ROSE
Aku cukup runsing apabila memikirkan tentang hasrat Brother Joe yang ingin berkahwin denganku. Semua ini terjadi terlalu pantas. Aku mengenalinya tidak sampai seminggu dan sekarang dia ingin mengambilku menjadi isterinya?
Langsung tidak masuk akal.
Aku tahu Brother Joe ikhlas ingin mengambilku sebagai isterinya. Namun, layakkan aku yang hina ini untuk bersama dengan insan sebaik dia?
Brother Joe pernah menceritakan kepadaku tentang latar belakang hidupnya. Dulu dia seorang penganut agama Kristian dan tinggal di Sweeden. Suatu malam, dia didatangi mimpi. Dalam mimpi itu, dia berada di tempat yang gelap gelita sehinggalah satu cahaya terang menghampirinya. Dia berjalan ke arah cahaya itu. Semakin lama dia dapat mendengar suara seperti orang menyebut 'tiada tuhan selain Allah' berulang ulang kali. Dia terus mara ke depan sehinggalah dia tiba di sebuah padang yang dipenuhi bunga yang sedang memuji muji Allah. Katanya, dia langsung tidak mengenali siapa itu Allah. Hatinya tergerak untuk menaip perkataan Allah di google. Akhirnya dia tahu bahawa Allah itu merupakan tuhan bagi penganut agama Islam. Dia cuba mendalami agama Islam dan akhirnya dia mengucap dua kalimah syahadah.
Keluarganya tidak boleh menerima pertukaran agamanya dan mereka menghalau Brother Joe atau nama sebenarnya Joe Jonas. Brother Joe mengambil keputusan untuk ke Malaysia dan sekarang dia bekerja sebagai seorang consultan di RS.
Allah mempunyai pelbagai cara ingin memberi petunjuk kepada hamba-Nya. Lihatlah jalan Allah membuka pintu hati hamba-Nya, melalui mimpi pun boleh. Sama seperti Hamka, dia mempunyai pelbagai cara ingin memujuk aku.
Hampir setiap hari aku mimpikan Hamka. Dalam mimpiku aku sering melihatnya menangis dan menyebut nyebut namaku. Entah apa pentunjuk yang Allah ingin berikan kepadaku. Atau mungkin ini hanyalah permainan syaitan kerana aku sering memikirkan Hamka.
Entahlah, hanya tuhan yang tahu kebenarannya.
Hari ini, Brother Joe mengajak aku keluar bersama samanya. Farah pun ikut sekali. Katanya tak manis perempuan dan lelaki berdua duaan.
Aku dan Farah mengenakan baju outing RS manakala Brother Joe pula mengenakan baju korporatnya. Entah mengapa hatiku berdebar debar ketika ini. Cinta? Tidak mungkin. Debaran ini seperti debaran ketakutan. Apa yang akan terjadi sebenarnya? Ya Allah, selamatkan lah hamba-Mu ini.
Brother Joe memandu laju tanpa bercakap, mungkin ingin fokus pada pemanduan. Dari belakang, aku dapat melihat bibir Brother Joe yang kemerahan itu terkumat kamit seperti sedang berzikir. Sejuk hatiku melihatnya. Dia tidak pernah putus dengan zikrullah.
Aku tersedar dari lamunan apabila terasa seperti pehaku diciut cuit.
Farah mendekatkan wajahnya ke telingaku lalu berbisik, "Hey, Rose usha Brother Joe ea?" Farah menjelir ke arahku seperti seorang budak kecil.
Baru aku perasan rupanya Brother Joe turut memandang ke arah aku. Aku tergelak kecil lalu berkata, "Eh, mana ada Rose tengok Brother Joe. Brother Joe, Rose tengok kat tepi sana tu ha. Jom pergi makan kat kafe tu." Aku harap itulah jawapan paling selamat aku boleh bagi.
Mereka berdua tergelak sakan. Sukalah tu boleh gelakkan aku.
Aku melangkah keluar daripada kereta. Keadaan di sini seperti aku pernah lihat. Aku memerhati sekeliling. Pokok bunga itu, pondok itu, tong sampah itu. Aku di Setia Alam? Hatiku terasa sakit tiba tiba, bukan kerana dekat dengan tempat aku bekerja dulu tapi kerana aku berasa dekat dengan Hamka di sini.
Bagaimanakah keadaan dia sekarang agaknya? Adakah dia juga merindui aku seperti mana aku merinduinya?
Dulu, sewaktu aku bekerja dengan Jay pernah juga sekali dua aku dibenarkan keluar dengan pelanggan ke kafe ini. Itupun setelah dibayar dengan harga yang tinggi. Tambahan pula, aku primadona kelab itu. Jadi bukan sembarangan orang yang boleh membawaku keluar.
Ah, mengapa aku masih memikirkan tentang pekerjaan aku dulu? Bukankah aku ingin membuka lembaran baru? Kata orang berhijrah. Aku mengaku, memang nikmat bekerja sebagai pelacur. Saban malam mendapat layanan istimewa daripada lelaki manakala siang hari dihabiskan dengan tidur. Maklumlah, keletihan berkhidmat di waktu malam.
"Rose, jom la makan."
Aku tersentak apabila tiba tiba Farah mengajakku makan.
"Aik, dah order ke?" Aku mengerutkan dahi apabila melihat sepinggan lamb chop dan segelas jus mangga berada di hadapanku. Macam mana mereka tahu aku nak makan makanan ni?
"Kan tadi dah order. Tu laa kuat sangat mengelamun. Diri sendiri bercakap pun tak perasan." Usik Brother Joe sehingga membuatkan aku tersipu sipu malu. Siapa tak malu kan bila asyik mengelamun je. Ni semua sebab Hamka.
Ketika aku hendak mencuci tangan di sinki, salah seorang daripada pekerja di situ yang berambut panjang dan berkulit hitam mendekati aku.
"You Rose ke?" Tanya lelaki yang tidak dikenali itu. Bagaimana dia mengenali aku? Entah entah dia kenal aku.
"Em, takpelah I pergi dulu." Aku bergegas beredar dari situ dan kembali ke meja makan.
Aku dapat melihat kesemua pekerja di situ sedang memandang ke arah aku. Alamak, mereka kenal aku ke? Macam mana kalau mereka tiba tiba datang dan soal aku. Macam mana kalau mereka pengikut Jay? Kalau mereka tiba tiba tarik aku supaya ikut mereka macam mana?
"Rose, kenapa muka Rose berkerut macam tu? Apa lelaki tu cakap kat Rose?" Tanya Farah prihatin. Jelas kerisauan terpancar dari wajahnya yang putih bersih itu. Dia memegang tanganku erat, mungkin untuk menyalurkan kekuatan.
Aku hanya mengeleng. Tiba tiba Brother Joe bangun dan berjalan ke arah lelaki tadi. Suasana agak tegang apabila Brother Joe menarik kolar baju lelaki tadi. Aku hanya mampu berdoa agar mereka tidak mengapa apakan Brother Joe. Bukannya Brother Joe kenal siapa mereka. Entah entah mereka tu gangster kat sini.
Rose, tak baik fikir buruk pasal orang lain.
Selepas itu Brother Joe mengajak kami beredar selepas dia meletakkan tiga keping not lima puluh di atas meja.
Aku sudah tiada mood untuk ke mana mana. Mungkin Brother Joe faham, dia terus membawaku pulang ke RS.
Share this novel