Bab 3
"Hafiy nak makan? Nanti mak cik bawakan makanan dekat Hafiy," tanya Jamilah.
"Eh, mak cik tak perlu bawa makanan dekat dalam bilik ni. Saya boleh bangun makan dekat luar," ujar Hafiy. Lalu mula bangun dari duduknya.
"Kalau macam tu boleh la makan dekat meja makan dekat dapur," balas Jamilah. Mereka berdua mula berjalan keluar dari bilik.
Sarapan pagi tadi Yusof bawa masuk ke dalam bilik untuk dijamah oleh Megat Hafiy. Setelah selesai sarapan barulah Yusof keluar pergi ke bandar membelikan ubat tahan sakit untuk Megat Hafiy.
Sekarang sudah tengahari tetapi Yusof dan Ibrahim masih belum pulang. Jamilah tidak berasa bimbang kerana dia tahu suaminya akan makan di gerai yang berada tidak jauh dari tanah kebun suaminya itu. Manakala Yusof memang sudah biasa pulang lewat bila dia keluar. Kadang-kadang Yusof tidak pulang ke rumah dalam dua tiga hari.
Di meja makan kelihatan Aira Farisha sedang menjamah nasi dan lauk ikan bakar didalam pinggannya.
“Kamu ni Aira bukan nak pelawa Hafiy ni makan. Pergi ambilkan pinggan untuk Hafiy,” perintah Jamilah.
“Manalah Aira tahu dia pun nak makan juga,” balas Aira Farisha dengan memandang ke arah Megat Hafiy.
Megat Hafiy melabuhkan punggungnya dibangku meja makan. Aira Farisha ingin bangun untuk mengambil pinggan.
“Kamu tak payah bangunlah. Biar mak yang ambilkan pinggan untuk Hafiy,” ujar Jamilah.
“Tadi suruh orang ambil. Ni tak bagi pula dah,” gumam Aira Farisha agak kesal.
“Mak Cik tak makan sekali?” soal Megat Hafiy bila Jamilah meletakkan pinggan berisi nasi untuknya.
“Oh, mak cik dah makan tadi. Mak cik ingat nak hantar makanan dekat dalam bilik kamu tadi. Tapi kamu mahu makan dekat sini. Tak perlulah hantar makanan dalam bilik tu lagi,” terang Jamilah.
Jamilah jarang dapat makan bersama ahli keluarganya pada waktu tengahari. Kerana masing-masing mempunyai urusan. Walaupun Aira Farisha sudah habis belajar dan berada di rumah. Tetapi Aira Farisha suka makan agak lewat. Kerana Jamilah ada menghidap penyakit diabetes. Dia kerap berasa lapar. Waktu makan malam barulah mereka akan berkumpul untuk makan bersama.
“Kamu makanlah berdua dengan Aira. Mak cik nak pergi ke depan nak menjahit,” kata Jamilah lagi. Lalu mula berjalan pergi meninggalkan Aira Farisha dan Megat Hafiy di meja makan.
Aira Farisha tidak mengedahkan Megat Hafiy yang berada dimeja makan bersamanya. Aira Farisha terus menyuap nasi dan lauk ke dalam mulutnya. Sesekali Megat Hafiy akan menoleh ke arah Aira Farisha.
Entah kenapa Megat Hafiy merasa tertarik dengan Aira Farisha kali pertama melihatnya. Wajah dan tangan Aira Farisha putih mulus. Tidak ada cacat-cela di wajah Aira Farisha. Megat Hafiy tahu Aira Farisha sepertinya kurang suka dia berada dirumah ini. Tetapi Megat Hafiy tidak kisah kerana ahli keluarga Aira Farisha yang lain sangat baik dengan dirinya.
Aira Farisha sudah habis menjamah makananya. Dia bangun dari bangku untuk mencuci pinggan di sinki.
“Huk... Huk.”
Aira Farisha mendengar Megat Hafiy tersedak dan batuk. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Megat Hafiy.
“Tolong ambilkan air,” pinta Megat Hafiy.
Dengan cepat Aira Farisha mengambil gelas dan menuang air didalam gelas itu. Lalu memberikan gelas berisi air kepada Megat Hafiy.
“Makan tu jangan gelojoh sangat. Kan dah tersedak,” Aira Farisha mengingatkan.
Megat Hafiy segera minum air didalam gelas itu. Setelah air masuk ke dalam kerongkongnya barulah Megat Hafiy merasa agak baik. Batuknya juga sudah hilang.
“Awak ni baik juga rupanya. Ni buat saya makin suka dengan awak Aira,” kata Megat Hafiy sambil menoleh ke arah Aira Farisha.
“Saya cuma tak nak awak mati dekat rumah saya ni,” bidas Aira Farisha. Yang kurang suka dengan kata-kata Megat Hafiy.
Dahlah duk rumah orang ada hati nak suka dekat aku. Sorry lah tak ingin aku. Bisik hati kecil Aira Farisha.
Megat Hafiy mengukir senyuman dibibirnya mendengar kata-kata Aira Farisha itu.
Aira Farisha ingin melangkah keluar dari dapur. Dan ingin membiarkan Megat Hafiy sendirian didapur.
“Aira tunggulah dulu,” ujar Megat Hafiy bila melihat Aira Farisha ingin melangkah keluar dari dapur.
“Awak nak apa?” soal Aira Farisha dengan menoleh ke arah Megat Hafiy yang masih duduk di meja makan.
“Saya dah nak habis makan ni. Boleh tak Aira cucikan pinggan saya ni. Tangan kiri saya ni masih sakit lagi,” pinta Megat Hafiy.
“Kalau awak tak boleh nak cuci, letak je pinggan tu dalam sinki,” balas Aira Farisha. Lalu menapak pergi meninggalkan Megat Hafiy di dapur.
Usai makan Megat Hafiy mencuci tangannya di sinki. Dia juga meletakkan pinggan yang telah digunakan didalam sinki. Setelah itu Megat Hafiy berjalan keluar dari dapur. Megat Hafiy melihat Jamilah sedang menjahit kain di ruang tamu.
“Mak cik saya nak keluar sekejap. Nak tengok pemandangan diluar rumah,” beritahu Megat Hafiy kepada Jamilah.
Jamilah dengan cepat menoleh ke arah Megat Hafiy.
“Pergilah keluar. Tapi hati-hati sebab tangan kamu tu belum baik lagi,” ucap Jamilah. Lalu Jamilah menyambung kembali menjahit.
Megat Hafiy mula menapak keluar rumah. Suasana diluar rumah penuh dengan pokok bunga dan pokok kelapa. Ada juga pokok mangga didepan rumah.
Jarak rumah Aira Farisha dan jiran-jiran tidaklah berapa jauh. Suasana kampung yang sangat menarik bagi Megat Hafiy. Megat Hafiy melabuhkan punggung dibangku kayu yang ada dibawah pokok mangga. Dia menarik nafasnya dan hembus.
Bermacam-macam bermain di fikiran Megat Hafiy. Dia sebenarnya tertanya-tanya siapa yang sanggup mengupah orang untuk membunuh dirinya. Siapa dalang yang mahu melihat dirinya mati. Megat Hafiy tidak tahu kenapa ada orang yang ingin melihat dia pergi dari dunia ini.
Megat Hafiy mula merasa curiga dengan kemalangan yang menimpa kedua orang tuanya setahun yang lalu. Akibat kemalangan itu kedua orang tua Megat Hafiy meninggal dunia. Sepatutnya Megat Hafiy akan bersama kedua orang tuanya itu pergi bercuti. Tetapi Megat Hafiy tidak dapat pergi bersama kedua orang tuanya. Kerana tiba-tiba dia ada urusan penting yang perlu dia selesaikan.
Megat Hafiy menyangkakan kedua orang tuanya akan bercuti dengan gembira. Tetapi belum sempat sampai ke tempat bercuti. Kedua orang tuanya mengalaminya kemalangan sehingga meragut nyawa. Membuatkan Megat Hafiy sedih dan terperuk dengan kejadian yang menimpa kedua orang tuanya itu.
Setelah ibu dan bapa Megat Hafiy meninggal dunia. Megat Hafiy terpaksa ambil alih pengurusan Syarikat bapanya. Kerana Megat Hafiy adalah pemegang saham paling besar di Syarikat bapanya itu. Ketika bapanya masih hidup Megat Hafiy tidak berminat dengan Syarikat bapanya itu. Tetapi setelah bapa dan ibunya sudah tiada. Barulah Megat Hafiy mula berminat menguruskan Syarikat yang telah dibina oleh bapanya itu.
Tiba-tiba lamunan Megat Hafiy terhenti bila mendengar bunyi motosikal masuk ke halaman rumah. Megat Hafiy pandang ke arah motosikal itu. Tidak lain adalah Yusof. Yusof mematikan enjin dan menongkat motosikalnya.
“Tuan, buat apa dekat luar ni? Tangan tuan tak sakit dah ke?” tanya Yusof yang penasaran melihat Megat Hafiy berada diluar rumah.
“Dah kat luar tu maknanya sihatlah tu,” sampuk Aira yang tiba-tiba sahaja muncul.
Megat Hafiy tersengih mendengar kata-kata Aira Farisha. Dalam diam Megat Hafiy mula tertarik dengan Aira Farisha.
“Eh, kamu ni Aira. Abang bukan tanya kamu, abang tanya Tuan Hafiy,” balas Yusof.
“Alah, tak payahlah panggil tuan-tuan dekat dia ni. Sepatutnya dia yang kena panggil kita tuan. Sebab dia tinggal dekat rumah kita,” ujar Aira Farisha lagi.
“Ya betul kata Aira tu. Tak perlu panggil saya tuan. Cukup panggil Hafiy saja,” kata Megat Hafiy.
“Jom masuk Hafiy. Saya dah beli ubat tahan sakit ni. Bolehlah nak makan ubat ni sekarang,” beritahu Yusof dengan menunjukkan plastik kecil berisi ubat.
“Kamu simpanlah dulu ubat tu. Malam nanti baru saya akan makan ubat tu. Saya nak duduk dekat sini sekejap,” kata Megat Hafiy.
Yusof mula menapak untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi terhalang oleh Aira Farisha yang berdiri di dimuka pintu.
“Kenapa lama sangat abang long pergi beli ubat tahan sakit tu? Bukan jauh pun sampai berjam-jam baru balik,” tanya Aira Farisha yang penasaran dengan abangnya itu.
“Tadi abang long terjumpa kawan lama. Kawan abang tu ajak makan lepas tu pergi lepak sekejap,” jawab Yusof.
“Betul ke? Abang long ni bukan boleh percaya sangat,” sindir Aira Farisha.
“Tepilah abang long nak masuk ni,” kata Yusof lalu tangannya menolak tubuh Aira Farisha. Supaya Aira Farisha berganjak dari berdiri dimuka pintu.
Aira Farisha berganjak sedikit dan dengan cepat Yusof berjalan masuk ke dalam rumah. Megat Hafiy memerhatikan sahaja tingkah laku dua beradik itu.
Kan bagus andainya aku mempunyai seorang adik. Tidaklah aku rasa kesunyian, bisik hati Megat Hafiy.
“Apa pandang-pandang! Macam tak pernah tengok orang je,” tegur Aira Farisha bila perasan Megat Hafiy memandang ke arahnya.
“Saya ada mata dah pasti saya akan pandang awak. Lagi pun awak ada depan saya kenalah pandang,” jawab Megat Hafiy bersahaja.
“Duduklah sorang-sorang dekat situ,” balas Aira Farisha lalu mula menapak masuk ke dalam rumah.
Melihat Aira Farisha masuk ke dalam rumah. Megat Hafiy mula bangkit dari duduknya untuk masuk ke dalam rumah. Baru sahaja Megat Hafiy ingin melangkah tiba-tiba sahaja Ibrahim masuk ke halaman rumah dengan menunggang motosikal.
Ibrahim menongkat motosikalnya dan mematikan enjin. Turun dari motosikal Ibrahim menoleh ke arah Megat Hafiy.
“Kamu dah makin baik nampaknya,” tegur Ibrahim bila melihat Megat Hafiy.
“Nampaknya macam tulah,” Megat Hafiy mengiakan kata-kata Ibrahim.
“Masuklah, langit nampak gelap. Rasanya macam nak hujan ni,” Ibrahim menyuruh Megat Hafiy masuk ke dalam rumah. Kerana cuaca dilangit nampak sangat gelap sepertinya hujan akan turun.
Megat Hafiy dan Ibrahim mula melangkah masuk ke dalam rumah. Aira Farisha melihat Megat Hafiy berjalan beriringan dengan ayahnya masuk ke dalam rumah.
“Benci sungguhlah! Semua orang layan dia dengan baik,” gumam Aira Farisha dengan menahan rasa amarahnya.
“Kamu ni kenapa Aira?” tegur Jamilah bila melihat anak gadisnya asyik memandang ke arah Ibrahim dan Megat Hafiy.
“Aira hairan kenapa semua orang layan Hafiy tu dengan baik. Entah-entah Hafiy tu orang jahat, sebab itulah ada orang cuba nak bunuh dia,” Aira Farisha mengungkapkan apa yang bermain difikirannya.
“Abang long kamu cakap Hafiy tu bukan orang jahat. Dia datang dekat sini bukan semata-mata sebab nak bercuti. Tapi ada urusan kerja. Kamu tak payahlah fikir yang bukan-bukan,” balas Jamilah.
Jamilah tidak tahu kenapa anak gadisnya begitu bersangka buruk terhadap Hafiy. Jamilah yakin dengan kata-kata Yusof bahawa Megat Hafiy bukanlah orang jahat. Tetapi Megat Hafiy dianaiya sehingga dia hampir kehilangan nyawa.
+++++++
Malam ini Megat Hafiy makan bersama ahli keluarga Yusof. Usai makan Aira Farisha membantu ibunya mengemas didapur. Megat Hafiy dan Yusof masuk ke dalam bilik. Manakala Ibrahim pula duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Masuk ke dalam bilik Megat Hafiy dengan segera memakan ubat tahan sakit yang di beli oleh Yusof.
“Cepat duduk saya nak suci tangan kamu yang luka tu,” perintah Yusof yang telah membawa kapas dan air suam untuk mencuci luka.
“Usop, kamu jangan kasar sangat cuci luka ditangan saya ni,” Megat Hafiy memberi peringatan.
“Jangan risaulah. Saya akan hati-hati,” balas Yusof. Tangannya mula membuka balutan luka ditangan Megat Hafiy.
“Usop berapa umur Aira adik kamu tu? Aira tu dah ada teman lelaki ke?” tanya Megat Hafiy semasa Yusof sedang mencuci lukanya.
“Kamu nak tahu yang mana satu ni?” tanya Yusof kembali. Sambil tangan menekan agak kuat luka ditangan Megat Hafiy.
“Aduh, sakitlah! Saya nak tahu kedua-duanya sekali,” jawab Megat Hafiy dengan menahan rasa sakit.
“Emm... Aira tu umur dia baru 20 tahun. Dia tiada teman lelaki,” Yusof menjawab pertanyaan Megat Hafiy.
“Mustahillah dia tak ada teman lelaki. Selalunya umur baya-baya Aira ni pasti dah ada teman lelaki. Lagi pula wajah Aira tu cantik, putih lagi,” kata Megat Hafiy tidak percaya Aira Farisha tiada teman lelaki.
“Aira bukan seperti gadis-gadis lain. Setelah Aira habis belajar mak dan ayah tidak benarkan Aira keluar rumah seorang diri. Bila Aira mahu keluar rumah nak pergi mana dia akan diteman oleh mak dan ayah. Kadang-kadang aku yang akan temankan dia,” terang Yusof.
Memang Yusof dan kedua orang tuanya sangat menjaga keselamatan Aira Farisha. Tidak dinafikan Aira Farisha memang seorang gadis yang agak rupawan. Aira Farisha mempunyai kulit putih susu. Wajahnya juga sangat mulus tanpa sebarang parut.
Kerana kecantikan Aira Farisha membuatkan dia hampir di rogol ketika pulang sekolah. Tetapi Aira Farisha berjaya melawan dan melarikan diri. Lagi pula Aira Farisha memang ada belajar tomoi. Setelah kejadian itu Aira Farisha sentiasa diteman oleh ahli keluarganya bila pergi ke mana-mana.
“Nampaknya hati saya dah mula jatuh hati pada adik kamu tu,” kata Megat Hafiy.
“Cubalah kamu buat dia jatuh hati pada kamu. Kalau kamu berjaya buat Aira sukakan kamu, saya tiada halangan. Tapi kamu kena kahwin dengan Aira. Sebab mak dan ayah saya memang tidak galakkan bercinta sebelum kahwin,” ujar Yusof dengan tangan tetap fokus membalut luka Megat Hafiy.
“Jika saya mampu meluluhkan hatinya menyukai saya. Memang saya akan peristerikan Aira. Lagi pula umur saya pun dah 29 memang sesuai untuk berunah tangga,” balas Megat Hafiy. Yang memang menaruh hati pada Aira Farisha kali pertama melihat wajah gadis itu.
Aku akan cuba buat dia suka pada aku, bisik hati Megat Hafiy sambil mengukir senyuman tipis dibibirnya.
Bersambung...
Maaf andai ada typo.. terima kasih sudi support karya saya.
Share this novel