Bab 11

Short Story Series 16005

Hari ini adalah hari cuti jadi Deyna dan Hazirah hanya melepak di hadapan televisyen.

"Deynaa." panggil Hazirah dengan mulut penuh.

"Kau nak apa Rah?" dengan mata masih melekat di televisyen.

"Kau tak nak teruskan misi kau tu dah ke?" pertanyaan Hazirah menarik perhatian Deyna dari cerita drama korea itu.

"Aku tak pasti la Rah sebab misi aku cuma tinggal confess dekat dia saja. Misi yang terakhir tu kalau dia terima akulah kalau dia tak terima apa aku boleh buat."

"Apa kata kau ajak dia dinner malam esok?" kata Hazirah selamba.

"Lepas dinner?" tanya Deyna blur.

"Hish lepastu kau confess la dekat dia bonggok. Tunggu lagi kena kebas dengan orang free je." balasnya sambil mata tak habis-habis menjeling Deyna yang blur itu.

"Kau nak aku confess dia depan orang ramai ke?" tanya Deyna lagi. Entah la soalan dan idea Hazirah membuat otak dia kosong dengan serta-merta.

Hazirah dah tepuk dahi. Muka jangan cakap dah merah dah tahan geram bila kawan dia dah mula buka mood blur.

"Cafe kita itukan boleh buat semua benda kau tempahlah. Tak pun kau deal dengan boss kalau encik crush kau tu terima kau, boss belanja tapi kalau encik crush kau tu reject, kau bayarlah balik dekat boss. Tak payah buat susah-susah." bebelnya panjang lebar dan keselambaanya. Macam dia pula nak confess tau la dah ada encik tunang. Dasar kawan.

"Tak rasa terlalu awal ke?"

"Kau nak lambat-lambat buat apa? Buatnya crush kau dikebas orang, kau juga yang meroyan nanti lepastu cari aku juga. Orang tua-tua kata benda yang baik jangan dilambatkan. Bak kata pepatah perigi cari timba." balas Hazirah sekali pakej sindir.

"Malam lusalah ehh." kata Deyna selepas lama berfikir.

"Kenapa pula." berkerut dahi Hazirah

"Esok aku pergilah bengkel dia ajak dinner dekat cafe. Kalau aku ajak pada hari yang sama mana sempat nak buat semua tu."balas Deyna apabila otak dah berfungsi dengan baik.

"Haah betul jugakan. Naaaaa." panggil Hazirah meleret sambil tangan menepuk bahu Deyna.

"Apa."

"Walau apa pun yang terjadi, sama ada dia tolak atau terima kau, aku sentiasa ada dibelakang kau. Aku sentiasa support kau. Dia terima atau tak yang tu lain cerita yang penting aku ada dengan kau dekat mana-mana jae" tutur Hazirah perlahan. Dia risau. Tak mahu kawan dia seorang ni sedih.

Kata-kata Hazirah membuat Deyna sebak kerana apabila Deyna dalam kesusahan, sedih mahupun gembira Hazirah orang pertama yang datang depan dia.

"Aku tau Rah, aku tau but kau kena ingat walau apa pun yang terjadi misi tetap diteruskan walaupun nanti dengan orang lain pula. Kita tak tahu kan." Deyna senyum. Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi Hazirahlah kawan dunia dan akhirat. Deyna bersyukur dan bertuah ada kawan macam Hazirah.

Keesokkannya, seperti yang dirancang Deyna sudah terpacak di hadapan bengkel encik crush.

"Ya, you amoi cari apa." tanya apek bengkel itu.

"Saya cari Aidil Haziq. Dia ada tak?" balas Deyna sambil mata memerhati apek yang sibuk membetulkan tayar kereta itu.

"Ada ada. You tunggu sini kejap I pergi panggil." Apek itu meninggalkan kerjanya seketika untuk memanggil Aidil Haziq.

Nampak sahaja kelibat Aidil Haziq Deyna dah tersenyum.

"Kau nak apa jumpa aku dekat sini tiba-tiba. Kereta kau rosak lagi?" tanyanya sambil mata memerhati sekeliling.

"Ehh tak kereta saya ok ja. Saya datang sini nak bagitau awak sesuatu." tutur Deyna dalam nada sedikit gelisah kerana malu mahu mengajak encik crush pergi dinner. Haish kalau bukan sebab Hazirah tak ada maknanya dia buat benda pelik-pelik ni.

"Kau nak bagitau aku apa?" kening sebelahnya diangkat.

"Malam esok awak free?"

"Free." jawabnya sepatah.

"Kalau macam tu boleh saya ajak awak pergi dinner?" tanya Deyna berhati-hati.

"Boleh. Pukul berapa? Dekat mana? Nak aku ambilkan kau?." tanyanya lagi selepas lama berdiam diri.

"Pukul 9. Dekat cafe yang saya selalu kerja tu dan tak perlu ambil saya. Saya dah tunggu awak dekat cafe tu." jawab Deyna satu persatu soalannya.

"Kalau macam tu jumpa esok." katanya.

"Alright. Saya balik cafe dulu. Assalamualaikum." terus Deyna berlalu pergi selepas dia menjawab salam.

Dalam keadaan tidak sedar ada sesuatu yang jatuh melayang tepat di kaki encik crushnya. Dan sesuatu itu mungkin akan terbongkar. Kalau dah terbongkar apa yang berlaku pada malam esok.

Tok tok

Deyna mengetuk pintu pejabat boss cafe dan Deyna tidak berseorangan semestinya dia bersama Hazirah.

"Masuk" jawab boss yang berada di dalam bilik pejabatnya.

"Ya, ada yang saya boleh bantu awak berdua?" tanya lelaki yang dalam lingkungan 30an

"Boss boleh tak malam esok kami nak tempah cafe." tanya Deyna perlahan.

"Awak nak buat apa?" tanya boss lagi.

Belum sempat Deyna bersuara Hazirah memotong.

"Macam ni boss, si Deyna esok dia nak confess sekali pakej melamar dekat crush dia jadi dia nak tempahlah dekat sini untuk memudahkan kerja kami..."belum Hazirah habis bercakap boss sudah sudah memotong percakapannya.

"Bukan selalu lelaki ke yang melamar." tanya boss pelik.

"Itulah boss, saya cakap tak habis lagi dah potong." balas Hazirah selamba. Deyna cuma tersengih.

"Sambung la cerita tu."

"Dah sampai mana ehh. Haa untuk memudahkan kerja kami membuat persiapan. Actually Deyna ni minat dekat crush dia dah lama tu yang dia nak confess sebab tak nak crush dia kena ambil dengan orang. Boss pun mesti tahukan perigi cari timba. Saya dan Deyna nak buat deal dengan boss." kata Hazirah panjang lebar.

"Deal apa?"

"Deal yang kalau encik crush Deyna terima dia, boss kena bagi kami free tempahan tempat ni tetapi kalau encik crush Deyna reject dia kami bayar dekat boss tempat tempahan yang kami buat tu."kata Hazirah sambil memeluk tubuh. Gaya macam dia pula boss.

"Ok saya terima. Jarang saya tengok perempuan melamar lelaki." gelak boss disambut gelakkan hambar dari Deyna dan Hazirah.

"Kalau macam tu boss kami minta diri dulu sebab nak bincang pasal malam esok." terus Deyna meminta diri untuk keluar.

"Ya, silakan tapi kerja dekat dapur jangan lupa." tegas boss berkata.

Deyna dan Hazirah hanya mengangguk. Semua pekerja bersetuju untuk membantu Deyna dalam menguruskan dinnernya.

Sebelum pukul 9

Deyna tengah bersiap di bilik rehat yang disediakan oleh semua pekerja di cafe itu.

"Kau pasti yang semua ni akan jadi macam dirancang." tanya Deyna sedikit gementar.

"Kau jangan risaulah aku ada saja dekat dapur tu tengok kau dan macam yang aku cakap aku support kau." balasnya sambil mengusap perlahan bahu Deyna.

Deyna hanya mengganguk walaupun hatinya kurang tenang seperti sesuatu yang akan berlaku.

TBC...
Follow and Comment to unlock new chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience