Bab 5

Romance Completed 207871

Amira kemudian keluar semula untuk mengambil barang-barang yang diperlukan untuk mengemas dari troli di luar dan meninggalkan Intan yang masih berdiri di tepi pintu.

Intan berdiri keras di situ dah macam patung cendana. Nak buat apa pun tak tau, belum di ajar. Karang pandai-pandai nanti, salah pulak. Caden pulak masih tekun dengan fail-fail di hadapannya.

"Do you have no work to do?" Caden bersuara.

"Eh, dia tanya aku ke?" tanya Intan pada diri sendiri sambil kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan, manalah tau ada orang lain dalam bilik tu.

"I'm asking you" bunyi suara Caden lagi.

Baru Intan nak menjawab, terdengar pintu diketuk

Tok tok tok

"Come in" tegas bunyinya.

"I'm sorry Sir. Saya minta maaf, saya ke tandas tadi, sakit perut" ucap lelaki yang berkemeja lengan panjang lengkap bertali leher.

Hui, handsome. Handsome plus sado. Memang yang kerja kat tingkat ni semua yang handsome-handsome ke, ke macam mana?. Untung kau Intan boleh cuci mata.

"Stop stairing at him." Caden bersuara.

Alamak.. Kantoi. Dia perhatikan aku ke. Biar betul.

Pantas lelaki di sebelah Intan menoleh padanya.

"What?" soal Intan dengan kening yang berkerut.

"Awak, kenapa tenung saya?" amboi soalan. Tak ada tapis langsung.

"Ha, saya? Mana ada" jawab Intan.

"Kalau tak ada soket, dah lama biji mata tu jatuh" eh.. Dia ni.. Menyampuk

'Jealous ke?' Intan siap buat muka pada Caden

"Who? Me? None sens" jawab Caden

Eh, aku cakap kuat ke? Bukan cakap dalam hati ke tadi.

Yang lelaki kat sebelah aku ni dah tersengih-sengih. Amira pula dok lekat celah pintu tak boleh nak masuk sebab dihalang tubuh sado lelaki tadi.

"Carlos, came here. Take this" panggil Caden sambil sebuah fail diambil untuk diserahkan pada Carlos.

Oo.. Nama dia Carlos. Non muslim la ni..

"Your name Afrina right?" soal Caden dengan pandangan dihala pada Intan.

"Hah?" terpinga Intan sekejap. Eh Afirina aku la kan. Adoi, boleh pula lupa ingatan sekejap.

"Ye, saya. Tapi kebiasaannya orang panggil Intan" jawab Intan jujur.

"Who care" ish dia ni la.. Kerek sungguh.

Apa masalah Caden ni. Tertelan ubat gegat ke apa. Menyakitkan hati orang je..

"Ha, mengumpat" tegur Caden selepas fail diserah pada Carlos.

Terperanjat Intan disergah begitu. Nasib baik tangkai jantung masih kuat, kalau tak, dah luruh dah.

Dia bela saka ke apa ni. Tau aje apa aku cakap.

"Amira, bawa partner baru awak ni buat kerja. Dari tadi berdiri kat situ. Jangan nak makan gaji buta" auch! Ayat dia, makan dalam.

Hish dia ni.. Hilang sabar makan juga menumbuk aku ni.

"Penumbuk pun kecik, tak payah nak berangan" ya rabbi.. Tolonglah..

Carlos yang mahu berjalan keluar dari pejabat Caden dah tersengih-sengih semasa melintas aku. Hampeh betul. Pergi la buat kerja tu.

"Intan, sini." lengan Intan ditarik Amira ke sofa berhampiran tingkap pejabat.

"Awak ni.. Kalau Tuan Caden cakap, jangan menjawab" bisik Amira pada Intan, bimbang Caden dengar.

"Dah kenapa, kalau salah, kena la jawab bagi tau benda betul" balas Intan lagi.

"Kalau nak membawang, tunggu lepas habis kerja. Pejabat saya bukan tempat auntie union" kata Caden yang menyambung kerjanya.

Auntie union, macam pernah dengar.

Pagi tu macam-macam yang Intan belajar dari Amira. Paling tak faham, walaupun hari tu Caden tak masuk pejabat, pejabat tetap kena cuci. Tuala lap tangan dalam tandas peribadi tu hari-hari kena tukar walaupun dia tak guna. Mak ai, lotih..

Setelah siap mengemas pejabat, Amira bawa pula Intan ke tingkat empat puluh enam, bilik rehat Caden ditemani Carlos.

Sampai sahaja di atas, mak oi.. Luasnya. Ni bukan bilik rehat. Ni dah sama luas dengan penthouse. Gila, kalau bilik rehat besar ni, rumah dia besar mana la agaknya..

Eh, tapi kan info dalam fail tu, memang besar pun rumahnya. Rumah Agam Miqail Iktidar. Hm..

"Intan, Intan" mengelamun. Lengan Intan di tepuk.

"Mengelamun apa? Dah jom buat kerja. Nanti Tuan Caden datang tengok kita tak buat kerja pulak" tegur Amira sambil tangan tangkas membersihkan kabinet dan meja.

Carlos hanya berdiri di tengah-tengah ruang sambil memerhatikan Intan dan Amira melakukan tugas mereka.

Intan turut sama membantu Amira membersihkan perabot dan menukar cadar. Ni lagi satu. Tidur ke tak tidur ke, cadar bilik utama ni tetap kena tukar..

"Mira, nak tanya sikit boleh" soal Intan sambil membuka sarung bantal.

"Apa?" soal Amira.

"Carlos tu siapa?" tanya Intan sambil wajah dipalingkan pada Carlos yang masih berada di tempat tadi. Cuma sesekali akan melepaskan pandang pada Intan dan Amira.

"Oo.. Tu P.A merangkap bodyguard Tuan Caden. Bilik yang bercermin dekat lift tadi tu, pejabat Carlos la. Patutnya tadi Carlos ada kat situ bila kita sampai tapi dia ke tandas. Sebab tu Carlos masuk pejabat Tuan Caden say sorry jugak" terang Amira yang sama-sama memasang sarung bantal.

Oo.. Bodyguard, patutla sado. Banyak betul input dapat hari ni.

Itu lah, patutnya yang kena disiasat bapanya Miqail, sekali anak dia da.. Dah la HQ tak bagi apa-apa info padal Caden ni. Kalau Cleine tu ada la. Masak aku, puas pulak nak kaji satu-satu. Memang patut la misi kali ni panjang. Nasib kau la Intan..

"Kalau nak tahu pejabat Tuan Cleine pulak yang sebelah kanan lift tu. Ada sebuah pejabat dan juga bilik rehat" tambah Amira lagi.

"Eh, kenapa bilik rehat Tuan Caden kat atas, bilik rehat Tuan Cleine kat tingkat yang sama dengan pejabat?" pelik juga.

"Urm.. Ntah la, mungkin sebab Tuan Caden abang jadi kena bagi yang kat atas pada abang kot tapi bilik rehat Tuan Cleine tak kurang besarnya juga cuma bukan penthouse la" kata Amira lagi yang sudah siap menukar cadar bilik tidur.

"Disebabkan Tuan Caden ni jarang tidur sini jadi tugas kita tak susah sangat. Cuma sapu-sapu habuk sikit dan tukar cadar bilik utama, bilik yang lain tu kalau ada tetamu baru tukar sebab semua bilik tu berkunci."

"Tapi Intan mesti ingat tau, pas yang ada pada Intan dan Mira sahaja yang boleh sampai ke tingkat ni. Jaga elok-elok. Jangan hilang. Lagi satu, pejabat Tuan Caden tu Carlos yang akan bukakan guna pas milik dia, sama la juga dengan bilik rehat ni" pesan Amira sungguh-sungguh sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Intan. Penting sungguh ni. Hm.. Carlos sorang je ada pas untuk pejabat dan bilik ni. Tak percaya orang la tu..

"Kenapa tak buat password je, lebih safety rasanya" cadang Intan.

"Saya sedang usahakan. Petang ni akan dipasang password pada pintu pejabat dan pintu bilik" macam dekat je suara husky ni.

Sebaik Intan menoleh. Sikit lagi nak berlaga dengan dagu Caden.

Melompat Intan terkejut. Bila masa pulak dia terjengui kat sini.

"Ish, apa ni. Tak buat orang terkejut tak boleh ke. Lama-lama mati berdiri saya macam ni" marah Intan sambil urut dada.

Carlos di belakang dah senyum-senyum. Ni pun satu, tak habis-habis senyum tau la ada lesung pipit. Tak payah la nak tayang sangat.

Caden masih lagi berdiri dengan tangan kanan seluk poket dan muka tak senyum dia tu. Mata memerhati sekeliling.

Buat spotcheck ke? Amboi! Ingat aku tak reti buat kerja ke apa.

"Have you done?" soal Caden dengan mata yang masih memerhati sekeliling.

"Yes Sir" ucap Amira sambil mengangguk.

"Hm.. You may leave" ucap Caden tanpa riak.

"Thank you sir" ucap Intan dan Amira serentak dan berpusing untuk keluar. Baru Intan nak melangkah.

"Who say you can go?" keras suara Caden menegah.

Terhenti langkah Intan dan Amira lalu berpusing semula. Cakap belit-belit la dia ni.

"Eh, tadi cakap you may leave" ajuk Intan dengan gaya dan suara yang garau.

Tersungging sekejap senyum pada bibir Caden dan kemudian wajahnnya kembali pada tiada riak.

Weh, rasa macam nampak Caden senyum la tadi.. Kan kan kan. Ke mata aku yang salah.

"I say to her, not you. Mira you can go" balas Caden.

Mira laju melangkah keluar dari bilik ini. Tak toleh dah.

Caden kemudian menanggalkan slim fit blazer yang dipakaianya lalu menyerahkan pada Intan. Terserlah tubuhnya yang bidang.

Pantas Intan mengambil blazer tersebut tetapi mata masih pada Caden yang sedang melipat lengan kemeja kanan dan kirinya hingga siku. Tali leher turut dibuka dan diberi pada Intan lalu tiga butang kemeja dari atas dibuka menampakkan sedikit bahagian dadanya. Tak berkelip mata Intan.

"Done?" soal Caden sambil membuang pandang pada Intan.

"Hah? Done?" soal Intan pelik. Done apa bendanya pulak. Intan kurang faham.

"Staring at me or more precisely on my chest" kata Caden selamba lalu melabuhkan duduk pada single sofa kulit hitam itu.

Merah muka Intan.

"Ehh.. Mana ada. Pandai tuduh-tuduh orang" jawab Intan kalut menutup perbuatannya tadi.

Buat malu betul la kau ni Intan. Apa teruk sangat perangai kau ni sejak kerja sini ni. Mana attitude seorang pegawai polis ni. Takkan lupa kot. Ni semua salah Caden. Asal depan dia je, mesti jadi macam ni. Asal macam ni je mesti dengan Cade. Hish!

"Intan, Intan" terdengar nama dipanggil dengan bunyi petikan jari di depan wajah.

Hilang mengelamun tadi.

"Day dreaming" Caden tiba-tiba bersuara dengan wajah seakan mengejek.

"Buatkan saya black coffee, kurang manis" arahnya yang sudah mula menatap lap topnya di meja kopi di ruang tamu. Carlos pula masih setia berdiri di sisi Caden.

"Eh, Mira cakap, saya cuma kemas-kemas je" balas Intan tidak puas hati. Cakap kemas je, apahal suruh buat air pulak ni.

"Who's the boss? Me or Amira?" soal Caden dengan pandangan tegak pada Intan. Amboi.. Marah la tu. Tak heran la pakcik! Ish, ye la.. Ye la..

"You're the boss...." meleret jawapan Intan beri dengan wajah tidak puas hati.

"So?" soal Caden lagi dengan keningnya terangkat.

"Ye. Ye.. Kopi hitam kurang manis" jawab Intan malas lalu terus mengatur langkah ke bilik Caden untuk menyangkut blazernya dengan hati yang sebal.

Hm.. Wanginya blazer dia, terpejam mata Intan menghidu aroma minyak wangi pada blazer tersebut semasa mahu menggantung. Bau maskulin sangat.

"Patut la lama sangat" tegur satu suara, macam kenal. Bila dipalingkan wajah ke belakang, Caden. Ish, dia ni la.. Tak cari pasal dengan aku sekejap tak boleh ke. Union ring betul la.

"Ye Tuan Caden sayang... Saya nak bancuh air la ni.." ucap Intan lalu dengan pantas meninggalkan Caden di dalam biliknya seorang diri.

Share this novel

liyana
2021-02-13 09:11:36 

macam mana caden tau apa yg intan cakap dalam hati ...seram


NovelPlus Premium

The best ads free experience