Series
                        
4680
                    Kilat yang berdentum kuat di atas langit mengejutkan dia dari terus terlena . Matanya terhala ke luar tingkap . Hujan lebat.. 
  Dia mengeluh perlahan lalu memandang tubuh badannya sendiri . Kusut dan tak berdaya . Mana tidaknya . 
  Sudah dua hari dia dikurung di dalam rumah usang ini tanpa makan dan minum . Lebih parah lagi , dia diseksa dengan teruk . Tengok lah badan dia sekarang ni . Banyak sangat kesan luka . Dapat aku feeling jadi Cinderella sekarang ni hoho ! 
   Dan selama dua hari itulah dia cuba sedaya upaya untuk melarikan diri . Tapi tu lah.. dengan tubuh badan yang diikat erat , ditambah lagi dengan tenaga yang semakin berkurang . Peluang untuk melarikan diri sangat rendah . 
   Satu lagi , yang culik dia sekarang ni Demon ya anak anak . Bukan manusia biasa . Kalau manusia , memang senang lah nak melarikan diri . 
   Cakap pasal Demon ni kan.. sampai sekarang aku masih tidak percaya bahawa pembunuh itu adalah dia.. 
   Siapa sangka kalau kawan yang dianggap sehidup semati sanggup membunuh sahabatnya hanya kerana cinta . Hell.. 
    Licik betul pembunuh tu . Pandai sangat dia menyamar . Gadis yang selama ini disangkakan seorang Vampire , rupanya seorang Demon . Licik bukan ? 
    Menyamar jadi Vampire untuk mendekati cinta hatinya . Membunuh kawan baik sendiri untuk merampas kembali haknya . Kejam ! 
   Mati mati dia ingat pembunuh tu ialah Hannah . Dan sangkaannya meleset jauh . Korang mesti tau kan siapa pembunuh tu ? 
   Keluhan kecil dilepaskan . Beginikah pengakhiran hidupnya ? Sadis sekali ! 
   Semasa menjadi Cealyn , dia mati dibunuh . Sekarang jadi Emelyn , pun mati kena bunuh juga kah ? Huhu ! 
KRUEK..
Hah tu dia.. Mak tiri dah sampai .
Masuk saja ke dalam , sepasang matanya terhala ke arah sosok tubuh yang sudah tidak berdaya itu . Dia tersenyum sinis lalu mengorak langkah menuju ke arah gadis itu .
“ Dah nak mati dah ? ” soalnya sambil mencengkam dagu Emelyn yang dari tadi menunduk .
Eh.. Jahanamnya soalan anda .
“ Kau janganlah mati dulu . Aku masih belum puas nak seksa kau . ” sambungnya lagi .
“ Apa salah aku dekat kau Alyaa ? Kenapa kau buat aku macam ni ? Bukan kita kawan baik ke ? ” soal Emelyn semula . Ya ! Pembunuh itu ialah Alyaa huhu .
Perlahan lahan rumah usang itu dipenuhi dengan tawa kejamnya . Semakin kuat tangannya mencengkam dagu gadis itu .
“ Kawan baik huh ? ” soalnya lalu ketawa lagi .
  “ Kalau kita kawan baik , kau takkan rampas Cleo dari aku ! Kau tak patut wujud diantara aku dan dia ! Kau sepatutnya mati ! ” jeritnya lantang memenuhi ruang rumah itu . Mencerlung dia memandang wajah gadis itu . 
   Emelyn ketawa sinis . Apa dia ingat ni drama kah ? Sanggup bunuh kawan baik sendiri hanya kerana cinta . 
   Seolah olah macam Cleo tu lelaki terakhir dalam dunia ni . 
“ Aku takkan bunuh kau . Aku cuma nak seksa kau sampai aku puas baru kau boleh mati ! ” katanya keras . Mana mungkin dia membunuh gadis itu dengan mudah . Tak seronok lah jadinya .
   Kata kata yang baru terpancul keluar dari mulut Alyaa membuatkan Emelyn ketawa lucu . Sempat dia ketawa dalam keadaannya yang lemah sekarang ni . 
   Gila ? Mungkin ya . 
Alyaa mengetap kuat bawah bibirnya . Geram dengan sikap gadis ini .
   Dengan kudrat yang masih tersisa , dia melutut lalu mendekatkan mulutnya ke telinga Alyaa yang duduk mencangkung dihadapannya . 
   
   “ Kau boleh seksa aku . Dan kau juga boleh buat aku menderita selama mana kau mahu . Tapi satu benda yang kau kena ingat.. ” ayatnya tergantung disitu . Sempat lagi dia ketawa kecil . Ketawa yang membuatkan sesiapa saja berasa gerun untuk mendengarnya . 
“ Aku tak akan lepaskan kau walaupun aku dah mati nanti . Pengecut ! ” bisiknya cukup perlahan . Automatik senyuman kecilnya terukir .
   Tidak tunggu lama , Alyaa menolak tubuh Emelyn dengan kasar . Wajah gadis itu ditampar sekuat hati . Panas hatinya mendengar kata kata Emelyn .
   Berani betul gadis itu ! Dalam keadaannya yang lemah sekarang ini pun masih lagi berani mahu menentangnya ! 
   Tidak cukup dengan itu , dia mencengkam kuat rambut Emelyn lalu menghempuk kepala itu di dinding dengan kuat . 
Berdenyut kepalanya dirasakan akibat dihempuk begitu kuat . Dia menggeleng perlahan . Cuba menghilangkan rasa sakit yang semakin menjalar di kepalanya .
   Alyaa mendengus geram . Kalau boleh dia memang ingin menyeksa gadis itu lagi . Tapi bila melihat Emelyn semakin lemah , dia tidak dapat menyeksanya terlalu lama . Takut nanti dia mati hoho ! 
   Laju saja kedua kakinya melangkah keluar dari rumah usang itu . Pintu dihempas kuat . Perasaan marahnya semakin membuak buak . Rambutnya diraup kasar ke belakang .
   Bertambah panas hatinya apabila mengingati betapa risaunya Cleo terhadap gadis itu . Bukan dia tidak tahu bahawa Cleo berusaha mencari Emelyn sehingga mengabaikan tenaganya yang semakin berkurang . 
   Bawah bibirnya diketap kuat . Kenapa lelaki itu perlu risau tentang Emelyn ! Sepatutnya dia yang perlu disayangi oleh Cleo . Bukan gadis tak guna itu ! 
   Dirinya bagai hilang kewarasan diri . Sanggup membunuh seseorang yang menganggapnya sebagai teman sejati . Ya ! Dia memang sudah jadi gila ! Gila kerana lelaki itu ! 
   Berat sangat kah permintaannya ini ? Dia hanya inginkan lelaki itu . Dia hanya ingin hidup bahagia bersama Cleo . 
   Tapi lain pula jadinya apabila Cleo mencintai gadis yang merupakan kawan baiknya sendiri .
   Kau tak sepatutnya wujud di antara aku dan dia ! 
“ Aku akan buat kau lebih menderita dari sebelum ini . ” katanya perlahan lalu mengorak langkah untuk pergi dari rumah usang itu .
  
   Tangannya naik menyentuh dahinya yang terasa sakit . Otaknya ligat mengingati kata katanya terhadap Alyaa . 
   Dia langsung tiada niat untuk berkata seperti itu . Dia yakin sekali bahawa Cealyn mengawal percakapannya sebentar tadi . 
   Pelik.. semenjak dua menjak ni , dirinya bagai dikawal oleh Cealyn . Setiap kali emosinya tidak terkawal , mata kirinya mulai bertukar warna . 
   Percakapannya juga selalu dikawal oleh Cealyn . Seolah olah Cealyn sudah mengawal separuh dari tubuhnya sekarang . 
   Lebih parah lagi apabila nafsu makannya semakin menjadi jadi . Tekaknya menginginkan makanan yang sering dimakan oleh makhluk yang hidup di dunia ini . 
   Kalau saja dia tidak diikat sekarang ini , sudah lama dia makan pembunuh itu . Sungguh dia dahagakan darah saat ini . 
   Sekejap itu juga mata kirinya bertukar warna . Warna merah menyala itu memecahkan kegelapan malam di dalam ruang rumah itu . 
Darah yang masih mengalir di hujung mulutnya dijilat perlahan . Semakin merah matanya apabila merasakan kemanisan darah seorang manusia .
“ Darah . ” katanya perlahan .
Dia menggeleng laju . Cuba menyedarkan dirinya dari terus berkelakuan pelik . Apa dia cuba buat tadi ? Dia cakap apa tadi ?
   Bagai orang gila saja dia sekarang ini . Kejap ketawa , kejap menangis . Separuh mati dia cuba mengawal dirinya sendiri .
   Tidak dinafikan lagi , Cealyn memang sudah mengawal separuh dari tubuhnya sekarang . 
Bola matanya jatuh memandang tubuh badannya sendiri . Lama dia memandang tubuhnya sendiri sehingga membuatkan nafsu makannya semakin meninggi .
“ Berhenti.. Tolong berhenti Cealyn.. ” pintanya perlahan . Dia tidak cukup kuat untuk melawan dirinya sendiri . Sungguh dia terseksa dengan semua ini .
Perlahan lahan tubuhnya rebah tidak sedarkan diri . Setiap kali dia tidak sedarkan diri , dia akan berharap..
Berharap dia akan selamat apabila dia tersedar nanti..
••••
“ Argh ! ” jeritnya lantang .
  Rambutnya diraup kasar . Stress dia memikirkan keberadaan gadis itu . Sudah dua hari dia menghilang tanpa kesan . 
  Kemana gadis itu pergi ?! 
“ Cleo.. ” panggil seseorang .
Cleo menoleh dengan wajah tegang .
  “ Kau tak nak rehat dulu ke ? ” soal Kein prihatin dengan kawan baiknya itu . Sudah dua hari Cleo mencari Emelyn tanpa rehat . 
  Cleo terlalu memaksa dirinya untuk mencari gadis itu sehingga mengabaikan makan dan minumnya . Sudah pasti lelaki itu akan kekurangan tenaga sekarang ini . 
  “ Aku tak akan rehat selagi aku tak jumpa dia ! ” sahutnya . Mana mungkin dia akan menghentikan pencariannya sekarang ini .
   Dia akan terus mencari gadis itu sehingga ke hujung dunia sekali pun ! Dia perlu mencari Emelyn sampai jumpa !
“ Kau rehat dulu . Pasal Emelyn kau serahkan pada kami . Kami akan cari dia . ” pujuk Braylon dan mendapat anggukan dari Adryan .
“ Aku tak nak . ” kata Cleo tegas .
Serentak Kein , Braylon dan Adryan mengeluh . Degil betul sahabat mereka yang seorang ini .
   Cleo meninggalkan mereka bertiga lalu meneruskan pencariannya . Apa khabar agaknya gadis itu ? Masih hidupkah dia ? 
   Hatinya dipalu hiba . Berharap sangat agar gadis itu akan baik baik saja . Dan berharap agar gadis itu tidak akan meninggalkannya lagi.. 
••••
“ Kak Lyn ! ” panggilnya dengan kuat .
   Dia memandang sekeliling hutan yang tebal itu . Ingin saja dia menangis sekuat hati apabila mengetahui kakaknya belum dijumpai sehingga hari ini . 
    
   “ Kak Lyn.. Janganlah tinggalkan Lya seorang diri dekat sini . ” pintanya perlahan .
   Sudah beberapa jam dia mengelilingi hutan ini tanpa pengetahuan sesiapa . Bukan dia tidak pernah meminta izin untuk keluar . Tapi Aunty Bethany melarangnya dengan keras . 
    Namun oleh kerana hati kecilnya ingin sekali mencari kakaknya , dia mengambil keputusan untuk keluar senyap senyap . 
“ Emelya ? ” panggil seseorang .
   Lantas Emelya menoleh memandang seseorang yang memanggilnya sebentar tadi . 
  
  “ Lya buat apa dekat hutan ni seorang diri ? ” soal Alyaa sambil duduk mencangkung menghadap Emelya . 
  Emelya terdiam . Lama dia memandang wajah yang kelihatan risau itu . 
  Memandang wajah risau itu membuatkan dia teringatkan kakaknya yang masih belum dijumpai sehingga hari ini .
  Setitis demi setitis air matanya jatuh . Laju saja kedua tangannya memeluk erat tubuh Alyaa . 
“ Lya rindukan Kak Lyn . ” luahnya dengan tangisan semakin kuat .
Kemana kakaknya pergi ? Hilang selama dua hari tanpa khabar . Masih hidupkah kakaknya itu ?
“ Lya rasa sunyi . Lya tak nak Kak Lyn tinggalkan Lya seorang diri dekat sini . ” luahnya lagi . Air matanya mengalir laju membasahi pipinya .
Alyaa memaut bahu Emelya untuk menghadapnya . Air mata yang mengalir tanpa henti itu diseka perlahan . Senyuman manis terukir di bibirnya .
“ Akak rasa akak tau kak Lyn ada dekat mana sekarang ni . ” kata Alyaa lembut .
Serta merta wajah yang sedih tadi bertukar menjadi wajah teruja . Senyuman lebar terukir di bibir itu .
“ Betul ke ?! ” soalnya teruja . Gembira sekali jika dapat menemui kakaknya semula .
Alyaa mengangguk .
“ Dekat mana ? ” soalnya lagi .
  Alyaa tersenyum lalu menarik tangan Emelya untuk mengikutinya .
  Emelya hanya menurut . Kurang sedikit rasa risau di hatinya apabila Alyaa berkata seperti itu . 
  Sesekali dia menoleh memandang wajah Alyaa yang kelihatan serius itu . Lama dia memandang wajah Alyaa sebelum tiba tiba bibir itu mengukirkan senyuman penuh makna . 
   Laju saja Emelya menoleh ke hadapan . Takut pula dia dengan Alyaa . Kenapa dia tiba tiba senyum ? Ada yang lawak ke dekat sini ? 
   Emelya menoleh lagi . Cuba memastikan bahawa Alyaa tidak apa apa . Masih sama seperti tadi . Tersenyum tanpa sebab .
Entah apa agaknya yang bermain di fikirannya saat itu .
Share this novel