10 TAHUN Kemudian….
Anna turun dari kereta Mini Coopernya. Skirt pendek paras peha itu di tarik ke bawah sedikit menutup separuh pehanya. Rambutnya berwarna Ash Grey itu di kibar-kibarkan. Tubuhnya tinggi lampai dan langsing itu di lenggokan. Dirinya menjadi tumpuan para lelaki di situ. Dia berjalan seperti model ke arah sebuah kelab malam. Kukunya juga berwarna merah menyala sama seperti bibirnya. Malam ini dia sangat seksi dan bergaya.
Ada seseorang melambai ke arahnya. Dia berjalan ke arah seseorang yang melambainya dari tadi. Anna tersenyum manis pada Alif. Dia di sambut baik oleh kawan baiknya.
“Hai baby. You look so pretty tonight.” Bisik Alif dengan menggoda. Wajah Anna seperti barbie doll itu di tenung dengan pandangan mengghairahkan. Atas bawah Alif tilik. Lebih-lebih lagi bahagian dada. Anna mengenakan singlet hitam yang menonjolkan belahan payudaranya. Sungguh menggoda.
“Thank you.” Jawap Anna dengan manja. Kemanjaan Anna melunturkan hati lelaki Alif. Alif kembali hanyut dengan pemandangan indah di depan mata.
“You ajak I datang sini sebab nak tengok I je ke?” Pertanyaan Anna buat Alif tersedar. Dia berdehem.
“Opss! Sorry. Jom masuk.” Alif merangkul tubuh seksi Anna. Di pintu utama kelab malam ada dua orang penjaga. Alif menyerahkan satu sampul surat berisi wang tunai agar mereka dapat masuk. Sampul itu bertukar tangan. Selepas itu mereka di benarkan masuk. Disebabkan mereka masih lagi di bawah umur, mereka harus membayar sejumlah wang untuk masuk di tempat begini.
“Wow, berapa you bagi diorang tu?”
“5K” Selamba saja Alif menjawap. Terbeliak biji mata Anna. Alif hanya tersenyum. Setakat RM 5 ribu celah gigi je. Harta warisan melimpah ruah buat apa simpan. Alif ni anak salah seorang jutawan Malaysia, jadi tak hairanlah dia boleh keluarkan duit sebanyak itu. Baginya jumlah itu kecil. Mereka berjalan masuk sehingga ke tempat yang di booking khas untuk mereka.
POP! Bunyi letupan Party Popper Cannon. Terenjut bahu Anna dek bunyi itu. “Happy birthday to you, happy bithday to you.” Kawan-kawan Anna menyanyikan lagu happy birthday buat Anna. Anna tersenyum, teman-temannya ini ingat ulang tahunnya. Sedangkan Ku Ana? Mati senyuman Anna.
“Anna tiuplah!” Bahu Anna di tepuk oleh Julia. Anna tersentak. Terus dia meniup lilin yang ada pada kek di atas meja.
“Thanks korang sebab sambut birthday aku.” Anna terharu. Dia melapangkan memeluk sahabat-sahabatnya.
“Kau kena ucap terima kasih pada Alif, sebab dia yang prepair semua ni. Kitorang cuma datang je” Ujar Julia. Anna terus memandang Alif.
“Seriously? Thanks darling.” Anna mencium pipi Alif tanpa segan silu.
“Thanks je?” Tanya Alif.
“Habis tu you nak apa?”
“Jadi girlfriend I?” Anna buat-buat tak dengar. Dia pura-pura sibuk pula. Masa tulah tiba-tiba nak makan kek. Alif mengeluh. Banyak kali dia cuba mengurat Anna tapi susah betul nak dapat.
“You! You dengar tak apa I cakap tadi?” Tanya Alif sedikit kuat.
“Huh! Tak dengar.” Anna masih lagi buat-buat tak dengar. Alif mengetap bibir. Walaupun suasana bising kelab malam tetapi dia pasti Anna bisa mendengarkan pertanyaannya tadi. Anna sibuk mengunyah kek. Anna tak sudi nak jadi girlfriend Alif. Bukan dia tak tahu Alif ni kaki perempuan!
“You!” Aliff memanggil Anna. Anna hanya memandangnya saja. “Mama you oustation kan?” Tanya Alif lagi.
“Yess. Why?” Tanya Anna sambil mengunyah kek.
“Malam ni tidur rumah I.” Pujuk Alif.
“Buat apa?” Tanya Anna.
“Saja. Boleh borak-borak. Esokkan cuti sekolah. Boleh ulang kaji sama-sama.” Ujar Alif dengan sengihan.
Anna senyum sinis. Huh! Ingat aku tak tahu niat kau tu! Nanti bukan ulang kaji. Nanti buat ‘experiment’ pulak. Macam dia tak tahu perangai buruk Alif. Ramai rakannya sudah menjadi mangsa kegatalan Alif. Kini dia adalah sasaran seterusnya. Namun dia takkan mudah jatuh pada lelaki seperti ini.
“No lah. I kena balik. Nanti security rumah I tu bagitahu mama I pulak, I tak balik rumah.”
“Kalau I tidur rumah you tak boleh ke?”
“You giler? You nak I kena sembelih dengan mama I ke?” Ujar Anna. Alif ketawa.
“Taklah. I gurau je. Okeylah. You enjoy your birthday party okey.” Akhirnya Alif mengalah. Tak apa. Banyak lagi masa nak mengurat Anna.
Dia ingin Anna rela hati menyerah padanya. Alif menghulurkan segelas cawan minuman alcohol. Anna sambut baik. Dia baru nak menikmati malam ulang tahunnya. Dia berdiri lalu berjoget mengikut retak muzik. Air kencing syaitan itu seteguk rakus. Alif menikmati pemandangan di hadapan. Bilalah aku boleh dapat ni? Makin lama makin geram pulak dia.
Kepala Anna mula berpusing. Semakin rancak dia menari. Dia menambah lagi minuman alcohol itu lalu meneguknya. Baginya itulah cara dia menghilangkan tension. Bukan pertama kali dia lepak kat sini. Kadangkala dia lepak sorang-sorang untuk hilangkan stress hidupnya.
Tiba-tiba muzik berhenti. Lampu putih pula menerangi kelab malam itu. Masing-masing terkejut. Rupanya ada operasi polis besar-besaran. Mereka di arahankan tunduk dan tangan di atas.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
PANG! Pipi mulus Anna di tampar oleh Ku Ana. Ku Ana memandang anaknya tajam. Ku Sandra menggosok perlahan belakang Ku Ana agar tenangkan sedikit kemarahan sahabat baiknya. Terkejut Ku Ana mendapat panggilan dari balai polis. Anna sudah berani lepak di kelab malam. Bukan setakat itu, mabuk pula. Malu dia. Anak hartawan Malaysia di tangkap dalam kelab malam.
“Dasar anak tak guna! Memalukan mak bapak aje! Mana kau belajar lepak kelab malam? Mana aku nak letak muka aku ni huh?” Tengking Ku Ana.
“Ana, sabar Ana. Bukan macam ni caranya marah anak.”
“Nak marah macam mana lagi Sandra. Budak ni dah melampau. Kenapalah aku ada anak macam ni! Menyusahkan aku!”
“Hahahahahaha.” Anna ketawa mengejek. Kemudian berhenti secara tiba-tiba. Dia masih lagi dengan sisa mabuknya.
“Mama, kalau Anna ni menyusah mama. Kenapa tak bagi papa bawa Anna dulu?” Tanya Anna. Dia tersengih. Walaupun mabuk, di masih lagi boleh mendengar kata-kata Ku Ana yang menyakitkan. Ku Ana terdiam. Nafasnya turun naik.
“You know what, I jadi macam because of you!” Anna menunjukan tepat di muka Ku Ana.
“Selama ni you pernah kisah ke pasal I? I lepak kat mana? Buat apa, Kat mana, dah makan ke belum. Ada mama kisah pasal Anna? Tak mama. Mama asyik dengan kerja mama. Meeting sana meeting sini. Sampai birthday I pun you lupa right? It sokey mama. I dah biasa. Jadi I sambutlah dengan kawan-kawan I. Agaknya kalau I tak kena tangkap dengan polis, you pun tak ada kat sini. Hahahahah.” Anna ketawa mengejek.
Pang! Pipi Anna di tampar lagi. “Dasar anak tak tahu di untung. Aku buat semua ni untuk kesenangan kau! Kau dengan bapak kau sama aje!” Tengking Ku Ana. Kata-kata Ku Ana buat Anna marah. Pantang dia jika Ku Amri di libatkan sama atas kesalahan dia.
“Mama nak tahu tak apa beza mama dengan Auntie Maria?” Anna senyum sinis. Di berdiri mendekati ibunya. Pandangan tajam Ku Ana langsung tidak di pedulikan.
“Auntie Maria tu menyanyang, dia tak macam mama yang mengejar kesempurnaan. Auntie Maria more better then you! Sebab tu papa kahwin dengan dia. Dia tahu tanggungjawap dia sebagai isteri, bukan macam mama. Title je isteri orang tapi macam bukan isteri orang!” Pang! Pipi Anna di tampar lagi.
“Sudahlah Ana. Bengkak nanti muka anak kau.” Pujuk Ku Sandra.
“Tak apa Auntie. Anna dah biasa.” Jawap Anna.
“Malam ni kalau mama nak pukul Anna, pukullah ma. Tapi you jangan mention pasal papa atas kesilapan yang you sendiri tak sedar!”
Tangan Ku Ana naik kembali tetapi di tahan. Dia menggigil menahan amarah. Tubir matanya di penuhi air mata. Entah mengapa kata-kata Anna menusuk hatinya. Anna segera ambil beg tangannya, dia ingin segera masuk dalam bilik. Lama-lama kat sini menyakitkan hati je buat apa!
“Nanti!” Langkah Anna terhenti dek kerana Ku Ana. “Mulai hari ini I pindahkan you ke sekolah biasa. You jangan contact lagi dengan budak-budak yang lepak kat kelab tu!”
Selama ini Ku Ana berfikir bila sekolahkan Ana di sekolah elit akan menjamin masa depan tetapi sangkaannya salah. Malah makin teruk pula. Anna semakin liar dek pengaruh anak anak orang kaya yang lain.
“Nevermind!” Jawap Anna. Dia pun berlalu pergi. Ku Ana terduduk selepas Anna hilang dari pandangan. Dia mengurut dadanya yang mula rasa sakit. Ku Sandra setia di sisi.
“Sandra, teruk sangat ke aku jadi ibu ni?” Tanya Ku Ana. Dia mula menangis.
“Sabar Ana. Budak baya-baya Anna tengah darah panas. Kalau nak tegur ada caranya.” Ujar Ku Sandra dengn lembut. Setelah Ku Ana tenang dia kembali bersuara.
“Ara, kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong apa?”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
KRING!!! Loceng sekolah berbunyi nyaring menandakan waktu rehat sudah habis. Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Namun Anna masih lagi lepak di belakang sekolah. Di sini saja dia boleh tenangkan diri. Rokok di tangan di hisap lalu di hembuskan asapnya ke udara. Sudah seminggu dia bersekolah di sini. Jauh beza betul sekolah elit dengan sekolah kerajaan ni. Hidup penuh dengan peraturan.
Setakat itu tak apa lagi. Yang dia tak boleh terima, dia harus satu kelas dengan budak yang paling dia menyampah! Siapa lagi kalau bukan Dani, anak ‘bestfriend’ ibunya. Dah lah poyo. Hishh macam mana budak poyo ni boleh jadi ketua pengawas sekolah. Siap jadi jejaka kegilaan para pelajar di sini pulak tu! Apalah yang handsome sangat pun tak tahulah.
Setelah rokoknya habis, puntungnya dia buang keluar sekolah. Otaknya berputar kejadian pada hari pertama dia menjejakan kaki ke sekolah ini. Ini ke sekolahnya? Matanya memerhati sekeliling. Macam ni sekolah? Sekolah ke tadika. Matanya tertancap pada lukisan karya hasil dari kenakalan pelajar di sini.
“Nama?” Dani entah muncul dari mana secara tiba-tiba tanya nama. Matanya tertancap pada buku kecil. Pen di pegang kemas. Sikit pun dia tak memandang wajah Anna.
“Huh!?” Anna blur. Dah kenapa budak ni. Datang-datang tanya nama.
“Nama?” Lagi sekali Dani bertanya tanpa memandang Anna.
“Anna.” Jawap Anna.
“Nama panjang. Bukan nama pendek!” Tegas nadanya. Anna mendengus.
“Tengku Adriana Sofia.”
“Kelas?”
“Manalah aku tahu. Aku baru masuk hari ni!” Jawap Anna. Barulah Dani angkat mukanya. Melihat gerangan wanita yang dia bertanya tadi.
“Baru first day datang sekolah dah buat kesalahan!” Marah Dani. “Eh jap. Aku macam kenal kau ni?” Dani mengetuk-ngetuk jari di dagu kemudian baru dia teringat.
“Oh kaulah anak kawan mummy aku tu kan? Yang mendatangkan parut kat dahi aku!” Reaksi Dani terkejut kerana sudah lama tak bersua muka dengan Anna. Sejak kejadian gaduh tempoh hari, mereka ada juga berjumpa tetapi jarang sekali.
“Di sebabkan kau datang lambat, kau di denda kutip sampah!”
Anna angkat keningnya. Baru dia sedar dengan siapa dia bercakap ni. Budak yang cuba merebut bear kesayangannya. Anna bengang. Baru saja menjejakan kaki di sini dah kena denda.
“Hei! Aku baru first day datang sini. Manalah aku tahu masuk pukul berapa?” Tengking Anna.
“Habis selama ni kau tak sekolah lah ya?” Pertanyaan Dani dengan sinis.
“Aku sekolah lah. Tapi aku sekolah elit. Bukan sekolah kerajaan!”
Dani tersengih. Dah lama dia menyimpan dendam pada Anna. Kerana Anna lah habis wajah kacaknya di cacatkan oleh budak perempuan acah hot ni!
“Aku tak peduli. Kau pergi kutip sampah sekarang!” Kata Dani sambil menunjukan padang yang di penuhi sampah.
“Tak nak!”
“Okey tak apa. Kalau kau tak nak, aku laporkan kau kat cikgu disiplin atau aku report kat mak kau!” Ugut Dani.
Anna marah, namun di tahan. Teringat pada amaran Ku Ana. Jika dia buat hal di sekolah, elaun bulanannya akan di potong. Kalau kena potong macam mana nak tengok wayang tiap-tiap minggu. Macam mana nak enjoy. Anna mendengus.
“Okey fine!” Anna meletakan begnya di tiang. Lalu melangkah ke padang mengutip sampah. Geli geleman dia mahu memegang sampah yang kotor. Dia hanya memegang dengan hujung jarinya. Tersenyum Dani melihatnya. Bukan senang nak buli anak jutawan ni!
“Hei! Kutiplah betul-betul! Kat sana banyak lagi sampah!” Jerit Dani sambil menunjukan arah sampah yang bertaburan. Panas hati Anna. Dia ni dah melampau! Anna capai batu sebesar syiling lima puluh sen lalu di lemparkan ke arah Dani. Ketak! Tepat mengenai kepala Dani.
“Ouch! Sakitlah bodoh!” Dani menggosok kepalanya. Anna ketawa terbahak-bahak.
“Hahahahahah.. Padan muka. Dasar anak mak!” Jerit Anna. Dani perhatikan sekeliling kot-kot ada yang dengar. Malu dia. Dahlah dia tergolong dalam budak-budak hot di sekolah. Jatuhlah reputasinya.
“Tak guna punya budak!” Dani ke tengah padang. Mereka berkejar sehingga cikgu disiplin menghentikan mereka. Akhirnya mereka berdua di denda. Anna tersengih sambil geleng kepala. Kecoh jugalah sekolahnya apabila mereka di denda berdiri di tengah perhimpunan. Jatuh terus standard Dani. Padan muka!
“Bagi aku duit kau sekarang!” Suara tengkingan Borhan membuatkan Anna tersentak dari lamunannya. Anna mengeluh. Tak habis-habis nak buli orang!
“Duit dah habis. Aku guna masa rehat tadi.” Jawap Adam. Tangannya menggeletar kerana takut. Buk! perutnya di tumbuk. Bergegar segala lemaknya yang menggeleber tu.
“Tipu. Anak orang kaya takkan bawak duit sikit!” Borhan mendengus.
“Wei, buang masa ajelah. Kau tengoklah badan dia. Sah-sahlah duit yang dia bawa tu beli makanan aje.” Ujar Muiz sambil menepuk-nepuk lemak geleber Adam. Adam ni memang selalu di buli kerana dia lemah dan fiziknya yang gemuk.
“Hei! Korang ni tak ada kerja ke nak buli orang aje? Mak bapak korang hantar korang ke sekolah untuk buli orang ke?” Perli Anna sambil memeluk tubuh.
“Wow! Ada awek baru datang nak selamatkan kau!” Perli Borhan sambil tepuk tangan. “Hei perempuan. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau kitorang! Kalau tak, kau pun terima nasib yang sama. Kau nak?” Ugut Borhan. Anna senyum sinis.
“Aku tak takut pun! Korang ni pengecut! Nak buli pun biarlah sepadan. Kalau korang berani cubalah.” cabar Anna.
“Kau jangan cabar aku ya perempuan!” Borhan naik geram. Baru je masuk sekolah ni dah berlagak bagus! Dia mendekati Anna. Anna tenang saja. Langsung tak menggentarkan jiwanya.
“Hei, kau tu budak baru je tau. Kau tak kenal siapa aku. Jangan sampai aku buat kau menyesal!” Bisik Borhan.
“Kau nak buat apa? Kau nak buli aku? Sikit pun aku tak takut!” Ujar Anna.
“Cubalah. Aku akan pastikan kau dibuang sekolah dan pasti kau akan bersekolah di sekolah juvana. Bila-bila masa saja aku boleh hantar kau ke sekolah tu siap pakej percutian di pintu besi.” Anna senyum sinis Borhan mendengus. Berani sungguh Anna ni.
“Kau jangan cabar aku!” Tangan Borhan menggeletar.
“Aku tak cabar kau. Aku cuma tak nak kau buli budak yang lemah dari kau. Kalau tak aku lapor pada guru disiplin yang kau hisap ganja kat stor belakang sekolah. Kau nak?” Anna ketawa mengejek.
Setiap kali waktu pendidikan sivik dia akan ponteng kelas. Secara kebetulan dia lalu stor belakang sekolah. Hidungnya amat cam bau ini. Kerana Alif selalu hisap ganja. Rupanya Borhan kerap juga hisap ganja di stor itu. Borhan terdiam. Mati akalnya. Namun dia masih lagi dengan rasa amarahnya.
Tanpa berlengah Anna berjalan dan sengaja melanggar bahu Borhan. Dia menarik tangan Adam. Adam terpinga-pinga. Buat pertama kalinya dia berpegangan dengan pelajar cantik seperti Anna. Dia bermimpi ke? Tangan mereka berpegangan? Anna menarik hingga ke tangga lalu melepaskan pegangannya. Dia ingin naik kelasnya. Namun langkahnya terhenti apabila Adam memegang tangannya.
“Terima kasih.” Ucap Adam sambil melepaskan tangan Anna.
“Hurmm.” Anna hanya iyakan saja. Niatnya ingin menolong saja. Tak ada rasa nak kenal pun. Lagi sekali Anna buka langkah tapi mati bila tangannya di pegang oleh Adam lagi. Tak sempat Adam buka mulut Dani datang.
“Anna!” Jerit Dani. Terenjut bahu Anna dibuatnya. “Apasal kau tak masuk kelas lagi? Kau nak aku bagitahu mak kau ya?” Marah Dani. “Kau pergi sekolah nak menggatal ke nak belajar?”
Tak sempat Anna buka mulut, Dani terus menarik tangan Anna sehingga masuk kelas. Pehal mamat ni. Aku yang tak masuk kelas, dia pulak yang lebih. Anna mendengus. Sampai kelas dia terus melepaskan pegangan tangan. Dari situ baru Dani tersedar tindakannya luar batas. Dia berdehem lalu buat tak tahu. Dia duduk di tempatnya di hadapan Anna. Nak cover malu. Anna bingung.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DI SEBABKAN Ku Ana outstation, Anna di amanahkan pada Ku Sandra. Dengan terpaksa Anna berpindah ke rumah Ku Sandra buat sementara waktu kerana Anna tidak lagi di benarkan tinggal bersendirian. Tak ada chancelah nak pergi kelab malam lagi.
Kini kereta Alphard milik Ku Ana berhenti betul-betul di depan rumah banglo milik Ku Sandra. Anna mengeluh. Kat sekolah kena hadap muka Dani. Kat rumah pun kena hadap muka dia lagi! Apalah nasib aku ni. Tulah! Siapa suruh buat hal! Daripada jarang jumpa, sekarang hari-hari jumpa. Menyampah betul!
Anna turun bersama teddy bearnya. Pak Mat bawa turun bagasi-bagasi Anna dari kereta. Ku Sandra menanti di luar rumah dengan senyuman manis. Kehadiran Anna di sambut baik. Mereka bersalaman. Tanpa di duga Ku Sandra memeluk tubuh Anna. Anna tersentak. Dah lama dia tak merasakan pelukan kasih sayang. Lambat-lambat dia membalas pelukan tubuh Ku Sandra.
“Welcome to rumah Auntie. Sorrylah rumah Auntie tak besar macam rumah Anna.” Setelah meleraikan pelukan, Ku Sandra bicara lembut.
“Eh tak apa Auntie. Janji selesa.” Jawap Anna dengan ramah. Entah kenapa dia mula rasa selesa. Selama ini ada je berjumpa Ku Sandra tetapi mereka tak pernah pula berpelukan macam ni. Pak Mat pun berpamitan kerana dia harus menghantar Ku Ana ke airport.
“Jom masuk rumah Auntie sayang.” Pelawa Ku Sandra sambil menarik Anna masuk ke dalam rumah. Dani di ruangtamu hanya memandang sekilas saja. Kedatangan Anna langsung tidak di sambut oleh Dani. Dia menyampah lagi ada! Dari kecil sampai besar peluk teddy bear! Desis hati Dani. Kerana teddy bear tulah muka aku berparut!
“Dani tolong bawak masuk luggage Anna kat luar tu. Bawa masuk ke bilik Anna ya.” Perintah Ku Sandra buat Dani naik angin. Perempuan ni yang nak penumpang rumah aku, aku pula yang kena bawa beg-beg dia? Sebuah jelingan maut di hadiahkan pada perempuan itu. Anna menjelir lidah. Padan muka!
“Ni bilik Anna. Bilik Auntie kat depan. Kalau ada apa-apa boleh panggil Auntie.” Ku Sandra menunjukan biliknya. Anna hanya angguk Dia terpesona dengan deko biliknya. Besar juga.
“Auntie turun bawah dulu. Nak masak. Nanti tengah hari turun ya, kita makan sama-sama.” Lagi sekali Anna hanya angguk. Ku Sandra menutup pintu bilik. Anna terus rebahkan tubuh di katil. Siling puti di tenung sambil menunggu rasa mengantuk menjemput. Dia nak sambung tidur sebenarnya. Dia memeluk erat teddy bear pemberian papanya.
Pelukan Ku Sandra tadi membuatkan dia rindu pada Ku Amri. Papa, papa pergi mana? Kenapa papa tak datang jumpa Anna? Anna rindu papa. Hampir saja Anna menitiskan air mata. Bang! Tiba-tiba pintu bilik di kuak. Dani masuk dengan muka cemberut. Nampak sangat tak ikhlas tolong angkat bagasi Anna.
“Kau bawa batu ke apa? Punyalah berat!” Complaint Dani. Bang! Dia menolak bagasi Anna ke lantai dengan kaki. Tindakan Dani buat Anna marah.
“Kau ni tak reti ketuk pintu dulu ke!” Tengking Anna.
“Suka hati akulah ni rumah aku. Kau tu menumpang je! Wekkk!” Dani menjelirkan lidah. Anna menggenggam penumbuknya. Rasa memang nak sangat tumbuk muka Dani.
“Wekkk!” Anna balas balik.
“Wekkk!” Lagi sekali Dani menjelir lidah.
“Wekkk!” Anna masih lagi tak mahu kalah. Dani geram. Teddy bear Anna di rampas lalu di campak ke lantai dan di pijak. Sengaja Dani ingin mencabar Anna.
Nafas Anna turun naik lagi menahan kemarahan. Dia bangun dari katil lalu menolak tubuh Dani ke katil. Telentang terus tubuh Dani dek tenaga kuat Anna. Tanpa buang masa Anna duduk di perut Dani lalu penumbuk di naik setinggi-tingginya. Tak sempat penumbuk itu sampai ke muka Dani.
Dani lebih pantas mengelak dengan menolak tubuh kecil Anna ke kiri. Kini tubuh Dani menindih tubuh Anna. Kedua dua tangan Anna di genggam erat oleh Dani di atas kepala Anna. Nafas mereka berlaga seketika. Entah berapa lama mereka bertatapan. Dani seolah-olah terpukau dengan kecantikan Anna. Tiba-tiba… Buk! Lutut Anna menghentam alat sulit Dani.
“Arghhhhhh!” Dani menjerit kesakitan yang amat dahsyat. Dani terus jatuh ke lantai terguling-guling. Anna tersengih. Dengan tak ada rasa bersalah, dia meninggalkan Dani menahan kesakitan keseorangan di dalam bilik. Teddy bear tadi tidak lupa di bawa sekali.
“Tak guna punya perempuan! Tunggu kau nanti!” Dalam kesakitan sempat juga Dani menjerit pada Anna. Anna bersiul-siul, buat-buat tak dengar.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Anna, mari makan.” Pelawa Ku Sandra dengan mesra. Mata Anna kini teralih pada Ku Sandra di meja makan. Ku Sandra tersenyum sambil menantinya. Anna meletakan telefon pintar bersama teddy bearnya di sofa lalu berjalan ke meja makan. Hidungnya terhidu satu aroma yang busuk.
“Eiiiuuuw! Bau apa ni Auntie.” Sambil menutup hidungnya.
“Bau sambal petai. Anna tak makan petai?” Jawap Ku Sandra sambil ketawa kecil.
“Petai? Apa tu?” Tanya Anna seraya duduk di meja makan.
“Bodoh! Petai pun tak tahu.” Maki si Dani. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Anna.
“Hei! I’m not stupid like you! Aku cuma tak tahu petai tu apa?” Tengking Anna. Sakit sungguh hatinya.
“Dah-dah! Jangan gaduh. Dani baca doa.” Ku Sandra bersuara tegas. Terdiam ke dua anjing dan kucing ni. Usai baca doa. Ku Sandra mencedukan nasi untuk Anna. Kemudian ke pinggan Dani pula. Anna terdiam kaku. Buat pertama kalinya dia melihat ibu cedukan nasi untuk anaknya.
“Sedap?” Tanya Ku Sandra pada Dani sambil usap rambut anak lelakinya. Dani hanya angguk sambil tersenyum. Timbul rasa cemburu di hati Anna. Kalau nak harap Ku Ana yang belai dia macam tu. Huh! Jangan harap!
“Anna, tak makan ke?” Anna tersentak apabila di tegur oleh Ku Sandra.
“Err..” Anna melihat ke semua lauk. Semuanya masakan melayu. Ada sambal petai campur udang, pucuk ubi masak lemak dan ikan goreng. Di hujung sekali sambal belacan yang baunya sangat menyengat hidung.
Anna garu kepala. Mana pernah dia makan masakan melayu seperti ini. Ku Ana pun tak makan makanan macam ni. Kat sekolah pun dia hanya makan roti saja. Dani tersengih. Tahu sangat dah. Perempuan ni mesti tak reti makan masakan melayu.
Ku Sandra tersenyum saja. Dia faham, Anna baru nak biasakan diri di rumahnya. “Cuba rasa yang ni. Mesti Anna suka.” Ku Sandra meletakan sedikit sambal petai serta beberapa ekor udang. Anna menelan air liur kesat.
Nak jaga hati Ku Sandra punya pasal, dengan terpaksa Anna menyuap petai dan udang bersama nasi. Di kunyah perlahan. Dani sampai berhenti mengunyah melihat reaksi Anna. Mata Anna terbuka besar setelah berjaya menelan sambal petai tadi.
“Hurmm! Oh my god! Delicious Auntie!” Kali ini laju tangan Anna mencapai sudu. Dia ambik sambal petai tu banyak-banyak ke pinggannya. Pak! Tangan Anna di tepuk oleh Dani.
“Ambil sikit-sikit! Jangan tamak! Orang lain pon nak makan.” Marah Dani. Anna mencebik.
“Tak apalah. Banyak lagi dalam periuk. Anna ambik je berapa banyak Anna nak.” Pelawa Ku Sandra. Anna menjelir lidah pada Dani. Dani hanya melihatnya dengan geram.
Dalam beberapa suap, muka Anna berubah merah seperti udang. Telinga Anna berasap seperti mahu meletup. Kelam kabut dia cari air. Lidahnya terjelir.
“Air! Air! Air! Huh so spicy!” Anna menghulurkan tangan meminta air pada Dani kerana air berada di sebelah Dani. Dani tersengih.
“What? You want this?” Dani menggoyang-goyangkan jug yang penuh dengan air sirap lemon itu dengan sengihan penuh makna. Dia menuang air itu pada cawan. Cawan itu di angkat. Bukan di serahkan pada Anna malah dia teguk dengan rakus di depan mata Anna. Kemudian sendawa puas. Meleleh air mata Anna menahan pedas. Ku Sandra geleng kepala dengan kenakalan anak lelakinya.
“Dani ambil air untuk Anna!” Tegas suara Ku Sandra. Dani tarik muka cemberut. Terus dia hulurkan air minuman pada Anna. Laju Anna terus menyambar lalu minum dengan rakus. Setelah kurang pedasnya baru dia tarik nafas lega. Kemudian sambung balik makan. Walaupun pedas tapi sedap!
“Anna makan dengan pucuk ubi ni. Kurang pedas.” Ku Sandra ceduk pucuk ubi masak lemak ke pinggan Anna pula. Kali ini tanpa ragu Anna makan. Hurmm. Terbeliak biji mata. Buat pertama kali seumur hidup dia makan masakan melayu. Jakun sungguh.
Ding Dong! Loceng rumah berbunyi. Siapa pula yang datang hari minggu begini. Ku Sandra bangun meninggalkan Dani dan Anna di meja. Anna makan dengan lahapnya. Macam tak pernah makan! Kutuk Dani dalam hati.
“Abang Dani!” Tiba-tiba Rose muncul. Anna naik menyampah. Hadui, perempuan gedik ni lagi! Kenapa aku kena hadap dua insan yang paling dia menyampah. Rose ni sepupu Dani. Satu sekolah tapi lain kelas. Yelah, budak bodoh duduk kelas lastlah kan. Kutuk Anna. Habis saja nasi di pinggannya, dia terus meninggalkan meja makan. Malas dia nak hadap makhluk yang menjengkelkan hatinya.
“Eh! Rose. Buat apa datang rumah Abang ni?” Tanya Dani sambil senyum kelat. Dia pun sebenarnya menyampah dengan sikap Rose yang tergedik-gedik tu. Tapi nak buat macam mana. Gedik-gedik pun sepupu dia juga.
“Saja, nak minta abang tolong ajar Rose buat homework.” Jawap Rose. Anna keluar dari dapur selepas cuci tangan. Terbeliak biji mata Rose. Dia baru sedar kehadiran Anna.
“Apa perempuan ni buat kat sini?”
“Rose, cakap tu elok sikit.” Tegur Ku Sandra dengan lembut. “Anna dah habis makan?”
“Dah Auntie. Auntie, Anna naik atas dululah ya.” Anna ambil telefon pintar dan teddy bearnya ke tangga.
“Dah kenyang lepas tu nak membuta!” Marah Dani. Kata-kata Dani buat Anna marah.
“Biarlah! Aku tak meyusahkan kau pun kan!” Marah si Anna.
“Habis ni? Tak menyusahkan.” Dani menunjukan pinggan yang Anna tinggalkan atas meja.
“Rumah kau ada bibik kan! Biarlah bibik kau yang kutip pinggan tu!” Tengking Anna. Tak sempat Dani buka mulut, Ku Sandra bersuara.
“Sudah-sudah! Dani pergi depan buat homework dengan Rose. Now!” Pening Ku Sandra. Asyik bergaduh saja. Anna jelir lidah dan kepala di goyang goyangkan lepas tu berlari ke tangga. Dani menyumpah dalam hati.
Share this novel