MAB19: JUST DO IT*

Romance Completed 901188

Arianna merenung wajahnya di cermin. Tiada seri dan tidak bermaya walaupun telah dirias sempurna oleh jurusolek. Malam ini Aaron akan menyarungkan cincin di jarinya. Dia tidak gembira, apatah lagi teruja walaupun sudah beribu kali dia mencuba untuk menerima Aaron; Menghitung segala kebaikan dan pengorbanan lelaki itu terhadapnya selama ini. Setia menunggunya sehingga dia akhirnya bersetuju dengan pertunangan ini. Tetapi hatinya masih tetap berdegil. Hatinya masih belum boleh menerima Aaron. Hatinya tetap mengingati Zahran. Lelaki yang tidak mungkin dimilikinya.

Kalaulah…kebahagiaan itu boleh dibeli, akan dia gadaikan seluruh harta kekayaan yang dia miliki untuk mendapatkannya. Bukan dia tidak bersyukur terlahir dalam keluarga yang serba ada, tetapi apa gunanya ‘ada’ itu jika ada bahagian terpentingnya tiada. Kebebasan dan kebahagiaan. Dua bahagian itu meninggalkan satu lohong besar dalam hatinya yang tidak mampu diisi hatta dengan segunung harta yang dimiliki keluarganya.

Dia tidak meminta banyak. Dia hanya mahu membuat pilihan sendiri. Sekali saja. Setidaknya dalam urusan menentukan jodohnya. Selebihnya terserah. Dia akan mengikut semua kemahuan datuk dan daddynya.

“Ari, senyumlah sikit. Tak selera Aaron tengok kalau macam ni,” ujar Amber apabila melihat wajah Arianna yang masam tanpa segarit senyuman.

“Aku tak boleh nak senyumlah,” balas Arianna sambil melihat jari manis kirinya yang bakal disarungkan cincin oleh Aaron sebentar lagi.

Mengeluh Amber dengan sikap Arianna itu. Aaron bukanlah kurang di mana-mana pun. Kacak, berharta, dan lahir dari keluarga yang baik-baik; Merendah diri dan sopan. Kenapa Arianna susah mahu menerimanya?

“Ari, aku faham apa yang kau rasa. Aku tahu kenapa kau tak happy. Tapi….” Amber tidak meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan sebelum menyambung. “Kau kena sedar Ari. Kau dengan Zahran takkan boleh bersama. Kau faham tak? Takkan. Nak tak nak, kau kena terima Aaron. Aaron akan jadi tunang kau, suami kau, dan bapa pada anak-anak kau. Kau kena belajar terima dia. Tolonglah Arianna. Untuk kebaikan kau dan Zahran. Kau takkan mahu Zahran jadi macam Qaiser kan?” Lembut sahaja suara Amber memujuk. Suaranya sengaja diperlahankan kerana tidak mahu perbualannya dengan Arianna didengar oleh sesiapa.

Arianna merapatkan kelopak matanya. Bagaimana dia mahu melahirkan anak untuk lelaki yang tidak dicintainya? Untuk membenarkan Aaron menyentuhnya pun, dia tidak mahu, apa lagi mahu menyerahkan tubuhnya kepada lelaki itu. Dia tidak sanggup membayangkan dirinya berada di dalam
pelukan Aaron sedangkan hatinya menyimpan perasaan untuk lelaki lain. Dia tidak tahu bila dan bagaimana perasaan untuk Zahran itu wujud. Yang pasti, dia selesa bersama Zahran sekali pun sikap lelaki itu sungguh menyebalkan dan kata-katanya sentiasa pedas dan tajam.

Namun sekarang, dia perlu mengajar hatinya melupakan Zahran dan menerima Aaron. Jelas, perasaannya terhadap Zahran hanya bertepuk sebelah tangan. Zahran benar-benar tidak tertarik dengannya dan lelaki itu tanpa ragu mengatakannya.

“Amb…..” Arianna sudah tidak mampu menahan tangisnya. Hatinya sakit. Sakit dengan segala pengorbanan yang dia terpaksa lakukan untuk menggembirakan keluarga. Bukan mudah menerima seseorang yang tidak dicintai sebagai pasangan hidup. Dia tidak mahu kehidupan perkahwinannya dipenuhi kepura-puraan dan dia harus memasang topeng bahagia pada wajahnya sepanjang hayat.

“Aku rasa macam nak mati, Amb…”

“Ari…janganlah macam ni. Jangan buat aku menangis dengan kau.” Amber mengusap lembut bahu Arianna. Dia faham perasaan Arianna, tetapi dia juga tidak mempunyai pilihan selain hanya memastikan Arianna menurut kemahuan keluarganya.

“Aku tak boleh, Amb. Tolonglah….” Arianna meraung. Terputus-putus suaranya menahan esak, membuat Amber turut menangis bersamanya.

“Aku tahu. Tapi kau jangan ikut perasaan. Lupakan Zahran dan terima Aaron, okay? Aaron tu baik sangat. Dia sayangkan kau, dia sanggup tunggu kau. Tolonglah belajar terima dia,” pujuk Amber. Kedua-dua bahu Arianna dipegang kejap sambil menatap lekat wajah sahabatnya itu. Cuba menyedarkan Arianna supaya kembali ke dunia nyata, menerima Aaron dan melupakan perasaannya terhadap Zahran.

Arianna masih menangis. Sungguh dia tersepit dengan perasaannya sendiri. Zahran bukan punca dia tidak mahu berkahwin dengan Aaron. Sebelum dia mengenali Zahran pun, dia tidak memiliki apa-apa perasaan terhadap Aaron. Dia bersetuju menerima Aaron atas desakan daripada daddy dan datuknya. Ketika itu dia tidak berfikir panjang, hanya bersetuju sahaja kerana tidak mahu mengecewakan mereka. Fikirnya dia mampu memaksa diri dan mengajar hatinya mencintai Aaron, namun nyatanya dia silap. Sehingga detik ini, tidak ada sekelumit rasa dalam hatinya untuk Aaron.

“Ari, dah lah. Habis tanggal make up tu nanti. Kang Datuk curiga pulak,” kata Amber lalu mengambil tisu dan mengelap mata
Arianna yang basah dengan air mata. Perlahan dan berhati-hati dia melakukannya supaya tidak merosakkan solekan Arianna. Kemudian dia mencapai span mekap lalu menekap-nekapnya wajah Arianna supaya mekap sudah yang sudah sedikit bercapuk, kembali sekata.

Arianna diam. Dibiarkan sahaja Amber melakukan sewenangnya pada wajahnya. Entah bagaimana rupanya nanti, dia tidak peduli. Dalam kepalanya ligat berfikir bagaimana mahu mengelakkan Aaron menyarungkan cincin ke jarinya. Lama dia merenung sambil mengusap jari manisnya, sehingga Amber juga menyedari tindakannya itu.

“Kau ni dah kenapa dok usap-usap jari tu? Jangan sekali-kali kau terfikir nak buat benda bodoh. Aku pang kang,” ujar Amber sambil mengacah mahu menampar muka Arianna.

Arianna tiba-tiba tertawa. Ditayangkan jemarinya di depan wajah Amber. “What if I cut my fingers, so that not only Aaron, not even any man could put a ring onto my finger?”

“Kau jangan buat gila. Akal Tuhan bagi, guna untuk fikir panjang, bukan fikir untuk hari ni je. Faham tak?”

“Orang gila mana fikir panjang, Amb.”

“Ari!” Bahu Arianna ditampar kuat, menyedarkan sahabatnya itu supaya tidak meneruskan apa yang mahu dilakukannya.

“Cepat turun! Kang berjanggut putih Aaron tunggu kau lama sangat.” Amber sedikit meninggikan suaranya sambil menarik tubuh Arianna supaya berdiri. Kemudian, didorong lembut belakang tubuh Arianna sehingga keluar dari bilik.

“Ish, aku boleh jalan sendirilah!” Arianna membentak, menepis tangan Amber yang mendorong tubuhnya.

Amber tidak menjawab, malas bergaduh. Arianna jika moodnya tidak baik, apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut orang akan membuatnya tersinggung dan tersentuh. Dia tidak mahu Arianna menghadiri parti pertunangannya dengan wajah murung.

Arianna menuruni tangga dan melihat Aaron sudah menunggunya di ruang utama. Mendengar derap langkahnya, lelaki itu menoleh. Sejenak Aaron terpana. Arianna cantik, dia tahu. Tetapi malam ini auranya sungguh berbeza. Dengan one shoulder dress separas lutut berwarna merah jambu, rambut yang diikat ringkas, solekan yang alami, Arianna kelihatan benar-benar cantik malam ini.

“You look beautiful,” ujar Aaron.

Arianna hanya tersenyum tanpa membalas kata-kata Aaron. Sesaat dia merasa berdosa kerana memperlakukan Aaron begitu. Pertunangan ini membuat dia membenci Aaron. Sedangkan dulu dia amat menyenangi dan menyayangi lelaki itu.

Aaron adalah sahabat zaman kecilnya. Mereka rapat dan Aaron sentiasa menjadi tempatnya meluah rasa. Malah, Aaron banyak menemaninya ketika dia kemurungan selepas kematian Qaiser. Tidak jemu-jemu memberinya semangat untuk dia meneruskan hidup.

Mengingat itu, Arianna memaksa sebuah senyuman untuk Aaron sebelum beriringan dengan bakal tunangnya itu menuju ke kereta. Pemandu sudah siap menunggu di porch dengan pintu tempat duduk belakang yang terbuka lebar. Arianna masuk terlebih dahulu, diikuti Aaron sebelum pemandu menutup pintu kereta.

Bersandar pada tempat duduk, Arianna pejam matanya rapat; Berdoa supaya malam ini cepat berlalu, kerana dia tidak sabar mahu tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Mungkinkah dia masih bernafas, atau mungkin jasadnya berada di bilik mayat menunggu giliran untuk dilakukan bedah siasat. Ah, hidup atau mati tidak ada beza baginya.

Aaron toleh, memandang Arianna. Dia tahu Arianna tidak tidur walaupun matanya terpejam. Gadis itu mungkin hanya mahu mengelak daripada berbicara dengannya.

Sulit untuk dia menduga perasaan Arianna terhadapnya. Kadang-kadang dia melihat Arianna begitu gembira dengan pertunangan ini, kadang-kadang Arianna seolah-olah langsung tidak mahu mengambil tahu. Lebih teruk lagi, Arianna seperti tidak berminat untuk membuat persiapan perkahwinan mereka nanti.

“Mengantuk ke?” tanya Aaron.

Arianna buka mata, toleh ke sebelah memandang Aaron yang menatapnya teduh.

“Emm…Semalam I tak boleh tidur.” Arianna berbohong. Tidak lupa senyum nipis dia ukirkan untuk Aaron. Senyum palsu yang tidak langsung menggambarkan suasana hatinya yang sebenar. Diukir semata-mata menjaga hati orang lain.

“Kalau macam tu, tidurlah. Sampai nanti, I kejut.”

Arianna angguk dan terus memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan Aaron yang benar-benar mengambil berat dan penuh pengertian, sedangkan dia...hanya berbohong.

Mengeluh dalam diam, Arianna membuang pandang ke arah jalan. Ketika itu kereta berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki.

Saat itulah matanya tertancap pada susuk tubuh yang cukup dikenalinya sedang melintas jalan. Segera ditegakkan tubuhnya dan cuba mengamati pemilik tubuh itu. Dia yakin matanya tidak silap. Pantas dia membuka pintu kereta dan meluru keluar untuk mengejar susuk itu. Aaron dan Brian, pemandunya yang tidak menjangka tindakan Arianna itu terkejut.

“Brian, ke tepi!” arah Aaron lalu turut keluar mengejar Arianna. Bunyi hon bersahut-sahutan apabila Aaron berlari keluar ketika lampu isyarat bertukar hijau dan dia hampir dilanggar oleh kereta yang sudah mula bergerak.

Arianna terus mengejar lelaki itu tanpa menghiraukan hujan yang sudah mulai turun renyai-renyai.

“Qaiser!” jeritnya.

Susuk yang dikejarnya itu berhenti melangkah. Perlahan dia menoleh dan mencari arah suara Arianna.

Arianna membekap mulut. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Ternyata benar apa yang dilihatnya sebelum ini. Qaiser masih hidup! Lelaki itu tidak pernah mati. Tetapi mengapa keluarganya mengatakan Qaiser sudah mati lima tahun lalu?

“Qaiser?” Arianna memohon kepastian, walaupun dia benar-benar yakin lelaki yang berdiri di depannya kini adalah Qaiser.

Lelaki itu kelihatan tercari-cari arah suara Arianna. Reaksi lelaki itu membuat dahi Arianna berkerut dalam. Perlahan dia menghampiri lelaki yang dia percaya adalah bekas teman lelakinya yang dikatakan telah meninggal dunia lima tahun lalu. Lelaki itu dipandangnya tanpa berkedip, tetapi dia hairan mengapa tatapan lelaki itu kosong; Terlihat seolah-olah sedang memandangnya tetapi renungannya jauh

“Arianna?” Lelaki itu bersuara.

Tangis Arianna pecah. Benar sangkaannya. Lelaki yang berdiri di depannya ini adalah Qaiser. Raung tangisnya cukup untuk menggambarkan kekecewaannya yang luar biasa. Kecewa kerana selama lima tahun ini, dia telah dibohongi dan diperbodohkan oleh keluarganya. Dia benar-benar percaya Qaiser telah mati walaupun tidak pernah melihat mayatnya. Dia benar-benar percaya Qaiser sudah tiada walaupun tidak pernah melawat kuburnya.

Bermakna kelibat Qaiser yang dilihatnya beberapa kali sebelum ini adalah benar-benar Qaiser. Dia bukan berkhayal atau berdelusi.

Aaron yang berdiri di belakang Arianna, hanya meneguk liur. Akhirnya rahsia yang disimpan selama lima tahun ini terbongkar jua. Dia hanya memandang Arianna yang sudah terduduk menangis. Tidak ada apa yang dia boleh lakukan sekarang. Arianna tidak mungkin memaafkannya.

Ah, Kenapa Qaiser harus muncul pada malam pertunangan dia dengan Arianna? Kenapa Qaiser harus muncul ketika Arianna sudah hampir menjadi miliknya? Kenapa lelaki itu tidak muncul esok sahaja? Atau minggu depan? Atau tahun depan? Atau lebih bagus, tidak muncul terus.

“Qaiser!” Arianna menjerit nama itu apabila melihat Qaiser memusingkan tubuh dan berlalu, bersama seorang lelaki yang menuntun tangannya.

Qaiser tidak menoleh; meneruskan langkah sambil menulikan telinga, meski jeritan Arianna itu membuat hatinya bagai direnyuk-renyuk.

Arianna bangun, cuba mengejar Qaiser namun tubuhnya ditangkap Aaron.

“Ari…Ari…” Aaron mengejapkan pelukannya apabila Arianna meronta sambil cuba memujuk lembut.

“Arianna…Orang ramai…Jangan macam ni…Kalau daddy tahu…”

Mendengar Aaron menyebut nama daddy, rontaan Arianna melemah. Dengan tangisan yang masih bersisa, dia hanya mengikut apabila Aaron membawanya ke kereta.

“I tak sangka yang selama ni I diperbodohkan family I sendiri,” ujar Arianna. Perlahan dan datar saja suaranya dengan getar yang tidak terkendali.

“Do you still love him?” tanya Aaron.

“Aaron...Ini bukan masalah I masih cintakan dia ataupun tidak. Tapi..."

“Sekarang you tahu dia masih hidup. You nak balik pada dia?” soal Aaron. Dingin dan ketus.

Arianna mengetap bibir. Kenapa Aaron seperti tidak faham dan tidak cuba memahaminya? Dia sedih dan terluka kerana dibohongi dan diperbodohkan oleh keluarganya sendiri. Kenapa Aaron seolah-olah hanya mementingkan perasaan sendiri, tanpa memikirkan kesedihannya? Bertahun dia menderita dan menyalahkan diri sendiri kerana menyangka dialah punca kematian Qaiser. Bertahun dia hidup dalam kesedihan dan kemurungan sehingga dirujuk ke pakar psikiatri. Tetapi keluarganya lebih tega melihat dia begitu daripada berterus-terang tentang Qaiser.

“Balik pada dia? Of course tak mungkin, selagi orang macam you, macam daddy, macam datuk masih hidup atas muka bumi ni!” Melengking suara Arianna, menatap Aaron dengan tatapan nyalang. Menggigil seluruh tubuhnya kerana rasa kecewa yang luar biasa. Terlalu kecewa sehingga tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkannya.

Tiada jawapan daripada Aaron; hanya membalas tatapan Arianna yang jelas menampakkan kekecewaan. Tidak hanya Arianna yang kecewa; Dia juga sama. Kemunculan Qaiser malam ini benar-benar membuatnya resah. Dia bersalah, dan dia sedar. Itu yang membuatnya takut. Dia takut kehilangan Arianna. Dia takut Arianna akan membatalkan pertunangan ini dan menjauhkan diri daripadanya.

“Maknanya you masih simpan perasaan pada dia? Kalau I, daddy, datuk dah tak wujud dalam dunia ni, you akan balik pada dia?!”

Arianna menengadah. Dia tertawa getir, sedih mengenangkan nasibnya yang dilahirkan dalam keluarga yang hanya memandang darjat. Sedangkan di mata Tuhan, bukankah semua makhluk itu sama?

“Kenapa you masih tak faham, Aaron? Atau you ni sengaja buat-buat tak faham? Bukan dia yang buat I kecewa. Tapi you!” Arianna tidak pernah menengking atau meninggi suara kepada sesiapa. Tetapi malam ini, kesabarannya benar-benar hilang. Geram kerana Aaron seolah-olah berpura-pura tidak mengerti. Seolah-olah tindakannya berbohong tentang kematian Qaiser, bukanlah satu kesalahan.

“Jadi, you nak I buat apa? Batalkan pertunangan ni?!” Aaron turut meninggikan suara. Dia bukan marahkan Arianna, tetapi dia marah dan kesal dengan dirinya sendiri kerana membohongi Arianna. Dia menyesal. Kalaulah masa dapat diputar kembali, dia takkan sekali-kali bersubahat dengan Datuk Eric untuk membohongi Arianna.

Arianna mengetap bibir. Geram.

“Tak,” balas Arianna. “I takkan batalkan pertunangan ni because you’re going to marry me no matter what, right? But, don’t blame me if I’m not happy,” ujar Arianna.

“Daripada awal you memang tak happy dengan pertunangan ni kan? Qaiser cuma alasan untuk you tunjukkan perasaan kecewa you. Lucky you Qaiser suddenly appeared tonight. At least you have someone you can blame for your unhappiness.”

Arianna memandang Aaron dengan wajah tidak percaya. Tidak sangka kata-kata seperti itu keluar dari mulut Aaron. Lelaki yang cukup dikenali sebagai seorang yang memiliki budi bahasa yang tinggi sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu terhadapnya.

“I tak sangka you boleh keluarkan kata-kata macamt tu.” ujar Arianna, masih memandang Aaron dengan pandangan yang tidak percaya.

Aaron memalingkan wajahnya, dan membuang pandang ke luar . Dia tidak sanggup bertentang mata dengan Arianna saat ini. Dia tahu dia bersalah. Tetapi, kekecewaan yang dialami menyebabkan dia mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati Arianna.

"Atau you pun bersubahat dengan daddy tentang Qaiser?"

Tiada jawapan, membuat Arianna yakin anggapannya benar. Dia tengadah. Desahan kecewa lolos seiring dengan air mata yang mengalir dan membasahi wajahnya.

“Fine, after this I will do whatever that will make you and our family happy,” putus Arianna. Dia malas bergaduh lagi. Dia letih dengan segala kekalutan yang berlaku dalam hidupnya. Dia tidak akan mempersoalkan apa-apa lagi selepas ini. Apa sahaja yang menggembirakan keluarganya, dia akan lakukan. Perasannya tidak penting kepada keluarganya. Yang penting, dia mesti mengikut semua kehendak mereka.

“Be honest with me. Do you still love him?” tanya Aaron tanpa menoleh.

Arianna diam. Lima tahun bukan satu waktu yang singkat untuk dia belajar melupakan lelaki itu. Dia mengajar hatinya supaya berhenti mencintai Qaiser. Cuma trauma yang dialaminya membuat dia sering dihantui rasa bersalah. Apatah lagi, jika tidak silap pandangannya tadi, Qaiser seperti hilang penglihatan. Jalannya perlu dituntun, serta tatapannya kosong dan jauh.

“You diam maksudnya you mengiakan. Tapi...” Aaron menjedakan kalimatnya. Toleh, menatap Arianna yang merenung jauh ke luar. “…I tetap takkan lepaskan you, Ari. Never.”

Arianna tidak membalas; memejamkan mata supaya Aaron tidak mengganggunya lagi. Dia tidak akan mampu melawan kehendak Aaron dan keluarganya. Biarlah. Biarlah dia terluka asalkan mereka semua gembira. Dia sudah penat untuk memperjuangkan kebahagiaannya. Mungkin dia tidak berhak untuk membuat pilihan dalam hidupnya. Mungkin juga dia tidak berhak untuk hidup bahagia dengan lelaki yang dicintainya. Jika Aaron adalah lelaki yang ditakdirkan untuknya, dia terima walaupun hatinya takkan pernah mencintai lelaki itu.

MEREKA tiba di hotel tiga puluh minit kemudian. Majlis yang berkonsepkan parti itu tidak disertai oleh ramai tetamu. Hanya rakan dan keluarga terdekat sahaja yang dijemput. Arianna tetap memberikan senyuman walaupun dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu kepedihannya.

DARI jauh Zahran memerhatikan Arianna dan Aaron. Dia sudah lama sampai, namun belum punya cukup kekuatan untuk bertegur sapa dengan pasangan itu. Agak lama dia berbual dengan beberapa tetamu yang dikenalinya sebelum dia mula mengatur langkah mendekati Aaron dan Arianna.

“Aaron!”

Tidak hanya Aaron, malah Arianna juga turut menoleh. Jelas pada penglihatannya, wajah Arianna yang berubah riak.

“Hey, bro! Thanks for coming,” ujar Aaron.

“Congrats. Aku singgah sekejap je ni. Ada hal,” balas Zahran.

“It’s okay, aku tahu kau tak berapa suka majlis macam ni.”

Kata-kata Aaron itu hanya dibalas dengan ketawa oleh Zahran. Benar, dia sebolehnya akan mengelak daripada menghadiri majlis-majlis yang menghidangkan alkohol. Namun, demi sahabatnya Aaron, dia datang juga menunjukkan muka. Selepas menemui Datuk Eric dan Tan Sri Albert, dia akan segera pulang.

“He’s a good man. I’m sure you’ll be happy with him,” kata Zahran sambil memandang Arianna.

Arianna hanya senyum tipis. Kebetulan seorang pelayan lalu dengan membawa dulang minuman. Pantas Arianna menyambar gelas martini berisi minuman cocktail lalu meneguknya sehingga licin.

“Yeah…There’s nothing more gratifying than marrying a good man,” jawab Arianna akhirnya.

“And…I’m happy.” Sekali lagi disambarnya gelas minuman daripada pelayan yang lalu dan menghabiskannya dengan sekali teguk.

Perbuatan Arianna yang terlihat agak tidak sopan itu membuat Aaron jadi tidak enak dengan Zahran.

“Ari…Don’t drink too much,” bisik Aaron.

Arianna tersenyum. “Okey. I nak pergi toilet sekejap.”

Aaron angguk, memerhatikan langkah Arianna sehingga gadis itu menghilang dari pandangannya. Tanpa dia sedar, Zahran juga tidak luput pandangannya dari Arianna.

“Come. Aku pesan special meal untuk kau,” kata Aaron lalu menarik Zahran ke satu sudut.

SELEPAS mendapatkan sebotol wine daripada restoran hotel, Arianna menuju ke sayap kanan roof top. Parti pertunangannya di sayap kiri.

Merenung langit malam yang dihiasi beberapa butir bintang, Arianna menonggak wine terus daripada botol.

“Qaiser…Aaron…Zahran…” Bibirnya menggumam ketiga-tiga nama itu sebelum dia tertawa getir.

Mengapa sungguh sulit kisah cintanya? Jika keluarganya merestui hubungan dia dengan Qaiser dulu, tentu hidupnya tidak akan sesulit ini. Tentu dia sedang berbahagia dengan Qaiser dan mungkin sudah punya anak; tentu dia tidak perlu bertunang dengan Aaron dan terjebak dengan Zahran pada masa yang sama; Tentu dia tidak terperangkap dan terhimpit dengan beban perasaan yang maha berat ini.

Ketiga-tiga lelaki itu menempati tempat tersendiri dalam hatinya. Namun, yang istimewa tentunya…

Lamunan dan ketenangannya terganggu apabila tiba-tiba botol wine di tangannya dirampas seseorang. Perlahan dia menoleh sebelum rona wajahnya berubah. Tersungging senyum sinis di bibirnya, namun dia tidak berkata apa-apa.

“What happened to the angel that changed you?” tanya Zahran. Perlahan, botol wine yang dirampas dari Arianna ditonggeng sehingga cairan berwarna merah pekat itu tumpah ke lantai.

“He rejected me. He kicked me out and asked me to marry his friend.” Perlahan, datar, dan lirih saja suaranya. Terdengar sayu dan hampir tidak kedengaran.

Zahran terpempan. Kaku tubuhnya dengan tangan yang masih memegang botol dan wine yang masih mencurah ke lantai.

“Langkawi Airport…While I was about enter the departure hall, I toleh and lambai pada you.” Jeda. Arianna tunduk. Air mata yang ditahan, laju mengalir sehingga jatuh di kakinya. “I cakap pada diri I, kalau you lambai balik, I will stop drinking.”

Zahran menatap Arianna lekat. Meskipun suasana agak gelap, namun dia dapat melihat getar pada tubuh itu.

“Why did you do that?” soal Zahran.

Tiada jawapan daripada Arianna kerana sesungguhnya dia kurang mengerti dengan pertanyaan Zahran itu. Namun dia malas bertanya.

“Kenapa kau selalu bergantung pada orang untuk semua keputusan dalam hidup kau? Why don’t you make your own decision? If you want to stop drinking, then just stop. It has nothing to do with me.”

Arianna mengangguk perlahan, masih tunduk memandang kakinya. Titis-tits air mata yang gugur semakin banyak membasahi lantai di bawah kakinya.

“You’re right,” ujarnya perlahan. “Kalau I tak nak kahwin dengan Aaron, can I just cancel it? Because it is my own decision.”

Bulat mata Zahran memandang Arianna, tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

“Can I?” Soal Arianna. Kali ini dia mengangkat muka, menentang tatapan Zahran.

Zahran terdiam. Sejenak dia tenggelam dalam tatapan teduh Arianna yang seolah-olah membelenggunya sehingga dia tidak mampu untuk sekadar berkedip.

“Can I?” Arianna mengulangi pertanyaannya yang membuat belenggu yang mengikat pandangannya pada Arianna, lenyap.

“Just do it,” ujarnya sebelum berlalu.

Arianna tersenyum memandang belakang badan Zahran yang semakin menjauh.

‘Just do it’. Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Perlahan dia mencapai botol winenya tadi yang diletakkan Zahran di atas tembok balkoni. Dihempaskan botol itu ke lantai sehingga kacanya pecah berserakan. Arianna bertinggung, mengutip serpihan kaca dengan kedua-dua tangan lalu mengenggamnya. Erat. Sehingga titisan darah mengalir melalui celahan jarinya lalu menitis ke lantai.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-05-25 18:39:20 

TQ update. Jgn sampai hilang fokus cik author. lebiu


NovelPlus Premium

The best ads free experience