BAB 7

Family Completed 7465

“Kenapa dengan budak Diana? Apa yang dia sudah lakukan?” Risau Pak Amin mendengarnya.Adakah anak dia itu telah melakukan hal-hal yang tak munasabah sehingga datangnya amarah pada lelaki ini? Apa yang Diana sudah lakukan nak…?

“Sebenarnya Pak Amin, saya sukakan Diana.” Tulus dia mengakui hal sebenarnya.

“Astaghfirullah hal’azim!” Terus mengucap Pak Amin mendengar pengakuan anak ini.

“Eh Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni Mustafa?” Tanya Pak Amin serius.

‘Lupakah anak ini yang dia susah pun bertunang dengan kakak Diana? Masakan hal sedemikian dia buat gurauan?’ Marah Amin di dalam hati.

“Tahu! Saya sedar dan saya masih waras lagi Amin. Pak Amin, jujur saya katakan, saya memang sukakan Diana sejak di bangku sekolah lagi. tapi masa saya dekat luar bandar hari tu ibu cakap dia dah jumpa jodoh yang sesuai dengan saya. Katanya dari keluarga Pak Amin.” Mustafa menjelaskan hal yang sebenar.

“Habis, kamu setuju buta-buta?” Tanya Pak Amin inginkan kepastian.

“Bila saya tahu yang ibu nak pinang tu anak Pak Amin, terus saya setuju. Sebab terlampau gembira. Saya asyik fikirkan itu adalah Diana. Bukan Mawar!” Jelas Mustafa lagi. Tergamam Pak Amin mendegarnya. Hati tuanya sedikit terluka. Namun tidak lama luka itu di simpan di hati. Jodoh ajal maut semuanya di tangan Allah.Apa yang berlaku bukan kehendak mereka semua. Pasti terselit juga hikmahnya. Insya Allah..

“Kenapa kamu tak tanya betul-betul dengan ibu kamu sebelum kamu setuju di tunangkan dengan Mawar? Kamu ni, cuba berfikir panjang.” Nasihat Pak Amin. Mustafa hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu, dia bersalah. Dia terlalu ikutkan nafsunya tanpa berfikir waktu itu. Kerana ikutkan perasaan dan gelora cintanya pada Diana, akhirnya dia merana kerana hakikatnya dia bukan milik Diana, tetapi Mawar.

“Hem.. Habis, sekarang ni kamu nak Pak Amin buat apa?” Tanya Pak Amin lemah.Bukan hanya nada suaranya yang menunjukkan kelemahannya, tetapi seluruh urat sarafnya dan tulang belikatnya seakan kendur dan rapuh.Sudah tentunya hajat si Mustafa adalah inginkan Diana menjadi isterinya. Dan memutuskan hubungan bersama Mawar.

‘Allah!’

“Saya tak tahu macam mana nak cakap. Serba salah. Kalau boleh saya nak peristerikan Diana dan putuskan tali pertunangan ni dengan Mawar.” Sakit telinga yang mendengar, tak terluah juga ungkapan ini dari bibir. Namun, ia melibatkan masa depan, dia terpaksa menyatakannya.

“Saya tahu saya salah Pak Amin. Saya minta maaf. Tapi saya betul-betul tak ada hati dan perasaan pada Mawar. Saya hanya Diana dan hanya dia seorang.” Jelas Mustafa lagi. Pak Amin tak mampu berkata apa. Di renungnya wajah anak lelaki ini. Penuh keikhlasan di wajahnya.

Di rumah teruk Diana di maki hamun oleh Mawar yang cemburu dengan apa yang dia nampak tadi.Segala tohmahan dan cacian keluar dari mulut Mawar. Tak cukup dengan itu, habis semua pakaian Diana di humban keluar dan di sepahkan. Di pijak-pijak demi memuaskan amarahnya.

“Kau ingat aku tak tahu yang kau pun suka dengan si Mustafa tu! Argh!!” Semua yang tercapai di tangan di balingnya ke dinding. Diana melihat.
Perasaan takut dan gerun datang menyelinap di hatinya. Dia tak menyangka yang along akan bertindak sedemikian rupa. Hanya kerana mencemburui dirinya yang kononnya suka dengan Mustafa tunangan along. Oh, tak mungkin!

“Along! Takkanlah Diana nakkan si Mustafa tu. Along ingat Diana ni bodoh sangat ke?” Entah kenapa, petang itu Diana berani melawan kata alongnya.Sungguh berbeza Diana pada hari itu apabila di amuk dengan perlbagai tuduhan yang tak berasaskan langung.

“Oh, kau dah pandai melawan rupanya.” Along kembali ke arah Diana dengan lagkah kasarnya.

“Kau dah pandai melawan cakap aku ye. Hah!”Pantas tangan along menarik rambut Diana yang ketika itu sedang berpaling darinya untuk keluar seketika dari rumah.

“Along!! Sakitlah!!” Jerit Diana.

“Sakit? Tahu pula kau sakit! Hati aku yang sakit ni kau tahu tak!” Marah along.

Kali ini api kamarahannya tidak dapat di bendung lagi. Api cemburu yang menguasai hatinya sehingga dia terlupa cara untuk dirinya bertenang.

“Along!!” Diana terus-terusan menjerit. Sakit di kepalanya usah di kata. Perit rasanya. Tarikan along yang sedang dalam kemarahan membuatkan tenaganya berlipat kali ganda lebih kuat kalau di ikut dari susuk tubuhnya.

“Along ni kenapa! Lepaslah!!” Sekali lagi Diana menjerit memohon alongnya melepaskan genggaman tangan yang menarik rambutnya.Malah alongnya makin asyik dengan perilakunya yang seakan ke rasukan sahaja. Dengan hilaian tawanya seperti pontianak.

“Kenapa kau tak mampos je hah! Menyusahkan betullah kau ni.”Akhirnya, along melepaskan juga genggaman tangannya yang menarik rambut Diana

“Kenapa dengan along n? Cuba dengar dulu penjelasan orang.” Berjujuran airmata Diana .Berpadu dengan rasa sakit di kepalanya. Denyutan di segenap ruangan kepala usah di kata. Rasa macam nak di hempuk je si along dengan batu giling di dapur. Biar dia rasa sakitnya pula.

“Kau ingat aku nak percaya cakap kau ke setan!” sekali lagi along menjerit.

“Kalau along nak cakap pasal kami terserempak tadi di jalan, along dah salah faham. Kami tak ada buat apa-apa dan tak cakap apa-apa. Dia hanya..”

Pang!
Satu tamparan hebat menyelinap di pipi Diana Berdarah bibirnya. Tergamam Diana di buatnya.

“Kau ingat aku nak percaya cakap kau? Kau degar sini baik-baik ye perempuan.” Perlahan sahaja suara along berkata. Seakan berbisik di telinga Diana.

“Aku boleh biarkan kau terus duduk dekat dalam rumah ni. tapi bukan bermakna aku akan biarkan kau sewanang-wenangnya berkeliaran depan mata aku.Kalau kau rasa nak tinggal lagilah dekat sini. Tapi kalau kau dah tak nak, kau boleh berambus! Berambus cari mak bapak kau yang tinggalkan kau dekat dalam rumah ni.”

“Kau dengan keluarga kau tak habis-habis nak menyusahkan aku, keluarga aku untuk tanggung hidup kau. Sampaikan nenek mati sebab kau! Kau tak tahukan pasal ni?”Tajam renungan along. Kali ini dia tidak dapat menahan dirinya untuk berkata hal yang sebenarnya kepada Diana .Cukuplah selama berbelas tahun dia asyik di marahi oleh ayah dan maknya supaya merahsiakan perkara ini.Sampaikan satu tahap, dia di pukul oleh ayahnya kerana mengejek Diana dengan kata-kata yang menghina.Kasih sayang ayah lebih kepada Diana berbanding dirinya dan adik-adiknya yang lain. Dan kerana itu jugalah api cemburunya makin meluap-luap bersama kebencian di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience