Mei 2018
Cuaca yang sudah mendung membuatkan dia mengeluh. Terus sahaja dia menutup sliding door biliknya dan menuju kearah katil. Dia termenung seketika.
Tok!
Tok!
Tok!
Mendengar ketukan dari arah pintu mematikan lamunannya. Dia mengeluh lemah sebelum berdiri menuju kearah pintu. Dia memulas tombol pintu itu.
"Ada apa Iyah Ila? Kenapa ketuk pintu angah? " soal Ku Syaf Ariana kepada kedua adik kembarnya.
"Papa panggil turun bawah. Ada benda yang papa nak bincang dengan angah" tutur Ku Syafiyah Arina, kakak kepada adik kembarnya Ku Syahila Arina.
Berkerut dahi Ku Syaf Ariana. "Ada apa papa panggil aku? Aku ada buat salah ke? " monolog hati kecil dia.
"Sekarang ke papa panggil turun? " soal Ku Syaf Arina. Dia hanya untuk memastikan je kut kut adik kembarnya mengenakan dirinya.
"Haah sekarang papa panggil turun". Ucap si kakak lagi. Si adik hanya memerhatikan sahaja perbualan antara angah dia dan kakak kembarnya.
Ku Syaf Arina mengeluh lantas mengangguk lemah kepalanya. Dia keluar dari bilik dan menutup pintu. Dia berjalan mengikuti kedua dua adiknya.
Sampai sahaja diruang tamu dia melihat papanya sedang berborak bersama umminya. Sungguh hatinya tenang melihat kebahagiaan yang terpancar dikedua ibubapanya.
Segera dia pergi kearah mereka lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah umminya. Terbantut percakapan Tengku Rohani apabila merasakan disebelah tenggelam dek kerana ada yang duduk.
Dia menoleh kesebelah kanan dan melihat anak keduanya; Ku Syaf Ariana aka angah sedang duduk disebelahnya.
Ku Syaf Ariana merasakan dirinya diperhati dia menoleh. Melihat umminya sedang tengok kearahnya dia memberikan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit disebelah kiri.
"Hai ummi" sapanya lembut kepada ummi tercintanya.
Tengku Rohani membalas senyuman anaknya. "Hai angah, kenapa datang sini? " ujar Tengku Rohani pelik sambil menggosok lembut rambut keperangan anak daranya.
"Ooo angah datang sini sebab tadi kembar kata papa panggil ada nak bincang sesuatu" tuturnya lembut dan memandang kearah papanya.
Biarpun papanya sudah berusia namun kekacakkan yang dimiliki oleh papanya tidak mencacatkan muka Ku Umar sama seperti ibunya masih cantik biarpun sudah berusia.
"Ahh memang betul. papa nak bincang sesuatu dengan kamu tapi papa harap ia tidak mengguriskan hati kamu" ujar Ku Umar serius.
Hati sudah tidak enak bila papanya sudah bercakap begitu. Bermacam macam spekulasi yang sudah difikir didalam otaknya.
"Ada apa papa? Kenapa macam serius je? " soal Ku Syaf Ariana dengan nada risau. Siapa je tak risau bila nada dah serius.
Ku Umar menarik nafas panjang lalu memandang wajah cantik anak daranya. Wajah anak daranya saling tak tumpah seperti isterinya hanya warna mata serta mempunyai lesung pipit dibelah kiri mengikuti dirinya.
"Papa dah daftarkan nama kamu disekolah baru jadi esok kamu kena laporkan diri" ucap Ku Umar senafas.
Bagaikan ada petir yang menyambar didalam dirinya, dia menyoal Ku Umar. "Tapi kenapa papa? ".
"Papa hantar kamu ke sekolah untuk kamu mengambil SPM. Lagipun sudah 2 tahun berlalu sejak arwah tinggalkan kamu asyik terperap je dalam bilik. Jadi papa nak kamu enjoy balik hidup kamu seperti manusia manusia bukan macam katak dibawah tempurung atau mayat hidup semua benda langsung tak hiraukan"ujar Ku Umar panjang lebar.
Terpana dia dengar setiap bait bait ucapan yang keluar dari mulut papanya.
Memang betul selama 2 tahun ini dia seperti mayat hidup tidak menghiraukan keadaan sekeliling hanya kerana selalu memikirkan arwah kekasih.
Mungkin ada betul juga apa yang papanya cakap tapi banyak kenangan arwah berada disini berat untuk dia tinggalkan.
Dia menghelakan nafas lemah. Lama memikirkan akhirnya dia membuat keputusan dengan hati yang berat. Mungkin keputusan ini akan gembirakan papa dan ummi nya.
"A-angah terima keputusan papa untuk pindahkan angah ke sekolah baru" selesai ucap dia menuduk memandang lantai. Dia tak nak papa dan umminya perasan muka kecewanya.
"Betul ke ni angah? " ucap Tengku Rohani. Takut tersalah dengar.
Ku Syaf Ariana memandang umminya lalu mengambil tangan tua itu dan dia genggam.
"Betul ummi" ujar Ku Syaf Ariana lembut.
"Terima kasih angah" ucap kedua dua orang tuanya sebelum tubuh kecilnya didakap erat olehnya. Dia membalas pelukkan tersebut.
Jika ini untuk papa dan umminya . Biarlah dia redha asalkan kedua orang tuanya bahagia.
Kembar yang baru sahaja turun pelik melihat angahnya dan kedua ibubapanya memeluk angah mereka.
Segera kaki mereka pergi kearah ruang tamu yang menempatkan keluarga mereka.
"Alah papa ummi tak adillah kalau angah je dapat peluk Ila pun nak juga" ujarnya manja lalu memuncungkan bibirnya.
Terdengar suara halus menyapa terhenti sekejap aktiviti 3 manusia tadi. Mereka memandang kearah tuan empunya dan melihat Ku Syahila Arina sedang merajuk.
Ku Umar tergelak kecil dengan perangai manja anak kembarnya itu. Ku Syaf Ariana hanya menggelengkan kepala lalu tersenyum.
"Nak peluk juga eh? Meh sini join dengan kami" tawar Tengku Rohani lalu dia mendepakan tangan.
Ku Syahila Arina melihat umminya sudah memberikan ruang segera dia masuk kedalam dakapan umminya. Tengku rohani memandang anak kembarnya lagi seorang.
"Iyah tak nak ke? " ujar Tengku Rohani lirih. Sengaja membuat suara sebegitu. Ku Syafilah Arina hanya tersenyum lalu masuk kedalam dakapan umminya bersama adik kembarnya.
"Ummi angah pun nak peluk juga" rengek Ku Syaf Ariana. Tengku Rohani hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat perangai manja anak daranya.
"Marilah sini" ucap Tengku Rohani. Ku Syaf Arina dengar sudah tersenyum lebar lalu memboloskan diri memasuki dakapan si ummi tercinta bersama adik adik kembarnya.
Ku Umar melihat hubungan adik beradik itu bersama isterinya membuatkan hati tuanya gembira dan bahagia.
Share this novel
cerita yg menarik
cerita yg menarik
cerita yg menarik