“Betul ke apa yang aku dengar ni ?” Seperti yang Aliya duga, itulah soalan pertama Farizul kepadanya. Lelaki itu baru sahaja pulang dari Melaka, dan dia terus bergegas ke rumah Aliya apabila mendapat tahu Aliya bakal bernikah.
Aliya mengerling ayah dan abangnya yang mengintai di sebalik langsir. Senyumannya mengulum sedikit, tetapi hilang apabila melihat wajah Farizul yang serius. Lambat-lambat Aliya mengangguk.
“Dengan Haziq? Alif Haziq? Musuh tradisi kau?” soal Farizul lagi. Dia mahu Aliya sedar, dengan siapa gadis itu bakal bernikah. Tarikh nikahnya bukannya lama lagi, hanya tinggal seminggu sahaja!
“Iyaa.. Aku kahwin dengan musuh tradisi aku lagi seminggu nanti.. Kenapa kau ni?” Aliya tergelak di hujung katanya. Over betul reaksi si Farizul ni lah !
Kedengaran Farizul mengeluh. Aliya masih berwajah selamba. Jika ditanya kenapa dia menerima lamaran Haziq secara tiba-tiba itu, jawapannya mudah. Haziq sendiri terdesak mencari isteri, ibu Haziq sudah lama mahukan menantu, dan dirinya sendiri mahu merasai rumahtangga sambil mengganggu hidup Haziq! Aliya sudah mempunyai idea nakal. Dia tidak sabar mahu menyusahkan hidup Haziq nanti. Hehe..
“Dia propose kau sebab mak dia nak sangat menantu.. Sebab tu lah dia desperate.. Betul ke apa yang aku dengar ni ?” Aliya memberi respons dengan anggukan. Ni mesti mulut Suraya yang menyampaikan berita.
“Dia sendiri jujur dengan aku dan aku rasa tak ada alasan untuk aku menolak.” Aliya masih ingat lagi betapa kalutnya Haziq menerangkan keadaannya. Itupun tepat-tepat selepas Haziq melamarnya.
“Tapi, korang tak cintakan satu sama lain !” Di luar sedar, nada Farizul mula meninggi. Kemarahannya dilempiaskan dengan menumbuk meja. Aliya terkedu. Kenapa dengan dia ni ?
“Kalau tak cinta, macam mana boleh ada pernikahan ?”
“Farizul.. Sebabkan aku tak cintakan dia la, aku nak nikah dengan dia.. Cuba kau bayangkan. Nanti bolehlah aku susahkan hidup dia.” Sengihan Aliya bertambah lebar. Waahh, tak sangka aku boleh kucar-kacirkan hidup Haziq nanti!!
“Cukup! Aku dah tak nak dengar lagi!” Kerusi Farizul nyaris-nyaris terjatuh apabila Farizul berdiri dengan tiba-tiba. Aliya mengurut dadanya. Mamat ni..
“Kau ni dah kenapa?! Nak mengamuk macam ni tiba-tiba ?” Aliya mula meninggikan suaranya juga. Dalam hati, dia sudah mula memarahi Farizul. Dari tadi angin puting beliung dia tak habis-habis, menyampah ! Aliya berdiri, mahu meninggalkan Farizul namun lengannya dipegang Farizul.
Aliya cuba menarik tangannya, namun pegangan Farizul semakin kejap. Aliya memandang Farizul dengan pandangan amarah.
“Aku tak nak kau kahwin dengan Haziq.. Sebab aku cintakan kau..”
Share this novel