Nazeem berhenti daripada menulis lalu dia memandang tangga rumah Aileen dan Anas. Dia mengeluh. Nazeem kembali memandang Anas dan Iwal.
“Nas.”
Anas berhenti menulis lalu dia memandang Nazeem.
“asal?”
“Leen.. dia okay tak?”
“ha’ah, Leen cemana? Tadi aku cakap kat dia yang Ayai dengan Zaida getback au, pastu dia terus tersedak. Risau jugak aku tengok…” cerita Iwal kepada dua rakannya itu.
Anas mengeluh.
“aku pun taktahu la weh…”
“Anas, ni makan dah siap… ajak la kawan makan sekali, ya?” ujar Puan Faridah kepada Anas. “ibu nak panggil Aileen kejap ya..”
“eh! Ibu! Biar Anas yang panggil! Hah, korang pi la dapur dulu. Buat je macam rumah sendiri…”
“baek, boss!”
“okay.”
Pantas Anas mendaki tangga selepas dia melemparkan senyuman kepada Puan Faridah yang hairan melihat tingkah laku anak kembarnya yang seorang ini.
Setibanya di depan pintu bilik Aileen, Anas mengetuk pintu bilik Aileen.
“Leen..”
“hah, ya?”
Kening Anas terangkat sebelah. Eh bunyi macam tak broken?
“jom turun makan… Nazeem, Iwal ada sekali.. kau pakai shawl kau tu.. jangan terlupa pulak.. aku dah cakap, okay…”
“alright!”
Anas menjadi semakin hairan. Pelik punya kembar.
***
“mana Leen nya, Nas..?” soal Puan Faridah.
Anas mengangkat bahu. “orang dah panggil dah… dia je yang ‘alright’ ‘alright’ tapi tak turun…”
“siapa tak turun..?”
Pantas Iwal dan Nazeem memandang Aileen yang sudah menyilangkan tangan di dada tersebut.
“hah panjang umur.. kau mekap ke apa? Bukan ada kau punya crush pun kat sini…”
Aileen melontarkan pandangan tajam kepada Anas yang cakap main lepas tersebut.
“diam la..”
“eh, dah! Jangan bergaduh depan rezeki… tak baik… dah, makan..” ujar Puan Faridah kepada Aileen dan Anas.
Aileen menurut kata Puan Faridah lalu dia duduk disebelah Iwal.
“kau nak nasi banyak ke sikit?” soal Iwal kepada Aileen kerana dia paling dekat dengan mangkuk nasi.
“banyak.”
Pantas Iwal, Nazeem serta Anas memandang Aileen dengan pandangan terkejut. Begitu juga Puan Faridah.
“serius ah, Leen…”
“cepat la aku lapar…”
“yelah..”
Usai Iwal menyendukkan nasi buat Aileen. Aileen terus mengambil lauk dengan banyak dan membuatkan mereka semua hairan dengan tindakkannya.
“boleh abis ke, Leen?” soal Nazeem setelah lama mendiamkan diri.
“boleh.” Jawab Aileen sepatah.
“okay..”
***
“er.. Leen nampak menyeramkan….” Ujar Iwal kepada Nazeem serta Anas yang duduk di atas tangga tersebut.
Mereka memerhatikan Leen yang sedang menonton TV tersebut.
“betul tu.. aku setuju dengan kau..” jawab Anas. “Weh, Nazeem… kau kan pak pandir, pi la happy kan dia ke.. tak pun confess ke.. broken sangat aku tengok si Leen tu…”
“ha’ah kan.. pi la confess.. sampai bila kau simpan perasaan kau tu..”
Nazeem memandang Iwal dengan pandangan terkejut.
“kau.. tahu..?”
Iwal membuat face palm.
“weh, satu geng kita tahu la.. kecuali Ayai.. dia tu kan asyik dengan Zaida je..”
Nazeem menundukkan kepalanya.
“dah.. pergi ah..!” halau Iwal kepada Nazeem dengan perlahan.
Nazeem mengeluh.
“yelah… aku pergi…!”
Nazeem bangkit dari terus duduk bersama Iwal dan Anas lalu dia berjalan ke arahh Aileen yang matanya tidak berkelip memandang TV. Nazeem mengeluh lalu dia duduk disebelah Aileen dan tidak terlalu rapat sebab bukan mahram kot!
“Aileen..”
Aileen memandang gerangan yang bersuara itu lalu dia mengukirkan senyuman nipis.
“ya?”
“apa maksud menghancurkan dalam bahasa Inggeris?”
“menghancurkan? Hmmm… Crush..?”
“kalau suka kat seseorang dalam diam, apa pulak maksud dia?”
“um, crush jugak.. eh? Kenapa tanya?”
“sebab wondering…? hehehehe, okay,okay… actually, memang aku tahu menghancurkan dan suka seseorang dalam diam, dalam bahasa Inggeris dia, crush tapi aku hairan kenapa maksud dalam bahasa Melayu dia ada dua? Hancur dan suka? Dia nak cakap yang crush ni ada yang menghancurkan dan ada suka kita jugak ke?”
Aileen terdiam sejenak. “maybe… um, maybe la…”
“tapi, kalau bagi aku… crush tu bukan menghancurkan dan bukan jugak suka seseorang dalam diam.”
“hmm, maksudnya?”
“maksudnya, kita tunjuk kat orang yang kita suka usaha kita, kasi dia nampak usaha kita untuk dapatkan dia dan selalu amik perhatian dia.”
“hmm? Contoh?”
“contoh? Simple je! Macam aku buat sekarang kat kau.”
Aileen terpempan begitu juga dua rakannya yang dibelakang. Nasib baik Puan Faridah di dapur sedang mengemas.
“excuse me?”
Nazeem menarik nafas lalu dilepas.
“aku.. suka kau.”
Anas dan Iwal menahan tawa mereka daripada meletus. Tak pernah mereka melihat Nazeem meluahkan perasan dekat mana-mana perempuan. Ni first time kot!
Aileen terdiam.
“tipu lah..”
Pantas Nazeem memandang Aileen.
“aku tak tipu.. aku serius suka kau..”
“kejap.. macam mana kau boleh suka aku? Aku tak buat apa-apa pun…”
“Aileen, perasaan suka tu datang sendiri… takde sebab atau macam mana…”
Aileen memandang Anas lalu dia menjulingkan matanya.
“diam la, Nas..”
“okay! Aku diam!”
“sebab kaulah kawan perempuan aku yang pertama…”
Aileen memandang Nazeem.
***
“sebab kaulah kawan perempuan aku yang pertama…”
“Leen!”
Aileen tersentak daripada mengelamun lalu dia memandang Una.
“ya?”
“berdirilah!”
“hah..? oh! Cikgu dah sampai ke?”
“dah lama kot!”
Aileen memejamkan matanya sejenak sebelum kembali dibuka dan terpandang Nazeem yang sedang memandangnya. Tiba-tiba hatinya berdebar. Pantas Aileen melarikan pandangannya. Usai memberikan ucapan salam kepada guru mereka. Mereka duduk.
“baiklah. Bab semalam dah habis kan? Okay, harini kita belajar bab baru dan harini kita tak gunakan buku teks ya, harini kita belajar dengan bahan yang cikgu dah fotostatkan ni.. Shafiq, bangun dan edarkan kepada kawan kamu..”
Shafiq akur lalu dia bangun dan mengambil bahan yang disediakan oleh cikgu sivik mereka lalu diedarkan kepada rakan sekelasnya.
“thanks..” ucap Aileen kepada Shafiq. Shafiq hanya mengangguk. Aileen terus membaca bahan yang diedarkan tersebut dan rahangnya terjatuh.
‘Huraikan tentang seseorang yang anda sukai.’ [5 markah]
Aileen memandang Una.
“Una..”
“hmm?”
“macam mana nak buat..?”
“laa buat jelah… tapi kan.. aku tak sangka la soalan sivik camni..” ujar Una lalu dia ketawa suka. “rasa semangat pulak nak buat..”
“kau jelah.. aku tak..”
Una mencebik.
Aileen menggigit bibirnya. Takkan nak describe Ayai..? hm, dia dah patahkan harapan aku kot… aku mengeluh.
“nak buat pasal siapa ni..?”
“laa apa susah.. kau buat jelah pasal Nazeem… takpun Iwal… paling senang, Anas..”
“kau gila nak buat pasal Anas?! Dia abang aku kot..! Iwal?! Hah memang tak la…”
“dah tu, Nazeem jelah…”
Aku mengeluh lalu aku memandang Nazeem yang sedang fokus menulis tersebut. Aku mula tersenyum kecil.
“aku.. suka kau.”
Aileen mula memegang pensil tekannya dan dia mula menulis.
“aku tak tipu.. aku serius suka kau..”
Senyuman Aileen semakin lebar.
“contoh? Simple je! Macam aku buat sekarang kat kau.”
Aileen meletakkan pensilnya lalu dia mengangkat tangan.
Share this novel