DI taman berdekatan dengan PR.Group Berhad. Terlihat Kyra duduk santai, sambil menjawab pangilan dari seseorang.
"Kenapa mama call Kyra ni?. Mama tahukan, yang sekarang ni Kyra busy. So stop ganggu Kyra." Katanya dengan nada berbisik, takut kalau-kalau ada orang di sekitarnya yang mendengar perbualannya nanti.
"Kenapa sekarang kamu biadap sangat ni?, siapa yang ajar kamu jadi macam ni?." Marah mamanya.
"Keadaan. Keadaan yang ajar Kyra jadi macam ni. So Kyra malaslah nak cerita panjang, cepat bagitahu Kyra mama nak apa?."
"Mama hanya nak pesan, yang kamu wajib hadir di majlis pembukaan baru syarikat kita. Mama tak nak nanti, timbul pulak rumor yang bukan-bukan. Tentang keluarga kita."
"Kyra dah tak kisahlah, bukan Kyra yang rugi. Lagipun Wawakan ada, dia sekarang dah jadi ceo dekat company tu. Buat apa pulak Kyra harus datang?. Buang masa je."
"Kamu harus hadir kerana orang-orang hanya mengenali Kamu. Adik kamu tu baru lagi, kalau dia dah popular nanti, banyak orang kenal dia. Baru kamu boleh pergi di mana sahaja yang kamu inginkan. Mama dah tak kisah."
"Mama cakap macam ni, seakan-akan Kyra ni anak tiri dan Wawa tu anak kandung pulak. Mama tahu, kata-kata yang mama lemparkan ni telah menyakiti hati Kyra tau."
"Santailah, mama hanya bergurau je. Hadir tau, mama tunggu."
"Kyra rasa, Kyra tak dapat hadir kot. Sebab Kyra busy. Sorry."
"Cubalah kalau tak datang. Tapi jangan salahkan mama jika rumah pusaka ayah kamu tu, mama jual dengan orang lain."
Seketika Kyra terdiam,
"Fikir-fikirkanlah, and lagi satu. Mama nak pinjam kereta kamu tu. Adik kamu nak guna."
"Kalau mama pinjam kereta Kyra, Kyra pakai apa?."
"Kamu pinjamlah kereta Yaya tu dulu. Diakan kawan rapat kamu."
"No. Mama, bukankah dekat rumah tu banyak lagi kereta."
"Kamu tak nakkan, jadi anak derhaka. So turuti cakap mama."
Tanpa menyahut kata Puan Rozana, Kyra melemparkan telefon bimbitnya jauh-jauh sehingga tidak kelihatan lagi. Betapa kesal dia, saat ini. Hanya Allah yang tahu, tanpa ia sedar air mata jatuh tidak tertahan lagi.
"Sial !." Teriaknya.
"Kenapa di buang phone tu?, apa salah dia sampai kan kau bunuh dia. Kesian dia tau, mana tau dia ada anak. Ni dikira kes bunuh , aku boleh buat repot polis tau. Atas apa yang kau buat tu." Sapa seseorang, membuatkan Kyra pantas menghapuskan air matanya. Lalu menoleh, ke arah suara garau yang menegurnya itu.
"Tuan !." Terkejut Kyra, dengan kehadiran Dylan yang entah dari mana. Apakah dia mendengar, apa yang ia kata tadi?.
"Boleh aku duduk?." Pinta Dylan.
"Silakan."
"Terima kasih." Ucapnya, lalu duduk di sebelah Kyra.
"Tuan buat apa dekat sini?, ada tugas ke untuk saya?, and macam mana tuan boleh tahu saya ada dekat sini?." Soal Kyra bertubi-tubi.
"Aku cari kau pakai niat." Jawab Dylan selamba.
“Niat seperti apa?.” Soal Kyra polos.
"Ish, otak dia ni. Ni tempat akukan, mestilah aku tahu. Setakat kau, petik jari je dah jumpa."
"Yekan. Lupa pulak ni tempat tuan. So, tuan nak jumpa saya ni ada apaya?."
"Oh, tujuan aku datang sini, hanya nak minta maaf, atas semua yang berlaku menyebabkan kau cedera seperti ini. Itu kesilapan terbesar yang pernah aku lakukan sebagai majikan. Aku minta maaf sekali lagi."
"Takpa, saya ok."
"Sebagai permintaan maaf, ikhlas dari ceo yang prihatin kepada pekerjanya. Aku akan bayar semua kerugian yang kau tanggung dan sebagai bonusnya, aku akan bagi kau cuti selama 3 hari tapi gaji jalan."
“Wow, biar betul. Cuti?.”
"Betullah, buat apa aku nak tipukan. Nah ni ada pakaian, tukarlah pakaian kau tu kerana selepas ni, kau kena ikut aku menghadiri satu meeting penting. Jadi aku tak naklah ada assistant yang lusuh macam ni. Buat malu je." Arah Dylan, dengan meletakkan keperluan Kyra di atas meja.
"Terima kasih tuan. Baiknya dia." Ucap Kyra, dengan senyumannya.
Dylan pun membuka peti pertolongan cemas itu, lalu mula membersihkan luka Kyra.
"Tuan nak buat apa ni?." Tanya Kyra apabila, bossnya tiba-tiba berbuat demikian.
"Oh, aku hanya nak makeup muka kau ni je. Hodoh sangat. Tengok rambut tu dah macam penyapu. Ada jugak manusia sehodoh kau ni ye, dalam dunia ni." Ejek Dylan.
“Hodoh?, rambut penyapu?. Omg. Sampai hati tuan, kata saya macam tu.”
"Dah kau yang tanya tadi, aku nak buat apa?. Tak nampak ke yang aku nak bersihkan luka kau ni."
“Sorry bah. Janganlah marah. Saya tanya je, tu pun tak boleh.”
"Kau ni di kira beruntung tau, sebab aku tak pernah lagi buat macam ni dengan mana-mana manusia yang ada dekat muka bumi ni. So bersyukurlah. Tapi ini mungkin sangat menyakitkan, tahan. Kalau sakit cakap, jangan bisu." Pesan Dylan, lalu menyambung membersihkan setiap luka pada wajah juga lengan Kyra.
"Aw. Sakitlah" Rintih Kyra.
“Sorry.”
"Tuan ada simpan dendam dekat saya ke?. Slow-slowlah, tangan tuan ni kasar sangat. Sakit tau." Bebel Kyra.
"Kan aku dah cakap Sorry. Tahanlah sikit, bisinglah kau ni dah macam makcik-makcik jual sayur. Luka ni lumayan parah tau. Aku paling benci lelaki yang pukul perempuan macam ni. Kalau aku tahu, siap mereka aku kerjakan." Kesalnya, sambil tangannya terus mengubati Kyra.
“Aw, thanklah, sebab prihatin.”
“Kaukan assistant aku. Takda siapa yang dapat sentuh kau, mahupun marah kau kecuali aku. Walaupun pada mulanya aku betul-betul benci tengok muka kau. Tapi aku akan cuba untuk terima kau jadi assistant aku. So berusahalah. Jangan buat kesilapan. Aku tak suka.” Pesan Dylan.
Kata-kata Dylan, hanya Kyra balas dengan diamnya saja, temenung jauh menembusi angkasa. Membuatkan Dylan, terhairan-hairan dengan assistantnya itu.
"Are you ok?. Adakah aku terlalu kasar?. Sorry."
"Saya ok."
"Aku rasa kau patut balik berehatlah, kalau kau dah rasa ok nanti. Baru kau datang masuk kerja semula, dalam keadaan sihat dan ceria."
"Saya ok. Sikit je ni. Letak ubat sembuhlah tu. Malaslah nak cuti, bosan dekat rumah." Balas Kyra.
"Kau ni peliklah, orang suka cuti kau tak nak pulak. Kalau kau dah cakap macam tu, ok aku tak paksa. Oh ya, boleh aku tanya sesuatu?."
"Tanya apa?."
"Emm, kenapa kau buang phone kau tadi?. Ada masalah ke?. Aku dengar kau macam bergaduh dengan seseorang. Dengan siapa?, kenapa?." Soal Dylan bertubi-tubi, kerana rasa penasarannya menguasai.
"Entah. Saya hanya kesal dengan seseorang. Dia dah buat hati saya sakit harini." Jawab Kyra.
"Aku ke?." Dengan tangannya terus membersihkan luka Kyra.
"Bukan tuanlah, macam mana nak cakap ye. Ok singkat katalah, saya ada masalah keluarga. Tentang apa, saya tak boleh bagitahu tuan sebab itu privasi. Saya harap tuan faham."
“Faham. Baiklah, dah siap. Kalau makin teruk lagi luka kau ni. Aku sarankan kau pergi klinik or hospital terdekat. Jangan risau tentang kos rawatan, biar aku yang bayar." Pesan Dylan dengan mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya. “Nah ni, ada sedikit wang. Gunalah. Beli apa yang kau suka, kalau duit tu tak cukup just cakap dekat aku or Mirul . Jangan malu, and tentang kad bank, or apa-apa yang hilang, biar aku yang uruskan. Kau hanya uruskan luka-luka kau ni. And nah ni, kunci kereta kau. Kalau kau tak dapat drive, biar Mirul yang hantarkan."
‘Baik jugak mamat ni. Hairan-hairan.’
“Terima kasihlah Tuan, duit ni lebih dari cukup. Saya akan gunakan duit ni sebaik mungkin.”
“Ok, dah pergi tukar baju sana. Sebelum kita pergi meeting nanti, aku nak kenalkan kau dekat semua staf yang ada dalam syarikat ni. And aku nak kau berhati-hati dengan sepupu aku tu.” Pesan Dylan.
“Siapa?, kenapa?.”
“Nama dia Hilman, dia tu playboy. Dia suka perempuan macam kau ni sexy, cantik dan yang paling penting kau ni assistant aku. Nanti kau tahulah sendiri.”
“Oklah. Saya minta diri dulu.”
“Pergilah. Jangan lambat pulak, aku takda masa nak tunggu kau.”
“Baik tuan.” Lalu bergegas pergi.
*****
SEMENTARA di kediaman Kyra. Terlihat Yaya dan Wawa saling menatap satu sama lain. Betapa bencinya Yaya dengan adik tirinya Kyra ini.
“Kau nak apa Wawa, tiba-tiba datang sini siap bawa bodyguard lagi.”
“Oh. Macam ni rupa Yaya, kawan baiknya kak Kyra. Sesuai, dua-dua miskin. Hahaha. Tengok baju tu, beli dekat shopee ke?. Tak berjenama langsung.”
“Aku miskin tak kacau duit orang tau. Yang kau tu sedarlah diri sikit. Dekat rumah takda cermin ke, kalau takda meh aku sedekahkan satu. Baru kaya sikit dah sombong. Kaya atas usaha orang lain mana best. Tengok tu, baju Kyrakan. Hahaha. Baju pun tak mampu beli, ada hati nak cakap kita ni miskin. Semiskin-miskin aku, baju ni aku beli dengan duit usaha aku sendiri tau. Kau ada?. Ops, lupa pulak, kaukan menumpang kesenangan orang lain. Mana pernah rasa pakai duit sendiri.” Balas Yaya.
“Kau diam. Kau tak perlu nak judge akulah. Cakap jelah yang kau tu cemburukan.”
“Buat apa aku nak cemburu. Kau tak tahu lagi, latar belakang keluarga akukan. Kalau kau tahu, mesti kau yang cemburu bukan aku.” Perli Yaya lagi.
“Malaslah aku nak layan kau. Aku datang sini bukan nak bergaduh dengan kau tau."
“So kau nak apa?. Nak minta sedekah?.”
"Aku tak perlukan duit haram kaulah. Aku datang sini hanya menurut perintah mama, untuk ambil kereta kak Kyra. Atas keizinan Kak Kyra sendiri. Mana kunci?.”
“Muka kau ni di perbuat daripada apa ye, langsung takda rasa malu. Hei aku tahulah, kaukan yang nak. Perempuan macam kau ni tamak sangat, kau dah ambik posisi ceo dekat syarikat papa Kyra yang sepatutnya Kyra yang ambil alih, bukan kau. Jangan sampai Kyra datang gilanye nanti, dia jatuhkan kau sejatuh-jatuhnya dan pada akhirnya, kau kembali menjadi anak nelayan seperti sebelum ni yang tidak di hormati. So hargailah masa sekarang. And maaflah, aku takkan serahkan kau kunci kereta ni.” Kata Yaya dengan menutup pintu pagar, lalu masuk kedalam rumah.
Seketika, wajah Wawa berubah menjadi serius, seperti tidak puas hati dengan kesombongan kawan kakaknya itu. ‘Baiklah, kau tunggu. Siapa yang jatuhkan siapa.’ Lalu berlalu pergi bersama bodyguardnya.
Share this novel