Bab 20

Romance Completed 78329

Majlis tahlil berjalan dengan lancar. Selepas saja doa selesai dibaca oleh Haji Mokhtar, imam masjid, mereka dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh Puan Aminah. Zarina dan Zahirah tak lokek membantu Puan Aminah membawa makanan ke ruang tamu untuk para tetamu yang hadir.

Zarina terpandangkan Luqman yang sedang berdiri di luar pagar rumah Puan Aminah. Dah kenapalah Luq berdiri je dekat situ? Entah apa yang dia menungkan pulak kali ini.

Zarina menyerahkan pinggan berisi gulai ayam kepada Zahirah dan menyuruh Zahirah bawanya ke tetamu. Zarina pula melangkah menghampiri Luqman lalu bahu adiknya itu disentuh lembut.

“Angah, buat apa dekat luar ni? Kenapa tak pergi makan sekali dengan tetamu?” tanya Zarina. Wajah sugul adiknya memberi jawapan kepadanya. Mesti Luqman masih terfikirkan pasal Dariya. Yelah, majlis kahwin pun akan berlangsung tak lama lagi dan tiba-tiba saja Dariya pergi meninggalkan mereka.

“Angah tak ada seleralah along. Bila tengok wajah sugul ibu serius angah rasa sedih sangat.”

“Angah…benda dah nak jadi pun. Kita tak boleh terus-terusan sedih macam ni. Kesian dekat ibu kalau dia tengok angah still sedih macam ni. Dalam masa macam ni, angah boleh jadi pengganti kepada Dariya. Ceriakan hati ibu. Along tak sukalah tengok angah sedih-sedih macam ni,” Zarina cuba memujuk adiknya.
Bila terlampau sedih, lain pula yang jadinya nanti.

“Along tahu tak? Angah takkan berpuas hati selagi angah tak jumpa dengan perempuan tu! Angah tunggu dia datang mintak maaf dekat ibu masa dekat Filipina tapi dia langsung tak datang! Tak apa! Angah tak kisah! Angah akan pastikan dia akan menyesal bila angah berjumpa dengan dia nanti!” Luqman berjalan masuk ke dalam rumah.

Zarina pula buntu. Sudahnya kalau Luqman cakap macam tu, dia tahu yang Luqman tak main-main dengan apa yang dia cakap. Tak kira macam mana mesti dia akan cari perempuan tu sampai dapat.

“Along…angah ok ke? Acik tengok muka angah muram semacam je. Langsung tak senyum.” Sejak kepergian kak Dariya dan abang still tak berjumpa dengan pelakunya, muka abangnya selalu serius 24 jam. Abangnya dah berubah.

“Dia tak ok lagi tu. Selagi dia tak jumpa dengan Gia Vatanika tu, selagi tulah dia takkan berpuas hati,” jawab Zarina. Tapi sejujurnya dia turut hairan kenapa Gia Vatanika langsung tak muncul dan berjumpa terus dengan Puan Aminah dan adiknya. Teruk sangat ke dia sampaikan tak boleh nak berjumpa dengan Puan Aminah dan mohon maaf. Walaupun begitu, dia cuba mengusir fikiran negative dalam kepalanya. Mungkin Gia Vatanika ada sebab tertentu kenapa dia tak boleh jumpa dan mohon maaf pada Puan Aminah.

“HAH?! Kau sure ke Idham?!” terus tak senang duduk Luqman dibuatnya sebaik saja mendengar berita yang baru disampaikan oleh Idham. Berita yang Idham dapat pun dari kawannya yang bekerja sebagai lawyer di Filipina dan turut membantu uruskan kes ini sama. Mustahil! Sangat mustahil!

“Ini berita yang aku dapat dari kawan aku. Dia cakap semua bukti pada rakaman CCTV dah pun lesap. Ada yang dah tolong padamkan semua bukti-bukti tu.”

Luqman menghenyakkan punggungnya kasar ke atas sofa. Sumpah dia rasa macam nak naik hantu sekarang! Masih tak cukup bukti untuk bawak Gia Vatanika ke muka pengadilan. Hanya ada bukti kereta Gia Vatanika sebagai bahan bukti saja tak cukup. Boleh saja orang lain yang memandu kereta Gia Vatanika tapi dia yakin sangat yang pemandu sebenarnya adalah Gia Vatanika.

“Siasat lah siapa yang padam rakaman CCTV tu!”

“Diorang dah siasat tapi ada masalah! Orang yang jaga bilik kawalan CCTV tu dah pun berhenti kerja as soon as dia dah padam rakaman tu and aku rasa dia diugut untuk tinggalkan tempat tu selepas dapat payment. Aku tak rasa yang payment dia dapat tu payment cikai-cikai.”

“Ya Allah…” sakit hati Luqman dibuatnya. Dia tak percaya yang situasi dihadapinya sekarang ini sangat rumit. Nak tangkap pesalah pun ada banyak halangannya.

“Diorang tak tahu ke siapa yang bagi payment tu?”

“Mereka pun tak dapat nak jejak siapa yang bagi payment tu.”

“Aku syak Gia Vatanika yang bagi payment tu!” Terus saja nama Gia Vatanika diusul tanpa diperiksa terlebih dahulu. Pada matanya Gia Vatanika tetap salah sepenuhnya.

“Bro, kita tak boleh nak buat assumption terlebih dahulu. Lagipun, kita tak tahu siapa yang bagi payment sama ada lelaki atau perempuan. Kalau kita dapat tahu yang payment tu dibuat oleh perempuan, kemungkinan besar peratusan untuk kita syak Gia Vatanika yang bagi payment tu adalah tinggi tapi masalahnya sekarang memang tak ada bukti. Everything clean!”

Lagilah tak senang duduk Luqman dibuatnya. Ya Allah! Siapalah punya angkara yang cuba tutup kebenaran ini?! Kenapa semua ini terasa sangat rumit? Aku kalau boleh nak semua benda ni diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

“Aku rasa aku nak fly ke Filipina nak tengok progress siasatan diorang. Kau free tak? Aku nak ajak kau sekali ke sana.”

“Emmm…dua tiga hari ni aku busy handling kes client aku. But, anything aku akan inform dekat kau if kes client aku tu dah selesai. Ok?”

“Ok, thank you.”

Talian diputuskan. Luqman meletakkan telefonnya ke tepi. Serabut kepala otaknya memikirkan hal ni. Apa yang aku tak boleh terima sekarang ni macam mana kesemua bukti tu dah lesap dan dipadamkan? Siapa yang bayar? Kalau bukan Gia Vatanika yang bayar, siapa lagi?

Aku tak kira! Bila aku fly je ke Filipina, aku akan berjumpa sendiri dengan Gia Vatanika. Aku akan buat perhitungan dengan dia dan kalau maslaah ni tak boleh diselesaikan dengan bantuan pihak atasan, aku sendiri yang akan selesaikan dengan cara aku sendiri.

“Angah…kenapa acik tengok angah muka resah macam tak tentu arah je ni? Hmmm? Angah ada masalah ke?” soal Zahirah sebaik saja dia berdiri di sisi abangnya. Dari pandangan matanya muka abangnya nampak kusut sangat sekarang.

“Tak ada apalah. Acik tak ada kelas ke hari ni?” Luqman cuba menyembunyikan hal sebenar. Sengaja dia ubah topik.

“Kelas pukul dua petang kejap lagi. Maklumlah…acik kan budak repeat hehehe…” bukan aku nak bangga yang aku ni budak repeat tapi tulah nak buat macam mana kan?
Dapat course yang aku tak minat dan umi pulak paksa jugak aku masuk course yang aku tak minat tu. So, memang repeatlah aku jawabnya.

Course apa tu sampai repeat? Emmm…course medic. Serius aku tak suka medic! Susahnya tak boleh nak bawak bincang woiii! Entah macam manalah aku boleh dapat course ni walhal mata pelajaran sains tulen aku pun dapat gred tak berapa nak bagus. Ahaks!

“Tak apa, perlahan-lahan. Ambik masa untuk belajar dan faham apa yang kita dah belajar.”

“Alah…angah cakap senanglah. Yang nak kena tanggungnya acik ni hah! Blur memanjang dalam kelas!”
Kalau boleh, masa lecturer mengajar nak je aku tidur dalam kelas tapi masalahnya kalau aku tidur kang lagi bodoh otak aku ni yang tersedia bodoh.

“Percayalah cakap angah…kalau acik ambik serius dan teliti satu-persatu dalam pembelajaran acik, angah yakin yang acik boleh score. Alah, acik ni bukannya tak bijak pun cuma malas!”

Hehehe…bab malas tu aku setuju seratus peratus! Tambah lagi dengan subjek yang aku tak suka aku memang jadi auto malas.

“Emmm along mana?”

“Along semalam lagi dah balik ke rumah dengan suami dia. Tulah, semalam termenung je sampaikan along balik pun angah tak sedar.”

Cuma anggukan kecil yang diberikan Luqman. Ya, memang dia mengaku yang dia banyak termenung saja semalam memikirkan tentang arwah Dariya dan juga kes yang masih lagi tak selesai. Selagi tak dapat pelakunya, selagi itulah hidupnya tak tenteram.

Telefon milik Luqman berdering. Panggilan dari Fahim. Terus saja jarinya menyentuh butang hijau pada skrin telefon.

“Hello Fahim. Ada apa kau call aku?”

“Luq, kau boleh masuk kerja tak lagi minggu ni?”

“Boleh je. Kenapa?”

“Minggu ni hari Jumaat kita kena pergi ambil photoshoot wedding. Diorang dah booking date and time dengan kita. Lepastu, hari Sabtu pun photoshoot wedding jugak.”

“Ouhhh ok. Tak apa, esok aku masuk kerja.”

“Serius ke Luq?”

“Ya…aku serius. Lagipun, kalau aku asyik duduk dekat rumah je memanjang naik pening jugak aku dibuatnya. Lebih baik aku masuk kerja.”

“Hmmm oklah macam tu. Jumpa kau esok.”

“Alright,” panggilan diputuskan oleh Fahim. Dari terperap dalam rumah, ada faedahnya jugak aku masuk sambung kerja aku yang tergendala. Tak adalah aku bosan sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience