BAB 4

Humor Completed 6445

“Dahlah! Lekaihlah. Sat lagi aku nak pi kerja pulak.”

Dini terus tarik tangan Nurul Ain masuk ke kedai gambar yang nampak

eksklusif tu. Bukan main betul tempat budak ni nak tangkap gambar.

“Selamat datang!” Si lelaki jaga kaunter ukir senyum selebar mungkin.

Pelanggan masuk maa... kenalah layan elok-elok.

Dini ukir senyum, manis. Handsome gilak orang ni! Terus dia berbisik

dengan Ain di sisinya, “Wei, Ain!”

“Apa?”

“Handsome gila wei! Aku rasa aku dah jatuh cinta!” Ujar Dini, malu-malu.

“Hang jangan nak merepek dengan aku! Pi lekaih tangkap gambar tu. Sat

lagi aku debik hang, hang jangan tanya pasaipa.”

Dini mencebik lalu dia terus ke kaunter. Nurul Ain terus memerhati

sekeliling kedai itu. Di dinding kedai gambar itu ada tergantung

beberapa lukisan ala potret. Ada juga lukisan berlatar belakangkan

bandaraya Alor Setar. Cantik.

“Cik berminat dengan lukisan potret?”

Nurul Ain pandang orang yang menegur. Eh! “Taklah. Saya tengok-tengok ja.”

“Partner saya yang lukis semua ni. Kalau cik nak buat lukisan potret,

boleh buat di sini,” si lelaki yang tersenyum dari tadi mula buat

promosi untuk kedainya.

Nurul Ain pantas menggeleng, “Tak apalah! Terima kasih. Saya tengok ja.

Serius!”

Si lelaki akhirnya mengangguk. Tahulah dia si gadis tak mahu mengganggu

lalu dia segera berlalu ke kaunter. Kebetulan, ada pelanggan baru masuk

ke kedai.

Selepas seketika, Dini keluar dari tempat mengambil gambar yang terletak

di sebelah dalam kedai. Bahu Nurul Ain dicuit, “Wei, jomlah!”

“Gambaq hang dah siap?”

“Belum. Sat lagi petang baru aku mai ambik.”

Nurul Ain mengangguk. Saat dia dan Dini melangkah keluar dari kedai,

sempat dia kerling ke belakang. Bukan untuk melihat mamat di kaunter

tadi tapi sebab dia rasa ada aura lain macam dari gambar-gambar lukisan

yang tergantung di dalam kedai itu. Nurul Ain menggeleng tiba-tiba.

Perasaan kau saja, Ain...

Pukul 9.30 malam, Alif dan Zeek bersiap-siap nak tutup kedai. Hari ni

rezeki mereka agak masyuk! Zeek menyapu lantai yang agak berpasir

selepas pelanggan keluar dan masuk seharian hari ni.

“Zeek, esok hang masuk kerja macam biasa?” Alif yang sedang mengemas

kaunter bertanya tanpa memandang Zeek.

Zeek yang mendengar soalan Alif mengangguk tanpa sebarang kata.

Alif kerut dahi. Mamat ni dengar ke tidak? “Wei! Hang dengaq dak aku

tanya tadi?”

Zeek angkat muka lalu dia mengangguk.

“Dah awat hang tak jawab?” Alif merengus. Hailah! Berat mulut sungguh!

“Aku dah angguk tadi!”

Alif tepuk dahi. Alahai... “Dude, sesekali cuba guna mulut jugak wei.”

Zeek senyum lalu dia menggeleng, “Malas.”

Alif buat muka menyampah, “Zeek...”

“Hmm...?”

“Abah hang macam mana?”

Zeek berhenti menyapu lalu dia bersandar pada dinding kedai. Perlahan,

dia mengeluh, “Macam tu jelah.”

Alif mengangguk. Dulu, Zeek bekerja sebagai photographer terkenal untuk

sebuah majalah popular di Malaysia tapi selepas abahnya diserang stroke,

dia berhenti kerja dan terus pindah balik ke Kedah untuk menjaga

abahnya. Dulu Zeek hanyalah pelabur untuk kedai mereka ini, sekarang dia

masih melabur untuk kedai gambar ini tapi melabur kudrat pulaklah. Dulu,

dia ada masalah dengan modal bila dia nak memulakan bisnes kedai gambar

ni tapi nasib baik Zeek tolong. Alhamdulillah. Tak ada Zeek, mungkin tak

ada kedai gambar ni...

“Esok hang kena bawak abah hang pi fisioterapi, kan?”

Zeek mengangguk, “Esok lepas lunch, aku balik sekejap. Lepas abah aku

habis fisio, aku datang semula kedai.”

“Hang balikteruih pun tak apa esok. Kesian kat hang nak berulang-alik.”

“Sayang jugak kau kat aku?”

Alif buat muka, “Memang aku dah lama sayang hang. Hang ja tak sayang

aku! Meluat!”

Zeek ketawa, “Gila!”

Alif turut ketawa. Lega dia melihat Zeek ketawa. Dia kesian pada Zeek

tapi dia sendiri tak berupaya nak membantu. Yang dia mampu hanya berdoa

supaya keluarga Zeek sentiasa di bawah rahmatNya. Bertabahlah Zeek, aku

sentiasa ada untuk hang...

Hari Sabtu! Zeek capai beg sandangnya. Kamera digital dimasukkan ke

dalam begnya. Buku lakaran yang sudah separuh berconteng turut

dimasukkan dengan cermat ke dalam beg sandang jenama Adidas itu. Bekas

pensil kotak-kotak miliknya turut dicampak masuk ke dalam beg sandang

itu. Hoodie yang bertulis Zeek’s disarung ke tubuhnya lalu dia keluar

dari bilik. Sempat tangannya memetik suis lampu dan kipas untuk

menghentikan aliran eletrik kepada dua komponen penting di dalam

biliknya itu.

Zeek terus berjalan masuk ke dapur, “Umi! Along nak keluar pergi taman

tasik ni.”

Umi yang sedang menggoreng karipap mengangguk, “Balik pukul berapa?”

“Macam biasa,” Zeek perhatikan karipap yang baru dimasak, “Umi...”

“Ya?”

“Karipap ni bungkuskan untuk along, boleh? Letak dalam tupperware yang

hari tu.”

Umi kerutkan dahi lalu umi tersenyum, “Nak membalaslah ya?”

Zeek ketawa lalu dia angkat bahu, “Along nak jenguk abah kejap.”

Tanpa menunggu balasan umi, dia segera ke bilik abah yang tertutup

rapat. Di dalam bilik itu ada Acha dan Amli. Bibir Zeek terukir senyum

saat dia lihat Acha membebel kepada abah tentang hal sekolahnya sambil

memotong kuku abah yang sudah panjang.

Amli pula sedang mencukur misai abah yang sudah tiga minggu tidak

dicukur. Zeek tanpa kata mendekati adik-adiknya.

Acha yang baru sedar kehadiran Zeek mengukir senyum, “Along, nak keluar?”

Zeek mengangguk. Acha kemudiannya mengangguk. Tak perlu ditanya along ke

mana kerana mereka semua sudah tahu, along akan ke taman tasik. Konon

mencari ilham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience