Bab 1
Di dalam sebuah kapal tongkang kelihatan ramai lelaki dan perempuan bersempit-sempit. Lelaki dan perempuan ini semuanya dari Indonesia datang ke Malaysia secara haram. Tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kebanyakan dari mereka datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Mereka terpaksa masuk secara haram kerana lebih murah dan mudah.
Di dalam kapal itu ada seorang gadis yang masih remaja berumur 18 tahun. Gadis ini bernama Ayu Falisha . Ayu Falisha berhimpit-himpit bersama sekumpulan wanita lain. Ayu Falisha datang ke Malaysia bukan sekadar untuk mencari pekerjaan saja. Niat sebenarnya ingin mencari ayah kandungnya. Kerana Ayu Falisha tidak pernah bertemu dengan ayahnya itu dari lahir. Ayu Falisha hanya mengetahui ayahnya adalah orang Malaysia. Ibunya telah berkenalan dengan ayahnya ketika bekerja di Malaysia.
Ayah dan ibu Ayu Falisha telah berkahwin secara sah di Indonesia. Setelah bernikah ibunya mengikut ayah Falisha menetap di Malaysia. Nama ibu Ayu Falisha adalah Dewi Susanti. Ayahnya pula bernama Muhammad Razif.
Ayu Falisha tidak begitu tahu tentang latar belakang ayahnya. Kerana ibunya tidak pernah memberitahunya. Ayu Falisha juga agak hairan kerana dirinya tidak berbintikan nama ayah kandungnya. Dari yang Ayu Falisha tahu dari jiran dan ibu saudaranya. Ibunya pulang ke Indonesia seorang diri tanpa ayahnya.
Ketika pulang ke Indonesia Dewi Susanti sedang mengandungkan Ayu Falisha. Dewi Susanti hanya memberitahu kepada ahli keluarga bahawa dirinya telah bercerai dengan Muhammad Razif. Dewi Susanti tidak pernah memberithu kepada sesiapa kenapa dirinya bercerai.
Ayu Falisha membuka beg ditangannya. Perlahan-lahan ia keluarkan sekeping gambar. Ayu Falisha menatap gambar di tangannya itu. Itu adalah gambar ayah dan ibunya masa bernikah. Ayu Falisha sangat ingin mengetahui kenapa ibu dan ayahnya bercerai? Kenapa ibunya tidak mahu bercerita tentang ayah kandungnya ini? Banyak persoalan didalam benaknya.
Ayu Falisha tahu pasti ibunya akan sedih dan terkejut jika mengetahui dirinya mengikut berapa orang kampungnya pergi ke Malaysia secara haram. Ayu Falisha hanya meninggalkan sekeping surat kepada ibunya itu. Ayu Falisha berharap ibunya akan bahagia bersama keluarga barunya. Kerana ibunya telah berkahwin lain hampir 5 tahun. Ayu Falisha merasakan dirinya terpinggir setelah ibunya berkahwin lain. Ayah tirinya tidak begitu menyukai dirinya. Apalagi setelah ibunya melahirkan anak ayah tirinya. Semakin dirinya tersisih. Kerana itu Ayu Falisha nekad datang ke Malaysia mengikut cara salah tanpa dokumen sepatutnya. Hanya ini saja jalan yang mudah untuk ke negara ayahnya.
Setelah agak lama menatap gambar ditangannya itu. Ayu Falisha menyimpan kembali gambar itu ke dalam beg. Ayu Falisha berdebar-debar menunggu kapal tongkang yang ia naiki ini sampai ke Malaysia. Ayu Falisha juga tidak tahu apa yang bakal ia lalui setelah sampai ke Malaysia nanti. Ia hanya mengikut sekumpulan wanita dan lelaki yang berada di dalam kapal tongkang ini.
Ayu Falisha melihat kapal yang ia naiki sudah hampir dengan daratan. Tak lama lagi Ayu Falisha dan berapa orang yang berada di dalam kapal tongkang akan turun dari kapal ini.
“Kamu semua sudah sampai ke Malaysia. Sekarang semua boleh turun,” kata seorang lelaki yang menjadi ketua di dalam kapal itu.
Ayu Falisha dan berapa orang didalam kapal tongkang itu perlahan-lahan melangkah turun dari kapal tongkang.Turun saja dari kapal tongkang Ayu Falisha melihat kawasan kelilingnya. Kapal tongkang ini berlabuh dikawasan yang penuh dengan pokok bakau dan pokok hutan.
“Kamu semua tunggu saja di situ. Nanti ada orang yang akan datang ambil kamu semua,” jerit seorang lelaki dari kapal tongkang.
“Baik pak,” sahut beberapa orang.
Lebih kurang dalam 10 minit menunggu tiba-tiba muncul dua orang lelaki di balik pokok-pokok bakau.
“Mari ikut kami,” panggil dua lelaki itu.
Ayu Falisha dan berapa orang yang turun dari kapal tongkang tadi mula melangkah mengikut dua lelaki itu. Ayu Falisha mengagak dua lelaki ini pasti orang Malaysia. Setelah agak lama berjalan mereka semua keluar dari kawasan hutan bakau itu. Kelihatan ada dua buah van terpakir.
“Lelaki masuk dalam van putih tu. Yang perempuan masuk dalam van ni,”perintah salah seorang lelaki itu.
Tanpa banyak soal mereka semua menuruti perintah lelaki itu. Lelaki lebih ramai dari perempuan. Lelaki lebih dari sepuluh orang. Mereka terpaksa bersempit-sempit didalam van itu. Wanita pula hanya dalam sepuluh orang saja termasuk Ayu Falisha.
Setelah semua sudah masuk ke dalam van masing-masing. Dua orang lelaki itu mula masuk ke tempat memandu. Dua buah van ini mula bergerak pergi dari kawasan hutan bakau. Lebih kurang dalam 20 minit barulah van yang dinaiki Ayu Falisha masuk ke jalan raya. Sampai di satu simpang Ayu melihat van yang membawa sekumpulan lelaki tadi masuk ke jalan lain. Manakala van yang di naiki oleh Ayu Falisha masuk ke simpang lain. Ayu Falisha hanya diam tidak berkata apa-apa.
“Pak, kok van itu pergi arah lain?” tanya wanita yang duduk dibangku penumpang sebelah tempat memandu.
“Kerja perempuan dan lelaki tidak sama. Lelaki tadi akan bekerja sebagai buruh binaan. Kamu semua akan bekerja di tempat lain,” jawab lelaki itu sambil tetap fokus memandu.
“Kami akan dibawa ke mana ni pak? Apa pekerjaan kami di sana nanti?” soal seorang wanita lainnya. Sepertinya penasaran pekerjaan yang bakal mereka lakukan nanti.
“Nanti dah sampai baru saya bagitahu,”jawab lelaki itu.
Setelah hampir 1 jam perjalanan, van yang Ayu Falisha naiki bersama wanita lainnya sampai di sebuah ladang kepala sawit. Ladang ini agak luas. Ada sebuah rumah yang agak panjang dan banyak pintu.
“Sekarang kamu semua boleh turun. Kamu semua boleh masuk ke rumah pintu yang paling hujung tu. Depan pintu tu dah ada orang tunggu kamu semua,”perintah lelaki itu ketika membuka pintu van.
Ketika Ayu Falisha dan dua orang wanita yang agak muda seperti Ayu Falisha ingin berjalan menuju ke rumah itu. Tiba-tiba lelaki itu memanggil mereka bertiga.
“Kamu bertiga masuk balik dalam van,”lelaki itu memberi arahan sambil menarik tangan Ayu Falisha.
Wajah Ayu Falisha berubah kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu.
“Bapak, mahu bawa kami ke mana?” soal Ayu Falisha sambil cuba melepaskan tangannya.
“Kerja ladang ni tak sesuai untuk kamu bertiga. Kamu bertiga nampaknya masih muda lagi. Di ladang ini gajinya kurang lumayan. Saya ada kerja untuk kamu bertiga yang agak lumayan gajinya,”kata lelaki itu sambil memandang ke arah Ayu Falisha dan dua wanita lainnya.
“Saya mahu kalau gajinya lumayan,” sahut seorang wanita.
Lalu dua wanita itu masuk ke dalam van kembali. Melihat dua wanita itu masuk ke dalam van. Ayu Falisha dengan terpaksa mengikut dua wanita itu. Ayu Falisha memandang ke arah rumah didalam ladang itu. Kerana dua orang wanita yang sama satu kampung dengan Ayu Falisha telah turun dan telah masuk ke rumah itu.
“Apa nama kamu?” tanya salah seorang wanita itu kepada Ayu Falisha setelah berada di dalam van.
“Nama saya Ayu Falisha,” jawab Ayu Falisha.
“Umur kamu berapa? Rasa pasti masih muda lagi,” soal wanita lain yang agak tinggi sedikit dari Ayu Falisha.
“Umur saya 18,” jawab Ayu Falisha sambil mengukir senyuman kepada dua wanita di depannya.
“Saya, Haryati... Umur 20,” kata wanita yang agak tinggi dari Ayu Falisha itu.
“Namaku pula Anisah... Umur 21."
Bersambung...
Terima kasih support saya..
Share this novel
bagus saya suka cerita nya
best kak