bab 33

Romance Series 423079

bab 33

Ayriz terus menurunkan tangan apabila Fariz memanggilnya. Wajahnya masih lagi tegang menahan amarah.

“Awak buat apa ni? Tak malu ke orang pandang?” tegur Fariz sambil menarik Ayriz.

“Fariz…. Ayriz tampar Sya. Sya just tegur dia je tapi dia marah pula. Salah ke Ayriz apa aku cakap?” tanya Sya dengan nada sedihnya. Ayriz merenung tajam wajah kakak sepupunya.

“Kau jangan melampau tau, depan semua orang bolehlah kau pusing pusing cerita.”

“Aku pusing cerita apa? Aku just cakap jangan mainkan perasaan orang. Salah ke?”

“Lagi kau cakap apa lagi? Cakaplah!”

“Ayriz, dah la tu. Jangan buat bising dekat sini.” Ayriz seakan tidak percaya apabila Fariz seperti menyalahkannya. Ayriz menarik kasar lengannya.

“Saya? Saya buat bising? Awak dengar ke dia cakap apa dengan saya? Awak tahu ke?”

“Ye saya tahu awak marah tapi sudahlah tu, awak dah besar dah pun tak elok gaduh macam ni.”

“Betul tu Ayriz. Kalau kau tak dengar teguran aku macam mana kita nak makin rapat.” tambah Sya pula. Ayriz mengetap gigi menahan marah. Lantas dengan itu Ayriz berjalan ke arah Sya.

Ayriz! Sudah!” tegur papanya pula yang baru sahaja tiba mendengar kekecohan tadi.

“What? Bukan salah adik! Salah perempuan ni cari pasal dengan adik.”

“Mana ada pa… Sya nasihat dia je….”

“Eh kau diamlah…..” jerit Ayriz sudah semakin hilang sabar lalu ingin melempang Sya namun dihalang oleh Fariz.

LEPASLAH!” tengking Ayriz meninggi. Buat pertama kali Fariz melihat Ayriz seperti bukan dirinya.

“Baby, jangan macam ni…. sabar dulu okay.” pujuk Ayie lembut. Mereka yang lain hanya diam tidak tahu ingin memberi riaksi.

“Biarkan dia buat apa dia nak.” celah Isac dengan nada tiada perasaannya. Semua mata memandang Isac seperti tidak percaya apabila Isac hanya berwajah tenang.

“Bro, kau….” belum sempat Am ingin menghabiskan kata katanya, Isac sudah memotong.

“Dia tak akan jadi macam ni kalau tak ada orang cari pasal. Aku rasa korang lebih kenal dia.” kata Isac dengan tenang sambil itu dia memandang tepat ke arah Ayriz yang turut memandangnya. Papa Ayriz memandang Isac seketika kemudian tersenyum sebaris. Sya pula seakan sedikit bengang apabila Isac menyebelahi Ayriz dan lantas dengan itu wajah Fariz juga sudah berubah.

“Kau nak lempang tak?” soal Isac selamba. Ayriz pula memandang Sya sekilas kemudian menggelengkan kepala.

“Dah jom ikut aku. Pa, Isac bawak Ayriz pergi amik angin kejap. Kejap lagi Isac bawak dia balik sini.” Dengan hormat Isac meminta izin papa angkatnya. Entah mengapa dengan mudah papanya membenarkan. Fariz seperti hilang kata dan rasa serba salah dengan apa yang dilakukan.

Isac terus menarik lengan Ayriz untuk mengikutnya. Mereka yang di situ memandang mereka lalu memandang satu sama lain. Sya yang berada di situ memegang pipinya yang ditampar Ayriz tadi.

“Yang kau cari pasal dengan dia apahal?” soal Isac sambil bersilang tangan. Ayriz yang sedang menikmati aiskrimnya terus berhenti.

“Kau pun sama nak tuduh aku kan!”

“Dia cakap apa dengan kau sampai kau mengamuk tadi.” Isac terus menukar topik tidak mahu emosi wanita itu makin panas. Ayriz menjeling tajam wajah Isac yang berada di hadapannya.

“Dia cakap aku mainkan perasaan orang.”

“Maksud kau?”

“Ye lah dia jealous sebab kau dengan Faris care pasal aku. Lepastu dia cakap aku ni mainkan perasaan kau dengan Farizlah….”

“Memang pun.” jawab Isac selamba sambil memandang tempat lain. Ayriz sedikit tercengang dan terkaku.

“Kau….” belum sempat Ayriz ingin bertanya, Isac sudah memotong.

“Lepastu dia cakap apa?”

“Dia…dia cakap yang dia nak ambil Fariz daripada aku…”perlahan saja Ayriz berkata.

“So sebab tu kau mengamuk macam tadi tu? Sebab ex husband kau tu?” perli Isac sambil merenung Ayriz.

“Bukan….” kata Ayriz sambil menunduk malu ingin mengaku.

“Habistu? Kau cakap bagi habis boleh? Aku pantang orang cerita sekerat sekerat aku kena tanya.” Isac mula hilang sabar.

“Sikit sikit marah! Dia cakap dia nak ambil kau juga dia cakap dia suka kau!” geram Ayriz apabila dimarah begitu sehingga dia tidak sedar apa yang dikatakan. Isac yang mendengarnya tersenyum lalu memandang ke tepi. Ayriz masih lagi geram dengan lelaki itu.

“Hah gelaklah gelak! Dia tu memang daripada dulu dengki dengan aku. Tak boleh tengok aku bahagia mesti dia nak kacau.”

“Sekarang kau nak cakap yang kau mengamuk sebab benda tu lah?” usik Isac. Wajah Ayriz sudah membahang kemerahan menahan malu.

“Diamlah!”

“Kenapa awak tak suka Ayriz? Saya tengok dia okay je.” tegur Mel ingin memulakan perbualan.

“Kau tak payah tahulah.”

“Sampai bila awak dengan yang lain nak jadi macam ni?” Soalan Mel itu membuatkan Lim merenung tajam kepadanya dan membuatkan Mel sedikit gugup.

“Maksud saya, apa salahnya Isac nak jadi macam sekarang. Ya mungkin dia punca halang kerja korang tapi sampai bila? Sampai bila korang nak hidup sendiri and terperap dekat dalam dunia macam ni? Semua berhak dapat kebahagiaan diaorang. Awak pun berhak. Bagi saya awak patut berterima kasih dengan Ayriz, sedikit sebanyak Isac berubah ke arah positif. Dia tak mengamuk dekat aku dengan hal hal kecil. Awak tak nampak ke?” terang Mel dengan yakin. Lim memandang Mel sekilas. Jujur dia juga suka perubahan Isac yang itu cuma dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Kau ni banyak cakaplah… ingat hutang kau lagi 10K tu .” perli Lim membuatkan Mel tunduk ke bawah. Lim yang melihat kelakuan Mel mengemam mulut menahan tawa. Baginya kelihatan lucu dan comel pula dia berperangai begitu.

“Dah ambil air kau tu. Hari ni kau ikut aku buat kerja.”

“Buat kerja? Buat kerja apa?”

“Tadi kau sibuk bebel pasal Isac semuakan hah sekarang kau ikutlah aku jadi pengintip perhati diaorang pergi mana.”

“Hah? Kenapa saya pula. Saya nak balik. Itukan kerja awak.”

“Kau termasuk dalam kerja aku. Aku kena jaga kau. Tak akan aku nak belah badan aku. Kau tak payah banyak cakap, ikut je aku.” Mel sudah membuat muka pasrah. Apalah nasibnya kena menjadi pengintip tidak berbayar pula. Sedang mereka berjalan menuju ke kereta, ada seseorang menegur Mel.

“Mel.”

Mel yang mendengar namanya disebut terus mencari si pemanggil. Lim juga turut berpusing. Berubah air muka Mel ketika itu. Dia merasakan kaki mula menggigil.

Share this novel

rohasliza osman
2022-11-04 14:15:38 

Isac yg faham Ayriz...


NovelPlus Premium

The best ads free experience