3

Family Series 1372

Shara memanjang-manjangkan leher melihat ke hadapan. ' Mana shaza ni?' hati menyoal.

Matanya masih meliar sekeliling. Dia masih berdiri di hadapan pagar sekolah.

Hah!

Shakira meneliti seseorang yang mirip dengannya. Hati meneka,

'Tu dia kan? minah kurus kering,yang pakai baju pengawas dan berambut tocang tu!'

Kira menepuk tangan setelah pasti. 'Dia lah tu!'

Dia mengorak langkah henda pergi.

"Aduh "

Sesuatu terjadi. Shakira menyentuh bahu.'Siapa yang main langgar-langgar ni?' Hatinya bersuara.

Shakira menegur si pelanggar yang sudah bergerak jauh ke depan. Tak pernah bertemu, hari ni macam mana muncul pula.

"Assalamualaikum... Enti (awak- perempuan) di sana!" Lantang suaranya keluar tetapi masih bersopan.

Dia melepaskan keluhan dan menoleh pada shakira." Nak apa idiot?" balasnya.

'What? She call me idiot!'  Shakira masih beriak tenang.

"Awak sepatutnya minta maaf lepas dah langgar bahu saya", ujarnya.

Gadis yang melanggar itu menghadiahkan jelingan tajam,
tangan disilangkan ke dada.

Wajahnya yang cantik membuatkan shakira berasa jelik. 'cantik tapi perangai nau'zubillah.' desis kira.

Bebola matanya yang persis kebiruan menatap bebola hazel coklat mata shakira.

Dia kau ni silap besar sebab berani naikkan darah aku. Pelajar-pelajar kat sini tak berani nak tegur aku. Aku ni anak kepada penyumbang dana utama sekolah ni. Lebih baik kau jangan cari pasal atau nahas nanti."

Baru kira teringat, rupanya dia inilah pelajar yang dikatakan berlagak itu. Sepanjang lima bulan, tidak sangka bertemu juga dia dengan gadis itu. Sebelum ini dengar khabar angin aja. Muka pun tak pernah terlihat.

Dia merenung shakira dengan renungan tajam. membalas " shakira beriak bersahaja dan bersuara lagi,

"Tak kisahlah kau anak perdana menteri ke artis ke... tapi kalau kau tak ada adab, kau tak layak dihormati."

Mata mereka saling merenung tajam. Gadis itu bersuara sinis lagi,

"You better be aware till we meet again!" Dia beredar pergi begitu saja.

Shakira masih beriak tenang. Dia menyentuh dan menyapu dada. 'Tenanglah wahai hati. Moga dia diberi balasan setimpal.' omel hatinya.

Shakira kembali melihat ke hadapan.dia tersenyum kembali. kejadian tadi terus hilang dari ingatannya. Seperti biasa akal nakalnya muncul.

Shakira menerjah bahu shaza semasa dia membelakangkan badan.

Teriakan kira bergema, "Shaza Amira binti Nordin."

Latahan shaza terpecah, "eh mak kau pak kau nek...tok aku..."

Shakira pecah ketawa mendengarnya.

"lawaklah kau ni", Shakira ketawa sambil mengetuk perlahan bahu rakannya.

Shaza menunduk malu kerana adegan itu disaksikan pelajar-pelajar yang lalu.

'Dasar kira! Dia buat aku malu depan orang.' omel dia sendirian.

Shaza bingkas menampar lengan shakira. Shakira pula masih berbaki tawa. Shaza menayangkan wajah cemberut

Akhirnya kira bereaksi,

"Okey..okey..sori..asif...maaf...mianhae"
Ucap kira lalu shaza kembali tersenyum."
Semua perkataan tu bermaksud maaf.

"Apa-apa je lah...janji... Destiny nak datang hari ni...!" Shaza mulai menggedik.

"Destiny...?!"

"Takdir..jodoh?" Soal kira bingung.

Shaza menepuk dahi." laa tak tau ka...kumpulan idola sekolah kita tu. dah lima tahun depa aktif. Semua juara pertandingan depa sapu...hebat tak hebat?... Hebat la cik oii...!"

Shaza menunjukkan ibu jari tanda bagus.

Kira membalas, " Yaka? ceq tak tau pun. Ceq kan baru lagi kat sekolah ni...! "

Kedua-duanya ketawa mendengar bahasa utara yang keluar. Shaza merangkul tangan shakira, Mereka akhirnya melangkah pergi bersama kemudian.

Biarpun baru mengenali namun keduanya erat sekali. Sudah hampir bertempoh lima bulan mereka brsahabat.

Shaza menegur kira lalu mereka mulai menjadi akrab. keramahan shaza tidak dapat disangkal lagi. Tidak hairan shaza diamanahkan pelbagai jawatan.

Kedua-duanya melabuhkan punggung di tempat duduk sebaik memasuki kelas. Shakira terlihat shayla melalui koridor kelas. Shakira dan shayla kelas berbeza.

Teringat pula dia nasib gadis itu,

'Shae dingin lepas ayah dak tak ada,dia suka menyendiri. Waktu kecik dulu kitaorang selalu gaduh pasal dengki dan saling cemburu. Dia paling sakit hati tengok aku rapat dengan ayah. kalau boleh putar waktu,aku nak dia pun rapat dengan ayah.' Gumam kira sendirian.

"Kiraa tengok nii...!". Teguran shaza mengejutkan kira. Sebuah kotak kecil dihala padanya.

" Apa benda tu..kau nak buat prank ke kat aku..? Ada katak hijau gemuk ke?" tebak kira lalu dia mengerutkan dahi.

"Kalau nak buat prank...awal-awal tadi aku dah buat. Kau termenung sorang-sorang kesedihan macam seorang ibu kehilangan anak...tu lah pasal, aku nak borak kau.."Ujar shaza dengan selamba.

" kau okey?" bisiknya lembut di hujung ayat.

" Okay...jangan risau la, syukran enti!" kata kira.

Shaza hanya mengangguk-angguk.
Dia kemudian membuka kotak lalu sehelai baju dibawa keluar.

"taadaaa...baju untuk my prince haris.. hope dia suka."

Kira mencapai baju itu lalu ditatapnya. Shakira mengomel,

'Shaza bab menjahit ni memang terar. Jahitan dia kemas dan teliti. Aku sokong dia nak jadi pereka fesyen. Moga ianya tercapai'

Suara ketua kelas berkumandang. Kira lantas menyerahkan semula baju kepada shaza. Mereka segera berdiri. Salam dilaungkan dan kelas berjalan seperti biasa.

*******************

KRINGGG!

Loceng rehat berbunyi. Tidak lama pembesar suara bergema.

"Perhatian kepda seluruh pelajar Sekolah Menengah Tinggi Harapan, Sila berkumpul di dewan bertutup sekolah."

Teriakan teruja bergema di setiap koridor kelas.

'Mengalahkan beruk dah aku dengar.' bisik kira lalu tersenyum.

Kira melihat sekeliling kelas. Semuanya kelihatan teruja dan berbual rancak mengenai destiny.

kecuali pelajar lelaki. Masing-masing memegang hadiah di tangan. Kira melihat padanya.~kosong..¡¡¡

'Apa yang hebat sangat kumpulan destiny tu sampai semua orang jadi gila?' Dahi dikerutkan.

Shaza menarik lengan kira pergi tanpa dia sedari. Kelihatan ramai pelajar berasak -asak di koridor.

Shaza hanya perlu bersuara dan pelajar-pelajar lain akan berganjak. Papa shaza turut menjadi penyumbang dana utama sekolah itu. Oleh itu dia dihormati.

'Bestnya jadi anak orang kaya. Tapi aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada!' bisik kira sejenak.

Mereka melangkah masuk ke dalam dewan bertutup yang gah itu. Setiap tangga dipenuhi tempat duduk bersambung seperti di dalam panggung .

Keunikannya adalah apabila, tangga semakin menurun ke bawah dan pentas berada di bahagian utama.

Tbc....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience