"Assalamualaikum." - Fatihah
"Waalaikumussalam." - Puan Khadijah dan Aiman
Aiman terus pergi membuka pintu rumah itu. Setelah pintu dibuka, kelihatan Fatihah di luar pintu. Fatihah terus bersalaman dan cium tangan Aiman meminta maaf.
"Abang Man? Abang, Tihah minta maaf, bang. Tihah tak dengar cakap abang, Tihah minta maaf." - Fatihah
"Man, siapa tu?" Puan Khadijah.
Puan Khadijah berjalan ke ruang tamu dan mendapati Fatihah yang datang ke rumahnya. Dia terus pergi menuju ke biliknya kerana tidak mahu bertembung dengan anaknya yang mengandungkan anak luar nikah. Fatihah terus mengejar ibunya untuk meminta maaf.
"Mak, Tihah minta maaf. Tihah tahu Tihah banyak buat dosa. Mak tolong ampunkan Tihah, mak?" - Fatihah
"Bila kau dah kandungkan anak luar nikah, baru kau nak minta maaf kat aku? Kau pergilah dari sini! Aku tak nak tengok muka kau dengan anak haram yang kau kandungkan ni! Pergi!" - Puan Khadijah
Aiman cuba membela adiknya apabila mendengar ibunya berkata yang sedemikian.
"Mak, mak maafkanlah adik. Adik dah berubah, mak." - Aiman
"Man, Man dah lupa apa yang dia dah buat dekat mak? Mak memang masih boleh maafkan Man, tapi mak tak boleh maafkan perempuan kotor ni! Pergi kau dari sini!" - Puan Khadijah
Puan Khadijah terus masuk ke dalam bilik dengan air matanya berlumba-lumba jatuh ke pipi. Fatihah yang terduduk mengusap perutnya kerana kasihankan anak yang dikandungkannya. Fatihah terus pergi ke arah Aiman.
"Bang, Tihah pergi dulu. Tihah tahu mak akan hidup bahagia dengan abang walaupun..." - Fatihah
Tidak sempat Fatihah menyambung ayatnya, dia terhenti kerana tidak mampu menahan rasa sedih dan air matanya jatuh ke pipi. Lalu, Tihah menyambung ayatnya.
"Walaupun Tihah tak ada kat rumah ni. Tihah pergi dulu." - Fatihah
Aiman terus menarik tangan Fatihah menyebabkan langkah Fatihah terhenti.
"Adik nak pergi mana? Kan dah malam ni? Bahayalah dik." - Aiman
"Tak apa, bang. Adik tinggal dekat rumah Kak Wahida je. Lagipun rumah dia kan dekat?" - Fatihah
"Yalah kalau macam tu. Hati-hati ya, dik?" - Aiman
"Adik pergi dulu, ya?" - Fatihah
Fatihah melangkah meninggalkan rumah itu dengan hati yang sayu dan sedih. Dia kecewa dengan perbuatan yang telah dilakukannya. Dalam perjalannya menuju ke rumah Wahida, air matanya mengalir kerana terlalu sedih.
Tujuh bulan telah berlalu. Fatihah menyediakan air coklat untuk kawannya Wahida yang sedang melakukan kerja di komputer ribanya.
"Nah, air untuk akak." - Fatihah
"Terima kasih. Ha, Tihah duduk sini kejap." - Wahida
"Ada apa, kak?" - Fatihah
"Ni akak nak cakap. Tihah tak nak jumpa Shazril ke? Dia patut bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat. Kan Tihah dah tujuh bulan kandungkan anak ni. Perut pun dah besar." - Wahida
"Malaslah saya nak jumpa dia, kak. Nanti apa pula yang jadi." - Fatihah
"Tihah, Tihah mana boleh macam ni. Petang ni akak nak Tihah siap-siap ikut akak." - Wahida
"Nak pergi mana, kak? - Fatihah
"Adalah. Kamu siap-siap je, tau?" - Wahida
"Hmm, yalah." - Fatihah
"Jangan lupa!" - Wahida
"Ya... Akak tengah buat apa ni?" - Fatihah
"Tengah buat kerja." - Wahida
"Hmm, kalau macam tu, Tihah masuk bilik dulu, ya? Nak rehat kejap." - Fatihah
"Ha, yalah." - Wahida
Fatihah terus pergi menuju kebiliknya untuk berehat. Dia mengusap perutnya.
"Baby, mama sayang sangat dengan baby. Mama harap, bila baby keluar, baby dapat redakan hati nenek ya? Nanti nenek boleh maafkan mama." - Fatihah
Air mata Fatihah mengalir membasahi pipinya. Dia terus baring di atas katil dan berehat.
Pada petang itu, Wahida memandu keretanya pergi ke rumah banglo Shazril. Fatihah terkejut apabila mendapati dia kini berada di rumah Shazril.
"Akak, buat apa kita datang sini?" - Fatihah
"Akak nak Tihah suruh Shazril bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat." - Wahida
"Malaslah saya, kak." - Fatihah
"Fatihah. Dengar cakap akak, ok?" - Wahida
Fatihah terpaksa akur dan ikut Wahida pergi ke depan rumah Shazril. Wahida menekan butang loceng. Shazril yang sedang makan dengan ibu bapanya pergi membuka pintu setelah mendengar bunyi loceng. Apabila dia mendapati Fatihah dan Wahida berada di depan rumah selepas membuka pintu, dia terus menutup pintu. Tetapi, dia tidak jadi menutup pintu apabila Wahida bersuara.
"Shazril! Kau kena bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat dekat Fatihah. Kau jangan nak lepas tangan macam tu je, eh!" - Wahida
"Apa ni? Tanggungjawab? Kau merepek apa?" - Shazril
"Kau jangan nak buat-buat tak tahu eh! Anak yang Fatihah kandungkan ni anak kau!" - Wahida
"Akak..." - Fatihah
Fatihah cuba memujuk Wahida. Tiba-tiba ibu bapa Shazril datang ke situ.
"Eh, apa bising-bising ni?" - Datin Suraya
"Ni ma. Apa entah yang dia orang nak." - Shazril
"Nak apa kau cakap? Datin, datin tahu tak? Anak yang Fatihah kandungkan anak Shazril cucu datin!" - Wahida
"Apa?" - Datin Suraya
"Ma, dia orang ni bohonglah. Mama tak payah nak percaya cakap dia orang ni!" - Shazril
"Hei, kamu berdua jangan buat fitnah, ya! Anak saya takkan bodoh sangat sampai nak rogol anak orang!" - Datin Suraya
"Fitnah? Datin, anak datin ni..." - Wahida
Belum sempat Wahida menyambung ayatnya, Fatihah sudah menghalang.
"Datin, saya minta maaf." - Fatihah
Fatihah ingin bersalaman dengan Datin Suraya tapi ditolaknya hingga jatuh.
"Kamu berdua pergi dari sini!" - Datin Suraya
"Sayang..." Datuk Hamdan
Datin Suraya terus sahaja menutup pintu rumahnya. Fatihah yang terduduk akibat ditolak menangis sedih dengan sikap Datin Suraya.
"Tihah, jom kita balik?" - Wahida
Fatihah hanya mengangguk. Wahida memimpin Fatihah masuk ke dalam kereta lalu beredar dari rumah Shazril.
Share this novel