BAB 18

Mystery & Detective Completed 12501

ROKIAH sekadar memerhati. Masuk kali ni sudah empat kali dia meneliti rakaman di kameranya. Betul ke tidak apa yang dia lihat sekarang ni. Dia duduk sambil melunjur kaki di atas katil bersama kamera di sebelah bantal.

Senah dan Fiza berjalan seiringan sambil bergengan tangan sesama mereka. Dari gaya macam Fiza memegang erat semacam tak mahu melepaskan. Fiza memang seorang yang penakut dan lemah semangat dengan benda-benda macam ni. Tak pelik sangat kalau dia bertidak macam tu.

Rokiah terus meneliti rakaman yang sempat terakam berdurasi tiga puluh minit di kameranya. Sesekali dia bangun untuk merenggangkan segala urat di badannya yang mulai sengal. Namun matanya sempat menatap pada pergerakan Senah dan Fiza dalam rakaman.

Gelap. Skrin pada kameranya tiba-tiba berubah hitam tanpa pergerakan Senah dan Fiza. Rokiah mengambil kameranya, di kektuk-ketuk beberapa kali sebelum gambar rakaman di skrin kembali bergerak.

Kali ini yang terlihat hanya Fiza seorang diri yang meracau-racau sebelum dia pengsan di anak tangga ke pintu keluar. Mana Senah?

"Aik? Mana dia pergi pulak?"

Rokiah menggaru-garu pipinya. Mencari jawapan keberadaan kawannya yang hilang dari rakaman kameranya.

"Tak kan lah dia pergi menyorok?" Soal Rokiah pusing.

Dalam rakaman menunjukkan semua orang mulai berpusu-pusu keluar dari rumah hantu, keadaan menjadi kelam kabut sedikit ketika ini.

"Ni ke masa Senah kena langgar?"

Rokiah terus melihat pergerakan di rakaman kameranya. Masa yang tertera di skrin kameranya di perhatikan betul-betul.

Pantas kakinya melangkah ke meja tulis yang terletak bertentangan denga n katil tidur. Telefon bimbit di capai dan dia mencari nama seseorang dalam senarai kenalan dalam simpanan.

Hampa! Nombor yang di dail terus masuk ke dalam peti suara pula.

"Mana dia pergi pula. Aduh..."

Sekali lagi dia cuba mendail, masih sama. Masuk terus ke dalam peti suara. Dia mengeluh hampa.

"Hari ni Jumaat, kena tunggu hari Isnin lah ni. Tak boleh jadi ni.."

Terus dia meggapai kameranya di atas katil dan simpan di dalam laci meja tulis. Tanpa melengah lagi Rokiah keluar dari bilik bersama dengan telefon bimbitnya. Dia perlu menghubungi kawan-kawannya yang lain.

Dia mahu berjumpa mereka semua di tempat biasa. Secepat mungkin, tak boleh tak jumpa. Dia tak mampu nak menahan diri dari berkata. Takut pula kalau dia bercerita dengan mak ayah dia tak percaya.

Pintu bilik di tutup rapat setelah dia keluar. Sekarang ni dia tak tahu mana nak pergi. Dalam kepala otak hanya terfikir nak jumpa Ila dengan Fuza. Milah orang telefon tak angkat-angkat. Tak bukan tak angkat tetapi tak dapat telefon!

Rokiah melewati ruang tamu rumah. Mak ayahnya sedang menonton cerita Anabelle Creation dengan Irwan, adik lelaki Rokiah.

"Nak pergi mana tu kakak?" Tanya ayah sekilas menoleh kearahnya.

"Akak nak pi jumpa kawan jap ayah." Jawab Rokiah tergesa-gesa keluar dari rumah.

"Hah, yelah. Balik jangan lewat pulak. Hati-hati dekat jalan tu." Sempat ayah berpesan.

"Baik ayah. Kakak pergi dulu! Assalamualaikum!"

Tersarung selipar RM2 di kaki terus dia pecut berlari ke rumah Ila yang terletak lebih kurang lima ratus meter dari simpang depan tu.

Hatinya mula berdebar-debar. Segala apa yang terkandung di fikiran bermain di layar mata. Ada kemungkinan ke atau sekadar kebetulan je ni?

Manakala di dalam bilik tidur Rokiah, kamera yang tak di matikan skrinnya memainkan gambaran macam mana Senah mulai hilang secara tiba-tiba dan Fiza pula menggelepur macam kena masuk hantu.

Kamera yang terletak di atas meja terus-menerus mengulang tayang scene di mana Senah hilang dan Fiza meracau-racau. Tak cukup dengan itu, berpupuh-puluh tapak kaki pelajar yang mengunjungi rumah hantu tanpa rasa kasihan terus memijak kepala Fiza tanpa belas.

Durasi rakaman itu hanya sepuluh saat sebelum skrin kembali gelap seperti sedia kala tanpa di gunakan. Terletak elok di atas meja tulis Rokiah.

"IKAH!!"

Berdesing telinga gadis ini pagi-pagi buta lagi sudah di gegarkan dengan jeritan maut abangnya. Nak mampus ke apa abang aku ni jerit panggil aku macam orang pekak?

"Pehal dia ni.."

"Zulaikah!!"

"Erghh!" Siti Zulaikah menekup telinganya.

"Ikah!"

"Zulaikah!"

"Zulaikah!!"

"Memang nak mampuslah abang aku ni. Kejap!"

Lantas langkah malasnya di atur. Memang malas gila kalau kena panggil macam ni. Nak apa jelah abang aku ni. Nak makan penampar agaknya.

Asywad Afendi di ruangan tamu bawah mundar-mandir tak senang duduk. Menunggu kedatangan adiknya yang dri tadi di panggil tak muncul-muncul.

Dia menoleh sekilas lengan tangannya yang terserung seutas jam tangan.

"Haish, apasal lama sangat dia ni?"

"Zulaikah!" Begitu berang dia dengan sikap adiknya yang seorang ni. Suka je buat dia naik darah tak tentu pasal.

"Hah, abang. Nak apa?"

Sesampai sahaja di ruang tamu, dia melihat abangnya macam cacing kepanasan. Kehulur-kehilir macam tunggu kucing nak bertelur.

Muka bosan di tayang depan abangnya. Habis kolar baju kemeja oren basah dengan peluh. Hujan ke luar sana?

"Ikah, apasal lambat sangat turun abang panggil?"

Tidak berbasa-basi terus adiknya di serang dengan pertanyaan yang menyebabkan dia naik angin.

Wajah adiknya di tenung, sedalam-dalamnya anak mata Siti Zulaikah menjadi sasaran amarahnya yang sedang di tahan.

"Orang ada kerja sikit. Tu yang lambat turun. Ada apa abang panggil?" Nak tak nak, terpaksa menipu.

Walhal Siti Zulaikah dalam bilik sedang bermain aplikasi WhatsApp dengan, cakap ada kerja. Yelah, kerja membalas pesanan ringkas tu.

"Ish.. kau ni!" Sedikit tinggi nada suara Asywad Afendi. Mujur tangannya tak ringan naik ke tubuh si adik.

"Ni, aku nak bagitahu pesan dekat ibu nanti aku tak balik mungkin dalam seminggu. Aku nak keluar dengan kawan. Ada kerja sikit." Pesan Asywad Afendi.

"Lah, kenapa tak cakap je dengan ibu sendiri dekat bilik?"

"Ergh.. kau ni banyak soal."

"Eh, betul apa." Cantas Siti Zulaikah pula.

Asywad Afendi menarik nafas pendek,

"Aku masuk dalam bilik, ibu tengah nyeyak tidur. Aku tak naklah kacau dia tengah tidur."

"Ea? Pesan tau. Aku nak gerak ni." Sambung Asywad Afendi lagi.

"Herm, yelah. Tapi nak kemana?" Soal Siti Zulaikah.

"Tak tahu lagi. Tapi kau dengan kawan aku ada kerja luar sikit. Okey. Dah jangan banyak soal, aku nak pergi dah ni. Salam." Tangan di hulur dan di sambut kemudian di cium oleh Siti Zulaikah.

Beg pakaian abangnya yang terletak di atas sofa di angkat kemudian di bawa keluar. Kawan abangnya sudah menanti di luar untuk sama-sama buat 'kerja luar' seperti yang abangnya katakan tadi.

Pemergian Asywad Afendi dengan kawannya di hantar dengan pandangan kosong oleh Siti Zulaikah. Pintu kembali di tutup sebelum dia naik ke bilik semula.

Tanpa ada sesiapa sedar, perbualan dua beradik tadi telah di dengari oleh seseorang dari tingkat atas bilik. Sayup hatinya bila si anak langsung tidak bertemu dengannya. Jarang anak lelakinya berperangai begini.

Pintu bilik di tutup rapat. Mengalir airmatanya menahan sebak dalam hati. Dalam hati hanya doa yang mampu di iringi buat si anak supaya selamat pergi selamat kembali. Sentiasa dalam lindungan Allah. Amin..

NAIK melecet celah pehanya kerana bergeselan. Langkah yang di atur bukannya sumbang ataupun lemau, tetapi sehabis laju dia berjalan. Sepanjang perjalanan fikirannya tak lekang dari rakaman yang dalam kameranya.

Kamera! Apasal boleh dia tinggalkan dekat rumah? Bawa tadikan bagus, tak payahlah nak cerita banyak kali. Tunjuk terus kan bagus dekat dia orang.

Ah! Sudah. Ni kalau nak berpatah balik semata nak ambil kamera je mahu patah tulang kaki ni nak berjalan. Tak pelah, biarlah. Ada masa nanti dia akan tunjukkan juga dengan kawan-kawan yang lain.

Dalam pada itu, sempat juga dia mendai nombor kawan-kawannya yang lain. Minta ketemu di tempat biasa. Tempat biasa yang menjadi port perjumpaan mereka semua di luar waktu sekolah kebiasaannya.

Tut.. Tut.. Tut..

Bunyi ton memanggil di talian tidak berangkat seketika kemudian dia mematikan panggilan. Tak sampai tiga puluh minit kemudian, telefon binbitnya pula berdering.

"Hah? Apasal kau tak angkat aku telefon? Ni aku nak jumpa kau ni. tempat biasa sekarang. aku dalam perjalanan nak ke rumah.."

"Aku dekat luar lah sekarang. Dengan keluarga aku pergi tengok wayang sebab tu aku tak jawab,handphone aku mod persawat. Dalam panggung lagi ni." Milah berkata separa berbisik di talian.

Rokiah mendengus perlahan. Bukan kerana Milah tidak dapat join mereka, tetapi dia semput bercakap sambil berjalan. Lalu dia berhenti sementara dan menarik nafas panjang sebelum memulakan kata.

"Kau kenapa mendengus macam raksasa?" Soal Milah di hujung talian sana.

"Apa kau ni.. aku tarik nafas jelah. Semput berjalan sambil berbual dekat telefon. Lagipun aku nak cepat sampai, dia orang dah tunggu aku lama dekat sana." Serius sahaja suara Rokiah menerangkan keadaan dirinya sekarang.

"Iye ke? Lain macam je nafas kau. Kau dengan siapa sekarang ni?" soal Milah dengan suaranya yang sedikit perlahan itu.

"Aku seoranglah." Jawab Rokiah tegas.

Dalam keadaan macam ni janganlah si Milah ni nak buat lawak ngeri. Tak lawak kut, menakutkan lagi adalah.

"Hello? Milah? Hello! Ish, budak ni.. belum habis cakap dah matikan pula." Rokiah meneruskan perjalananya tanpa menghiraukan talian yang di matikan oleh Milah di sana. Barangkali ada yang menyuruhnya untuk matikan panggilan kerana terganggu dengan suara Milah yang berbisik itu.

"HELLO?"

Milah melihat skrin telefon bimbitnya yang gelap. Tak pasal-pasal Rokiah mematikan panggilannya.

"Kenapa ni Milah?" Soal Kak Timah. Kak Timah adalah kakak sepupunya sebelah emak. Anak kepada Mak Teh.

"Entahlah. Tiba-tiba je Kiah matikan telefon." Adunya dengan raut wajah pelik.

Timah merenung adik sepupunya yang seorang ni. Adik sepupunya pula tak lepas merenung skrin telefon.

"Bateri telefon dia habis lah tu.." Kak Timah cuba bersangka baik. Dia tak mahu merosakkan susasana gembira hari ini dengan memikirkan hal-hal yang mereka tak tahu sebaliknya.

"Yelah agaknya.." Milah juga berfikir yang sama dengan kakak sepupunya.

"Ayah dah beli tiket ke?" Soal Milah lagi.

Ayah yang di maksudkan Milah di sini adalah ayah kepada Kak Timah. Mereka semua memanggil makcik pakcik mereka dengan panggilan seperti mana anak-anak mereka panggil. Kalau ayah, ayahlah.. kalau apak, apaklah.. begitulah seterusnya.

"Dah.. diaorang tunggu dekat sana tu."

Kak Timah memuncungkan sedikit bibirnya kepada sekumpulan manusia yang sedang memasuki pintu masuk panggung wayang.

Kalau di ikutkan pada jadual siaran, lebih kurang lima minit lagi cerita tu akan bersiaran. Ni kalau bukan sebab dia nak ke tandas selepas masuk panggung tadi, tak mungkinlah dia akan membuka telefon tadi.

Dan secara kebtulan pula dia melihat nombor Milah sedang menelefon. Mujur Kak Timah dia jumpa dekat bawah, bolehlah teman dia berbual dekat luar bilik panggung wayang ni.

"Dah, jom kita masuk. Nanti ramai orang berpusu-pusu payah pula kita nak bergerak cepat." Lengan Milah di tarik.

Dia di bawa oleh Kak Timah meninggalkan tempat itu dan masuk semula ke bilik panggung tadi.

Terus Milah terlupa tentang suara yang mendengus kasar ketika dia sedang berbual dengan Rokiah apabila skrin besar di hadapannya mula menayangkan cerita 'IT'.

Belum apa-apa, Milah dah tutup muka dengan telapak tangannya. Seram. Itu baru dengar bunyi latar, belum lagi aksi-aksi yang buatkan orang terkejut tiba-tiba. Lepas tu, gelak. Gelak untuk cover malu kerana terperanjat. Biasalah tu.. cover line mestismooth gila..

"CERITA apa ye agaknya yang dia ergi tengok? Syoklah dia.. aku ni, hu.. seorang-seorang kena jumpa kawan."

Dalam pada itu dia membaca pesanan ringkas yang di hantar oleh.

Aku dengan Fuza dah sampai. Kau dekat mana?

"Sabarlah, aku tengah berjalan ni kau tahu tak." Kata Rokiah dengan jari jemarinya membalas pesanan ringkas dari Ila.

Asal lambat sangat. Kau naik basikal ke apa?

Pesanan ringkas yang ke dua masuk dalam peti inbox Rokiah.

Tak lah. Aku jalan kaki.Lari marathon ni.. :-D

Makin laju langkah kakinya mengatur perjalanan. Takut lambat sampai akhirnya dia berlari anak. Harap cepat lah dia sampai sana.

Sekali lagi telefon bimbitnya berdering pendek, tanda ada pesanan ringkas yang masuk dalam peti inbox.Dia abaikan sahaja kerana kekangan waktu yang tak mengizinkan dia untuk berlengah masa.

Tepat dalam jangkaan, dua kelibat rakannya sudah sampai bersama sebatang ais krim Malaysia. Masing-masing makan perisa berlainan, Ila perisa durian manakala Fuza makan perisa asam boi.

Uih, panas-panas macam cuaca sekarang kalau pekena ais krim sejuk je anak tekak ni. Lagi-lagi kalau baru lepas berlari marathon.

"Sorry.. aku lambat."

Dengan nada seperti orang yang tak cukup nafas Rokiah meminta maaf atas kelewatannya itu.

Ila menoleh ke arah Fuza, dan Fuza merenung kasihan pada Rokiah. Agaknya baru lepas kena kejar dengan anjing kut Rokiah ni.

"Eh tak apalah. Kita orang pun baru je sampai lepas dapat mesej dari kau.." Kata Ila.

Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke batu besar di belakang pokok kelapa sana. Mereka duduk bertenang sementah menunggu Rokiah memulakan kisahnya mengajak Ila dan Fuza berjumpa pada hari ini.

"Macam ni.. aku.. ada benda nak cakap. Pasal Senah!"

Tersedak mereka berdua bila nama Senah di bangkitkan dalam perjumpaan hari ini. Apa yang menyebabkan Rokiah beria sangat nak jumpa sampaikan tak boleh bercerita dalam kumpulan WhatsApp je?

"Arwah Senah? Hah, kenapa dengan dia? Kan dah meninggal.." Tanya Ila.

"Dia.. hidup semula ke?" Bisik Fuza perlahan.

"Hush! Mulut kau Fuza.." Sia-sia je kena penangan dengan Rokiah dan Ila. Celupar sangat.

"Tak.. bukan. Aku jumpa bukti penyebab dia kemalangan itu hari.." Kata Rokiah serius.

Kali ini Fuza tersedak. Perit anak tekaknya menelan ais yang tak sempat cair di mulut terus jatuh ke perut sambil mengikut jalan anak tekak. Perit dan sejuk.

"Kau ni, biar betul. Takkanlah kau ada bukti tu. Kut ya ada pun, pi lah balai polis bagi." Cadang Ila.

"Kau ni kan, kalau aku berani dah dari tadi aku pergi balai polis tau. Masalahnya sekarang ni, apa yang aku ada hanya cara kematian dia. Siapa punya angkara itu yang menjadi persoalan aku." Jelas Rokiah.

"Habis tu, kau panggil kita orang berdua ni nak buat apa?" Soal Fuza pula.

"Lagipun, keluarga arwah kan dah tak nak pihak polis besarkan kes ni. Lainlah kalau anak dia orang boleh hidup semula. Ye dak." Sambung Fuza lagi.

"Itu aku tahu. Tapi kau orang berdua kena tengok macam mana dia kena lapah dengan.. apa entah. Erh, susahlah aku nak terangkan."

"Jap. Kau cakap tadi.. Senah kena lapah?" Ila dan Fuza saling berpandangan.

Salah dengar ke mereka berdua tadi? Tiba-tiba teringat akan Fiza. Fiza juga pernah cakap yang Senah kena lapah sebelum kematian dia. Eh, tak kut. Silap dengar je lah..

"Iye wei.. aku tak bohong. Kamera yang kita letak dekat selit-selit patung tu rakam Senah kena serang kemudian kena lapah dengan satu lembaga ni."

"Mana kameranya?" Soal Ila.

"Jap." Rokiah meraba-raba kocek seluarnya. Kemudian dia menepuk dahi,

"Alamak! Aku lupa bawa."

"Dah sudah.." Serentak mereka berdua berkata.

"Esok aku bawa tunjuk dekat kau orang berdua."

"Aku datang rumah Ila. Aku bawa sekali Milah." Sambung Rokiah lagi.

Esok dia akan pastikan yang kameranya tak akan tertinggal macam tadi. Agaknya kelam kabut dia hendak keluar dari rumah, tu yang tertinggal dalam bilik tu.

"Wei, esok lepas zuhur kita tengok wayang jom. Ni kau orang tengok si Milah pi rakam cerita 'IT' secara curi-curi. Siot je.."

"Astaghfirullah hal'azim! Mail!"

Riuh suasana yang sepi seketika sebelum kemunculan Mail tiba-tiba. Apa lagi, kena si Mail dengan mereka bertiga. Dahlah datang tak beri salam, tup-tup bercakap dari belakang dia orang.

Sekali kena hempuk dengan anak dara tiga orang ni, tak ke padan muka..

"Woi! Dah! Dah! Sakitlah!"

Mail terpaksa menahan kedua belah tangannya di atas kepala akibat kena cepuk dengan rakan perempuannya. Sabar jelah. Nasib..nasib..

"Ish, tulah kau. Siapa suruh tak bagi salam dulu. Ni main terjah je.." Cebik Fuza sambil menampar lengan Mail.

"Alah..sorry lah.. sorry.. Aku baru nak takut-takutkan kau orang semua." Kata Mail kepada mereka semua.

"Banyaklah kau punya nak takutkan orang. Aku hempuk karang!" Rokiah dah mengangkat tangan nak lempang Mail. Alah, gimik je tu..

"Er.. er.. Eh Kiah, relaks lah. Emo sangat ni kenapa?" Tanya Mail melrikan diri dari kena lempang.

Dia mengambil tempat di sebelah Fuza. Berjauhan dengan Rokiah yang terlebih emosi sekarang. Silap cakap, ada juga dia masuk wad.

"Aku tak ada apalah.. maaf.." Katanya lemah.

Ila melihat Rokiah semacam risau. Dia tahu apa yang sedang belenggu fikiran kawannya yang seorang ni. Tak lain tak bukan, pasal arwah Senah.

"Tak payahlah kau fikirkan sangat pasal rakaman tu. Mungkin kau silap pandang je tu.." Ila menepuk bahu Rokiah.

Mereka saling berpandangan. Redup anak mata Rokiah menahan sebak, tergambar di mindanya macam mana arwah Senah boleh mati sebelum kemalangan tu. Atau dengan lebih tepat, sebenarnya Senah dah mati dulu sebelum kena langgar dengan lori tu.

Mungkin apa yang Fiza cakapkan tu ada betulnya. Dia mesti cari kebenaran di sebalik semua ni. Dia mesti jumpa Fiza untuk bertanyakan tentang hal ini. Mesti Fiza tahu sedikit sebanyak tentang kejadian siang tu.

"Aku dengar tadi kau orang semua cerita tentang arwah si Senah tu. Kenapa?" Kali ini Mail pula menyingkap persoalan mengenai Senah.

"Taklah. Tak ada apa pun." Cepat je Rokiah menjawab.

Mungkin dia tak mahu Mail tahu tentang rakaman yang ada dengannya. Dia juga takut kalau-kalau Mail buka cerita dengan orang. Takut lain jadinya. Maklumlah, kalau cerita jenis sampai menyampai, pastinya ada penambahan pendapat sehinggakan fakta sebenar menjadi sebuah cerita olahan dari mulut ke mulut.

"Ye ke. Habis tadi aku dengar pasal kamera kau tertinggal lah, Senah lah, Fiza lah tu apa?" Soal Mail tak kurangnya nak mengalah macam tu je.

Sekilas Mail mengerling temannya yang lain. Masing-masing membisu mungkin nak beri ruang kepada Rokiah menjelaskan sendiri apa yang dia jumpa dalam rakaman kameranya.

"Mail, kalau aku cerita kau jangan kepoh ea.."

Runcing jari telunjuk Rokiah menunding jarinya memberi amaran kepada Mail untuk tutup mulut.

Mail angkat telapak tangannya sebelah kiri macam orang berikrar, berjanji unuk tutup mulut kalau Rokiah bercerita tentang Senah tadi.

"Aku janji." Itulah kata-kata Mail bagi meraih kepercayaan Rokiah dan teman yang lain.

"Ingat ea, kau dah janji. Kalau kau mungkir siap kau aku hempuk jadi lempeyek." Fuh! Ganas gila perempuan yang bernama Rokiah ni. Tak padan dengan fizikal yang kecil dan lemah lembut, ganas.

"Ye.. aku janjilah."

"Cerita dia macam ni.."

Semua memasang telinga dengar cerita dari Rokiah. Macam mana dia boleh tergerak hati untuk melihat semula rakaman di kameranya. Sesekali dia juga teringatkan Senah, yelah kawan dari sekolah rendah naik ke menengah.

Bukan sehari dua mereka berkawan dah bertahun. Tipulah kalau dia tak rindukan kawan dia yang seorang tu. Yang mulut kepoh, suka menyakat orang terutama si Fiza kawan baiknya.

"Oh, rupanya hari tu kau orang semua nak kenakan si Fiza tulah?" Soal Mail selepas mendengar cerita Rokiah.

"Ye. Tapi tak sangka pula Senah yang terkena." Kata Fuza sayup.

"Hurm, habis tu takkan kau nak diamkan je perkara ni?" Tanya Mail lagi.

Keningnya di garu, matanya memandang pokok kelapa. Cuba mencari ketenangan seketika dengan melihat buah kelapa muda di atas.

"Tulah. Aku sendiri pun tak ahu nak buat apa sekarang. Aku serabut gila."

Kepalanya mula berdenyut sakit, dia memicit dengan kedua belah tangan. Sebenarnya dia serabut campur takut. Kebenaran yang menakutkan sesiapa sahaja kalau berada di tempat dia sekarang.

"Kiah, aku fikir patut kut kita bagitahu keluarga arwah Senah. Sekurangnya dia orang tahu yang arwah meninggal bukan sebab kemalangan, tetapi dia memang dah meninggal masa dalam bilik hantu tu."

"Betu kata Ila tu Kiah. Kita taak patut sembunyikan perkara ni biarpun keluarga arwah tak nak hal ni di perbesarkan." Sampuk Fuza pula di sisi Ila.

Rokiah diam.

"Mail, apa fikir kau?" Soalan beralih kepada Mail pula.

Rokiah turut meminta pandangan Mail melalui raut wajahnya yang muram, dia kusut. Perlu bantuan daripada rakan-rakan.

"Aku.. sependapat dengan kau orang berdua. Tapi, kau orang tak fikir ke kalau betul kita semua nak tunjuk pada keluarga arwah mesti kes ni berlarutan. Dan.."

Mail berhenti kata, kemudian dia menyambung setelah beberapa detik berlalu.

"Fiza mesti kena heret sekali dalam hal ni."

Fuza menggaru dagunya, ada benarnya juga kata Mail fikirnya.

"Keadaan kesihatan Fiza tak mengizinkan.. kasihan dia kalau dia kena soal siasat."

"Kan?" Sambung Ila lagi.

"Habis, kita nak buat macam mana?" Soal Rokiah.

Argh! Dia memang buntu! Buntu sangat sampaikan tak boleh nak fikir apa-apa dah.

"Kita jumpa Fiza, tanya dia apa yang jadi dekat dalam tu." Cadang Mail.

"Bagi ke mak ayah dia kita nak jumpa anak dia?" Ila menyoal kepada rakannya.

Masing-masing diam tak ada jawapan. Nak tahu bagi ke tak, kenalah jumpa dulu..

"Esok kita pergi rumah Fiza, jumpa mak ayah dia. Cakap kita nak melawat dia. Boleh kan?" Tiba-tiba Fuza mendapat buah fikiran.

Tak tahulah bernas atau tak, tapi kita cuba dulu. tak cuba tak akan tahu.

"Boleh juga. Kau orang ikut sekali aku ea?" Rokiah memandang Ila, Fuza dan Mail silih berganti. Berharap mereka setuju.

"Kalau kau tanya aku, aku ni pantang diajak! On!’’ Begitulah pantasnya Mail menyatakan setuju manakala Ila dan Fuza masih berdiri termanggu bisu tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience