42.

Romance Completed 46610

Aura masih sama seperti selalu. Dengan perutnya yang rata. Sudah hampir 4 bulan dia dan Uthman berjauhan.

Kerja diatas pelantar telah selesai. menanti Chopper datang untukembawa mereka oulang kedaratan.

Lautan hari ni menunjukkan kebaikan. Kurang bergelora membuatkan mereka membuat parti diluar Batch tdmpat mereka tinggal. Begitulah sebelum pulang kedaratan pihak Pelantar akan menyediakan parti kecil kecilan untuk mereka yang sudah bertungkus lumus.

Mereka berkumpul diatas dengan Team dari syafikat lain.

Disisi lain, Misi Uthman selesai dan akhirnya teamnya menarik nafas lega kerana beberapa bulan ni hidup dalam keadaan terputus hubungan.

Sampai sahaja dikawasan bandar, Banyak whatsapp dan panggilan masuk semuanya dari Luthfan. Namun tiada dari Sang Isteri.

Uthman mula menghubungi Luthfan tanpa melihat whatsapp dau abangnya.

Sambil menanti Kargo datang mengambilnya bersama team.

"Yupp kenapa Bang." Tanya Uthman selepas menjawab salam Luthfan.

"Kau kat mana Uth?" Tanya Lutfan.

"Otw nak balik. Misi dah habis." Kata Uthman.

"Syukurlah. Kau dah tengok ke whatsapp aku sent dekat kau?" Tanya Luthfan.

"Belum kenapa?" Tanya Uthman pula.

"Kau tengoklah." Kata Luthfan terus memutuskan panggilan.

"Dah kenapa? Terkena virus bini aku ke?" Tanya Uthman menggelengkan kepalanya.

Uthman membuka satu persatu whatsapp yang diterimanya. Dan terakhir Whatsapp dari Luthfan.

Berderau darahnya naik kekepala. Dia membalas whatsapp Luthfan cepat.

-HOII BANG ANAK SAPA KAU BUNTINGKAN NI HAH? - Uthman.

Selang beberapa saat Luthfan membalas.

-KEPALA HOTAK KAU! - Luthfan.

-HABIS TU. TAKKAN UMIE KOT. EH EH. KO BIAR BETUL? - Uthman.

- BINI KAU SETAN!! - Luthfan.

Hampir terlepas phone ditangannya.

- AURA DAH BALIK KE? - Uthman.

- UMIE JUMPA MASA KAMI BARU SAMPAI KAT VILLA KORANG. RISAU GAK UMIE NI DEKAT AURA KAT LAUT TU. - Luthfan.

Uthman cuba menghubungi isterinya banyak kali namun masih sama tiada isyarat disana.

"Uth dah jom. Kargo dah sampai." Panggil Amin.

"Ok kejap." Kata Uthman.

Dia sempat membalas whatsapp dari Luthfan.

-KEJAP LAGI AKU SAMPAI LABUAN. AMBIK AKU DEKAT PANGKALAN. - Uthman.

Hatinya gembira dengan khabar dari Labuan, Isterinya mengandung. Namun dia risau keadaan isterinya diatas pelantar.

Aura sedang duduk disisi Hani dekat ruang utama berkumpul atas Batch. Sejak tadi oagi perutnya rasa lain macam. oandai mengeras dan sakit kuat.

"Hani. Aku ketandas jap." Kata Aura.

"Bah. Tapi jangan kau batah ah." Kata Hani.

"Ok." Balas Aura laju berjalan masuk ketandas.

"Apasal perut aku sakit ni?" Tanyanya. Dia juga merasa ada sesuatu yang mula mengganggu pundi kencingnya.

"Ya Allah. Sakit sangat ni."Kata Aura sedang berada didalam tandas atas Batch.

Sakit yang dirasanya seperti nyawa nak tercabut dari jasad.

"Ya Allah." Aura terduduk lesu menahan sakit diperutnya. Coverall yang tersarung ditubuhnya dilepas.

"Arggghhhh." Teriak Aura. Tidak didengar oleh sesiapa.

Sekali teriakan dari Aura, sesuatu yang dirasanya mengganggu disaluran kencingnya keluar. Darah penuh dalam tandas dimana ia berada.

Tangisan bayi memenuhi ruang tandas. Aura lemah tak bermaya.

"Aku mengandung?" Kata Aura lemah.

Mayang masuk kedalam Toilet bersama Justin yang menanti diluar tandas.

"Mayang." Panggil Justin.

"Hah." Tanya Mayang.

"Kau dengar tak? Suara Baby tu?" Tanya Justin.

"Kau jangan tetur boleh tak!" Marah Mayang.

Mayang masuk dan tangisan makin jelas ditelinganya. Hingga pada pintu kedua dia mendengar suara tangisan bayi itu datang dari sana.

Mayang mengetuk pintu itu dan saat ketukan ketiga, Kunci dibuka dan alangkah dia terkejut melihat Aura bermandikan peluh dan darah dibawah pinggangnya. Bayi tergeletak dibawah kangkangan Aura.

"Ya Allah Aura!!!" Teriak Mayang.

Mayang cuba membantu Aura dan bayinya tapi, tembuni sibayi masih didalam rahim Aura.

"Sabar Aura." Kata Mayang.

"Justin!! Justinn!!" Panggil Mayang cemas.

Justin yang mendengar pekikan dari Mayang meluru masuk.

Justin juga sama terkejut melihat Aura terduduk dilantai tandas.

"Pergi minta bantuan!!" Teriak Mayang apabmla melihat Justin kaku ditempatnya.

"Baik." Kata Justin lalu berlari menemui mereka yang berada diruangan berkumpul.

"Han!! Han!!" Pekik Justin apabila melihat Hani ada dihujung Batch bersama Apai dan Dayak.

"Kenapa kau Jus." Tanya Hani.

Justin mengah sambilmenarik nafasnya.

"Aura." Kata Justin sepatah.

"Hah kenapa sama Aura." Tanya Hani.

"Aura... Aura beranak dalam tandas." Kata Justin akhirnya.

"Apa!!" Hani terkejut dan berlari masuk kedalam dan menuju ketandas tempat mereka.

Hani melihat Mayang yang mencangkung disisi pintu kedua. Justin Dayak dan Apai turug masuk kedalam tandas. Namun tidak mendekati pintu dimana Aura Berada.

"Ya Allah Aura!!" Teriak Hani. Menangis melihat sahabatnya lemah tak bermaya. Sama juga Mayang hanya mampu melihat tak tahu nak buat apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience