BAB 1

Humor Completed 1124

“ Aku suka kau!” luah Harraz pada Dhia. Harraz ketawa besar.

“ Aku tak suka kau!” balas Dhia tanpa perasaan. Sakit hatinya kepada Harraz yang selalu sahaja membulinya. Kini Dhia terpaksa akur bahawa musuh ketatnya sejak di zaman sekolahnya sudah sah menjadi suaminya. Hendak menyesal sudah tidak berguna.

Harraz meletakkan songkoknya di meja solek. Cermin meja solek sengaja direnung untuk melihat bayang isterinya yang manis berbaju kebaya moden. Harraz tersenyum. Tak sangka dirinya kini sah menjadi suami kepada Raudhah Dhia . Harraz yakin pasti isterinya itu sedang menahan geram kerana terpaksa berkahwin dengan dirinya.

“ Kau ni masih sama macam dulu juga yer! Aku suka tengok kau marah macam tu!” sekali lagi Harraz sengaja menyakat Dhia. Memang sejak dulu lagi, Harraz memang suka mencari fasal dengan Dhia. Baginya, Dhia tidak sama dengan perempuan yang pernah dijumpainya. Dhia memang lain dari yang lain. Sampaikan kawan-kawan Harraz ada yang terkejut kerana Harraz akhirnya berkahwin dengan Dhia. Mana tidaknya, asyik-asyik jumpa memang alamatnya macam anjing dengan kucing. Kalau tak macam ‘Tom and Jerry’.
Dhia merengus geram.

“ Ish…kenapa la aku boleh ‘ter..kahwin’ dengan mamat poyo ni? Ahh…bodohnya aku sebab terima perkahwinan ni. Kalau la aku tak terlanjur cakap hari tu, tentu semua ni takkan terjadi!” Dhia menjeling tajam ke arah Harraz yang kini sedang berdiri menghadapnya. Dhia tidak selesa bila dipandang begitu. Apatah lagi pandangan mata daripada Harraz Haider !!!

“ Apa tengok-tengok?” ujar Dhia kasar.

“ Salah ke kalau aku tengok isteri aku.” Harraz beriak selamba melihat riak wajah Dhia kini yang sedang merah. Sekali lagi Harraz tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya, ketawa Harraz meletus besar. Dhia tidak dapat menahan rasa geramnya lalu bingkas bangun dan berlalu menuju ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience