Dua Puluh Dua

Other Completed 44787

Cinta disambut oleh pegawai perempuan yang akan melatihnya hingga berjaya menjadi seorang ahli risikan.

"Kenalkan Umairah. Panggil Amoi je." Kata Umairah yang menghulurkan tangannya hendak bersalaman.

"Cinta Jasmin. Panggil Jasmin." Kata Cinta memperkenalkan diri sebagai Jasmin lalu menyambut huluran tangan Umairah.

Mereka berdua berlalu meninggalkan Airport Sandakan dan melalui beberapa jam perjalanan menuju ke Kem Latihan di Lahad Datu.

"Panglima ada bagitahu saya, Yang awak ni ada Abang Pegawai tentera?" Tanya Umairah.

"Haah ada. Cuma dia tak tahu saya ikut Kursus ni." Kata Cinta berterus terang.

"Saya faham. Macam saya dulu. Abang saya tak benarkan. But saya tunjukkan padanya yang saya boleh. Sama seperti dia." Kata Umairah.

"Ooo maksudnya Abang awak pun tentera juga?" Tanya Cinta.

"Yup. Saya anak bongsu dari 5 orang beradik. Keempat Abang saya menceburkan minat dalam Kerenteraan. Dua daripadanya adalah Tentera laut. Manakala dua lagi ada dalam kem sama dengan saya sekarang." Kata Umairah.

"Ooo." Kata Cinta.

Cinta juga berdoa agar Thariq dan Hilal menerima bidang yang diikutnya sekarang.

Hampir Azan Maghrib mereia tiba di Kem Latihan Risikan. Cinta keluar dari kereta Umairah dan dibawa masuk kedalam untuk menemui Pegawai atasan disana.

"Tuan!!" Panggil Umairah.

"Hmmm." Umar menoleh melihat Adiknya Umairah membawa seseorang.

Dia terpana apabila mendapati Gadis yang dimaksudkan oleh Panglima Ghaffar adalah Musuhnya semasa diKelas Silat dulu.

"Kau?" Mereka berkata serentak sambil menunjuk antara satu dan lain.

"Kenal ke?" Tanya Umairah.

"Lelaki ni pegawai tinggi kat sini ke?" Tanya Cinta.

"Kau diam tenuk." Kata Umar menjeling.

"Sapa tenuk aku ke kau?" Tanya Cinta semula.

"Er kalau macam tu Amoi keluar dulu panggil ahli kumpulan yang akan Jasmin sertai." Kata Umairah.

"Heh jadi ni lah gadis yang Panglima cakap bagus tu?" Kata Umar.

Walaupun dia tahu Cinta lebih muda darinya malah bakatnya dalam seni bela diri tak dapat nak disangkal lagi. Tapi kenapa Panglima bagitahunya tempoh hari bahawa gadis ni adalah mangsa keganasan rumah tangga dan Ayahnya.

Umar menjadi pelik apabila dia baru tahu Cinta gadis yang dimaksud oleh Panglima.

"Aku nak tanya kau sanggup ke nak duduk ikut latihan panggil gila kat sini?" Tanya Umar.

"Sanggup. Kalau aku tak sanggup buat apa aku datang sini. Buang masa dan tenaga aku je." Kata Cinta.

"Baik." Kata Umar lalu masuk keruangannya semula mengambil sesuatu.

Dia keluar bersama seorang yang mengenakan pakaian T Shirt dan jeans paras lutut.

"Dia ni ke?" Tanya Lelaki itu.

"Yup. Kenapa Abang Am pun tak caya ke?" Tanya Umar.

Amar adalah abang ketiganya dari lima beradik. Dia lebih digeruni didalam kem berbanding Umar.

"Sapa nama kau?" Tanya Amar.

"Tenuk." Kata Umar menjawab dan mendekati Cinta mencuba menyentuh gadis itu. Adakah dia masih macam dulu ataupun tidak.

Belum sempat Umar cuba meletakkan tangannya dibahu Cinta, Cinta lebih laju menangkap tangan itu lalu mengunci kebelakang Umar.

"Sapa tenuk? Aku dah kata aku ada nama. Kau yang tenuk." Bisik Cinta lalu menolakkan Umar kedepan dan disambut oleh Amar.

"Good aku nampak potensi kau. Tak salah Panglkma hantar kau kesini ." Kata Amar.

"Terima kasih." Kata Cinta.

"Then aku nak panggil kau apa?" Tanya Amar kerana Panglima ada memberitahu namanya tempoh hari.

"Nama saya Jasmin." Kata Cinta.

"Ok baiklah Jasmin. Aku harap kau akan bertahan selama beberapa bulan disini. Aku harap kau sama macam Thariq hati kental." Kata Amar.

Cinta hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Mar, Bawak Jasmin. Tunjukkan teamnya dan bilik untuknya." Kata Amar paea adiknya Umar.

"Baik Tuan." Kata Umar.

Umar membawa Cinta menuju kebiliknya dan disana lah dia bertemu dengan 5 orang gadis yang dibawa oleh Umairah.

"Amoi. Tunjukkan bilik dia." Kata Umar.

"Baik Tuan." Kata Umairah.

Umar meninggalkan mereka disana. Umairah mempekenalkan 5 gadis disisinya pada Cinta.

"Jasmin kenalkan, Ni Zarina, Hani, Iza, Nisa dan Tina. Mereka ni akan jadi team awak. Esok saya akan kenalkan 5 orang team lelaki yang bergabung dengan team awak." Kata Umairah.

"Baiklah." Kata Cinta.

Mereka berjalan beriringan menuju kebilik. Cinta ditunjukkan biliknya yang terletak ditengah antara bilik Hani dan Nisa.

"Kalau ada apa-apa panggil tau. Di sini kalau lapar kitorang makan Megi saja." Kata Hani.

Cinta yang mendengar Hani bertutur tahu teamnya semua terdiri dari orang Sabah.

"Kau mandi dulu, lapas tu sembahyang. Kami tunggu kau disebalah. Baru kita ke kantin makan." Kata Nisa pula.

"Jan malu sama kami ah. kalau ada nda ngam bagitau saja." Kata Zarina.

"Ok." Hanya itu yang Cinta mampu katakan.

-Kondo Sewa Luthfi-

Selesai solat Maghrib, Dia mencari kelibat Sarah. Namun tidak ditemui.

Apabila dia masuk ke dalam biliknya dia melihat sepasang kaki ditepi katil.

Luthfi menggelengkan kepalanya. Budak umur 6 tahun Sarah masih tak mampu nak faham.

"Sayang Papa kenapa ni?" Tanya Luthfi sambil melihat Sarah yang memeluk Busyuknya dan perfume yang diberikan oleh Cinta.

"Mama jahat. Papa Luth pun jahat." Kata Sarah mulai menangis.

"La kenapa? Apa Papa Luth dah buat." Luthfi menhampiri Sarah yang sedang menangis.

"Papa Luth taknak pujuk Mama Cinta untuk duduk dengan kita kat sini." Kata Sarah.

Luthfi menampar dahinya. Kenapa Sarah boleh terfikir sampai kesana.

"Sayang. Dengar Papa cakap. Mama Cinta tu bukan Siapa-siapa pada Papa. Papa cuma kesiankan dia tadi. Uncle jahat tu takutkan Mama Cinta tadi." Kata Luthfi.

"Jadi Papa Luth kahwin lah dengan Mama Cinta. Biar Mama Cinta jadi Mama Sarah." Kata Sarah.

"Habis tu Mommy?" Luthfi memancing Sarah.

"Sarah taknak Mommy. Sarah nak Mama Cinta." Kata Sarah.

Pening Luthfi melayan anak saudaranya. Kenapalah dia tersepit hingga macam ni.

"Ok Papa janji, Nanti jika kita jumpa Mama Cinta Papa akan ajak Mama Cinta kahwin. Deal?" Tanya Luthfi.

Sarah senyum lalu memeluk leher Luthfi.

"Papa Promise?" Tanya Sarah.

"Pernah ke Papa Luth mungkir janji dengan Sarah?" Tanya Luth lalu mengendong Sarah menuju meja makan.

"Love Papa Luth." Kata Sarah lalu mengucup pipi Luthfi.

"Dah kita makan dulu. Lepas tu sebelum tidur Sarah Call Mommy ok?" Luthfi memberitahu.

"Ok. Lepas call Mommy Sarah nak Call Mama." Kata Sarah.

"Apa-apalah Sayang." Kata Luthfi sambil menyuap nasi kemulut Sarah.

Jangan katakan Sarah dia sendiri enggan melepaskan Cinta pergi tadi. Namun siapalah dia. Bukan sesiapa pada Cinta. Jangan kan Dia, Thariq saja yang ada kaitan dengannya tak sanggup melepaskan Cinta.

Namun demi kebahagiaan Cinta, Thariq yang dilihat Luthfi tadi terpaksa walaupun berat.

"Tapi kenapa dia cakap nak selesaikan kursus?" Tanya Luthfi pada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience