Kamu berbeza

Short Story Series 508

Bertanggal 9 September 2020
Tepat jam 12.40 pagi
Beriringkan irama terindah rintik hujan
Lagu kegemaran kita aku pasang.

Dingin sekali ya hari ini.
Sama , seperti dinginnya kita.
Dingin , tanoa sepatah bicara.
Sunyi , dalam kelarutan malam.

Tepat 10 bulan sejak Disember lalu
Setelah panjangnya cerita
Pelbagai drama dan situasi
Disini aku masih setia menanti.

Hahaha aku tertawa melihat diri
Meski 10 bulan berlalu disini aku
Masih terjerat dengan kisah kita.

Perasaan yang ada tak pernah pudar
Rindu yang ada didiamkan seakan tiada.
Tapi malam ini , aku ingin biarkan ia terbang.
Hanyut , dalam kepekatan langit malam.

Sedar tidak sedar
274 hari berlalu pergi
Dan aku ? Masih menyimpan sayang
Teruntuk dia yang entah ingat atau tidak.

Apakah aku masih setia diperhentian ini...
Kerna kuatnya genggaman ku pada memori kita ?
Atau taatnya aku pada janji yang pernah dicipta ?

Foto mu aku renung tanpa jemu
Cincin itu. AKu kenal sekali.
Cincin , tanda kamu adalah punya aku.

Segaris senyum aku ukirkan.
Mata berkaca aku pejam perlahan
Sedihnya rasa tak tahu ,
Mahu digambar bagaimana.

Aku tak pernah serindu ini.
Aku tak pernah sesabar ini.
Aku tak pernah , menanti selama ini.

Jampi apa yang sudah kau tiupkan ha ?
Mengapa dengan mu , segalanya berubah ?
Bagaimana semua ini berlaku ?
Bagaimana cinta ini semakin subur dihalaman hati ?

Kamu , kamu dan kita.
Setiap satunya tak pernah dilupa

Kamu itu berbeza
Berbeza dari yang lainnya 
Hingga aku terjerat 
Dan tak bisa terlepas lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience