BAB 1 : SHIMA DAN GENIUS MATEMATIK

Romance Series 2261

Aku tekun memerhatikan 2 gambar bulatan yang ada dalam buku subjek Matematik Tadika aku ni.

Di dalam bulatan pertama terisi 3 bulatan kecil, di dalam bulatan kedua pula terisi pula lagi 2 bulatan kecil dan di antara kedua-dua bulatan yang besar tersebut ada simbol tambah.

Macam-macam cara dah aku guna untuk selesai masalah ni. Dari jari tangan sampai jari kaki dah aku kira, tetap tak dapat dapat jawapan dia.

Kalau lah time ni boleh guna calculator, dah lama aku guna. Yelah.. soalan dia mencabar betul.

Akhirnya aku dapat satu idea. Aku cuba bayang kan bahawa 2 bulatan itu seperti 2 mangkuk yang terisi dengan guli. Mangkuk pertama ada 3 biji guli dan mangkuk ke-2 ada 2 biji guli.

Aku bayangkan juga yang aku ambil 3 biji guli dari mangkuk pertama lalu masukkan ke dalam mangkuk ke-2. Seterusnya aku kira satu persatu guli yang ada dalam mangkuk ke-2.

Yeahhh.. aku dah dapat jawapanya. Korang mesti tak tau kan jawapan dia? Tak apa, aku bole bagi tau.

Jawapannya ialah 5 biji guli... haha.. dengan pantas aku tulis dekat ruangan jawapan angka 5.

Macam tu lah kaedah aku mengira operasi tolak dan tambah. Biar gambar apa pun yang datang, semua aku bayangkan guli. Gambar ikan ke, kucing ke, kereta ke.. semua jadi guli.. haha.. bijak kan??

Sebab tu tak hairan aku gelarkan aku ni GENIUS Matematik. : )

..............

Suatu hari... (Starting Klise)

Cikgu Samsiah bagi balik buku latihan Matematik dekat setiap orang. Kau nak tau.. aku betul semua kot.. haha.. Bukan nak belagak, tapi untuk budak umur 6 tahun macam aku ni.. layak lah digelar Genius.

But, rupa-rupanya dalam otak Cikgu Samsiah dah ada satu plan untuk orang-orang macam aku ni. ermm.. ni mula rasa orang nak ambil kesempatan kat aku ni.. mentang-mentang aku comel and genius time tu.. huh..

Aku pun tunggu..apalah arahan yang dia nak bagi dekat aku ni..

“Izz (Bukan nama sebenar).. kamu ajar Shima boleh kan? Sebab cikgu tengok jawapan kamu semua betul”

Aku dengar je dah terkejut.. Shima kot.. Aku dah lah selalu usha die senyap-senyap. Walaupun dia jenis pendiam and mulut dia suka ngaga.. bagi aku dia comel kot.

Tapi tu lah.. aku kene berani kan jugak diri aku ni. Dia slow-slow dekati aku sambil bawak buku dan pensil.. and mulut dia masih ternganga.. haha.

Aku ingat aku boleh lah jadi gentleman.. tapi aku ni pemalu jugak.. haha.. so aku ajar je lah macam mana kaedah aku kira operasi tambah and tolak ni. Sikit pun aku tak toleh dekat die. Tapi macam mana pun, aku tau je reaksi muka dia macam mana. NGAGA.. sebaik tak keluar air liur.. haha

.......

Disebabkan haritu lah aku jadi asyik segan je bila kat Tadika. Senyap-senyap tu usha lah jugak.. haha.. tapi tu lah.. kadang-kadang aku pikir.. kalau die nganga terus sampai besar macam mana?? tak ke naya aku..

Jadi aku buat keputusan tak nak dah suka-suka kat dia.. Aku sedar bahawa Tadika ini hanya sementara.. perjalanan aku panjang lagi.. so.. terpaksalah aku tinggalkan cinta pandang pertama aku.. SHIMA SI NGAGA..

SEKIAN,... : )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience