,Iris order dekat apps je."

Fariza mengangguk kecil.Iris Qarissa kembali semula ke meja kerjanya.Menyambung tugas yang tertangguh sebentar tadi.

*********

Matanya melirik jam di tangan.Sudah hampir pukul lima petang.Barang-barang di atas mejanya dikemaskan.Fail-fail yang berselerakan,disusun di tempatnya semula.

"Kak Iza,tak nak balik ke?Dah pukul lima ni."

Fariza yang leka dengan tugasnya langsung tidak sedar waktu pulangnya sudah pun tiba.Dia segera mengemas kertas-kertas yang berselerakan dan dimasukkan semula ke dalam fail.

"Cepat betul masa berlalu.Akak tak sedar pun dah waktu balik rupanya.Nasib baik Iris beritahu akak.Kalau tidak,tahu-tahu je akak dah tinggal sorang-sorang dekat sini."

Iris Qarissa tersenyum nipis.Beg tangannya dicapai,lalu disangkut di atas bahu.Dia segera mengorak langkah menuju ke pintu.Namun langkahnya terhenti tatkala namanya dipanggil.Iris Qarissa menoleh ke belakang.Kelihatan Fariza sedang melangkah laju ke arahnya.

"Iris,laju betul Iris ni jalan.Jalan cepat-cepat ni,Iris nak ke mana?Balik rumah jekan.Jangan risau.Rumah tu tak lari pun."

"Memanglah rumah Iris tak lari.Tapi bas tu nanti yang tinggalkan Iris.Nak tunggu bas lain lambat lagi."

"Ooh...Iris naik bas ke?"

Iris Qarissa mengangguk kecil.Tangannya terus menolak pintu pejabat.Kakinya melangkah keluar dari situ.Fariza turut mengekori langkah Iris Qarissa dari arah belakang.

"Iris,apa kata akak hantar Iris balik?Lagi pun akak tak rushing nak ke mana-mana."

"Eh,tak apalah.Iris boleh balik naik bas je.Lagi pun Iris tak nak susahkan kak Iza.Iris dah biasa balik kerja naik bas."

"Ala....Iris naik jelah kereta dengan akak.Iris tinggal dekat mana?"

"Iris tinggal dekat Taman Suria.Duduk rumah mak cik."

"Rumah yang besar-besar tu?Boleh tahan Iris ni ek."

"Bukan Iris,mak cik Irislah.Iris ni biasa-biasa je.Hidup pun menumpang."

Fariza melajukan langkah kakinya menyaingi langkah Iris Qarissa.

"Mak cik Iris tak ada driver ke?Yalah,sebab dia biarkan je Iris balik naik bas."

"Tak ada.Mak cik Iris masih bekerja.Dia selalu drive sendiri.Kalau pagi-pagi pergi kerja dia hantar Iris.Balik kerja je Iris naik bas.Kalau nak tunggu mak cik Iris,lambatlah Iris sampai rumah."

"Kira mak cik Iris ni bujang lagilah?"

"Dia janda kematian suami.Tapi sayang,dia tak ada anak.Itu yang dia minta Iris tinggal dengan dia."

"Ooh..."

Fariza mengangguk kecil.Belum sempat Iris Qarissa membawa langkahnya menyeberangi jalan,dengan pantas tangannya ditarik.Iris Qarissa menoleh ke belakang.

"Ada apa,kak Iza?Iris dah lambat ni.Bas kejap lagi sampai."

"Ala...tak payah naik bas.Biar akak hantar.At least,akak ada kawan berborak dalam kereta nanti.Tak adalah bosan.Lagi pun kita ni satu jalan.Rumah akak pun dekat area sana juga.Cuma lain taman je."

"Tak apa ke kak?"

"Tak apa.Dah,jom.Iris kata nak balik rumah cepatkan?"

Iris Qarissa mengangguk laju.Lalu tangannya ditarik mengikuti langkah Fariza ke arah keretanya.

Sampai di tempat parkir kereta,mata Iris Qarissa membulat.Dia terpempan.Mulutnya sedikit terbuka.

"Kak Iza,ni ke kereta akak?"

"Yalah.Takkan kereta mak cik cleaner dekat pejabat kita pula.Yang Iris tercegat dekat situ dah kenapa?Mulut tu tutup.Kejap lagi masuk lalat pula.Jomlah masuk."

Iris Qarissa masih tidak berganjak dari tempatnya.Matanya ralit memandang kereta di hadapannya.Kereta berjenama BMW yang berwarna merah itu benar-benar menarik minatnya.

"Iris!"

Bahunya digoyangkan.Iris Qarissa tersedar.Dia menatap wajah Fariza dengan perasaan teruja.

"Cantiknya kak.Sport car pula tu.Mesti mahal."

"Biasa je.Bukan pakai duit akak pun.Orang bagi,kita ambil.Yang penting jangan tolak rezeki,musuh jangan dicari.Cepatlah masuk kereta!"

Iris Qarissa mengatur langkah ke sisi kereta.Pintu kereta dibuka sebelum dia memboloskan diri dalam perut kereta.

"Cantiklah,kak.Akak rasakan,berapa tahun lagi Iris kena kerja nak kumpul duit beli kereta macam ni?"

Fariza mengorek senyum.Wajah teruja Iris Qarissa ditatap.Tidak tahu mengapa dirinya begitu selesa tatkala mengenali gadis muda ini.

"Ala... Nanti kalau Iris dah ada lesen,Iris pinjam jelah kereta akak ni.Kalau nak harapkan gaji Iris yang sekarang ni,akak tak pastilah bila Iris boleh beli kereta ni."

"Betul juga.Mesti best dapat bawa kereta cantik macam ni.Kereta ni boyfriend akak yang bagi ke?"

"A'ah... Tapi bukan steady boyfriend pun."

Iris Qarissa berkerut kening.

"Ada beza ke boyfriend dengan steady boyfriend?"

Fariza melepaskan tawanya.Seat belt ditarik dan dipasang.Enjin kereta dihidupkan.Dengan tawa yang masih bersisa dia memandu keluar keretanya dari kawasan parkir kereta.

Iris Qarissa semakin pelik dengan perlakuan kenalan barunya itu.Nak dikatakan dia berlawak,tidak juga.Ntah apa yang membuatkan Fariza terlalu geli hati,Iris Qarissa sendiri tidak tahu.

"Kenapa akak gelak?Apa yang lawak?"

Tawanya sudah reda.Matanya melirik ke arah Iris Qarissa yang duduk di sebelah.

"Iris,you are too naive.Iris betul nak tahu perbezaan antara boyfriend dengan steady boyfriend tu?"

"Mm...Tak adalah nak tahu sangat.Tapi kalau kak Iza nak beritahu,Iris ok je."

"Ok.Ni pandangan akaklah.Tapi tak tahulah kalau orang lain.Bagi akak,steady boyfriend tu seorang lelaki yang boleh dipercayai,yang kita sayang dan kita sanggup korbankan apa sahaja untuk dia.Maksudnya kita akan setia dengan dia je.Tak ada lelaki lain dan dia juga melakukan hal yang sama pada kita."

Iris Qarissa menganggukkan kepala seakan mengerti akan kata-kata Fariza itu.

"Kalau...boyfriend pula?"

"Kalau boyfriend pula...kawan lelaki.Maksudnya,just a friend.No heart feeling.Saja suka-suka.Nak kenal-kenal.Tak ada hubungan serius.Bak kata pepatah,berkawan biar seribu berkasih biar satu."

"So,akak tak ada steady boyfriend?"

Fariza menggelengkan kepalanya.

"Kalau boyfriend ramai.Tu yang ada bagi keretalah,bayarkan sewa rumahlah.Akak tak minta.Diorang yang rajin kongsi rezeki dengan akak."

"Bagus betul kawan-kawan lelaki akak tu.Tak kedekut langsung."

"Memanglah tak kedekut.Tapi...kita kenalah tahu ambil hati diorang.Kita baik dengan orang,baru orang baik dengan kita.Faham?"

"Faham."

"Bagus.Tak apa.Nanti bila ada masa,akak nak bawa Iris tengok dunia sebenar dekat luar sana tu."

"Dunia sebenar?"

"Yup.Ala...jangan fikirkan dulu.Satu hari nanti,Iris akan tahu juga.So,ni dah nak sampai Taman Suria.Nak belok lorong mana satu?"

"Akak ambil lorong kiri.Depan sikit nanti baru akak ambil kanan.Lepas tu sampailah rumah mak cik Iris."

Kereta yang dipandu Fariza sampai di hadapan rumah.Iris Qarissa turun dari kereta.Dia menoleh ke arah Fariza.

"Terima kasih,kak Iza sebab dah tolong hantarkan Iris."

"Sama-sama.Esok pagi nak akak ambil tak?"

"Eh,tak apa.Esok pagi Iris pergi kerja dengan mak cik Iris je."

"Oklah kalau macam tu.Akak balik dulu.Jumpa esok dekat pejabat."

"Ok,kak Iza.Hati-hati memandu tu."

Fariza mengangguk kecil.Pintu kereta ditutup.Lalu kereta Fariza meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Share this novel

Mala Noir Klang
2023-11-17 23:25:13 

Reply komen aeak pun x blh buka n baca

Mala Noir Klang
2023-11-17 23:24:32 

Knp saya x blh buka n baca bab seterusnya.


NovelPlus Premium

The best ads free experience