43

Romance Series 93218

Sejak kejadian malam itu, hubungan Aayra dan Harraz sudah semakin renggang. Harraz sudah tidak seperti kebiasaannya. Setiap hari dia akan cuba mengelak dari berbual bersama - sama isterinya. Serasanya sudah hampir seminggu lebih mereka hidup di dalam keadaan begini. Bukan niatnya ingin menghukum Aayra. Cuma dia hanya ingin memberi peluang untuk Aayra berfikir dengan sewajarnya tentang kebahagiaan dirinya sendiri.

Namun berbeza pula situasi itu bagi Aayra. Sejujurnya dia berasa sangat terhukum dengan cara layanan Harraz kepadanya. Jika dahulu rumah mereka sering dihiasi dengan gelak tawa serta gurau senda, kini semua itu tidak lagi dirasainya. Harraz lebih banyak mendiamkan diri ketika bersamanya. Malah jika ada kelapangan, Harraz juga lebih banyak menghabiskan masanya bersama kedua - dua anak mereka berbanding dirinya.

Seperti pagi ini, Harraz langsung tidak menoleh ke arahnya sebaik terjaga dari tidur. Tanpa sebarang pamitan, lelaki itu terus sahaja meninggalkan dirinya bersendirian di dalam bilik. Aayra benar- benar terpukul dengan tingkah laku suaminya. Namun untuk menegur, Aayra tidak punya kekuatan. Lagi pula selama ini Harraz tidak pernah bertindak seperti itu kepadanya. Paling kurang pun jika mereka berselisihan faham, tidak sampai setengah hari mereka sudah berbaik semula.

Tengah hari itu, Aayra sengaja mempelawa seluruh ahli keluarga mereka datang menjamu selera di rumahnya. Kebetulan pula dia memang sengaja masak Nasi Kerabu lebih pada hari itu. Pada awalnya, dia agak bimbang dengan penerimaan Harraz. Namun mujurlah kedatangan mereka itu disambut baik oleh suaminya. Malah Harraz tidak sedikit pun menunjukkan tanda - tanda seperti mereka berdua sedang menghadapi masalah.

Suasana di rumah agam mereka pada ketika ini sangat riuh rendah. Mama dan abah kelihatan rancak berbual di ruang tamu. Manakala Aayrel dan teman wanitanya pula sibuk melayani Nuffan dan Nufael. Aayra tersenyum bahagia melihat kegembiraan yang terpancar di wajah abang kandungnya itu. Serasanya sudah lama Aayrel hidup membujang. Selepas ditinggalkan teman wanitanya suatu ketika dahulu, Aayra tidak pernah lagi melihat Aayrel mendekati mana - mana gadis. Apabila ditanya, Aayrel pasti akn cuba mengelak. Katanya dia masih belum bersedia.

“Jauh termenung. Fikirkan sape tu?" Sapa Aayrel tiba - tiba.

Aayra agak terperanjat saat disapa secara tiba - tiba begitu. Tidak semena - mena lengan Aayrel ditampar kuat sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan. Aksi mereka itu langsung mengundang perhatian seluruh ahli keluarga mereka termasuk Harraz. Aayra
tersengih bagai kerang busuk. Sejurus itu Aayra dan Aayrel masing - masing mengangkat tangan tanda mohon maaf kepada semua.

“Sakitlah!! Aduh, adik ni. Tak padan dah jadi mummy, tetap juga nak tunjuk paramgai kasar dia tu." Bebel Aayrel.

“Padanlah dengan muka abang. Sape suruh buat adik terperanjat? Mendapatlah jawabnya. Ni apahal tiba - tiba ada dekat sini ni? Bukan tadi abang ada di depan ke dengan Kak Lufya?" Soal Aayra pelik.

“Yup! Abang datang sini nak amik air. Then abang tengok ada orang tu bukan main menung panjang je. Itu yang abang datang tegur tu. Kenapa ni? Ada masalah ke?" Soal Aayrel prihatin.

Aayra tersenyum kecil. Dia berpura - pura tenang seperti tiada apa - apa yang terjadi. Sebolehnya dia tidak mahu Aayrel dapat menghidu akan masalahnya. Biarlah hanya dia dan Harraz sahaja yang mengetahuinya.

“Err.. Mana ada apa - apa. Adik ok jela. Abang nak air apa? Adik buatkan ye?" Aayra cuba menukar topik perbualan mereka.

Namun semakin Aayra cuba berlagak tenang, semakin jelas terpampang kegusaran dari raut wajahnya. Aayrel tersenyum sinis. Dia tahu Aayra sedang berusaha menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Wajah Aayra ditenung lama sehinggalah dia menyedari ada air mata yang sedang bergenang di tubir mata Aayra. Tanpa menunggu lebih lama, Aayrel pantas menarik tangan Aayra menuju ke luar rumah. Mereka beriringan menuju ke kolam renang.

“Hey!! What's wrong? Kenapa adik menangis ni?" Soal Aayrel cemas.

“Nothing! I'm just missing my old husband!" Ujar Aayra dengan nada yang sayu.

Sejujurnya dia bukan sengaja ingin menagih simpati Aayrel. Tetapi ianya lebih kepada tangisan sebuah kerinduan. Rindu seorang isteri kepada suaminya. Rindu akan gelak tawa suaminya. Rindu akan gurauan serta usikan manja suaminya. Bahkan tidak keterlaluan rasanya jika dia mengatakan yang dia sangat merindui sentuhan kasih dari suaminya.

“Maksud adik? Apa yang terjadi sebenarnya ni?" Soal Aayrel kurang mengerti.

“Adik dan Harraz ada berselisihan faham sikit hari tu. Then sejak dari tu, Harraz langsung tak tegur adik. Dia buat macam adik ni tak wujud je kat dalam rumah ni. Paling kurang pun dia cuma layan adik sebaik usai solat je. Itupun just salam je. Kemudian masing - masing buat hal masing - masing." Adu Aayra.

“Ya Allah! Kenapa sampai jadi macam ni? Adik ada buat salah apa - apa ke?" Soal Aayrel pantas.

Soalan itu akhirnya mengundang hela berat dari Aayra. Wajahnya sedikit menunduk ke bawah. Dia tidak tahu bagaimna ingin menjelaskan segala - galanya kepada Aayrel. Lama dia diam membisu. Otaknya ligat menyusun kata untuk diceritakan kepada Aayrel. Akhirnya perlahan - lahan Aayra menceritakan dari awal hingga ke akhir bagaimana masalah itu bisa terjadi.

“Astaghfirullahal'azim. Adik, adik tahu kan berdosa sekiranya adik ada menyimpan perasaan kepada lelaki lain walhal adik dah bersuami? Apa yang adik fikir sebenarnya ni?" Tegur Aayrel sedikit tegas.

“Sumpah abang!! Adik dah lama buang perasaan tu sejak Harraz hadir dalam hidup adik. Bagi adik, kasih dan sayang yang Harraz berikan selama ini dah cukup sempurna buat adik. Adik dah tak perlukan cinta yang lain lagi. I do love my husband very much, abang. His the one for me." Luah Aayra ikhlas dari hatinya.

Aayrel menarik nafas lega. Sekurang - kurang dia tahu bahawa Aayra tidak berbohong dengan dirinya sendiri. Aayrel sendiri dapat merasakan betapa pengakuan Aayra itu datangnya dari hatinya sendiri.

“Then, what are you waiting for? Just go and confess with him. Let him know everything. Trust me! Everything's gonna be okay. Lagipun abang percaya, Harraz tu sayang sangat dengan adik. Sebab tu dia cemburu bila adik isukan soal ni dan dalam masa yang sama, dia rasa bersalah kerana rampas adik dari Ezmal. Tambahan pula Ezmal tu sepupu dia sendiri. Lagilah dia rasa down." Ujar Aayrel dalam memberi pendapat.

Aayra diam membisu. Otaknya ligat mencerna satu persatu nasihat yang telah diberikan Aayrel sebentar tadi. Entah mengapa hatinya seakan berdebar. Berdebar memikirkan penerimaan Harraz kelak. Sejujurnya dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk rajuk suaminya itu kerana selama ini Harraz jarang merajuk dengannya. Kebiasaannya Aayra yang sering merajuk dan akan minta dipujuk. Kini keadaan menjadi sebaliknya pula.

“Don't think too much. Trust me. You will be forgiven by your husband because he love you so much. In shaa Allah, everything's gonna be okay. I will keep pray for your happiness, adik!" Ucap Aayrel seraya menarik Aayra ke dalam pelukannya.

Tanpa mereka sedar, segala perbualan dan perbuatan mereka itu sedang diperhatikan oleh Harraz di sebalik pintu sliding rumahnya. Senyuman terukir di bibirnya saat mendengar pengakuan Aayra sebentar tadi. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meluru ke arah Aayra lalu memeluknya erat. Namun dikawalnya perasaan itu sebaik mungkin. Harraz percaya perselisihan faham ini akan selesai tidak lama lagi. Bahkan dia juga tidak henti - henti berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Tanpa menunggu lama, Harraz segera berlalu pergi bersama senyuman yang terukir di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience