Series
5510
Kedai Pak Nik, 8:40 malam...
AIR yang tinggal separuh disedut habis. Bella menjeling ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang turut lepak di situ. Meja mereka agak jauh. Dari tadi lagi sekumpulan itu merosak mood nya dengan suara petir setiap dari mereka.
"Zim! Belakang-belakang!"
"Protect la aku gila!"
"Dil! Weh! Alaa..."
"Mamp*s! Sh*t!"
"Cam bod*h main! Dah lah aku nak main solo!"
"Bising betul la anak-anak syurga tu. Kalau aku pergi kang... haa ada yang sakit." tukas Ifah turut merasai hal yang sama. Iaitu serabut!
Di mana saja mereka pergi, WAJIB bertembung dengan sekawan itu. Siapa lagi, geng Aniq itu la. Sekarang ini mereka dibenarkan outing sampai jam 9 malam. Lebih dari masa yang ditetapkan, merempat luar pagar la mereka kata warden.
Itu pun paling dekat para pelajar itu melepak. Iaitu kedai makan Pak Nik yang terletak berhadapan betul-betul dengan pagar sekolah.
Angka jam pada skrin telefon pintar terpapar. Lagi 9 minit tersisa sebelum masuk jam 9. Bella menyembunyi keluh. Langsung tak dapat mood baik. Kalau tiada para pelajar lelaki itu agaknya tenang sedikit hidupnya.
Ting!
Kening yang cantik terbentuk itu terangkat sedikit apabila satu mesej muncul pada skrin telefon. Mesej itu ditekan. Musykil Bella tertanya siapa si gerangan nombor tak dikenali.
'Jauh termenung.' - unknow
Meskipun malas, tapi jari menaip juga.
'Siapa ni? Mana dapat nombor?' - Bella
'Saya Luth. Luthfi. Simpan la nombor ni. Kalau ada apa-apa senang nak inform.' - unknown
Bella angkat muka. Terlihat Luth tersenyum kepadanya sambil angkat tangan. Dia membalas dengan senyum.
'Ok.' - Bella
'Cantik awak malam ni. Hati-hati balik dorm kejap lagi. Takut hantu pun cemburu.' - Luth
Bella sembunyi senyum.
'Biasa saja. Ok lah. Kau pun dah-dah la main game tu.' - Bella
Bella cepat simpan telefon dan bersiap mahu pulang ke dorm apabila di ajak Ifah.
'Okay.' - Luth
Setapak saja kaki mahu melangkah keluar dari kedai. Bella tiba-tiba rasa nak buang air kecil.
"Fah, pergi dulu lah. Tak tahan la, tandas jap."
Ifah kerling jam. Sudah pukul 8:55 pm. Dia berfikir sejenak sebelum mengangguk.
"okay lah, tapi cepat sikit tau. Kalau lambat 4 atau 5 minit okay lagi." ujar Ifah sempat berpesan.
Bag dihulur kepada Ifah meminta Ifah bawa pulang.
"Ok, Beres!"
Bella buru-buru ke dalam tandas. Setelah selesai dia keluar dengan leganya. Rambutnya dibetulkan kerana sedikit kusut.
Melangkah keluar saja dari kedai. Dia pandang kiri kanan sebelum melintasi jalan raya. Banyak nau kereta lalu lalang. Silau matanya dengan cahaya lampu dari kereta.
Ting!
Mesej dari Luth ingin dibuka. Namun...
PIN!! PIN!!
Hon dari lori itu membuatnya terkejut beruk. Kelajuan lori tersebut yang lalu didepannya membuat Bella hampir terlentang ke belakang. Mujur tangannya ditarik oleh seseorang.
Bella terpinga-pinga bercampur debaran yang datang tiba-tiba dek kerana terkejut dengan hal sebentar tadi. Dia hanya ikut langkah Aniq membawanya agak jauh dari jalan raya.
Mereka berdiri berhadapan dikawasan agak sepi dan gelap. Bella menunduk. Sejak kecil, dia memang mudah resah dan berdebar dengan perkara yang buatnya terkejut walau benda kecil.
Pegangan tangan mereka dilepas kasar oleh Aniq apabila menyadari lama mereka menenangkan diri tetapi berpegangan tangan. Dalam gelap dapat dilihat mata lelaki itu tajam kepadanya.
Pak!
"Aduh! Sakit lah!" mengaduh sakit Bella sambil gosok dahinya yang dijentik lelaki itu.
"Bod*h la kau ni! Kau nak mati awal ke, hah? Kalau tak reti nak lintas jalan tu, minta la tolong orang. Kalau dah mata tu silau ke apa benda, panggil orang. Aku ada, asal tak panggil aku?" semput Aniq dibuatnya membebel dengan sekali nafas.
"Oh lupa, kalau dah bermesej dengan Luth tu... sambil mati pun rela." sinis Aniq mengejek.
Melongo Bella dibuatnya. Coba menghadam setiap bait bebelan itu. Hah... dia mimpi ke sekarang ni? Biar kebenaran Aniq katakan begitu?
"Yang kau marah sangat kenapa? Ada aku suruh ke kau tarik tangan aku? Tak ada kan. Lagi satu, siapa benarkan kau pegang tangan aku suka hati? Jijik!" tukas Bella bersama mimik angkuh.
"Ohh... Jijik? Hey, ingat aku nak sangat selamatkan kau? Bukannya terima kasih. Dasar tak kenang budi!" tempelak Aniq. Matanya tajam jelas geram dengan bicara gadis didepannya.
Bella gelak sinis sengaja ingin menyakitkan hati yang mula panas itu. Bila lagi? Hahaha!
Dia bercekak pinggang. Pandangan mereka bertentang.
"Aku sendiri pun tak kisah kalau aku mati sekalipun. Yang kau kecoh kenapa? Ke..." Bella sengaja beri jeda lalu mendekati Aniq. Senyum paling sinis diberikan namun Aniq tak berganjak.
"Kau suka aku?" bisik Bella sengaja.
Membuat Aniq telan air liur kesat. Pertama kali maruahnya jatuh ditangan perempuan. Perempuan yang dia suka buli pula tu.
"Suka? Lambat lagi. Aku cu-cuma..." Aniq ketawa sumbang menutup gundah. Anak mata dilarikan tak mahu bertentang dengan mata redup berwarna hazel itu.
"Hmm? Cepat cakap, cuma apa? Ngaku saja lah, Aniq Mikael." sengaja Bella tekan nama lelaki itu. Ingin lihat bagaimana reaksi.
Ternyata benar. Muka Aniq berubah terus terdiam apabila namanya meniti dibibir manis itu. Peluh mula merenik pada wajah. Entah kenapa, over bukan main debaran jantungnya saat ini.
Tiba-tiba bunyi pagar ditutup membuat keduanya berubah muka. Kedua mereka berpandangan serentak dengan muka pucat.
Setelah bunyi pagar besi bergesel itu sudah selesai dan tiada bunyi lagi.
"Ha sudah... kau la nih! Ish!" rambutnya Aniq raup kusut. Masalah lagi lagi!
"Aku pulak? Engkau lah! Yang kau-" ayat Bella tergantung apabila lelaki itu beri amaran menyuruh diam. Dia termalu sendiri.
Dalam lima minit juga mereka berdiam diri tanpa bertekak. Itu dikira pecah rekod kerana ambil waktu paling lama sepanjang Aniq dan Bella kenal.
Aniq kerling kejap gadis itu yang kehulur kehilir dengan resahnya. Aniq bangun dan tarik tangan Bella. Tak dihiraukan gadis itu protes. Mereka mula berjalan pergi ke belakang bangunan asrama. Bayang mereka ditelan gelap malam.
"Kau nak bawa aku kemana ni, Aniq?! Jangan macam-macam!"
"Tch, ikut saja lah. Banyak bunyi minah karat ni."
Sampai saja dibelakang bangunan yang jarang dilalui warden dan orang-orang. Kawasan itu sangat sunyi dan malap hanya bergantung dengan lampu yang malap.
Bella tarik kasar tangannya. Dia pandang resah kepada Aniq. Seperti faham pula dengan idea yang berada dalan otak lelaki didepannya.
"Biar betul? Kau nak aku panjat naik?" teka Bella. Melihat riak serius itu, benar tekaannya.
"Betul tak betul. Kau ingat kita ada pilihan? Kau nak kena denda lagi? Aku tak nak." ujar Aniq mula angkat batu besar untuk memudahkan mereka panjat pagar agak tinggi tersebut.
Bella telan air liur. Benar, dia memang tak ada pilihan. Takkan la nak minta warden bukakan pagar untuk mereka. Mendapat la jawapnya!
Melihat gadis itu masih tak bergerak. Aniq dengan lincahnya tanpa bantuan apa-apa memanjat dan selamba mendarat di pagar sebelah.
"Aniq!" terjerit kecil Bella. Risau ditinggal agaknya.
"Ha dah termenung apa lagi? Panjat la pagar tu." arah Aniq.
Bella masih takut-takut. Lambat dia pegang dan pijak pagar itu. Sampai di atas pagar, tak berani pula nak terjun. Telan air liur lihat ketinggian dirinya dan tanah saat ini.
Aniq dibawah setia menunggunya turun.
" Turun cepat la sebelum orang nampak!" gesa Aniq. Runsing juga dia.
"Sabar la! Patah kaki aku main terjun aja!" Bella ragu-ragu.
"Hish!" Aniq telak tangannya dilutut dan buat kuda-kuda untuk perkuatkan badannya tampung pijakkan dari kaki Bella.
"Cepat pijak tangan aku." arahnya.
"Jap jap!"
Dikerana kan agak licin, tak semenanya Aniq turut terlentang di tanah. Gadis itu pula selamat landing atas tubuh tingginya.
Bella buka matanya perlahan. Sedia menerima tepikkan dari serigala itu.
Aniq berkerut tahan sakit belakangnya. "Tskk...aduh kepala aku."
Melihat Bella masih tunduk seperti takut dengannya. Aniq tolak bahu gadis itu lembut ketepi. Sebenarnya dia merasakan sesuatu saat Bella landing atas tubuhnya. Wajahnya merona merah sampai ke telinga. Sesuatu yang empuk... seperti pau. Erk!
Bella hairan lihat pemuda itu bertingkah bagai malu kucing.
"Ka-kau kenapa? Asal macam orang tak betul je?" soalnya pelik.
Aniq kawal riaknya yang malu sendiri. Pandangan dilarikan.
"Dada kau." tutur Aniq perlahan. Dia mula bangun ingin pergi dari situ.
Tak hiraukan panggilan gadis itu yang kehairanan, Aniq berlari anak pergi dari situ. Kang terkantoi berduaan pula. Tidak ke jadi masalah.
Bella berkerut hairan. "Dada?" matanya jatuh ke bawah dan...
"Argh! Bila masa terbuka ni?!"
Malu bukan kepalang lagi. Muka merona merah. Kalau boleh sumbat mukanya, nak saja dia sorok dalam lubang jamban!
Butang pada baju kemeja putihnya dikancing laju. Macam mana dia boleh tak perasan. Mungkin tercabut semasa jatuh ke atas Aniq tadi.
"Aniq? Oh my... Argh!" Dah serupa orang tak betul Bella teringat kembali lelaki itu. Lelaki itu sudah ternampak bahagian lurahnya.
Malu! Malu mama!
Dia mahu lari dari bumi! Dia mahu ke pluto! Tolong sesiapa berikan roket kepadanya.
"Aaa!" bersama jeritan tak betul. Bella berlari ke arah blok asramanya.
Pasti lelaki itu ketawakan nya saat ini! Tak guna Aniq!
Share this novel