13 : Salah Faham

Drama Series 5510

            SELESAI makan tengahari, pinggan dan gelas yang diguna dibawa ke singki lalu dicuci. Bibir cantiknya menyanyi kecil. Disebabkan terdapat jendela terbuka di singki, matanya tertarik pada sesuatu diluar.

Bukit bukau yang penuh dengan pokok hijau yang terletak 1km dari rumah itu.

"Ada orang ke atas tu?" gumam Bella tanpa sedar.

Seketika kejadian yang berlaku di sungai beberapa hari lalu terlintas di fikiran. Dahinya ditepuk.

Aduh, lupa nak pulangkan baju Muaz. Nanti kasi kat Aniq jelah suruh laki tu past kat kawan dia. Monolog Bella lalu mengangguk setuju dengan idea nya.

'Luth dengan Orked dah tunang sejak umur 7 tahun. Pilihan mak ayah.'

Tangannya terhenti buat seketika. Mengapa dia perlu ingat tentang lelaki itu. Bella sedaya upaya usir wajah Luthfi dari fikirannya. Dia tak mahu berharap lebih.

Kalau mahu jujur, ya dia sukakan Luthfi. Normal bukan? Dia bukanlah jenis mudah catch feeling tetapi siapa saja tidak jatuh hati dengan sikap baik pemuda itu. Tambahan pula, dia jarang diperlaku baik oleh lelaki. Tapi sekali tersuka, suka kat orang salah pula!

Haih... begitulah lumrah kehidupan.

Terlakar sebaris senyum dari bibir manis itu.

"Tak apa aku sokong kau dari belakang, Luth." dia sedar yang dia tak layak untuk sesiapa.

Orang sebaik kau memang layak dapat yang baik. Tak macam aku. Getus Bella. Ya, dia mudah move on. Mujur saja masih awal dan dia tak terlalu dalam menyayangi Luthfi. Mungkin perasaan yang setakat suka dan kagum.

"Hah termenung!" sergah Aniq muncul dari jendela.

"Haish kau ni..." Bella urut dadanya terkejut. Mau luruh jantungnya. Mujur dia tak terlatah kalau tidak mahu makan pisau Aniq kejap lagi.

Tersengih seperti kerang busuk Aniq yang membawa dua biji buah kelapa muda. Memang tak reti nak duduk diam.

"Kau memang nak aku mati sakit jantung kan?" tukas Bella menjeling.

"Huish apa mende la main tuduh. Mana ada... kalau kau mati, siapa nak kahwin dengan aku. Dok gitu eh?" tibe keluar longat kelantan dari mulut Aniq. Sengihan nakal diberi walau mendapat mimik meluat dari Bella.

"Tak nak aku." Bella kembali masam mencuka. Sebenarnya moodnya tak berapa baik. Dari tadi lagi sakit perut pening kepala. Period pain mungkin.

Jadi kalau Aniq nak cari gaduh, memang salah time la.

Berkerut hairan Aniq meneliti mukanya membuatkan tak selesa.

"Apanya?!"

"Kau apa masalah kau? Lepas balik dari sungai lagi aku perasan. Asal kau suka termenung?" luah Aniq gaya seperti penyiasat. Mukanya jelas tak puas hati. Walau sudah empat hari berlalu sejak kejadian itu, Bella tampak sering melamun dan muram. Adakah gadis itu...

"Ke... kau..." Aniq sengaja meneka.

Glup! Bella resah. Alamak nampak sangat ke?

"Kau nak main sungai lagi ek. Kenapa tak cakap? Kau ni diam saja, kalau nak apa apa cakap saja lah. Kau duk kat rumah aku, automatik kau bawah tanggungjawab aku. Aku sebagai abang yang bertanggungjawab dan amanah dan baik hati akan melaksanakan perintah. Haip haip, tuan! Kiri kanan kiri kanan!"

Melongo Bella melihat Aniq yang sudah pergi berkawad bersama anak anak ayam dibelakang. Nak pula anak ayam tu ikut dia.

"Merapu saja lah..." gumam Bella perlahan. Tanpa sedar dia mula selesa atau lebih tepatnya terbiasa dengan sikap kekanakkan Aniq.

Anak sulung tapi perangai macam anak bongsu tak lepas susu. Agaknya kecik kecik dulu umi lebih sayangkan Ayu dari Aniq. Itu yang perangai macam malaun. Bella tertawa sendiri.

Selesai membasuh pinggan, tangan basah dilap menggunakan kain.

Ting!

Telefon pintar diatas meja dicapai. Mesej dari Sasha dibuka. Sesaat keningnya bertaut rapat.

'Raf dalam perjalanan nak ke kampung Cik Bella. Cik Bella tolong jangan bergaduh... dia cuma risaukan awak dan nak awak balik ke rumah agam semula.' - Sasha

"Tch!" decitnya perlahan.

Bella mendengus kasar. Telefon disumbat kedalam kocek kardigan putihnya.

"Kenapa baru sekarang kau nak muncul, Raf?" gerutunya bersama muka serabut.

Sebenarnya dia tak terlalu terkejut jika abang tirinya pulang ke Malaysia. Tapi sikap abangnya yang terlalu protective dan kongkong itu membuatnya tidak bebas.

"Apa? Yang dia tinggal kat luar negara bertahun-tahun tinggalkan aku, tak apa pula. Hish semak betul la!" bebel Bella sendiri melepas geram. Jelas mukanya tak puas hati.

Ting!

Baru saja kaki nak langkah naik anak tangga. Sekali lagi mesej berbunyi. Bella sudah membalik biji mata, fikirnya dari abangnya.

" Takkan la dah sampai. Mana pula dia jumpa rumah ni. Ish!" dalam tak suka, dia buka juga mesej.

Tanggapannya meleset. Mesej dari Aniq? Keningnya ternaik. Username yang disimpan bertulis 'Malaun Sengal' ditekan.

'Sini jap. Aku tak boleh jalan ni.' - Malaun Sengal

'Tak ada masa nak layan.' - Bella

Tak sampai seminit mesejnya dibalas.

'Aku kat tepi longkang ni. Cepat la tak boleh bangun. Jangan bagitahu umi.' - Malaun Sengal

'Pelik-pelik la kau! Malas lah. Jap aku panggil Ayu.' - Bella

'Jangan la b*ngok! Aku nak kau! Cepat la aku accident ni. Kalau aku mati kau yang jadi saspek utama.' - Malaun Sengal

Kau memang lah! Bella tarik nafas dalam lalu hembus perlahan. Fuh sabar sabar. Malaun tu memang ada kad selain ic. Kau sebagai orang normal kena banyak bersabar. Betul la tanggapannya, lelaki bernama Aniq Mikael itu haus kasih sayang.

Bella keluar dari pintu dapur memandangkan seliparnya ada di situ.

"Longkang mana pula dia accident. Aku tak termakan mana dengan mamat sorang tu." gerutunya sambil mengesan lokasi Aniq menggunakan telefon pintar.

Matanya tercari cari. Kening cantiknya bertaut hairan. Aik, asal macam dekat saja...

Matanya melingas ke sekitar belakang rumah. Kawasan belakang rumah sangat bersih walaupun ada pokok pokok dan semak kerana sentiasa dibersihkan. Ada juga beranda kayu dibawah pokok manggis.

"Hoi, buta ke? Aku kat belakang ni."

Spontan Bella pusing ke belakang dan terlihat Aniq sedang mencangkung tepi longkang sambil makan buah rambutan. Tersengih dengan muka tak berdosa. Sempat pula sua sebiji rambutan padanya.

Tuk!

"Aduh! Sakit woo..." Aniq meringis sambil gosok kepalanya yang diketok dengan telefon.

Bella mengetap gigi geram. Nak saja dia hempuk muka tak bersalah pemuda itu.

"Kau main-main kan. Nak sangat accident? Aku memang lah..." Bella menahan geram.

Aniq tersenyum. "Risau ek?"

"Tak ada maknanya!" Bella menghadiahkan jelingan sebelum berjalan masuk kedalam rumah.

Telinga dapat menangkap hamburan ketawa dari lelaki itu. Apa yang lucu? Lucu dapat mainkan dia? Suka dapat buat dia marah?

"Ergh!" makin hilang mood hari ini.

Petang itu...

"Dik, jangan lari jatuh." pesan Aniq kepada Ayie yang berlari dan hampir tersembam ke tanah.

Bella kerling dengan ekor mata. Angin petang yang meniup lembut rambutnya tak dihiraukan.

"Sedap tak?" tanya Ayu tersengih lalu menyuap buah mangga muda kedalam mulut.

"Masam tapi okay la, sedap." Bella turut tersenyum.

Tika ini mereka bertiga dan adik adik berada di beranda belakang rumah.

Acap yang sedang bermain bersama adiknya memanjang leher menjenguk ke depan. Telinga sayup sayup terdengar bunyi deruman kereta berdekatan rumah.

"Ada orang datang ke?" gumamnya.

"Ha ada orang datang? Siapa Cap?" celah Mariam turut mengendap.

"Macam dia masuk rumah kita saja. Haa tu umi." Acap berlari masuk kedalam rumah melalui pintu dapur.

Mariam dan Ayie yang ditinggal itu mengikuti abangnya. "Tunggu la! Jom Ayie." sambil tarik tangan Ayie.

Aniq buat tak endah saja sambil bermain rumput. Bosan nak keluar lepak tak boleh. Katanya Muaz banyak kerja.

Ayu dan Bella hanya memerhati kejap lalu sambung makan. "Dah kenapa budak budak ni lari masuk."

"Nak berak la kot."

Tak lama muncul Puan Salina dari muka pintu dapur.

"Ayong, masuk jap. Buat air, ada tetamu datang tu. Bella pun masuk la dalam. Katanya kenalan Bella." ujar Puan Salina.

Ayu dan Bella berpandangan sesama mereka. Bella dengan mimik serabut tapi redha seperti sudah tahu siapa. Ayu menayangkan muka tertanya tanya siapa yang datang berkunjung.

"Kejap umi" Ayu sarung selipar lalu melangkah pergi.

"Kejap lagi aku masuk." ujar Bella kepada Ayu lalu gadis bertudung itu angguk faham.

Setelah kelibat temannya sudah tiada. Bella melepas keluhan halus. Wajahnya kosong namun tersimpan seribu satu luka. Luka? Entah la.

Aniq yang sedang mencangkung di tanah itu melirik sekilas. Wajah suram itu membuatnya penasaran.

Bella menyarung selipar. "Aku masuk dulu."

Sempat Aniq terkulat sendiri. "Ha? Ah-ha. Pergi la."

Agak kekok. Mana tak nya, jarang benar mereka bercakap biasa tanpa terselit pertelingkahan.

Tiba saja di ruangan tetamu. Bella mengawal air muka nya agar tak terlalu ketat. Dia tak mahu tunjuk perangai kurang sopan depan keluarga Puan Salina.

Dia duduk di salah satu sofa disebelah Ayu. Namun yang membuatnya tak sangka adalah mereka yang menilik Rafael seperti tak pernah lihat manusia.

"Woah! Mata abang biru lah! Woo... macam mana eh nak kasi biru?" Acap terpegun menilik rapat wajah Rafael.

"Ish apa punya soalan ni, Cap. Mesti la mata asli. Nampak rambut abang ni. Kacaknya... mestilah perang asli! Ni mesti abang orang mat salleh!" tingkah Mariam membela keaslian mata.

Rafael sudah terbiasa mendapat layanan begitu. Tersenyum saja melayan walaupun dia tak reti dan tak biasa dengan anak kecil.

"Yam, Cap. Tunjuk adab sikit depan tetamu." pesan Puan Salina berbaur tegas.

Menikus dua beradik itu menjauh dari Rafael tanpa banyak bunyi. Selembut umi mereka, hanya mereka saja yang tahu ketegasan wanita itu. Seram woo.

"Tak apa, Puan." celah Rafael tersenyum tenang. Sempat lirik Bella yang hanya berdiam diri.

Tak semenanya Puan Salina tertawa. Paha pemuda tersebut ditepuk lembut.

"Apa puan puan pula. Panggil umi saja. Jadi nak anak umi yang mana satu? Ayu la ek? Sebab Mariam kecil lagi. Tapi kalau nak tunang dulu pun boleh." berubah intonasi suara Puan Salina kepada terlebih mesra.

"Ah-ya. Hahaha..." Rafael menutup dengan tawa janggal. Dikawal riaknya agar tetap mesra alam. Aik, kenapa gemuruhnya macam nak masuk merisik pula. Padahal niat hanya nak ketemu adiknya.

Bella dikerusi hujung hanya mampu kemam mulut agar tawa tak meletus. Lucu pula lihat reaksi tak senang duduk pemuda tersebut. Padan muka! Nak datang sangat kan. Abangnya yang sedingin ais itu tiba-tiba terpaksa bersikap ramah di rumah ini.

Bella kerling ke sebelah dimana Ayu mencuit pahanya. Gadis bertudung itu tersenyum senyum.

"Ini ke abang tiri awak yang awak cerita tu? Handsome juga ek." bisik Ayu.

"Handsome muka je. Perangai..." bisik Bella menayang muka nak muntah.

Ayu tertawa perlahan sambil tampar paha temannya. "Tak baik la cakap macam tu."

Bella tersenyum. Rafael yang sedang berbual dengan Puan Salina dipandang.

Apa yang kau nak dari aku, Raf? Bukan ke lebih tenang hidup kau tanpa ada adik menyusahkan macam aku ni? Getus Bella dalam hati.

Sementara itu di luar rumah...

Dari pintu jendela terbuka luas dapat dilihat seorang lelaki muda berwajah seperti model sedang berborak dengan Puan Salina.

Dia lirik kejap. Lalu telefonnya dilirik memastikan dia tak salah lihat.

"Patut la macam pernah nampak. Atlet bola rupanya." gumam Aniq perlahan. Entah bagaimana nak ditafsir riaknya saat ini. Gembira dapat berjumpa idola depan depan?

Mana tak kagumnya, Rafael Louis itu antara pemain genius dan hebat pada setiap perlawanan. Meskipun usia masih muda namun pemuda itu dapat membuktikan yang kehebatan permainan bola sepak dapat memukau dunia.

Aniq juga salah satu wakil pemain bola sepak di sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Tetapi dia tak la sampai tahap antarabangsa. Tiap training pun selalu ponteng.

Jari telunjuknya bermain main membentuk bulat pada tanah. Mulut muncung sedepa. Dagu jatuh ke lutut. Muka tak payah cakap la monyok macam baru kena reject.

Tapi apa kaitan lelaki itu dengan Bella? Teman lelaki? Kekasih? Abang? Adik?

"Takkan la aku nak tanya. Calar ego woo..."

"Hmm..." ralit merapu sendiri sambil penasaran berfikir siapa si gerangan tetamu.

Aniq terlatah kerana telefon tiba tiba berdering. "Opocot mak kau!"

Terpapar nama 'Muaz'. Segera digeser butang hijau.

"Haloo bradeh! Apa macam? Sudah settle kah lu punya kerja?" keluar sudah suara petir Aniq.

Kepala terangguk angguk macam burung belatuk. Mulut  membulat O.

"Ooo, tak ada kerja la sekarang ni? Mari la lepak rumah aku. Ada barang baik ni nak tunjuk."

Aniq tergelak bila Muaz menyangka 'barang' yang dimaksudkan adalah dad*h. Senakal-nakal dia, tak ada la sampai ke tahap nakal yang sentuh barang haram. Itu rosakkan diri namanya.

"Idola ada ni tengah minum teh. Rafael Louis. Haah, katanya kenal dengan Bella."

"Apa bohong pulak. Jantan tak boleh cakap auta, aku antara orang yang paling berkata jujur. Tak caye? Ha meh datang sini. Aku duk belakang rumah ni."

Panggilan dimatikan. Dekat saja rumahnya dengan rumah Muaz. Kejap lagi berdesup muncul la moto kawan tu.

Tiga minit berlalu. Aniq menarik senyum selebarnya melihat kemunculan sahabatnya.

Muaz henyak punggung di beranda. Terlihat Muaz seperti tercari cari sesuatu sekeliling kawasan.

"Mananya? Kau ni main main pula." tukas Muaz apabila tak jumpa orang yang dicari.

"Tu... aku malas nak masuk."

Muaz pandang ke arah yang ditunjuk. Wajah mula reda. Tubuh bersandar di pokok. Risau pula ada kerengga masuk dalam baju, dia menjauh sedikit dari pokok.

"Ha'ah la Rafael. Dah kenapa dia ada kat sini? Tumpang tandas ke?" tanya Muaz bersahaja.

"Telefon tadi aku dah bagitahu. Tersumbat bola ke telinga kau?" balas Aniq agak geram.

"Ala rilek la, Niq. Serius sangat nak pergi mana. Saja nak test kau boleh sabar tidak, selalunya aku yang sabar."

Aniq baring sambil lengan dijadikan bantal. Mata terpejam rapat. "Apa-apa saja lah."

Muaz kerling kejap temannya. Dia dapat hidu ada yang tak beres dengan mood Aniq. Susah Aniq nak serius, tapi sekali serius jangan cakap banyak la. Dia sendiri kadang malas nak banyak soal bila Aniq diam.

Takkan idola datang rumah tak happy?

'katanya kenal dengan Bella.' Ayat Aniq sebentar tadi terlintas.

"Bella?"

Tak semenanya dua jejaka itu saling berpandangan.

"Kau cakap dia kenal Bella?" tanya Muaz.

"Ha'ah, boyfriend la kot." kata Aniq bersahaja namun berbaur sesuatu.

Muaz tersenyum. Bahu Aniq ditepuk.

"Aku tak rasa macam tu. Ayu pernah kata yang Bella tu ada abang. Abang tiri tak silap."

Serta merta berubah riak muka Aniq. Agak tertarik mendengar itu. Aik, macam mana dia tak tahu sedangkan Muaz yang jenis tenang dan tak ambil tahu hal orang tiba tiba tahu.

"Macam aku cakap, aku dengar dari adik kau Ayu." pintas Muaz seperti dapat bau soalan difikiran sahabatnya.

Aniq diam saja. Dia salah faham ke? Betul ke abang? Ada abang rupanya.

Tak lama muncul Bella dari pintu jendela.

"Aniq! Masuk jap!" laung Bella.

Aniq ikut melaung. "Asal?"

"Masuk sajalah! Banyak bunyi pula." gadis itu menekan suaranya.

"Weh, jom la masuk dulu. Bising perempuan tu." ujar Aniq kepada Muaz.

Muaz turut turun dari beranda kayu. "Macam bini panggil laki balik." gerutunya.

Setelah tiba ruang tetamu...

"Asal panggil aku masuk? Rindu aku ek?" bisik Aniq tersengih nakal kepada Bella disebelah.

Bella membalik biji mata. "Tak ada masa nak rindu."

"Jeling-jeling. Ingat cantik sangat la tu..." memang cantik pun. Aniq sengaja cari pasal versi berbisik.

Sebelum pertelingkahan berlaku, Muaz mencelah bertanya kepada Bella.

"Dengar cerita kau ada abang? Itu ke?"

"Hmm, dia la tu." balas Bella ringkas. Aniq berdiri di kiri manakala Muaz di kanannya. Merasa seperti ada bodyguard. Helok juga rupa bodyguardnya. Bella mengekek sendiri dalam hati.

Tanpa disuruh Aniq dan Muaz pergi bersalaman dengan Rafael sesama lelaki.

"Panggil Aniq saja."

"Muaz."

Rafael senyum senang. "Rafael, abang Rose."

Bella hampir tepuk dahi.

Aniq angkat kening bagai tertarik. "Rose?"

Rafael tersedar cepat membetul silapnya. "Maksud saya Bella. Tak tahu pula orang kat sini panggil Bella."

Aniq dan Muaz angguk faham.

Bella sudah menunduk malu. Aduh, jangan la bagitahu! Berasa agak malu. Tak pasal lepasni ada modal Aniq menyakatnya.

Arhh! Kenapa la abangnya datang kesini?! Selepas ini pasti banyak lagi aib zaman kecilnya yang akan terbongkar.

Ada yang tertunggu ke? Kalau ada, tmbh semangat la nk sambung kisah dua ketul ni><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience