BAB 3

Adventure Completed 1114

“Wah, aku dapat masuk ke sekolah yang macam ni! Bersekolah di angkasa lepas?” jeritku. Aku berasa sangat gembira. Ini semua bagaikan mimpi. Aku tidak pernah tahu bahawa selama ini terdapat sebuah akademi di angkasa lepas. ‘Ya, aku takkan sia-siakan peluang seperti ini, peluang yang sememangnya datang sekali seumur hidup,’ kata hatiku.

Petang itu seperti yang dijanjikannya, pemuda itu datang sekali lagi ke rumahku untuk berjumpa dengan ibu bapaku. Aku dapat melihat reaksi wajah mereka yang sangat gembira apabila mereka diberitahu bahawa aku ditawarkan untuk bersekolah di angkasa lepas. ‘Angkasa lepas,’ kata hatiku. Aku tersenyum sendirian.

“Max, mari sini,” panggil abahku yang berumur 45 tahun itu. Aku berjalan dan duduk di sebelahnya.

“Tuan dan Puan jangan risau. Kami telah menyediakan segala yang diperlukannya. Tiada bayaran yang akan dikenakan untuk memasuki akademi ini. Selain itu, ‘roket’ yang akan digunakan untuk ke sana telah diubah usai agar impak daripada tekanan atmosfera tidak begitu dirasai,” katanya seraya memandang ke arahku dan tersenyum.

“Kami perlu berbincang dahulu kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, nanti kami akan maklumkan keputusannya kepada kamu,” kata abah.

“Baiklah jika begitu. Tapi saya perlu jawapannya sebelum hari Rabu kerana keesokan harinya kami akan bertolak ke angkasa lepas bersama peserta lain yang telah terpilih, tetapi usah khuatir kerana peserta kami hanya antara 14-19 tahun,” balas Ketua Heli dengan baik lalu menghulurkan sebuah kad mengenai akademi tersebut.

“Nombornya tertera di kad ini,”katanya lagi.

“Maksudnya ramai lagi peserta yang lain?” tanya ibuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience