bab 7

Romance Series 4352

tok tok tok!

pintu bilik dania diketuk, dia pun membuka pintu biliknya lalu terlihatlah seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu

"hang nak gapo? "tanya dania

"boleh aku masuk? "tanya fendy pula

"Amboi, aku tanya tak nak jawab, masuklah, rumah kau kan"

masuk sahaja fendy kedalam, dia terus bertanya pada dania

"aku dengar kau penah cerita kat Adam pasal hadiah terakhir yang mak kau pernah bagi dulu? ape bende? nak tengok boleh? "

"kalau aku kata tak boleh? "tanya dania selamba

"please "

"okay kejap"kata dania lalu mengeluarkannya dari poket, sah dia memang selalu bawak walau pergi kemana sekalipun

"nah, kalau kau rase boleh bukak kau bukak lah"kata dania sambil menghulurkan rantai itu

"eh? terkunci? macam mana nak bukak ni? "tanya fendy pelik

"sebab tu lah aku kata, kalau kau rasa boleh bukak silakan, aku sendiri tak tau gambar siapa sebenarnya, cuma yang mak aku tulis, walau sejauh manapun orang kat gambar tu pegi, aku tetap kena carik dia dan hidup dengan dia, so dari situ aku boleh syak yang orang dalam gambar tu lelaki yang mak aku dah pilihkan untuk aku"kata dania

"ouh"

"kenapa kau nak tau sangat orang dalam gambar ni? "tanya dania tiba-tiba

"tak de apa lah, bye"kata fendy lalu terus masuk ke dalam biliknya

"fendy! "jerit dania

"nak apa? "tanya fendy

"aunty dilla dan uncle Haziq balik harini kan? "

"yeah, so? "

"tak de apa, saja tanya"

"okay "

-
- -

"aunty!! uncle!! " jerit dania teruja

"dania, kenapa ni? rindu dah ke? "tanya aunty dilla sambil tersenyum-senyum

"tipulah kalau dania tak rindu, aunty dengan uncle kan dah macam mama dengan papa dania"jawab dania

"heh, topeng"kata fendy yang kini berada di belakangku

"fendy, apa cakap macam ni?" marah aunty dilla sambil merenung tajam

"eh, aunty dilla tak penat ke? meh dania bawakkan beg tu, kesian aunty"kataku lagi

"ha ye lah, jom kita masuk bilik"kata aunty dilla lalu membawa dania masuk ke biliknya

dania membawa beg aunty dilla manakala fendy pula membawa beg uncle Haziq, baru sahaja mereka sampai ke dalam bilik, ada sesuatu yang menjadi perhatian dania iaitu sebuah album lama

"aunty, tu album apa? "tanya dania

"ouh, tu gambar-gambar fendy masa kecik-kecik dulu, kalau nak tengok ambiklah"jawab aunty dilla ,baru sahaja tangan dania mahu menggapai album itu, fendy terus merampasnya

"kau tak payah sebok-sebok nak tengok eh, aku tau lah aku comel"kata fendy lalu terus ke biliknya

"ish! "dania mendengus lalu keluar dari bilik manakala aunty dilla pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka

-
- -

"fendy! aku nak tengok! "kata dania setelah sampai ke bilik fendy

"aku kata tak boleh tu tak boleh lah"

"kenapa? "

"ish! tak boleh! pegi lah bilik kau, dah malam dah ni, esok nak sekolah lagi, lagipun minggu depan kan ada peperiksaan! aku tak nak gagal! "

"alah, kalau aku balik bilik pun, macam lah kau belajar kan ?" jawab dania selamba

"dah dah, keluar je lah"kata fendy bengang

"okay fine, apa kata kita buat challenge? sape markah dia lagi tinggi, dia dapat hadiah? "kata dania dengan semangat

"okay, kalau aku dapat markah tinggi, aku nak kau duduk kat tapak perhimpunan sambil joget-joget, boleh? "tanya fendy sambil tersenyum jahat

"Amboi, yakinnya kau? tapi kalau aku dapat markah tertinggi, kau kena ikut arahan aku selama 3 hari,deal? "

"deal! kau mesti akan kalah lah weh, jangan menyesal di kemudian hari, aku ni selalu dapat top 3 dalam kelas tau "

"tak tanya pulak aku, kau jangan ingat aku tak tau eh,walaupun kau dapat top 3,kau still tak boleh kalahkan Adam kan? sebab selalunya markah dia lagi tinggi dari kau,dan kau tengok lah,bukan setakat kau je aku kalahkan,tapi dengan si Adam tu sekali "kata dania dengan penuh yakin lalu kembali ke biliknya

"Amboi, bongkak nau, kau tengoklah nanti"kata fendy lalu menutup pintu biliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience