Mencintai

Short Story Series 508

Hari ini angin rindu sekali lagi
Datang menyentak hati ku yang retak
Habis , berderai merata tempat
Serpihan hati retak yang sedaya upaya bertahan.

Mencintai kamu itu pernah membahagiakan.
Mencintai kamu juga pernah meninggal luka.
Mencintai kamu , tidak pernah mudah.
Dan takkan menjadi mudah.

Mencintai. dan dicintai.
Aku mahukan itu.
Tapi sayangnya , kita takkan capai itu.

Kerna disini , yang mencintai cuma aku.
Dan yang terluka , hanya aku.
Kerna aku seorang , yang jatuh cinta.

Sedar tak sedar , setahun berlalu
Dan cinta dihati masih sama
Apa yang dapat aku rungkaikan ialah
Mencintai kamu , mengajarkan aku
Terlalu banyak , pengalaman.

Hari ini aku sedar akan satu perkara.
Aku , perlu berhenti mencintai kamu.
Kerna disaat kamu ku cinta.
Diri sendiri tak ku peduli.

Semakin kuat hati berkata rindu
Semakin aku memalukan diri
Meluah rindu pada yang tak pernah peduli.

Ringkasan kata ialah
Kerna aku mencintai kamu
Aku kurang menyayangi diri ku.

Dan aku tak mahu
Aku tak mahu hilang diri ku lagi.

Aku , perlu melepaskan kamu.
Maaf , lama buat kau menunggu.
Hari ini , aku memilih
Untuk mencintai , diri ku sendiri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience