BAB 10

Horror & Thriller Completed 13860

-Sejarah akan berulang jika generasi baru tidak tahu mengambil
pengajaran dari kisah lampau-*

Majlis bacaan yasin Airin dilakukan di rumah kampung keluarga Airin.
Biarpun hanya rumah papan namun Rahman dan Irfan sangat bersyukur
semuanya sudah selesai. Aina berada di atas kerusi roda. Kaki Aina
lumpuh. Azhar yang menjaga kakaknya itu sepanjang Aina keluar hospital.

Tamat saja bacaan yasin mereka mengemas apa yang patut. Rahman
menghampiri Aina. Aina sedang mengelap pinggan di dapur. Rahman melutut.
Aina tersentak. "Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah dunia dan
akhirat?" Penuh syahdu Rahman melafazkannya.

Sebentuk cincin disarungkan ketangan Aina. Azhar dan Irfan tersenyum.
"Tapi saya cacat. Saya tak sempurna,"kakinya lumpuh. Mana ada lelaki
yang sanggup berkahwin dengannya.

"Saya tak kisah. Ini semua salah awak sebab sudah mencuri hati saya dan
tidak mahu pulangkannya,"Aina tergelak halus mendengar ayat Rahman.

"Tahniah, bila nak kawin?"
-----

*_20 Mei 2012_*

Kini, perjalanan hidup berjalan dengan lancar. Rahman dan Aina
dikurniakan 2 cahaya mata sepasang. Aizat Razif dan Airin Qalila. Irfan
sudah bertemu pasangan hidup semasa dia sambung belajar di Australia.
Orang melayu.

Petang yang hening dengan suara kanak-kanak riang yang sedang bermain di
taman. Rahman membawa anak-anaknya duduk bermain bersama di taman.
"Sayang," seru Rahman. Aina terus menoleh ke arah suaminya itu. "Dah 10
tahun kan Airin tinggalkan kita ," sayu sahaja Rahman memadang Aina di
tepinya.

"Sudah tiba masa dia dulu tinggalkan kita pada usia muda. Kita pun belum
tahu lagi. Hanya menunggu masa,"dia faham akan suaminya yang masih
menyimpan perasaan pada kakaknya itu.

Bukan suaminya tidak cuba tapi makin lupa makin suaminya mengingati jadi
biarkan saja masa memakan memori lampau.

"Mama, mama!" Jerit Aizat dan Airin. Berlari ke arah ibundanya.

"Ya, kenapa anak-anak mama ni?"lembut saja dia menegur.

"Ada kakak cantik panggil kitaorang tapi kitaorang tak pergi sebab mama
dengan papa kan dah pesan jangan dekat dengan orang yang kita tak kenal,
" adu Aizat.

"Mana kakak cantik tu? Papa nak ngorat boleh?" Tajam saja jelingan Aina
pada Rahman. Tergelak kecil Rahman melihat isterinya.

"Mana kakak cantik tu sayang? "Dia juga ingin tahu mengapa perempuan itu
memanggil anak-anaknya.

"Tu" tunjuk Airin. Aina tersentak. Rahman bukan kepalang dia terus
bangun. "Airin" serentak Rahman dan Aina melafazkan nama itu. "Kenapa
dengan adik ma? Pa? " dia memandang adiknya. Ya. Airin itu nama adiknya.

Perempuan itu tersenyum pada mereka sekeluarga. Mulutnya bergerak
melafazkan sesuatu. Kurang jelas name Aina dapat tangkap apa yang cuba
dilafazkan oleh Airin. "SAYA PERLUKAN PENGGANTI. KAK RIN PERLUKAN
AIRIN." Airin tersenyum lalu menghilang pabila senja sudah hampir
melabuhkan tirai.

Rahman memandang isterinya."awak dapat tangkap," Aina mengangguk.
"Awak?" Rahman juga mengangguk. Serentak mereka memandang Airin. Anak
mereka.

"Kenapa mama dengan papa ni?"soal Aizat. Pelik.

"Tak dek papelah sayang. Marilah pulang. Sudah senja. Nanti nenek
kebayan ambik kamu," mereka sekeluarga terus masuk ke dalam kereta.
Wajah kakaknya masih menghantui Aina.
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

?? ???? ?? ????? ??? ?? ??? ??? ??? ??

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience