CHAPTER 11 DKM

Action Series 21357

Hujan telah membadai bumi allah dengan hebat sekali pada malam tadi , Luth Hanief dan Hana Dahlia telah diulit mimpi yang sangat lena.Tubuh isterinya yang terdedah itu diselimuti.Dahi Hana Dahlia dikecup lembut.Dia merenung dalam wajah isterinya Hana Dahlia.Pipi mulus wanita itu diusik manja.Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi.Luth Hanief bangkit dari pembaringan.

"Sayang... ." seru Luth Hanief dengan nada lembut.Dia mengusap kepala isterinya Hana Dahlia lembut.

"Ermmm." gumam Hana Dahlia dalam mamainya.Dia mengeliat kecil.Dia berpusing dan memeluk kejap tubuh suaminya Luth hanief dari pembaringan.

"Sayang , bangun jom.Kita mandi , lepastu solat subuh." kejut Luth Hanief.Isterinya Hana Dahlia menggosok matanya yang masih terpejam itu.

"Abang , sayang ngantuk lagi lah." ujar Hana Dahlia manja kepada suaminya.

"Bangun sayang , solat subuh dulu.Lepastu kalau ngantuk sangat tidurlah sekejap." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Hmmm." gumam Hana Dahlia lemah.Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya.Dia masih menutup mata dalam keadaan duduk.Luth Hanief hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

"Dah , jom mandi." ajak Luth Hanief kepada isterinya.

"Haa ?." soal Hana Dahlia terkejut.Dia memandang pelik ke arah suaminya Luth Hanief.

"Kenapa pula ?." soal Luth Hanief pula pelik.

"Mandi ? Sama-sama ?." soal Hana Dahlia lagi kepada suaminya Luth Hanief.

"Ya sayang , kenapa ? Malu lah tu.Tahu pun.Pergi mandi cepat , lepastu abang pula nak mandi.Nanti waktu habis." ujar Luth Hanief kepada isterinya selamba.

Selepas selesai mereka membersihkan diri , mereka berdua menunaikan fardhu subuh berjemaah.Tangan Luth Hanief dikucup lembut oleh Hana Dahlia.Manakala , Luth Hanief mengecup dahi luas isterinya Hana Dahlia dengan penuh kasih.

"Senyum jer ni , kenapa ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Saja nak tengok muka abang puas-puas.Esok sayang dah nak balik Subang." ujar Hana Dahlia yang cuba tunjuk kekuatannya.

"Kenapa ?." soal Luth Hanief pelik.Dalam senyuman Hana Dahlia ada terselit rasa sebak di hatinya.

"Takut tak dapat tahan rindu pada suami." ujar Hana Dahlia jujur tentang perasaannya.

"Abang tetap hak milik sayang.Sayang juga tetap hak milik abang." ujar Luth Hanief memujuk isterinya Hana Dahlia.

"Sejauh manapun kaki melangkah , hati pasti akan kekal bersama pemiliknya !." ucap Luth Hanief dengan nada romantis.Dia memeluk tubuh isterinya itu.Pecah tangisan Hana Dahlia selepas mendengar kata-kata suaminya.Dia tidak kuat untuk semua ini !.

"Abang sentiasa doakan sayang.Lagipun , sayang pergi bukan atas dasar kerja sepenuh masa kan.Sayang sekarang pergi atas dasar latihan.Jadi , relaks saja ya." ucap Luth Hanief tenang kepada isterinya Hana Dahlia.

"Kenapa sayang rasa perasaan ni menyeksa sayang sangat.Susah nak jauh dengan abang." ujar Hana Dahlia meluah perasaannya kepada Luth Hanief.Dengan sisa tangisannya itu lagi.

"Sebab itu adalah cinta.Sayang dah cintakan abang.Nak berpisah atas urusan penting pun susah.Macam mana kalau abang pula ada kerja luar ? Haa ?." soal Luth Hanief sambil memujuk isterinya lagi.

"Dahlia ikut abang." ujarnya selamba kepada Luth Hanief.Tertawa Luth Hanief mendengar penyataan isterinya itu.

"Mana boleh bunga.Abang pergi kerja bukan berjongket." ujar Luth Hanief.Isterinya menekur kain sajadah yang masih terbentang.

"Nanti kemas barang lepastu kita keluar , date." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Abang ni limited edition lah.Tak bosan nak gembirakan sayang." ucap Hana Dahlia memuji suaminya Luth Hanief.

"Terima kasih terima abang seadanya.Pertama kali selepas 20 tahun abang tak dapat rasa kasih sayang dari seorang wanita." ucap Luth Hanief sayu.

Pada jam 12 tengahari , Luth Hanief dan Hana Dahlia merancang untuk keluar berdua.Mereka hendak meluangkan masa bersama.Hana Dahlia memilih untuk memakai dress berwarna cream.Manakala , Luth Hanief hanya mengenakan sehelai baju T berwarna hitam dan Seluar jeans hitam.Apple Watch disarungkan pada tangannya.

"Cantiknya isteri abang." ucap Luth Hanief kepada isterinya.Dia sentiasa memuji isterinya cantik !.

"Terima kasih abang.Apa kurangnya abang.Always handsome." ucap Hana Dahlia selamba.Dia mengigit hujung bibirnya sewaktu memandang ke arah suaminya Luth Hanief.Memerah muka Luth Hanief apabila diusik nakal sebegitu sekali.

"Janganlah sayang.Malu abang." ucap Luth Hanief bersungguh.Tetapi sikap Hana Dahlia sejak azali adalah nakal.

"Pegang tangan abang." hulur Luth Hanief.Dia menghulurkan telapak tangannya kepada Hana Dahlia.Pegangan mereka tampak romantis.

"Jom kita turun." ajak Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

Jom." sambut Hana Dahlia.Mereka mengatur langkah dan menuruni anak tangga bersama.

"Haa nak pergi mana ni ?." soal Puan Layka Zenia kepada anak dan menantunya.

"Kami nak keluar sekejap mak.Saja nak luang masa bersama.Esok , Dahlia nak balik Subang dah." jelas Luth Hanief kepada ibu mertuanya.

"Luang masa ? Bilik ada ?." usik Puan Layka Zenia dengan makna yang mendalam.Memerah wajah Luth Hanief.Dia menekur ke lantai.

"Maaf-maaf.Mak gurau saja.Pergilah , jangan balik lambat.Kesian adik-adik nanti." ujar Puan Layka Zenia kepada menantunya Luth Hanief.Mereka mengucup lembut tangan tua itu.Lalu beredar dari kawasan ruang tamu.

Luth Hanief memandu dengan tenang.Dia tidak memandu melebihi had.Dia menjadi pemandu contoh di atas jalan raya.Hana Dahli hanya menyepi.Dia membuang pandangan ke luar.

"Abang , kalau sayang nak tanya sesuatu boleh ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Apa dia sayang ?." soal Luth Hanief lembut.Pandangan masih diberi tumpuan sepenuhnya ke atas jalan raya.

"Kalau Dahlia tak mampu bagi anak pada abang.Abang marah tak ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya tiba-tiba.Luth Hanief menjeling ke arah Dahlia Hana dengan senyuman.

"Kenapa ? Sayang ada masalah kesihatan dalaman ke ?." soal Luth Hanief lembut.Tidak lansung dia meninggikan suara.

"Bukan.Tapi tentang sakit sayang tu." ujar Hana Dahlia lemah.

"Tekanan darah rendah ?." soal Luth Hanief kepada isterinya dengan tenang.Hana Dahlia hanya mengangguk lemah.

"Takpalah , sayang takda anak tapi sayang ada abang.Kenapa ? Sebab anak tu pengikat kasih ? Habis abang ni bukan pengikat kasih ke ? Cinta abang sia-sia ke ? Kalau abang tak kahwin dengan sayang , sayang takkan rasa macam ni kan ? Rasa berdebar tak tentu pasal." ujar Luth Hanief lembut.Dia tidak pernah meninggi suaranya kepada Hana Dahlia.Kerana dia sayang akan isterinya.

"Tapi , sayang takut kalau one day abang marah sayang sebab benda ni." luah Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Sebab sayang , abang tak marah isteri abang ni.Kalau betul abang sayangkan bunga.Buat apa abang nak marah ? Perempuan ni hati dia lembut.Jadi , kita yang lelaki kena faham dia.Emosi perempuan memang tak stabil lagi-lagi isteri.Abang sebagai suami inilah yang harus jadi ubat penenang." ucap Luth Hanief dengan penuh madah nasihat.

"Terima kasih abang." ucap Hana Dahlia dalam nada sebak.

"Sama-sama sayang.Satu saja abang minta.Sentiasa tutup aurat untuk abang , jaga ikhtilat dengan bukan mahram , jaga solat dan taat pada suami." ucap Luth Hanief menasihati isterinya.Kereta masih meluncur di atas jalan raya.

Mereka sudah tiba di destinasi.Bandar johor menjadi pilihan untuk mereka bersantai.Luth Hanief dan Hana Dahlia jalan berpegangan tangan.Wanita itu mencuci matanya di kedai yang berada di sekitar kawasan mereka itu.Dia teruja melihat pelbagai jenis barangan dijual.

"Sayang nak makan apa-apa ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Nantilah." ujar Hana Dahlia malu-malu.

"Nak apa-apa cakap saja tau." pesan Luth Hanief kepada isterinya.Mereka berjalan lagi sehingga tiba di sebuah kedai kopi.Di luar kedai tersebut sangat menarik dan berjaya meraih perhatian Hana Dahlia.Dia mengeluarkan Iphone 14 promax.

"Abang , jom selfie." ajak Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief itu.

"Dekat mana ?." soal Luth Hanief pelik.Hana Dahlia menarik lembut tangan suaminya agar lelaki itu ada jarak dekat dengannya.

"1 , 2 , 3... ."

SNAP !

"Dah." ujar Hana Dahlia apabila dia selesai mengambil gambar bersama suaminya dengan cara mirror selfie dengan menggunakan cermin di luar kedai itu.Gambar tersebut diteliti dan Hana Dahlia tersenyum sendiri.Padanya , gambar itu terlalu romantis.

"Sayang send abang gambar ni , nanti abang buat wallpaper ya." jelas Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Yalah bunga." ucap Luth Hanief romantis.

"Jom masuk , abang lapar dah ni." ajak Luth Hanief terhadap isterinya.Mereka melangkah masuk bersama ke dalam kedai tersebut.Tempat duduk di bahagian hujung menjadi pilihan.

"Sayang nak makan apa ? Kalau boleh makan nasi sebab perut sayang masih kosong tak masuk apa-apa lagi." ujar Luth Hanief yang sentiasa menjaga pemakanan isterinya.

"Ermm , tak tahulah.Abang order kan untuk sayang boleh ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Betul tak kisah apa saja abang order ?." soal Luth Hanief.

"Ya betul." ujar Hana Dahlia.

"Okay , awak bagi saya nasi goreng ayam butter dua dan satu Blended Milo dan satu lagi Mocha Frappe." pesan Luth Hanief kepada pelayan tersebut.Dia terus menutup buku menu lalu diserahkan kepada pelayan tersebut.

"Ada apa-apa nak borak dengan abang tak ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Takda.Cuma nak dengar abang bercakap dengan sayang saja." ujar Hana Dahlia dengan nada manjanya.

"Aik , macam mana tu ?." soal Luth Hanief pelik.Dia tersenyum.

"Abang cakap jerlah apa-apa abang nak cakap.Sayang nak dengar.Sayang suka dengar abang bercakap." ujar Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Haih , sayang ni macam-macam lah." rungut Luth Hanief pening akan sikap isterinya Hana Dahlia.

"Abang pun tak tahu nak cakap apa.Cuma abang nak pesan.Jadilah seorang isteri yang terbaik.Sebab zaman sekarang ni isteri tak macam isteri.Suami dibuat macam kawan sampai hilang hormat." ujar Luth Hanief menasihati isterinya Hana Dahlia.

"Itulah kadang-kadang Dahlia takutkan abang.Sebab Dahlia ni bukan jenis fikir masak-masak.Kekadang terlepas buta-buta." ujar Hana Dahlia meluah perasaannya.

"Takpa.Abang ada untuk tegur sayang.Abang ada untuk bentuk sayang." ucap Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Abang pernah bercinta ?." soal Hana Dahlia memasuki jeratnya sendiri.Tidak tahu mahu bualkan apa.Soalan yang tidak patut diajukan kepada suaminya.

"Pernah." jujur Luth Hanief.Terkedu Hana Dahlia mendengar pengakuan suaminya itu.

"Ke...kenapa putus ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya dengan nada agak tersekat.

"Oh , abang putus adalah sebab abang nak kahwin dengan dia.Jadi dari girlfriend tukar jadi isteri." ujar Luth Hanief selamba.

Hana Dahlia sudah dapat menangkap sesuatu !

"Abangggg !" marah Hana Dahlia.Tertawa besar Luth Hanief dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience