Tercuit hatiku setiap kali lagu ini menyapa cuping telinga. Rindu Padanya yang dinyanyikan oleh Camelia. Lagu ini ditulis oleh Arwah Datuk Adnan Abu Hassan dan telah dimuatkan ke dalam album kelima beliau pada tahun 2003.
Lagu ini antara lagu yang popular pada waktu itu. Bolehlah korang dengar lagu ini kalau korang nak tau perasaan yang aku rasa sekarang. Hahaha..buka Youtube tau! Selamat mendengar semua. Enjoy the song!
Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahnya di mataku
Ingin ku tanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh... hatiku resah selalu
Haruskah aku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Ku bagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar
Di setiap ketika
Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh...tuhan ku rindu padanya
“Jomlah kita pergi dekat depan tu. Semua orang dah kalut nak tangkap gambar dengan diorang. Aku nak tangkap gambar dengan Akim. Jomlah!” Kegelojohan Meera terpancar selepas setelah sekian lama dia mengidam untuk berselfie dengan Akim tu.
Entah apalah yang dia minat sangat dengan Akim tu aku pon tak dapat nak hadam. Tapi bila difikirkan, citarasa aku sendiri pun ke laut.
“Apa yang membuatkan kau berkenan sangat dengan Jebat tu pun aku tak faham. Aku tengok dia biasa je. Apa yang specialnya? Mulut laser? Suka mengata orang?” Itulah soalan yang selalu aku terima kalau aku bagitau lelaki idaman aku adalah Jebat Zulkarnain.
“Adalah. Kalau aku bagitau kau pun, kau tetap akan kata taste aku tu pelik!” Itulah jawapan yang selalu aku berikan sebab bagi aku menyukai seseorang tu tak perlu sebab pun.
Menyukai seseorang itu adalah satu perasaan yang lahir dari hati. Bukan mata. Bukan telinga. Setuju? Tapi kalau cerita aku ni mungkin perasaan itu datang dari telinga?
Haish, peliknya!
“Eh, ramai sangat la. Tak nak aku nak berhimpit dengan semua manusia tu. Lambat-lambatlah sikit Meera. Biarlah diorang pergi dulu. Kalut lah kau ni. Cuba bawak mengucap sikit. Akim tu tak kenal kau pun.” Tergelak aku tengok reaksi Meera bila aku cakap Akim tu tak kenal dia.
“Habis si Jebat tu kenal kau ke?” Ceh! Attack aku macam tu je.
Hampeh punya member!
“Macam mana kalau dia kenal aku? Ha!?” Walaupun aku sendiri tahu Jebat tak akan kenal aku pun tapi aku tetap tak nak kalah dengan Meera.
Fight to the end, girl!
“Ok, kita tengok sama ada Jebat kenal tak orang yang hari-hari wish good morning, happy working setiap kali pukul 2:30 petang sebelum dia on air dan selamat malam tu. Kalau dia kenal kau, maknanya memang sesuatu sangat!” Aku ingin membalas kata Meera, tapi kakinya dah laju ke depan berhampiran stage dan aku tanpa ada pilihan terpaksa terkocoh-kocoh juga mengejar kawan baik aku tu.
Dalam hati masih memikirkan kata-kata Meera.
Sesuatu sangat? Apa maksudnya?
“Cepatlah Mea, Jebat tengah sorang-sorang tu. Cepat pergi tangkap gambar dengan dia. Jangan lupa tanya kenal kau ke tak!” Meera berbisik mengingatkan aku untuk bertanya tapi kaki terasa berat untuk melangkah mendekati Jebat yang sedang sibuk bermain telefonnya.
Aku nervous! Tapi hati tetap menghantar signal ke otak supaya kaki aku untuk terus melangkah mendekati lelaki idaman aku.
Jebat Zulkarnain, adakah kau menunggu aku?
Dup..dap..dup…dap…aku dapat mendengar rentak degup jantung ku sendiri. Kuat!
“Hai!” Dalam banyak-banyak perkataan yang aku rangka dalam kepala otak.
Hanya itu saja yang mampu aku ucapkan sewaktu kami bertentangan mata. Aku jadi tak keruan. Kaku. Tiba-tiba badan aku terasa sejuk. Jantung aku ni jangan cakaplah. Macam nak terkeluar dah!
Inikah yang dinamakan cinta? Perasan sungguh lahai!
“I’m in love!,” tanpa sedar bibirku mengungkap kata-kata itu.
“Mea! Duk in love dengan siapa pulak! Kerja saya suruh buat tu dah siap ke belum? Puan Aida nak tengok hari ni!” mata aku berkedip tanpa henti saat cuping telingaku menangkap suara nyaring milik Pn Lily.
Manager kesayangan aku.
“Eh, kenapa Mea kat sini? Bukan tadi Mea dekat….,” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, “Kau ni kerja berangan jelah! Hahaha…duk in love sakan. Kali ni dengan artis mana pulak?” Puan Lily menyoal sambil ketawakan aku yang sedang mengaru kepala yang tak gatal.
Ini semua fasal Cik Peah! Dia putarkan lagu ni tadi dalam slot Gaya di Mentari. Kan dah kena sound dengan manager aku!
Aku cuba mengawal keadaan dengan hanya tersengih macam kerang busuk dan terus menekan keyboard untuk selesaikan kerja yang diminta tadi.
“Agak-agak Jebat kenal tak aku kalau kitorang jumpa?” persoalan yang sama masih berlegar-legar di kepala.
Walaupun hanya sekadaran lamunan tetapi aku tetap mengharapkan Jebat Zulkarnain akan kenal siapa aku, Mea Idrina.
Seorang gadis yang tak jemu-jemu DM dia di IG dan setiasa menantikan balasan darinya walaupun hanya sekadar satu perkataan.
Itu pun dah cukup membuatkan hatiku terbuai seharian.
Andainya kita ditakdirkan untuk berjumpa satu hari nanti, adakah kau akan mengenali diriku? Soalan yang sama masih berputar di kepala dan jawapannya masih menjadi sebuah tanda tanya.
Hanya Jebat Zulkarnain mampu memberikan jawapan itu.
Semoga takdir itu akan menjadi milik kita berdua dan saat itu aku mengharapkan bukan rupa paras yang menjadi taruhan. Bukan harta yang menjadi ukuran. Biarlah hati yang memilih, tanpa ada keraguan yang datang bertandang.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel
jangan kutuk Akim ok. hahaha
takde lagi pun masih ingat iramalagu dekat padamu. thanks mea, teringat zaman mude mude