BAB 3

Horror & Thriller Completed 3402

Pocong Atas Katil

Kisah yang terjadi ini membuat saya tidak berani lagi tidur keseorangan diri di dalam bilik saya.

Saya seorang ibu tunggal.

Saya tinggal bersama ibu, ayah, adik lelaki saya dan isterinya di rumah kami di Senawang.

Saya tidur bersama anak gadis saya yang bernama Kiera. Katil kami merupakan katil dua tingkat. Saya tidur di bawah dan Kiera di atas. Selalunya Kiera sampai rumah dari tempat kerja paling lewat pukul 11.30 malam.

Dan Kiera akan menghantar pesanan kepada saya jika dia balik lewat malam, selalunya habis lewat di tempat tugasnya di Lapangan Terbang Senai. Dan jika dia tidak balik, dia pun akan menghantar pesanan atau menelefon saya untuk memberitahu saya.

Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat. Saya terlalu penat sangat selepas pulang dari kerja sekitar selepas pukul 7 malam.

Selepas membersihkan diri, solat Maghrib dan Isyak, saya makan dan berbual - bual dengan ibu dan ayah saya. Masuk pukul 10 malam, saya pun masuk ke bilik dan terus tertidur.

Saya tersedar dari tidur selepas sesuatu berbunyi di atas katil saya. Bunyinya sama seperti bunyi apabila Kiera baru baring atau sedang memusingkan dirinya di atas katil.

Jam menunjukkan pukul 12.15 pagi. Pada pendapat saya, itu mesti Kiera yang sudah terbaring di atas.

Selalunya, saya nampak wayar telefon bimbit Kiera di sebelah saya, tapi pada malam itu saya tidak perasan wayarnya.

Dalam masa yang sama, saya terhidu bauan yang tak menyenangkan hati saya. Saya tahu itu bau pacai, tapi saya masih lagi setengah tidur setengah bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience