Bab 31

Drama Series 3858

Musalmah garu kepalanya setelah apa yang dicari masih juga tak jumpa-jumpa. Sudahnya semua baju yang tersusun itu ditarik keluar dan disusun semula satu persatu tapi tiada juga dia jumpa apa yang dia cari.

          “Cari apa kak?” tanya Maizurah pelik.

          “Buku puisi kakak. Adik ada nampak tak?”

Maizurah geleng kepala. Gelengan yang buat mulut Musalmah mengeluh.

          “Akak rasa akak letak kat sini. Macam mana boleh tak ada pula.”

          Maizurah berensot ke depan sebelum dia turut sama mencari buku puisi kakaknya yang hilang tu.

          “Entah-entah, makcik ambil tak?”

Musalmah pandang muka Maizurah bila pertanyaan itu ditala ke arahnya.

          “Makcik nak buat apa dengan buku tu?” perlahan Musalmah jawab pertanyaan itu dengan pertanyaannya pula. Dan disusuli keluhan lembut. Niatnya untuk menulis puisi jadi terbantut gara-gara buku puisinya hilang. Musalmah tutup lampu biliknya bila dia perasan jam di dinding sudah masuk pukul 11 malam.

Musalmah baring di tempatnya. Maizurah juga. Mulut adiknya itu sudah menguap. Dan dengan mudah dia terlelap. Sedang Musalmah masih lagi berfikir, ke mana buku puisinya menghilang? Dia teringat dari mana datangnya buku itu dan minatnya untuk menulis puisi.

~ Imbas kembali (Kira-kira dua tahun lepas, pada malam kematian ibunya.) Sunyi yang mengulit rumah Musalmah buat hati yang duduk di dalamnya jadi rentan. Musalmah tak bisa lelapkan mata. Dia lihat ada cahaya lilin di anjung tamu. Perlahan-lahan, badannya turun dari katil dan memijak lantai sebelum pintu dibuka.

          Cahaya lilin semakin jelas di mata. Seorang lelaki duduk di sudut anjung dengan buku dan pensel di tangan.

          “Paman Adi tak tidur lagi?”

          “Paman tak bisa tidur Musalmah. Hati paman terlalu sedih dengan kepergian bonda mu.”

Musalmah terdiam. Matanya mudah berkaca bila perkataan bonda diungkap-ungkap.

          “Kau juga tak bisa tidur.”

          Musalmah geleng kepala.

          “Ke mari,” panggil Paman Adi.

Langkah Musalmah berjalan lagi ke depan hingga dia tiba betul-betul di hadapan Paman Adi dan duduk di sebelah lelaki itu.

          “Ambil buku ni dan baca.”

Musalmah turuti arahan itu. Ya, dia kerap melihat Paman Adi menyudut dengan bukunya. Dan hari ini, dia berpeluang untuk berkenal mesra dengan buku Paman Adi.

          “Ini sajak.”

          “Ya, paman gemar menulis sajak. Demi meluahkan rasa galau, rawan, pilu dan segala macam perasaan yang berkecamuk dalam hati. Paman rindukan kampung halaman. Paman rindukan pertiwi paman tapi hidup paman memisahkan kami. Mujur ada ayahmu. Ayahmu itu sudah paman anggap seperti abangku sendiri dan bondamu, sudah paman anggap seperti kakak paman sendiri. Dan hari ini, Tuhan telah memintanya kembali dan paman tak bisa lagi untuk bertemu dengan kakakku yang seorang itu.”

Air mata Musalmah menitik ke lantai bila dia melihat mata Paman Adi yang berkaca.

          “Bonda mu juga gemar menulis Musalmah tapi dia menulis sekadar di atas tanah. Sebegitu aja. Tak mau dicoret langsung ke dalam kertas. Katanya, tulisan yang disimpan dalam kertas akan kekal dalam perasaannya tapi jika ditulis di atas tanah, tulisan dan luahan itu akan hilang dimakan waktu. Dan perasaannya juga bisa terikut hilang.”

Musalmah gamam. Sungguh, dia tak tahu yang ibunya gemar menulis.

          “Ambil buku ni Musalmah. Belajarlah menulis puisi seperti mana bondamu menulis. Luahkan segala apa yang terpendam dalam hatimu dalam buku ini. Dan kalau puisinya turun ke hati, kau kirimkan ke paman. Paman pingin membacanya dan akan paman anggap seperti paman membaca puisi kakakku sendiri.”

Musalmah pandang muka Paman Adi. Buku tulis berkulit keras itu diambil dan diselak. Masih kosong dan tidak pernah terusik dengan aksara.

          “Menulislah Musalmah. Sorokkan perasaan legapmu dalam puisi. Menulis akan buatmu tenang kerana perasaanmu takkan bisa tercengkam dengan keadaan lagi. Menulis akan buatmu lebih kenal erti kehidupan semalam.”

Musalmah mengangguk.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience