BAB 11

Adventure Completed 1114

“ Petra, sorokkan sedikit The Soldier itu supaya tidak terlalu terdedah, Tody keluarkan askar awak sebanyak 1000 buah. 300 daripadanya yang mampu menembak daripada jarak dekat dan yang selebihnya yang mampu menembak daripada jarak jauh. Pastikan satu tembakan itu dapat menghancurkan sebarapa banyak askar musuh yang boleh,” arahku. Aku mula menggerakkan lagi tanganku untuk melihat apa yang terjadi. Ahli kumpulanku yang berada di kerusi masing-masing mula melakukan kerja mereka.

“Jumlah askar yang tinggal hanya 350 buah. 150 berkembar dan 100 berseorangan. Jadi, berapa bilangan askar yang perlu dikeluarkan?” tanya Newt.

“Keluarkan sebarapa banyak yang awak mahu tapi pastikan kebanyakan daripada mereka mampu menyasarkan jarak yang jauh. Jangan lebih daripada 1500 buah askar,” arahku.

“Tody, berapakah jarak kita antara mereka? Apakah kemungkinan risiko yang bakal dihadapi sekiranya kita menghampiri mereka?” tanyaku kepada Tody. Tiba-tiba satu mesej masuk. Ianya daripada ahli kumpulanku yang berada di kerusi memaklumkan bahawa bahagian di sebelah kanan agak sengit kerana musuh cuba untuk masuk melalui situ. Aku mengayunkan tanaganku ke kiri agar skrin gergasi itu bergerak ke kanan untuk melihat sejauh mana sengitnya peperangan itu. ‘Tapi aku tidak boleh hanya mengumpulkan askar-askarku di sebelah kanan,’fikirku.

“Saya rasa kita perlu menggunakan The Soldier di bahagian kanan supaya jumlah musuh dapat dikurangkan,” kata Petra.

“Jangan, jika kesemua musuh yang berada disebelah kanan tidak dapat dimusnahkan menggunakan The Soldier, mereka akan mendapat tahu bahawa kita mempunyai The Soldier dan mereka akan menggunakan sesuatu yang lebih hebat. Tapi apa-apapun cas dulu The Soldier,” arahku.

“Sudah, Max,” kata Petra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience