Bab 6

Humor Completed 28838

(Day 3)

"DHIA, BANGUN SUBUH!"

"ORANG DAH KATA ORANG UZURKAN!"

"Good Morning!"

Radiah perlahan-lahan buka matanya. Dia lihat Dhia berdiri di hadapannya sambil tersenyum panjang.

"Kau dah kenapa? Senyum-senyum macam kerang busuk?" marah Radiah. Dia menguap beberapa kali. Dia mengerling ke jam di atas meja kopi.

"Baru pukul tujuh setengah pagi. Kenapa kejut akak siang-siang? Akak baru tidur lepas solat subuh. Akak ngantuk lagi ni." Rungut Radiah lagi. Matanya pedih kerana cahaya lampu yang terang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling bilik. 'Ya Allah budak ni,habis semua lampu dia buka.'

"Kak, tak bagus tidur lepas Subuh. Bangunlah kak, bangunlah. Kita sarapan yok!" kali ini Dhia sudah berada di atas katilnya sambil melompat-lompat.

"Dhia berhenti. Akak pening kepala," arah Radiah.

"Akak, jomlah bangun. Dhia dah lapar ni!"

"Hish, dah mandi belum?"

"Dah, akak pergilah mandi!"

"Yelah. Pergi kejut Kak Rafidah." Radiah mengalah akhirnya. Dia tahu gadis itu tidak akan berhenti melompat sehingga dia bangun. Dia memandang kakaknya yang masih lenyak tidur. Nampak tenang aja, tetapi dia tahu, wajah itu tidak akan tenang sebentar lagi. Pasti Dhia akan mengacau sepupunya yang ini pula.

Dhia memandang kelibat Radiah yang hilang di balik pintu bilik air. Dia sedar akan muka Radiah yang sembab itu. Semalam sewaktu dia balik ke bilik dia nampak sepupunya menangis. Apabila ditanya, Radiah kata masuk habuk. Namun apabila dia masuk tidur dia mendengar esak-esakkan Radiah. Hatinya Dhia merontah-rontah ingin tahu apa yang mengakibatkan wanita yang sentiasa tenang, untuk sehiba ini. Tetapi yang pasti, ini ada kena mengena dengan Zaiful dan Hariq. Kerana itu, Dhia bertekad untuk membuat sepupunya tertawa hari ini.

Dengan senyuman nakal, Dhia melangkah ke katil Rafidah. Dia menarik selimut yang menutupi badan Rafidah. Dia dapat melihat badan Rafidah mula terketar-ketar dek sejuk. Dhia mengambil telefon bimbitnya yang tersadai atas meja kopi. Dia mencari lagu rock kapak yang paling membingitkan dalam koleksi lagunya. Dia menguatkan nada suara telefonnya dan meletakkan speaker telefon bimbitnya hampir dengan telinga Rafidah. Dia tertawa nakal. Dia tahu dia akan mendapat akibatnya lepas ini, but its worth it. Dengan kalimah bismillah, dia menghidupkan lagu rock kapak itu. Bergema bunyinya sehingga membingitkan telinganya sendiri.

Reaksi Rafidah menggelikan hatinya. Rafidah terkejut besar. Badannya terlompat sendiri dan dengan segera dia terduduk dan melatah, "Oh mak kau jatuh pengsan tengah jalan! Hati aku terkeluar jantung!"

Dhia sudah tertawa terguling-guling dia atas lantai bilik hotelnya. Radiah yang juga terkejut dengan bunyi kuat itu keluar dari bilik air. Melihat sepupunya keluar dengan keadaan panik dan rambut bersyampu, semakin galak Dhia tertawa.

"It's gonna be a good day!"

~

Muka Rafidah masam memandang Dhia. Dia menjeling matanya. Dhia masih tertawa kecil. Radiah hanya tersenyum melihat gelagat sepupunya yang sudah dianggap seperti adiknya.

"Kenapa masam aja muka kau dik?" tanya Raudah sebaik sahaja melabuh punggung di atas kerusi. Mereka sekali lagi bersarapan di restaurant hotel ini. Selepas Dhia teruk dimarahi Rafidah dia melarikan diri ke bilik Raudah dan Fandi. Kemudian dia terus mengejut Hafizul dan Zaiful.

Rafidah masih bermasam muka terus berkata, "Tanyalah Dhia ni. Nasib baik tak mati terkejut adik!"

Dhia sudah tertawa kuat.

"Siapa yang mati ni?" Hafizul menyampuk sambil melabuh punggung. "You ke sayang? Janganlah tinggalkan I."

Dhia membuat muka meluat. "Alah kak, kan Dhia dah kata sorry. Bukannya apa, masa Dhia fikirkan idea itu, its sounds great in my head. Tetapi, hehe. Manalah Dhia tahu akak akan terperanjat begitu sekali!"

"Mahu akak tak terperanjat? Yang kau buka lagu kat tepi telinga akak tuh, lagu rock kapak tau!"

Ketawa sekali lagi pecah di mulut Dhia. Namun cepat dia tersedar apabila menerima jelingan maut sepupunya. Kali ini dia angkat tangan tanda kalah.

"Ok. Sorry. Patik susun sepuluh jari minta ampun permaisuri Rafidah. Patik janji tak akan ulangi lagi."

Rafidah hanya mampu menggelengkan kepala. Ikutkan hati, mahu sahaja dia lepuk kepala Dhia namun dia tahu, sememang sejak kecil lagi Dhia nakal.

"Banyaknya sayang makan pagi ni." Tegur Fandi. Dia memandang pinggan Raudah yang bertimbun dengan makanan pelbagai jenis.

"Raudah laparlah bang."

"Entah Abang Di ni. Apa pula tegur berapa banyak orang makan. Kata orang, tak baik tegur, terbantut selera orang nanti." Celah Dhia dengan mulut penuh dengan nasi lemak.

"Dhia, makan perlahan-perlahan. Nanti tercekik baru tahu." Nasihat Radiah. Dia menggelengkan kepala melihat gelagat Dhia yang selamba sahaja memolok makannya.

'Tak senonoh. Tak macam wanita langsung."

"Akhirnya Kak Radiah bercakap, ingat bisu tadi." Ejek Dhia dengan selamba.

"Dhia." Suara garau memanggil nama Dhia.

Seluruh meja memandang si empunya suara garau itu. Dhia mendengus kecil. Dia memandang Iqbal yang sudah pun berdiri sebelah kerusinya.

'Apa mamat sombong ni nak pula pagi-pagi ni?'

"Dhia."

"Dhia, orang panggil tuh, kenapa tak sahut?" tanya Raudah. Ke semua ahli keluarganya memandang Iqbal dengan perasaan ingin tahu. Apabila ditegur sepupunya, hendak tak hendak, terpaksa Dhia menjawab.

"Ya?"

"Can I talk to you for a second?"

"No."

Iqbal serba salah. Dia tahu Dhia ada hak untuk marah dengannya dan menolak permintaannya tetapi dia malu diperhatikan seluruh keluarga wanita itu.

Dhia menyambung kembali suapannya yang tergendala. Sekarang semua mata memandangnya. Zaiful yang rapat dengan Dhia seolah-olah sedar ketegangan antara Dhia dan lelaki itu.

"Dhia, pergi cakap baik-baik dengan lelaki itu. Tak elok buat macam gitu." Nasihat Raudah. Walaupun dia juga sedar ketegangan itu, dia rasa kasihan melihat riak wajah lelaki di hadapannya. Wajahnya seperti benar-benar rasa bersalah. Entah kesalahan apa yang lelaki ini telah lakukan.

Dhia ingin membantah arahan Raudah tetapi dibatalkan niatnya. Dia tidak tahan dengan pandangan ingin tahu keluarga. Akhirnya dia bangkit dari tempat duduk dan berkata, "Come with me."

~
"What do you want, Iqbal?"

"Saya nak minta maaf."

"Pasal apa?"

"Pasal semalam."

"Pasal apa?"

"Pasal semalam tuh."

"Pasal apalah?"

"Pasal apa yang saya cakap semalam."

"Yelah, apa yang awak cakap semalam?!"

"Pasal saya menghina awak dan seolah-olah mengatakan awak ni miskin."

Dhia mengambil nafas. Hendak kata dia masih marah, terus terang, tadi pagi dia sudah melupakan insiden itu. Tetapi apabila melihat Iqbal, ada jugalah sedikit kemarahan di situ.

"Ok." Jawab Dhia pendek.

"Ok?"

"Ok."

"Itu aja?"

"Itu aja."

"Betul?"

"Betul."

"Awak maafkan saya?"

"Tak."

Iqbal mengerut dahi. "Tadi kata ok?"

"Ok, kira saya acknowledge yang awak minta maaf. Bukan maafkan awak." Jawab Dhia dengan saja. Dia membuat muka bosan. Sebenarnya dia berasa seronok melihat muka Iqbal yang kelihatan amat annoyed ketika ini.

"Dhia, saya tak nak awak acknowledge aja, saya nak awak maafkan saya."

"Well, awak tidak boleh beli maaf saya kan?" tanya Dhia dengan sinis.

Iqbal rasa terpukul.

"Listen, saya ikhlas meminta maaf dekat awak. Saya mengaku kata-kata saya keterlaluan. Saya tak bermaksud untuk menghina awak atau bermegah diri. Cuba saya ambil hati sedikit bila awak kata awak terlupa janji makan malam kita. I mean, truthfully, I was looking forward for it." Iqbal akhirnya menjelaskan keadaan sebenar. Dia rasa tidak perlulah dia menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

Dhia mendiamkan diri.

"Fine. I accept your apology. Sekarang boleh saya breakfast?" kata Dhia.

Iqbal tersenyum. "Boleh saya join?"

~

Dhia merenung tajam ke arah Iqbal yang duduk sebelahan Zaifullah dan Hafizul. Hatinya geram kerana keluarganya membenarkan Iqbal duduk bersama mereka. Dhia sangka keluarganya akan berkata tidak.

Iqbal hanya tersenyum sumbing. Dia tahu Dhia sedang perhatikannya. Wajah Dhia masam mencuka membuat dia mahu ketawa terbahak-bahak. Namun dia sembunyikan tawanya. Dia tidak tahu apa wanita ini akan lakukan padanya kalau dia dapat tahu Iqbal sedang mentertawakannya.

Iqbal memandang keseluruhan meja bulat itu. 'Mana mak bapak dia?'

"So, Iqbal?"panggil Fandi.

Iqbal memandang Fendi sambil tersenyum.

"Abang, Fandi. Ni isteri abang, Raudah. Tuh adik-adik isteri abang, Rafidah dan Radiah. Mereka bertiga sepupu Dhia. Yang sebelah Rafidah, tunangnya, Zul. Yang sebelah Dhia, Zaiful, boyfriend Radiah." Fendi memperkenalkan ke semua ahli keluarganya kepada lelaki yang duduk bertentangannya.

Iqbal angguk sambil tersenyum. 'Oh. Bercuti dengan sepupu.'

"Mana Iqbal kenal Dhia?" tanya Raudah.

"Dua hari lepas depan kaunter reception."

"Alah kak, yang langgar Dhia lepas tuh marah Dhia macam godzilla," sampuk Dhia dengan selamba. Dia sudah pun tidak pedulikan kehadiran Iqbal di meja makan. Perutnya yang sudah lapar itu harus diisi.

"Dhia, mulut tuh." Marah Raudah. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak apa kak, memang betul. Saya yang marah dia tak tentu pasal. Saya minta maaf." Jawab Iqbal.

'Kau panggil aku godzilla? Ada ke muka aku macam monyet?' fikir Iqbal.

Meja makan kembali senyap. Masing-masing menikmati sarapan yang disediakan restoran itu. Zaiful memandang Radiah yang duduk sebelah Dhia. Muka kekasihnya kelihatan sembab. Dia mulai risau.

'Menangiskah dia? Mengapa dia sedih sangat?' Fikir Zaiful. Hatinya menjadi sayu melihat wajah Radiah yang mendung. Dia tidak suka Radiah bersedih. Dia mahu melihat wajah tenang Radiah.

"Iqbal pun bercuti di sini?" tanya Rafidah tiba-tiba.

Dhia yang sudah habis makan mulai tertarik dengan dengan soalan Rafidah. Sepanjang perbualannya dengan lelaki itu, tidak pula dia tahu tujuan lelaki itu duduk di hotel ini.

"Saya ada bisnes trip selama tiga minggu." Jawab Iqbal dengan pendek.

Telefon bimbit Iqbal tiba-tiba berdering. "Hello?"

"Baiklah. Saya datang sekarang." Kata Iqbal sambil menghentikan perbualannya.

"Maaf, saya harus pergi dulu. Ada urusan yang saya harus selesaikan. Terima kasih sebab benarkan saya duduk sini. Jumpa lagi ya." Kata Iqbal kepada semua yang berada di meja makan sambil mengundurkan diri. Dia sempat memberikan senyuman and mengenyitkan matanya pada Dhia.

Dhia yang melihat perbuatan itu mencebik mulutnya tanda menyampah.

"Eleh, tak inginlah nak jumpa dia lagi." Gumam Dhia.

~

"Mama." Tegur Iqbal apabila dia sampai ke bilik private restoran itu.

Wanita yang dipanggil mama itu mendongak kepalanya. Dia tersenyum melihat anak terunanya berada di hadapannya. Rindu yang amat kepada anak itu tidak dapat di tangguh. Sudah sebulan tidak bersua muka dengan Iqbal. Dia kemudian memandang pelayan restoran yang berada di situ lalu berkata, "Awak boleh pergi sekarang."

"Baik Datin Mariam." Balas pelayan itu lalu mengorak langkah keluar.

"Duduklah Iqbal."

"Mama buat apa kat sini?" tanya Iqbal. Dia memandang wajah wanita yang dipanggil mama. Wajah mamanya masih nampak tegang wajah sudah dimamah usia. Sudah hampir sebulan tidak bertemu mamanya itu. Walaupun rindu, dia tidak dapat lupa apa yang dilakukan mamanya sebulan lalu.

"Mama nak jumpa anak mama. Dah sebulan Iqbal tak jenguk mama dekat rumah. Mama rindu anak mama."

"Dah jumpakan? Sekarang mama balik lah."

"Iqbal, mama belum puas lepaskan rindu dekat anak mama." Jawab Datin Mariam.

"Kenapa mama bagitahu Wani yang Iqbal ada di sini? Kalau betul mama sayangkan Iqbal, kenapa mama biarkan perempuan gila tuh dapat jumpa Iqbal di sini?" tuduh Iqbal. Dia menjadi marah apabila teringat insiden semalam bersama Wani.

"Bukan mama yang bilang Wani."

"Habis siapa? Papa? Ke anak mama yang lagi satu?" marah Iqbal.

"Iqbal. Tak penting siapa yang bilang. Lagipun apa salahnya bakal isteri Iqbal datang sini jenguk Iqbal?"

"I'm not getting married to her!" bantah Iqbal keras.

"Iqbal, kan mama dah terangkan keadaan kita."

"No. Iqbal tak akan kahwin dengan wanita yang Iqbal tak cinta."

"Iqbal, jangan buat malu papa. Papa dah janji pun dengan daddynya Wani yang mereka akan melangsungkan perkahwinan ini enam bulan lagi."

"Tanpa pengetahuan Iqbal? Mama, yang nak kahwin tuh Iqbal! Bukan papa, bukan mama!" Iqbal sudah naik berang apabila mendapat tahu bahawa papanya sudah pandai-pandai mengatur perkahwinannya dengan Wani. Dia tidak mahu berkahwin dengan Wani tidak bermaruah itu!

"Iqbal! Jangan melawan arahan papa. Keputusan dia sudah muktamad. Mama pun setuju dengan papa. Perkahwinan ini akan mengeratkan lagi bisnes kita dengan daddy Wani. We need this Iqbal." Jawab Datin Mariam. Dia sedaya upaya memujuk anak lelakinya itu. Dia tahu, walaupun Iqbal tidak setuju, Iqbal tetap tiada pilihan lagi.

"Who are you to tentukan siapa jodoh Iqbal? You are not my mother!" bentak Iqbal. Mukanya sudah merah menahan marah.

Datin Mariam tertempan mendengar kata-kata Iqbal. Hatinya terguris.

"Mama tahu, mama bukan mama sebenar Iqbal. But mama sayangkan Iqbal sama macam mama sayangkan Faiz."

"Kalau mama sayangkan Iqbal macam mama sayangkan Faiz, kenapa Iqbal yang kena kahwin dengan Wani? Kenapa bukan Faiz?! Ini tidak adil!" bangkak Iqbal.

Datin Mariam tergamam sekali lagi.

"Kenapa hancurkan hidup Iqbal seorang?!" sambung Iqbal. Hatinya sakit. Bengkak.

"Iqbal," pujuk Datin Mariam.

"No mama. Iqbal tidak akan setuju dengan perkahwinan ini. Papa yang berjanji, bukan Iqbal. I have every right to say no." Iqbal memberi kata putus. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu mengorak langkah ke pintu bilik itu. Dia kemudian berkata, "You can't force me to do something I don't want to."

--

Day 3

"Kak Radiah nak pergi mana?" tanya Dhia. Dia cuba mengejar Radiah yang sudah laju melangkah meninggalkan keluarga yang di restoran itu.

"Akak nak naik bilik lah." Jawab Radiah pendek.

"Alah akak, janganlah. Jom kita gi swimming pool. Akak belum pernah pergi ke sana kan?" tanya Dhia. Dia tidak mahu sepupunya itu kembali menyembunyikan diri di dalam bilik. Sejak pagi lagi dia sudah bertekad untuk membuat Radiah ketawa. Lebih bagus lagi kalau dia dapat tahu apa yang tidak kena dengan sepupunya itu.

"Buat apa? Bukannya kau tahu berenang pun."

"Sebab itu lah Dhia ajak akak. Akak ajarlah Dhia berenang." Pujuk Dhia.

Radiah memandang Dhia dengan pandangan pelik. "Selama ini kau tak peduli pun bila kau tak pandai berenang. Sekarang apasal kau peduli pula?"

"Sebab Dhia tak nak lemas lagi."

Sekali lagi Radiah memandang wajah Dhia. kali ini dia mengerut dahinya. "Apa?"

"Jomlah kakak. Nanti Dhia cerita. Sekarang kita pergi tukar baju swimming lepas itu pergi ke pool. Ok? Jom."

~

"Rafidah, kau nak temankan akak pergi masjid india tak?" tanya Raudah. Selain Dhia dan Radiah, mereka masih di restoran hotel.

"Bolehlah. Adik nak beli tudung. Orang kata masjid india macam geylang singapore." Ujar Rafidah. Dia memang suka mengumpul tudung pelbagai warna dan design. Rafidah kemudian memandang tunangnya. Dahinya berkerut melihat Hafizul sedang sibuk menaip di dalam telefonnya.

"You, nak ikut tak?" tanya Rafidah. Dia melihat Hafizul masih leka bermain dengan telefonnya. Dia mendengus kecil.

"You!" panggil Rafidah.

Masih tiada reaksi daripada Hafizul. Dia masih leka bermain dengan telefonnya. Sesekali dia akan tersenyum-senyum seorang diri menghadap skrin telefonnya.

"YOU!" panggil Rafidah dengan sedikit keras.

Kali ini barulah Hafizul mengangkat mukanya dari skrin telefon.

"Hah?"

"I tanya, you nak ikut I pergi masjid india tak?" tanya Rafidah.

"Tak naklah. Panas. You pergilah." Jawab Hafizul bersahaja. Dia kembali memandang skrin telefonnya yang baru sahaja bergetar.

"You tengah buat apa tuh? Seronok aja main handphone?" tegur Rafidah. Dia memang tidak suka orang yang leka bermain telefon sehingga tidak mengendahkan keadaan sekeliling.

Hafizul memandang Rafidah kembali dan tersenyum kepada tunangnya. "I tengah message dengan Linda, bestfriend I. Kita tengah bercerita pasal zaman universiti I. Wah, rindunya I dengan dia."

Hati Rafidah panas. Entah mengapa dia cemburu mendengar nama rakan karib tunangnya. Dia rasa kurang senang dengan pandangan yang Linda beri kepada Hafizul. 'Seperti...'

Akhirnya, Rafidah hanya mengangguk aja.

~

"Abang nak ikut Raudah?" tanya Raudah kepada Fandi.

"Taklah sayang. Abang ingat nak ajak Zaiful pergi kedai dekat-dekat sini. Semalam abang ada nampak kedai guitar. Abang nak masuk tengok-tengok. Kau nak ikut tak, Zaiful?" balas Fendi.

Zaiful hanya menganggukkan kepalanya. Sememangnya dia tidak ada ke mana-mana yang mahu dipergi. Mahu keluar dating dengan kekasihnya, Radiah seperti tidak mahu melihat wajahnya. Zaiful menghela nafas perlahan-lahan.

"Kenapa Zaiful? Kau ada masalah ke?" tanya Raudah.

Baru hari ini dia nampak wajah Zaiful seperti ada masalah. Dia sudah dapat teka, ini mesti pasal adiknya Radiah.

"Tak adalah kak." Jawab Zaiful dengan pendek. Dia tidak mahu panjangkan ceritanya dengan Radiah.

"Kalau gitu akak nak tanya, apa masalah kau dengan Radiah?" tanya Raudah. Matanya tajam memandang Zaiful.

"Uh.."

"Sayang janganlah sibuk tentang hubungan mereka." Fandi mencelah. Dia memandang wajah Zaiful. Dia faham bahawa tidak mungkin pemuda itu mahu berkongsi dengan kakak kekasihnya.

"Raudah cuma tanya aja."

"Biarkanlah. Sudah, abang dah nak pergi. Jom Zaiful. Kau nak ikut tak Zul?" jawab Fandi.

Hafizul dalam tidak sedar menggelengkan kepalanya. Dia masih sibuk ber-sms dengan Linda. Rafidah mendengus lagi.

"Dah agak dah. Kau mana suka apa-apa pasal guitar." Balas Fandi dengan selamba.

"Adik, yok kita pergi. Nanti dah tengah hari ramai pulak orang." Ajak Raudah pula.

"Ok. You, I pergi dulu tau. Jumpa nanti." Jawab Rafidah. Dia menunggu sebentar mengharapkan reaksi dari Hafizul tetapi hampa. Dia mendengus lagi.

~

"Kak Radiah! Jom lah!" Dhia memanggil sepupunya yang masih duduk di salah satu bangku malas dekat dengan kolam renang. Dia situ hanya ada mereka berdua dan pekerja lifeguard. Matanya juga melilau-lilau mencari Faiz, tetapi tiada.

"Tak naklah." Jawab Radiah pendek. Mukanya masam.

"Alah kakak. Best tau dengan dalam sini. Sejuk aja. Kat luar itu kan panas."

"Best apa? Kata nak belajar berenang. Yang kau masuk dalam baby pool buat apa? Tak sampai paras lutut kau pun." Tegur Radiah. Dia menggelengkan kepalanya melihat Dhia dengan seorang berendam di dalam kolam kecil khas untuk kanak-kanak.

"Kak, perlahan-lahan kayuh lah. Dhia takut kalau dia masuk kolam yang tinggi itu, Dhia lemas."

"Tak cuba mana kau tahu?" marah Radiah. "Masuk sini." Arah Radiah lagi. Dia sudah pun berada di dalam kolam renang paras leher.

"Kakak, kalau Dhia lemas macam mana?" tanya Dhia dengan risau. Kakinya menggeletar untuk melangkah masuk ke dalam kolam renang yang dalam itu. Tiba-tiba idea untuk belajar berenang rasa seperti idea yang kurang baik.

"Tak kan lah kakak nak kasi kau lemas. Kakak jaga. Lagipun, kaki kita masih boleh jejak lantai lagi."

Dhia perlahan-lahan keluar dari kolam renang bayi dan masuk ke dalam kolam renang yang dalam. Dia tersenyum. 'Oklah, not bad.'

Hampir setengah jam Dhia berada dalam kolam renang itu. Sudah bergalon-galon air ditelannya, malangnya dia masih tidak tahu berenang.

"Tak boleh lah kak! Tak boleh!" Dhia sudah semakin hilang sabar.

"Dhia, tenangkan badan. Relax. Dhia kena belajar macam mana nak float dulu. Baru boleh mula berenang." Ajar Radiah. Dia tahu sepupunya sudah tidak sabar. Pendek kata, sekejap lagi dia akan keluar dari kolam renang itu.

"Dah lah kak. Kita naik dululah. Orang dah sejuk dalam kolam ni lama-lama tapi tak sampai mana-mana pun." Ajak Dhia.

Radiah segera naik sambil mengambil tuala yang disediakan. Dia melabuh punggung di atas kerusi malas. Dia memandang sekeliling. Masih tiada penungunjung lain selain mereka.

'Sayangnya. Tempat ni cantik sangat. Amat menenangkan.' Puji Radiah di dalam hati.

Dia memandang Dhia yang sedang bermasam muka. Dia tersenyum. Geli hatinya melihat muka Dhia yang keanak-anakkan. Kelakuan Dhia tidak seperti umurnya yang sebenar. Umur Dhia dua puluh dua tetapi perangainya seperti kanak-kanak sepuluh tahun.

"Kenapa Dhia nak belajar berenang pula?" tanya Radiah.

"Kan Dhia dah kata, Dhia tak nak lemas lagi."

"Bila masa kau lemas?"

"Semalam semalam."

"Macam mana pula kau boleh lemas Dhia?"

"Dhia lompat dalam kolam renang walaupun Dhia tahu Dhia tak tahu berenang."

"Huh?"

"I was joking. Dhia kena tolak."

"Siapa tolak Dhia?" kenyataan Dhia itu membuatnya terkejut.

"Godzilla."

"Godzilla mana pula ni? Sekejap, godzilla? Maksud dia lelaki tadi. Uhm, Iqbal?" tanya Radiah.

"Yes."

"Macam mana pula?"

"Long story lah kak." Jawab Dhia dengan malas. Kemudian dia memandang sepupunya lalu berkata, "Dhia nak tanya akak, kenapa akak nangis semalam?"

Radiah memaling mukanya ke arah lain. "Mana ada akak nangis?"

"Ada, semalam. Bila Dhia tanya akak cakap masuk habuk. Mana ada mata masuk habuk, mata berair macam gitu sekali. Mata akak berair macam paip bocor tahu tak." Jawab Dhia. dia merenung muka Radiah. Walaupun dia tidak nampak wajah penuh sepupunya, dia dapat melihat perubahan wajah Radiah.

"Dan tadi pagi muka kakak sembab. Akak, dari kita sampai KL lagi, muka akan murung. Lepas itu, semalam, sejak pagi lagi akak sudah menghilang. Balik bilik, akak menangis yang amat. Dhia risau kak. Abang Zaiful pun risau." Sambung Dhia.

Radiah masih mendiamkan diri.

"Kakak, you know it helps to share your feelings. Kalau pun akak tak mahu berkongsi masalah dengan Abang Zaiful, Dhia ada. Dhia masih boleh tolong akak. I can lend a listening ear." Dhia berkata lagi.

"I'm really fine, Dhia. Janganlah risau pasal akak." Balas Radiah.

"Macam mana Dhia tak risau kak. Akak selalunya tenang. Tetapi sejak kebelakangan ini, muka akak muram. Akak cuba ingat, sejak kita sampai KL, berapa kali aja akak berbual dengan Abang Zaiful?"

Radiah menghela nafas. Mindanya terbang kepada kekasihnya yang dia sudah lama tidak endahkan.

"Kak, is it pasal Abang Hariq?" tanya Dhia dengan hati-hati. Pada mulanya dia tidak mahu mengeluarkan topik ini tetapi melihat Radiah masih mendiamkan diri, dia harus memcuba cara lain.

Wajah Radiah berubah keruh mendengar nama Hariq. Pertemuan semalam bermain di mindanya.

"Tak." Jawab Radiah dengan pendek.

"Well, I think it is pasal Abang Hariq. Sebab cuma Abang Hariq aja yang boleh membuat muka akak sekeruh ini." Balas Dhia.

"Tidak. Kakak cakap tidak, tidak lah!" marah Radiah.

Dhia terkejut dengan kelantangan suara Radiah. 'Wow, this is bad.'

Radiah sendiri terkejut dengan reaksinya.

"Akak nak naik dulu. Kalau Dhia masih nak duduk sini, duduklah." Kata Radiah akhirnya. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan mahu angkat kaki.

"Kak, Abang Zaiful risaukan akak. Akak bawalah berbincang. Inshaa Allah Abang Zaiful akan faham." Kata Dhia sebelum dia melihat kelibat Radiah hilang.

~

"Kau nak beli apa sini Di?" tanya Zaiful. Tangannya sibuk mencapai guitar berwarna hitam metallic. Matanya memandang Fandi yang menuju ke bahagian tuner guitar.

"Aku nak beli satu tunerlah. Tuner aku dekat rumah aku dah kasi kawan." Jawab Fandi. Tangannya ligat mencapai tuner yang menarik perhatiannya. Setelah membuat keputusan tuner mana yang mahu dia beli, dia melangkah ke bahagian guitar akustik. Zaiful juga mengekori langkah Fandi. Dia memandang Fandi yang ligat memetik guitar itu.

"Kalau aku ada anak lelaki, aku nak ajar anak aku main guitar." Kata Fandi dengan tiba-tiba.

Kening Zaiful terangkat. "Kau dah bersedia nak ada anak?"

"Not nowlah. Bila aku dah bersedia."

"Which is bila?" tanya Zaiful kembali.

"Bila-bila. Tapi bukan sekarang." Jawab Fandi. Dia masih leka memetik guitar. Dia terpandang pekerja kedai guitar yang sedang memerhatikannya. Pekerja itu akhirnya berkata, "Mad skills bro!"

Fandi mengangguk kepala tanda terima kasih.

"Fandi, aku bukan apa. Aku cakap ni atas nasihat kawan. Kau dengan Kak Raudah bukan muda lagi. Dah masuk tiga puluh. Dah sampai masanya korang plan nak dapat anak." Ujur Zaiful.

"Masalahnya, bisnes aku baru nak pick up. Financial keluarga aku belum ready. Aku belum ready." Jawab Fandi.

"Itu kau. Habis isteri? Aku tengok, dia nak sangat dapat anak. Bro, we'll never be fully ready untuk benda gini. It just happens. Kalau nak tunggu kau ready, sampai kau bongkok tigalah baru kau boleh ajar anak kau main guitar." Nasihat Zaiful.

Fandi terdiam.

"Kriingg."

"Bro, guitar yang aku nak tuh dah siap?" tanya pelanggan yang baru masuk.

Pekerja tadi tersenyum dan berkata, "Ada. Jom, ikut aku."

"Ini dia." Pekerja itu menghulur guitar elektrik berwarna hitam emas kepada pelanggan tadi. Pelanggan itu tersenyum dan mula memetik guitar.

Petikkan pelanggan itu menarik perhatian Zaiful. Fandi masih berlamun. Zaiful mencari pelanggan yang memetik guitar tadi. Matanya berhenti ke si empunya badan. Kebetulan, pelanggan itu pun mendongak.

'Hariq.' Sepotong nama yang memanaskan hati Zaifullah.

"Zaiful." Tegur Hariq.

Fendi turut memandang Hariq yang sedang tersenyum ke arah Zaiful. Senyuman penuh makna.

"Hariq." Kedua-dua jejaka bersalaman. Walaupun dari mata kasar, ia kelihatan seperti salam yang biasa-biasa, Fandi lebih tahu. Seluruh badan Zaiful tegang. Seolah-olah Zaiful sedang menahan marahnya.

"Fandi." Tegur Hariq dengan mesra. Fandi hanya tersenyum sedikit dan menganggukkan kepala.

"Datang sini nak beli guitar ke? Aku boleh reccomendkan. Guitar-guitar sini terbaik dari ladang." Kata Hariq.

"Tak adalah. Aku datang nak beli tuner aja. Kalau nak beli guitar macam mana nak bawa balik Singapore? Mesti sangkut kat custom." Jawab Fandi. Matanya beralih ke guitar yang dipegang Hariq.

"Wah, dah pandai beli guitar sendiri sekarang. Dulu kalau nak beli guitar, mesti kau minta aku pilihkan." Fandi berbahasa-basi.

"Yelah. Dulu bolehlah. Aku masih dengan Radiah. Tapi sekarang tak kan nak harapkan kau aja. Tapi nampaknya kau dah ada shopping buddy baru." Ujar Hariq dengan sinis.

Urat tengkuk Zaiful sudah boleh dilihat oleh Fandi. Jika lebih lama dia berada di situ, tidak mustahil Zaiful akan bertindak luar jangkaan.

"Kita pergi dululah Hariq. Mesti dia orang dah balik dari masjid india kan Zaiful?"

Zaiful hanya mengangguk keras. Dia sudah memusingkan badan.

"Zaiful, boleh aku cakap dengan kau sikit?" panggil Hariq.

Fandi beristigfar perlahan-lahan dalam hati. 'Hariq ni baik diam kalau dia sayang nyawa.'

Zaiful tidak jadi melangkah, dia memandang Hariq dengan pandangan dingin.

"Seorang." Kata Hariq. Dia turut merenung Zaiful dengan pandangan dingin.

"Kau keluar dulu Fandi." Kata Zaiful pendek. Fandi hanya serahkan segala yang akan berlaku di dalam kedai ini kepada takdir. Dia berdoa agar Zaiful dapat menahan marahnya. Dia kenal Hariq. Dia pasti Hariq akan berkata sesuatu yang akan menyakitkan hati Zaiful.

Zaiful memandang Fandi yang berlalu pergi dengan perlahan. Berkali-kali dia mengucap di dalam hati agar dia dapat menenangkan diri.

"Apa kau nak?"

"Cakap dengan Radiah aku kirim salam."

"Wa'ailaikumsalam. Aku jawabkan."

Hariq tertawa sinis dan berkata, "And cakap dengan dia, terima kasih sebab datang semalam. Aku rindu dia."

Kata-kata Hariq itu menyemarakkan lagi kemarahannya. Dia mengumpal penumbuk. Dengan pantas Zaiful berlalu untuk keluar. Namun dia menoleh sebentar dan berkata, "Jangan ganggu Radiah lagi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience