Genap seminggu sudah Anis Raihanna bercuti. Dia mengeluh perlahan. 'Aduh,malasnya nak masuk kerja lagi lagi kena jumpa Afiq Raihan! Omelnya sendirian.
Dia menarik beg bagasinya ke ruang tamu. Ibu dan abahnya yang berada di ruang tamu menunggunya. Mereka telah sedia maklum bahawa anak gadis mereka akan pulang hari ini.
"Anis,nak gerak dah ke? Dah bagitau pada Is?" tanya Puan Aimi. Dia menyiapkan bekalan makanan untuk Anis Raihanna bawa pulang.
"Dah,semalam kami keluar Anis dah bagitau. Dia tak boleh datang hari ini sebab ada urusan yang perlu diselesaikan katanya" terang Anis Raihanna. Encik Zahid hanya mengangguk tanda faham.
Dalam pada itu, Anis Raihanna dan Haiqal Iskandar kini selalu meluangkan masa bersama sepanjang Anis Raihanna bercuti.
Mahu memupuk cinta katanya. Tetapi ada benarnya juga. Sejak itu,Anis Raihanna mula membuka hatinya untuk Haiqal Iskandar. Namun,perasaan cinta itu masih belum hadir maka biarlah masa yang menentukan. Harap begitulah.
"Anis,bawa kereta elok elok ya. Jaga diri. Nanti dah sampai call abah dengan ibu. Faham?" pesan Encik Zahid kepada anak daranya tu.
Risau juga jikalau berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang dia berjauhan dengan anaknya tu. Moga dijauhkanlaah dari perkara tu. Doanya setiap hari.
"Baik,abah.Abah dengan ibu pun kalau ada apa apa call Anis tau. Jaga kesihatan tu." Kini giliran Anis Raihanna yang berpesan kepada ibubapanya.
"Ya,nah ambil ni. Nanti makan sekali dengan Aira tahu. Jangan kedekut pulak. Kirim salam pada dia." pesan Puan Aimi. Plastik yang berbungkus makanan itu dihulurkan kepada Anis Raihanna.
Huluran Puan Aimi disambut oleh Anis Raihanna. "Ya baik ibu. Anis pergi dulu" balasnya perlahan. Seraya itu,mereka bersalaman.
Baru saja mahu bergerak ke keretanya,namanya dipanggil oleh Puan Aimi.
"Anis!"
Dia menoleh ke belakang. Dia keliru. 'Ada apa apa yang tertinggal ke?'getus hatinya
"Jangan lupa kirim salam pada Pak Ngah sekeluarga! Afiq Raihan sekali tahu!" laung Puan Aimi.
Dengar saja nama Afiq Raihan dia mengeluh buat kesekian kalinya.
"Baik ibu!" laungnya kembali. Ingatkan apa lah tadi.
Dia masuk kedalam keretanya selepas meletakkan barangan dibonet kereta. Tidak lama kemudian,keretanya meluncur laju diatas jalan raya.
???
"Is,Anis balik hari ni kan? Kamu tak jumpa dia dulu sebelum dia balik?" soal Puan Hazwani.
Kebiasaannya anak terunanya tu selalu bersama dengan Anis Raihanna. Takkan masa tunang anaknya pulang anaknya tidak menghiraukan saja. Akhirnya dia menyuarakan hasrat hatinya.
"Is ada kerja sikit tentang pertukaran kerja ke Langkawi tu. Bos kata nak memanjangkan lagi tempoh tu." terang Haiqal Iskandar. Dia sedang serabut sebenarnya apabila mengetahui perkara tersebut. Dia juga mengeluh sesekali.
Puan Hazwani berasa risau melihat keadaan anaknya. Lagi seminggu saja majlis perkahwinan anaknya akan diadakan. Tidak disangka pula anaknya akan diuji seperti ini.
Akhirnya,dia terfikir satu idea yang mungkin boleh menolong anaknya. Sudah lama dia menyimpan hasratnya ini,mungkin sekarang adalah masa yang sesuai.
"Is,apa kata Is kerja dengan abah. Lagi senang kan. Tak perlu Is berjauhan dengan umi dan abah. Anis pun tak perlu tukar tempat kerja dia. Is pun boleh juga tolong abah. Kesian abah dah tua Is" pujuk Puan Hazwani bersungguh sungguh. Dia berharap sangat anaknya menerima cadangannya itu.
Haiqal Iskandar sedikit terkejut dengan cadangan uminya. Tidak silap dia,dia dah bersetuju akan bekerja dengan bapanya apabila sudah bersedia. Bukan dia tidak mahu tetapi biarlah dia menimba pengalaman dengan bekerja di tempat lain. Dia cuba beriak biasa.
"Umi,Is bukan tak nak tapi ibu faham kan sebab Is buat macam ni. Sebenarnya, Is tak bagitau Anis lagi. Is cadang esok Is nak jumpa Anis untuk bagitau dia." terang Haiqal Iskandar. Dia memandang muka ibunya untuk kepastian. Dia juga mengenggam erat tangan uminya.
Puan Hazwani mengangguk perlahan. Tidak mengapalah mungkin hasratnya tu akan tercapai satu hari nanti. Dia tersenyum ke arah anaknya. Namun penjelasan anaknya mengundang persoalan yang lain dibenak fikirannya.
"Tapi kenapa Is tak bagitau Anis hari ni je. Tak perlu la susah Is nak pergi ke KL pulak?" soal Puan Hazwani. Dia menyuarakan persoalan yang berada dibenak fikirannya. Hairan benar dia dengan anak terunanya itu. Macam macam ragamnya!
Haiqal Iskandar yang mendengar tersenyum tawar. Tahulah dia ibunya tidak puas hati dengan dirinya sekarang ni. Atau mungkin hairan dengan perangainya. Nampaknya dia perlulah berterus terang saja bagi melegakan hati ibunya.
"Umi,Is buat macam ni sebab nak buat surprise untuk Anis. Boleh la jumpa dia lagi." jelas Haiqal Iskandar malu malu. Dia menyorokkan mukanya apabila melihat senyuman Puan Hazwani.
Puan Hazwani tersenyum melihat gelagat Haikal Iskandar. Ada ada saja kejutan untuk Anis Raihanna. Dia sudah sedia maklum bahawa anaknya telah dilamun cinta oleh tunangnya sendiri. Namun,diharapkan keadaan anaknya serupa dengan Anis Raihanna. Maklumlah,mereka baru saja berkenalan sejak bertunang ni. Harapnya kekal sampai ke jinjang pelamin. Amin!
"Yelah kalau macam tu,pergi kerja elok elok!" pesan Puan Hazwani kepada anaknya yang hendak pergi kerja. Dia tersenyum manis.
"Baik umi,assalamualaikum." Mereka berpamitan. Pemergian Haiqal Iskandar dihantar melalui pandangan penuh pengharapan.
???
"Assalamualaikum." Anis Raihanna memberi salam sebaik saja pintu rumah sewa dibuka. Dia menjengah masuk ke dalam rumah. Beg bagasi juga ditarik masuk selepas dikeluarkan daripada bonet keretanya.
Plastik yang berisi makanan pemberian ibunya dijinjit di tangan kanannya manakala tangan kirinya menarik beg bagasinya.
Pandangannya diliarkan ke sekeliling ruang tamu. 'Mana Aira ni?" getus hatinya. Kereta Aira elok saja terparkir didepan rumahnya.
Naik Hairan apabila batang hidung kawannya tidak memunculkan diri. Selalunya tercongok saja depan tv kalau hari minggu. Jam dinding dikerling seketika. Jam menunjukkan 5 petang. Dia teringat yang dia belum menunaikan solat asar.
Dia meletakkan plastik tadi didapur. Usai memastikan pintu rumahnya terkunci,dia bergerak ke bilik tidurnya. Beg bagasinya diletakkan disisi katilnya. Tudung dibuka lalu diletakkan ke dalam bakul kotor. Dia mula membersihkan diri.
Sebaik saja siap berpakaian,dia mengerjakan solat Asar. Setelah menunaikan solatnya, pintu biliknya diketuk dari keluar. Dia bingkas bangun bagi melihat siapakah gerangan yang mengetuk biliknya. Mestilah Aira kan? Kalau tidak siapa pula?
Dia memulas tombol pintu. Terjengul kepala Aira disebalik pintu. Dia tersengih macam kerang busuk. Anis Raihanna menjulingkan mata keatas.
"Minah sekor ni kan aku luku jugak karang!" marah Anis Raihanna.
Malas nak melayan perangai tiga suku Aira sekarang ni. Barangkali kerana penat memandu.
"Alah,janganlah marah. Bila kau balik aku tak sedar pun?" soal Aira. Dia menguap sesekali. Namun,tidak ditutup mulutnya.
Anis Raihanna hanya mengeleng kepala perlahan.
"Oi cik Aira,menguap tutup mulut lah. Aku balik pukul 5 petang tadi. Aku tak nampak pun kau tadi padahal kereta kau elok je kat depan rumah. Kau gi mana?" kini giliran Anis Raihanna yang bertanya soalan. Ternaik sedikit keningnya. Dia membuka telekung yang dipakai.
Aira yang mendengar menggaru kepalanya tidak gatal. Dia duduk dibirai katil Anis Raihanna tanpa dipelawa.
"Aku tertidur dalam bilik tadi tu tak sedar kau balik. Hehe" ujar Aira tanpa serba salah. Dia menayangkan muka selamba.
"La,patutlah. Kau dah solat Asar ke belum ni?" tanya Anis Raihanna lagi. Dia menyangkut telekungnya di almari lalu sejadah dilipat semula. Dia cuba menumpukan perhatian kepada Aira.
"Aku cuti. Lagipun aku terbangun pun sebab lapar la,Nis" rengek Aira. Dia mengusap perlahan perutnya yang berbunyi dari tadi.
Dia memandang Anis Raihanna yang mengeluarkan bajunya dari beg bagasinya lalu menggantikannya dengan baju yang lain.
Dahinya terkerut sedikit dengan tingkah Anis Raihanna namun dia mendiamkan saja bagi menunggu gadis itu berbicara.
"Oh,lapar baru cari aku ek? Kalau tak terbungkang lagi la kan kau atas katil tu sampai tak sedar aku ni dah balik." perli Anis Raihanna. Dikerling sekejap Aira sebelum meneruskan aktivitinya tadi.
"Hehe,macam kau tak tau perangai aku. Tapikan kau nak gi mana pulak ni? Nak tinggal aku lagi ke? Tak kesian eh kat aku?" rajuk Aira. Tangannya disilangkan ke dada. Mulutnya pula dimuncungkan. Dia membelakangkan Anis Raihanna.
Terhenti seketika tingkah Anis Raihanna apabila melihat reaksi Aira. Merajuk konon. Hahaha. Dia menahan tawanya. Rasa nak luku pun ada jugak sekarang ni.
"Ala kau ni,aku kena outstation dengan Afiq Raihan esok. Tiga hari jer wei. Nanti aku balik la sini." pujuk Anis Raihanna. Tangannya diangkat tiga jari bagi menunjukkan bilangan hari dia outstation dengan Afiq Raihan.
Dilayankan juga la Aira yang merajuk ni. Walaupun tangan dia sebenarnya dah gatal nak cubit minah sekor tu! Mana taknya,tiga hari je kot dia outstation dengan Afiq Raihan bukannya tiga bulan!
Namun,Aira masih sama macam tadi. Dia mengeluh perlahan. Minah sekor ni kan mulalah nak manja time ABC ni! Aku jugak yang kena hadap. Apalah nasib!
"Aira,kau laparkan? Ibu aku ada kirim makanan tadi. Ada dekat dapur. Nak aku panaskan? Kau makan la. Aku takde selera. Lagipun malam ni aku kena kemas barang untuk esok" Aku cuba pujuk dengan makanan pulak.
Nampaknya berhasil apabila mata Aira bersinar sinar bila sebut pasal makanan. Hilang terus merajuknya tadi. Anis Raihanna menghela nafas lega. Nasib baik!
"Yeke! Takpelah aku panaskan sendiri. Kau kemas la apa yang patut. Sorry aku susahkan kau mesti kau penat kan? Nanti kalau ada apa apa panggil je aku. Aku tolong. Sorry juga sebab merajuk tak tentu pasal. Hehe." Dia menayangkan sebaris giginya yang putih.
"Takpe,aku faham. PMS kan? Dah pergi makan. Aku nak tidur awal malam ni. Penat lagi ni" arah Anis Raihanna. Masih banyak lagi yang perlu dikemaskan untuk esok. Menyesal juga dia tak pulang sehari awal. Tapi nasi dah menjadi bubur. Pasrah je lah.
"Ok,nanti ada apa apa panggil aku tau!" pesan Aira sebelum meninggalkannya sendirian. Dia hanya mengangguk sebagai balasan sebelum meneruskan aktivitinya yang tertangguh tadi.
Share this novel