Bab 56

Romance Completed 78329

Cebu Doctor’s University Hospital, Cebu City, Philippines.

Sampai di hadapan hospital, Gia memandang Luqman dengan pandangan pelik. Gia memegang lengan Luqman bila Luqman mula membuka pintu teksi untuk turun. Luqman memandangnya dengan pandangan
kenapa?

“Luq…kita buat apa dekat sini?” Setahu aku, aku tak perlukan treatment dekat sini sebab doktor pun cakap yang aku dah boleh balik rumah. Tapi, kenapa pulak Luqman bawak aku sampai ke sini?

“Jomlah turun dulu…”

“Luq! Cakaplah! Tadi awak cakap awak nak bagitahu saya something bila saya dah discharge tapi sampai sekarang awak tak bagitahu pun.”

“Kita turun dulu then baru awak tahu…” Luqman turun dari perut teksi. Gia nak tak nak kena jugak turun dan mengikut langkah Luqman ke dalam bangunan hospital private tersebut.

Bertambah tertanya-tanya Gia dibuatnya bila ternampak Maya, Jericho, Danial, Eric dengan anak-anak dan isteri dia dengan mummynya sedang berkumpul di hadapan wad. Siapa pulak yang masuk wad? Jangan cakap daddy?!

“Gia!” Eric menghampiri Gia. “How are you? Good?”

“I’m good but what is happening here? What everybody doing here? Where is daddy?” Soalan yang dilontarkan oleh Gia seolah-olah peluru berpandu.

“This is what we want to tell you…” makin tak faham Gia dibuatnya. Dipandang Eric dengan Luqman selang-seli.

“Just tell me what’s going here?!” Gia mencengkam tangan Eric. Seolah-olah dia dapat hidu sesuatu yang tak kena dengan daddy.

“Gia…tenang dulu. Ini apa yang aku nak bagitahu kau tadi. Daddy kau…dah tak ada.”

“Hah?! No! Awak tipu saya kan Luqman?! Daddy hidup lagi kan?! Kapatid (Abang)! Sabihin mo sa akin na hindi ito totoo, di ba (bagitahu Gia yang benda ni tak betul kan)?”

“Ito ay true Gia (betul Gia),” jawab Eric.

Maya menghampiri Gia lalu tubuh Gia dipleuknya. Belakang badan Gia diusap perlahan. Dia tahu Gia tak dapat nak terima berita ni sebab dia memang sayangkan daddy sama macam tatay dia. “Gia…kumalma okay (bertenang ok)?”

“Maya…hindi ito totoo, di ba (benda ni tak betul kan)? Sabihin mo sa akin na hindi ito totoo (bagitahu aku benda tu tak betul kan)!” Gia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Maya. Luluh hati dia bila dengar berita kematian daddy.

“Gia…you have to accept this…I know you’re such a strong girl!” Maya menyalurkan kekuatannya kepada Gia.

Luqman yang memandang keadaan Gia menangis macam tu turut berasa sebak. First time dia tengok Gia menangis sampai macam ni sekali.

Gia memandang ke arah Danial dan Madam Valona yang hanya menyepikan diri di hadapan wad. Tiba-tiba perasaan marahnya menyelinap di dalam hati. Pelukan Maya dirungkai lalu laju dia berjalan menghampiri mereka berdua.

“Ini semua sebab kau kan?! Kalau bukan sebab kau, mesti daddy tak mati!” Jarinya lurus menghadap muka Danial. Bertambah sakit hati dia dibuatnya bila riak wajah Danial langsung tak ada riak sedih atau bersalah.

“Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan!”

“Aku takkan tuduh kau tanpa sebarang sebab! Dalam keluarga, memang kau yang paling bermasalah sekali!”

“Gia! Jangan senang-senang nak tuduh Danial macam tu!” Madam Valona menyebelahi Danial. Gia pulak yang dimarahnya.

“Mummy jangan nak back up dia ni! Mummy pun sama je dengan dia! Masing-masing mental problem!”

Panggg!!! Pipi Gia ditampar Madam Valona. Sakit hati bila Gia cakap macam tu.

“Mummy!” Eric dan Maya pantas menghampiri Gia. Tubuh Gia dipeluk Eric.

“I’m your mummy and you should respect me!”

“Sejak bila mummy mengaku yang mummy ni mummy Gia hah?! Selama ni Gia hidup tak pernah rasa kasih-sayang seorang mummy dari Gia kecik sampai sekarang! Mummy ada ke kisahkan keadaan dia sama ada Gia sakit ke, makan ke tak tak pun dah mati! Mummy ada kisah ke semua tu?! Apa yang mummy kisah hanya pangkat dan harta je! Sekarang ni anak yang mummy sayang…Vitalika…mummy ada ke kisahkan dia?! Ada yang dulunya mummy selalu back up dia more than me!” Kali ini kesabaran dia dah menipis. Tak sanggup lagi nak tanggung beban yang mula bengkak dan bernanah di dalam hatinya.

Sekali lagi pipi Gia menjadi mangsa tamparan Madam Valona. “You don’t have the right to judge me!”

Luqman yang memandang kejadian tersebut terkejut dan terkedu. Tak sangka yang Gia ada masalah dengan mummy dia sampai tahap macam ni. Sampaikan naik tangan jugak. Kalaulah dia boleh faham apa yang Gia cakapkan dengan mummy dia tadi…mesti dia akan cuba faham situasi Gia.

“Tampar! Tampar lagi! Gia tahu mummy takkan puas tampar Gia sekali dua kan?! Tampar lagi!!!” Hampir saja dia melayang tamparan sekali lagi ke wajah Gia tapi dia cuba bertahan. Ketar tangan dia menahan amarah.

“Gia…enough. Abang bawak Gia masuk tengok daddy for the last time before pihak hospital nak uruskan mayat daddy.”

Eric segera menarik Gia masuk ke dalam wad. Dia tak nak pertengkaran antara Gia dengan Madam Valona berterusan. Luqman meminta izin untuk masuk dan dibenarkan oleh Maya.

Kain putih yang menutupi seluruh tubuh Mr. Scott Padilla ditarik. Memampangkan wajah pucat daddy. Tangisan yang mula berhenti tadi kembali melebat. Tubuh daddy dipeluk Gia semahu-mahunya.

“Gia mintak maaf daddy. Gia mintak maaf! Gia janji dengan daddy Gia nak ada dengan daddy selalu tapi Gia mungkir janji! I’m so sorry…”

“Gia…daddy ada cakap dengan abang yang dia happy sangat bila Gia balik ke sini. Dapat tengok muka Gia pun dia dah happy. Gia jangan rasa bersalah macam ni.
Dengan Vitalika pun sama…daddy tak pernah terasa pun dengan Gia dan Vi sebab daddy tahu sebab-sebab kenapa Gia dengan Vi pergi dari rumah tu.”

“Tapi Gia rasa bersalah abang…daddy banyak berbaik dengan Gia dan Vi tapi kami…”

“Syhhh…sudah. Jangan salahkan diri sendiri lagi.”

“How about Vi? Dia dah tahu pasal ni?”

“Abang dah call dia dan dia cakap dia sekarang dah ada atas flight on the way balik sini. Tapi, rasanya tak sempat nak tengok daddy sebab petang ni pihak hospital dah nak uruskan mayat daddy untuk ditanamkan. Abang dah bagitahu dekat Vi dan Vi ok.”

“Thank you abang…”

Luqman cuma memandang tubuh kaku Mr. Scott Padilla. Uncle, I know we are not knowing each other. We just met for a times at your house with my friend but since I know you, I feel that you’re just being a great stepfather to your stepdaughter and I saw that. Today, you’re gone forever and I feel sad and pity for your stepdaughter, Gia and Vitalika. I know these two persons love you so much as they love their own father and I know too that you love them so much as you could. But you don’t have to worry because starts from now on I will take care of Gia and Vi even I’m mad to Gia so much. I know I’m a bad person and have a bad mouth too but I promise with you…whatever happen in future, I will take care these two for you. I promise.

“Gia!” suara Eric menyentakkan Luqman bila melihat Gia yang rebah di dalam pangkuan Eric.

“What’s wrong with her Luqman?!”

“She’s just got discharged from hospital. I think her body is still weak.”

“What do you mean by discharged?” Maknanya before ni Gia masuk hospital ke? Tapi sebab apa?

“She was got shot for two days ago.”

“Hah?! How can Gia get shot?!”

Luqman menceritakan satu-persatu benda yang terjadi kepada Gia pada Eric. Terkejut Eric mendengarnya dan tak sangka semua benda yang terjadi disebabkan oleh Danial!

“Luqman…now I’m trusting you to take Gia back to Manila after tomorrow funeral. Can you?”

“Emmm…”

“I know you’re furious like a crazy one to Gia but please…consider this as a brother’s request?”

“Ok…you can count on me.”

“Thank you dude.”

Setakat nak uruskan benda-benda macam ni sikit punya hallah. Cuma, apa yang dia tahu case yang dia tengah pegang sekarang ni takkan pernah drop. Siasatan tetap akan diteruskan jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience